Khamis, 4 Julai 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Lembah <b>Setiu</b>: Jelapang padi wangi negara — LAMAN KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 06:27 AM PDT

SETIU – Kerajaan negeri Terengganu bercadang untukmenjadikan Lembah Setiu sebagai jelapang padi wangi negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merealisasikan cadangan itu.

"Kita kena dapatkan persetujuan daripada menteri dulu sebelum cadangan itu menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama selepas program Hari Ladang Padi MR253 dan MR263 peringkat negeri di Kampung Buloh Hilir di sini hari ini. Turut  hadir Pengarah Mardi negeri Hassan Said.


Nawi berkata kerajaan negeri akan cuba menanam beras wangi itu di luar kawasan jelapang terutamanya di kawasan Setiu bagi kepentingan generasi akan datang.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan mengutamakan penglibatan komuniti setempat dalam melaksanakan projek pertanian di negeri ini supaya mereka lebih bertanggungjawab dan mendapat faedah setimpal.

Sementara itu Hassan berkata Mardi memperkenalkan padi baharu iaitu MR253 dan MR263 di luar jelapang di Kampung Buloh Hilir Setiu sebagai menyokong usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.

Beliau berkata projek itu melibatkan kawasan seluas 10 hektar dan pada tahun depan pihaknya akan memperkenalkan satu lagi padi baharu iaitu MR269 di kampung berkenaan.

Katanya ketiga-tiga jenis padi baharu itu sebagai menggantikan padi MR219 yang hasilnya didapati mula menurun berbanding padi jenis baharu itu.

"Padi MR253 dan MR263 mampu memberi hasil sebanyak lima tan sehektar berbanding hasil padi MR215 bawah tiga tan sehektar," katanya.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Unisza buka kampus <b>di</b> China

Posted: 01 Jul 2013 08:47 PM PDT

Oleh; Esah Abdullah

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan membuka kampus di negara China dan di Kuala Lumpur dengan sasaran pelajar dari luar negara.

Naib Canselornya, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, universiti tersebut berkolaborasi dengan konsotium universiti-universiti China dengan mewujudkan kampus di negara tersebut.


"Kita jangka pengambilan sesi pertama membabitkan pelajar 500 pelajar akan bermula September ini," katanya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Ucap Tama Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2013 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man semalam.

 Menurutnya, pendekatan ini adalah bagi menampung keperluan pelajar-pelajar antarabangsa yang (berminat) ingin melanjutkan pelajaran mereka di UniSZA tetapi kurang berminat untuk datang ke Terengganu.

Sehingga ini katanya, universiti tersebut telah pun mendapat perhatian para pelajar luar negara terutama dari negara China, Timur Tengah dan juga Indonesia.

 Menurut Prof Dr Yahaya, tempat dan bangunan untuk dua-dua kampus telah dikenalpasti dan kini dalam proses rundingan, sekiranya berjalan lancar, pengambilan pelajar sesi pertama akan dilaksanakan mengikut jadual iaitu September depan.

 "UniSZA akan menyediakan kursus yang mendapat permintaan dan turut menawarkan tempat pengajian dengan pelajar Muslim di China bagi penempatan kampus di negara berkenaan di samping kursus sedia ada yang ditawarkan di Unisza.," katanya.

Dalam perkembangan lain Prof Dr Yahaya berkata, perpindahan pelajar ke kampus Tembila, Besut telah bermula pada 1 Julai lalu dengan melibatkan dua fakulti iaitu Fakulti Informatik dan Komputeran dan Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan.

"Seramai 900 pelajar lama dan baru telah mula berpindah ke Tembila dan semua kemudahan serta kelengkapan asrama telah siap sepenuhnya kecuali makmal masih belum lengkap dan ia akan diselesaikan tahun ini juga," katanya.
 

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Herda & Hudzlee : Santai <b>di</b> Pantai <b>Kemasik</b> | Kuantan Pahang <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2013 12:55 AM PDT

IMG_7976 IMG_6969 IMG_6997 IMG_7038 IMG_7071 IMG_7074 IMG_7121 IMG_7146 IMG_7175 IMG_7198 IMG_7322 IMG_7897a

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:40 PM PDT


Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan.

"Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

"Bagi warga Vietnam pula, kunjungan ke pulau ini bertujuan menziarahi pusara nenek moyang mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sini dan mengembalikan nostalgia suka duka kehidupan mereka di pulau bersejarah itu," katanya kepada pemberita pada gotong royong pembersihan kawasan peninggalan pelarian Vietnam di pulau berkenaan, kelmarin.

Mohd Sabri berkata pihaknya akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pembinaan kemudahan asas di Pulau Bidong berjalan lancar.

Seramai 23 sukarelawan berbangsa Vietnam, yang kini warganegara Australia dan Amerika Syarikat, tiba di Pulau Bidong sejak 6 April lepas bagi membersih sekitar kawasan pulau berkenaan. Sukarelawan 'Archieve Of Viatnamese Boat People' itu dibantu 20 sukarelawan tempatan memotong rumput, mengecat semula perkuburan lama Kristian dan Buddha serta membina laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perkuburan yang berbukit.

Kira-Kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di beberapa pulau sekitar Asia Tenggara sebelum diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

Daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 pelarian kembali ke Vietnam dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR). Selepas Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membenar sebarang pembangunan resort atau hotel bagi memelihara tinggalan sejarah berharga di pulau itu.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


3 1 7 1 7 ™: 2D1N <b>di</b> Resort World Awana <b>Kijal</b>, Terengganu

Posted: 29 Jun 2013 06:39 PM PDT

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Nostalgia Sekolah Melayu <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 27 Apr 2013 08:05 AM PDT

Salam satu Malaysia. Sekolah Melayu Bukit Besi dibina semasa aktiviti perlombongan bijih besi dijalankan di Bukit Besi. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak pekerja lombong bijih besi serta penduduk-penduduk di sekitar Bukit Besi.

Sekolah Melayu Bukit Besi

Sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi sejak ditubuhkan pada tahun 1952. Bermula dengan hanya bangunan kayu satu tingkat dan telah berubah hingga kini mengikut peredaran masa. Pada tahun 1963 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bukit Besi hingga ke hari ini. Terlalu banyak nostalgia dan memori yang ditinggalkan di sekolah ini dan ada di antaranya orang-orang terkenal yang mendapat didikan di sekolah ini. Sila lihat gambar-gambar lama yang meninggalkan seribu satu nostalgia di sekolah ini.







Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

Di bawah ini adalah gambar-gambar Sekolah Kebangsaan Bukit Besi di sekitar tahun 1970 dan 1980. Sekolah ini diperbaharui mengikut peredaran masa dan pembangunan di Bukit Besi.

Berdiri dari kanan (kalau tak silap): Cikgu Mat Bakar, Ustaz Maliki, Pok Mat tukang kebun, No 5 dari kanan Cikgu Halim. Duduk dari kanan: Cikgu Alias, Wan Muda dan No 7 dari kanan Cikgu Fauzi. Manakala Guru yang lain saya tak pasti. Ada sesiapa yang mengenali mereka?

Sumber gambar daripada blog Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


“Pastikan dakwat kekal <b>di</b> PRK <b>Kuala Besut</b>” | KeadilanDaily.com

Posted: 29 Jun 2013 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan dakwat yang diguna pada pilihan raya kecil di Kuala Besut adalah kekal sebagaimana dijanjikan.

"Kini bukan soal guna dakwat atau tidak. Tetapi dakwat itu harus kekal bagi memastikan tiada pengundian dua kali.

"Kita juga mendesak SPR tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily pada program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden KEADILAN, di NZ Curry House, KLCC semalam.

Azmin5

Azmin bersama mahasiswa pada program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden KEADILAN, semalam.

"Penggunaan dakwat kekal sudah pun diputuskan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) penambahbaikan pilihan raya," kata Azmin yang menganggotai jawatan kuasa pilihan khas Palrimen (PSC).

Sebelum ini, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak hanya 'SPR baru' yang layak mengendalikan PRK DUN Kuala Besut.

Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jawatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa.

Dalam pada itu, Azmin turut menjamin Pakatan hanya menghantar seorang calon mewakili gabungan itu dan keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam masa terdekat.

"Saya yakin kita hanya akan menghantar seorang calon daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pakatan Rakyat,"katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53948

TranungKite Online (TKO) - Jika PAS menang <b>di Kuala Besut</b>?

Posted: 28 Jun 2013 10:45 PM PDT

Assalamaulaikum,,  Andaian dan perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang di PRK Kuala Besut nampaknya menarik banyak respon dari kalangan ahli akedemik dan ahli politik serta ramai rakyat jelata yang rata rata bercakap di kedai kedai kopi.

Kedudukan kerusi di DUN Terengganu menyebabkan andaian kemenangan PAS menarik, kedudukan akan menjadi seri kalau PAS menang dan inilah yang menjadi faktor penarik untuk kemungkinan ini menjadi topik perbincangan sehingga BERNAMA, agensi berita UMNO turut tidak mahu ketinggalan untuk melaporkannya.

Kenapa tidak disentuh kemungkinan UMNO menang? Sebab tiada yang berubah kalau UMNO menang dan inilah yang diharapkan oleh UMNO.UMNO mungkin telah mengerakkan unit perang sarafnya dan pendedahan awal kepada bilik perang saraf UMNO ini menunjukkan kemungkinan UMNO membuat bajet untuk menang majoriti sebanyak 4,500 undi (berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ulitmayang(UM), seorang forumer TKO dalam beberapa responnya kepada artikal berkaitan PRK Kuala Besut).

UMNO juga mungkin memainkan peranan agar berlaku pergeseran antara PKR, DAP dan PAS (bilamana UM  mendakwa jentera PKR dan DAP akan dihalang memasuki Kuala Besut oleh PAS). Tetapi di sebalik semua itu, tetap kedengaran analisa mengenai  kemungkinan PAS menang di Kuala Besut.Analisa yang menyeluruh dan meluas di seluruh negara mungkin menggusarkan bilik perang saraf UMNO kerana perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang merupakan satu bentuk doa orang ramai malah dalam kes kes yang boleh dikesan, ramai yang mengharapkan PAS menang agar kedudukan politik di Terengganu menjadi lebih menarik.

Perbincangan yang meluas ini turut menjadi sentimen di Kuala Besut, sentimen pengundi yang mungkin turut teruja untuk memberi kemenangan kepada PAS.Perkara ini sudah tentu menjadi igauan bilik perang saraf UMNO dan kemungkinan lebih banyak aliran wang masuk ke Kuala Besut.Penduduk Kuala Besut terutamanya para penagih dadah akan mendapat untung besar kerana PRK ini, durian runtuh untuk Kuala Besut.

Kerja bilik perang saraf UMNO awal awal lagi sudah menjadi rumit, apatah lagi pengumuman PJ PAS negeri, YB Wahid Endut bahawa PAS akan menyerang habis habisan dan berkata PAS akan menggerakkan gerakkerja lebih awal di Kuala Besut.Pengumuman ini dilihat menyemarakkan semangat dan keinginan petugas PAS yang sudah lali dengan sindiran dan tindakan menganjing geng PAK TEPAK yang hanya menanti keputusan PRK untuk menangguk di air keruh.

Sehingga hari mengundi yang masih belum diumumkan SPR, perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut akan berterusan dan bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula PAS di Besut, insyaaallah!

ads