Rabu, 8 Jun 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Bot Penambang <b>Seberang Takir</b>, Terengganu. « the Ray Dignity&#39;s <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2011 01:03 AM PDT

Perkampungan Seberang Takir adalah sebuah perkampungan nelayan yang dipisahkan oleh sungai Kuala Terengganu (+5° 20′ 39.40″, +103° 8′ 17.87″). Sumber utama ekonomi penduduk di sini adalah berasaskan perikanan seperti nelayan, perusahan keropok, ikan kering dan belacan.

JETI BOT PENAMBANG

Jeti bot penambang di mana penduduk di Seberang Takir mendapatkan perkhidmatan bot penambang untuk ke bandar Kuala Terengganu.

DERETAN BOT PENAMBANG

Deretan bot penambang yang menjadi pengangkutan air penduduk Seberang Takir, Terengganu.

Bot Penambang bertolak dari jeti Pasar Payang

Bot Penambang tiba di Jeti Seberang Takir

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>rantau abang</b>: UiTM Pulau Pinang

Posted: 30 May 2011 01:41 AM PDT

Kakitangan UiTM Pulau Pinang dan ahli keluarga telah mengadakan lawatan ke FRI Rantau Abang/TUMEC pada 28 Mei 2011. Sempena lawatan rombongan ini, pihak FRI Rantau Abang/TUMEC telah memberi peluang melepaskan anak penyu sebanyak 100 ekor di pantai Rantau Abang.

LAWATAN KE GALERI BIODIVERSITI






LAWATAN KE HATCHERI PENYU


PELEPASAN ANAK PENYU








Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Living In The Present: Salam untuk keluarga dari <b>Paka</b>

Posted: 06 Jun 2011 05:06 PM PDT

Selasa 7 June 2011
Masuk hari nie dah 4 hari aku berada di Paka Terengganu. Bulan June ini kelihatannya bulan takde kat office. Bermula dengan 1 June di Loji Penapisan Air Hulu Langat milik Puncak Niaga.Kami antara orang yang menyebabkan hampir 1 juta pengguna di lembah Kelang tiada air.
kemudian pada 2 June berada di Stesen Janaelektrik Sultan Abd. Aziz Kapar untuk membantu rakan dengan membuat investigation atas barang yang aku mempunyai kepakaran untuk melebong.
Jam 4 pagi pada 4 June aku sudah ada di jalan menuju ke Paka. Subuh di R&R Temerloh dan masuk safety briefing jam 9 pagi di Paka. Aku akan berada disini sehingga esok Rabu 8 June. Perancangannya esok setelah selesai kerja terus pulang ke Putrajaya.
Khamis pagi aku perlu ada di Malakoff office KL Sentral untuk meeting. Kebetulan, Technical Support Manager di Malakoff ini adalah senior aku di Universiti. Senang kautim. Sabtu 11 June baru aku ada masa untuk keluarga. Perancangan kami ke Sri Lanka perlu diteruskan walaupun macam malas aje nak gi.Booking dah bayar.
Tengah hari semalam semasa kerja aku ingatkan Cik Yah -sms "Hari ini mengajilah.kan tak jadi balik kg..hehehe Just gentle reminder to my feveret wife".(kata favourite tu kami aje yg tau dari mana datangnya)..
Cik Yah reply : Tau aje aku malas..Hahaha.
Aku reply: sms@ call ustazah skrg ye..Just duduk2 nie teringat pulak...nasib baik aku ada remote control dan six sense.
Senyap2 aku pun sms ustazah-minta dia datang mengajar walaupun cik Yah dah beritahu aku yang dia telah sms tapi Ustazah belum reply.
Tengah malam jam 2 pagi sms masuk 2 kali. Aku cuma lihat selepas subuh kerana aku dah lena di ulik selimut purple di hotel budget di Pekan Paka ini.SMS dari Cik Yah, MMS aku- I love You dan satu lagi I miss You. Itu lah kami,kalau berada berjauhan selalu sayang,rindu randa...Oleh kerana aku tak berapa romantik, aku biarkan sahaja MMS tu,tapi ku tulis di dalam blog ini dan umumkan yang aku juga sayangkan Cik Yah dan keluarga.
Selamat hari lahir untuk anak aku no.3 Muhammad Razif Mikhael yang ke 6 tahun pada 6.June dan selamat menjalani kelas teknik membaca Al-Quran untuk anak aku no.1 Muhammad Rashman Mizan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Salam sayang dari ayah di Paka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

De&#39; Nurul: Memori Indah 2009 - <b>Paka</b>

Posted: 02 Jun 2011 10:26 PM PDT

Momen indah masa bulan puasa 2009 di Paka. Rumah Along. Memang fun tak payah cakap banyak. Tercengang cengan aku beli sata murah gila secucuk ada 4 bijik cuma RM1. Tak dapat der kat tempat lain. Manis dah frust lepak tepi pantai tak boleh makan kepok lekor, sotong goreng tepung. bulan puasa kot oih!

Pffttt..Along kata kalau dia kawin aku kena cuti seminggu teman dia buat preparation. Kalau kau kawin sebelum aku boleh la beb. Kalau aku kawen dulu, ada harapan ke laki aku nak bagi? Kehkehkeh.

Ah, rindu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


J.M.R: Ikan Bakar Zul: Ikan Bakar tersohor <b>di Besut</b>?

Posted: 18 Apr 2011 01:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Uwak..dah petang Isnin. Cepat giler masa berjalan aku rasa skang nih. Tak terkejar rasanya. Pape pon, dalam kebizian harian pon, sempat gak aku lepak kat kampung aku di Besut, Sabtu&Ahad. Dua hari je pon. ...

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


TUDM <b>Gong Kedak</b> Guna Khidmat Pusat Simulasi Pertama <b>Di</b> Rantau Asia <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2011 02:24 PM PDT

BESUT, 25 April (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang merupakan satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online sepertimana dalam persekitaran penerbangan sebenar.

Katanya sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan HeiTech Padu Berhad (HeiTech) dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lepas.

"Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi," katanya pada satu persidangan akhbar selepas merasmikan pusat itu dekat sini Isnin.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud, Pengerusi Eksekutif HeiTech Padu Berhad, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib, Panglima Divisyen 1 TUDM, Mejar Jeneral Ansa dan pegawai-pegawai kanan TUDM.

Dr Ahmad Zahid berkata sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini.

Katanya TUDM mendahului negara-negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang mereka, di mana negara-negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan para pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju.

Menurutnya pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) di mana HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga tahun 2020.

Beliau berkata sistem simulasi yang dibangunkan itu juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara-negara yang memerlukan dan ia bukan hanya khusus untuk pesawat tempur semata-mata malah boleh digunakan bagi simulasi pesawat komersial, dan menurutnya sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

Selepas perasmian Dr Ahmad Zahidi mencuba alat simulasi itu selama kira-kira 40 minit, dengan diselia oleh para jurulatih penerbangan.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


"Rangos" Menu Kambing <b>di</b> MARDI <b>Jerangau</b>..[Belated Syawal] | ! MrIx

Posted: 17 Oct 2010 05:25 PM PDT

Semalam Arini ni (17 Okt 2010), masa berlalu tanpa disedari .Bulan Oktober merupakan bulan terakhir IX praktikal di MARDI Kuala Terengganu ni. Semalam Arini Hari Ahad, Terengganu-Kelantan-Kedah merupakan hari bekerja. Pepagi lagi Tuan Haji (Pengarah MARDI Terengganu) bersama Encik Kamaruddin, Encik Ghani dan 4 orang pelajar praktikal (yang ditugaskan untuk menyelesaikan bancian eKasih ni...)

Semalam Arini gak selepas jer 'meeting. ngan boss besar mintak laporan minggu lepas, kami pu keluar la macam biasa .Tuan Haji tu mintak Encik Din gantikan beliau untuk hadiri Jamuan Raya di MARDI Jerangau..kalau bab jalan-jalan ni kami suka sangat la...IX bersama classmate yang praktikal skali tu...Bersama 'driver' Abang Khairul.

 Jamuan 'belated' Syawal + Majlis Perpisahan Pegawai bersara + Tamat Latihan budak praktikal sana, Ruby & Alin<<---alang-alang kebetulan jer....  Juadah jamuan ni:- Kambing Gulai, Kambing Panggang, Sup Daging Kambing, Buah Naga, Ayam masak Merah, Ulam-ulaman...(4 ekor kambing dikorbankan...ishk2....)
Haha..penuh pinggan IX cabul senduk dengan lauk pauk percuma tu....IX paling suka Buah Naga tuu..... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIA ITU: Buruh maut langgar pengadang

Posted: 06 Jun 2011 04:27 AM PDT

JERANGAU – Hasrat seorang buruh pulang ke rumah untuk berehat bersama keluarga selepas minum teh bersama rakan di sebuah warung kopi berdekatan, berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Kilometer 112.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II Kampung Jerangau itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Jefri Mohamad, 30, dari Felda Jerangau dalam perjalanan pulang selepas bertemu rakannya di Felda Jerangau Sungai.

Sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan melambung atas jalan lalu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dia dipercayai mati serta merta di tempat kejadian.

Kejadian disedari orang ramai sebaik melihat mangsa terbaring kaku di sisi motosikalnya, sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Sinar Harian
6 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Tanah <b>di Batu Rakit</b> – Land for sale Terengganu – Brought by Condo <b>...</b>

Posted: 05 May 2011 06:22 PM PDT

Berminat sila hubungi.Sesuai untuk buat rumah:1.Banglo – 4 unit2.Semi D – 8 unitKeluasan tanah :2245m/24165kakiStatus tanah:BangunanDekat dengan jalan besor kt-batu rakitelektrik dah ada dan siap tambun.Boleh buat rumah terus.Harga boleh runding.Kuyie 013-3680774

Contact Seller Email This Post Email This Post

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: 79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 12:28 AM PDT

Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Perkhemahan 2011

Posted: 11 May 2011 02:13 AM PDT

Disertai seramai 91 orang pelajar tahap 2, perkhemahan bermula pada 5 Mei 2011 hingga 7 Mei 2011 di tapak perkhemahan SK Ketengah Jaya II. Badan unit beruniform yang terlibat Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri Islam Malaysia.

 Sesi Pendaftaran

 Bacaan doa sebelum aktiviti jungle tracking bermula

 Menyusuri anak sungai

 Mendaki bukit yang sederhana tinggi

 Aktiviti ala komando

 Senaman Erobik

 Pemeriksaan Khemah

 Aktiviti Flying Fox

 Gotong royong menyediakan makanan

 Pertandingan kawad kaki

 Acara tarik tali antara rumah sukan

Selesai aktiviti sukaneka

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


PENA KASIH: PERJALANAN PULANG

Posted: 05 Jun 2011 10:20 PM PDT










Masih sempat berposing untuk kenang-kenangan.

Hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu tidak kesampaian kerana hujan.Lalu, kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke Pantai Batu Burok untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah.


Kami ke sanapun pada waktu pagi.Memang pun tidak sesuai kerana keadaan cuaca yang agak panas terik .Tetapi kami just singgah sebentar di situ.Melihat-lihat kawasan sekitar di situ.Lagipun persinggahan kami sekejap untuk meneruskan misi pulang ke Segamat.


Sepanjang perjalanan pulang, kami terserempak dengan dua kemalangan iaitu di Lebuh Raya Jabor dan juga Lebuh Raya Kuantan Segamat melibatkan dua buah kereta terbabas.Mungkin mereka cedera .


Kemudian, sempat hubby melayan kedua-dua orang anaknya serta anak saudara untuk singgah di pasar raya Parkson di Kuantan.Melayan karenah mereka berdua.Saya sempat singgah di kedai buku dan membeli novel.Hubby mesti akan mencari kedai buku untuk membeli beberapa buah buku.


Sepatutnya, saya dan ayah berkonvoi tetapi akhirnya kami berpecah kerana ayah melalui jalan Dungun tetapi kami melalui Jalan Jabor.Perjalanannya agak singkat dan kami terlebih dahulu sampai ke destinasi.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Hidupku Duniaku: Pergi Mandi-manda <b>di</b> Pantai <b>Kemasik</b>

Posted: 03 Jun 2011 05:23 AM PDT

 

  Salam...Hari ni saya pergi bermandi-manda di pantai Kemasik di Kerteh. Sebab tak tahu nak buat apa kat rumah, mak saudara saya ajaklah kita orang adik-beradik pergi pantai. Memang best gilerzzz. Hampir sejam jugaklah kita orang pergi mandi. Itu sajalah yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. Kehabisan idea punya pasal. Hihi. Sekian, wassalam...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


princess caramadaries: Kenduri Kahwin <b>di Kemaman</b>

Posted: 24 May 2011 05:21 PM PDT


Salam All dah breakfast kah?
Saya belum....jap2 lagi breakfast
tunggu meehun order sama mr HuB

hurm.........
ramai betul org kahwin minggu nih
 ada 2-3 jemputan juga saya terima
tapi saya tak dpt menghadirkan diri
maaf sgt2...
coz, sabtu ini perkahwinan Adik Mr HuB di Kemaman
(rumah pengantin perempuan....) pada 28hb Mei

dan minggu berikutnya 4 Jun 2011 adalah rumah mr HuB
kat Gomeh, jemput datang yea, kalau ada freetime tu
jemput la makan nasi minyak....

*Semoga Adnan dan Nurul bahagia ke akhir hayat!

*Pn Sue n Mr Green Selamat menempuh alam baru!

*Pn Su (kawan opis) dan pasangannya...terima kasih kerana ingat menjemput saya...maaflah....tak dpt nak jumpe Su n ambil berkat ibu mengandung (betul2 bunting pelamin...tahniah dear!)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Growth hormone deficits primed for you to do <b>...</b> - <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 08 Jun 2011 12:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]that a small proportion GHD hair Stragihtener oil. Recommend that you point the command of the time Sipu Ci primed for you to do in straightening process.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 01 Jun 2011 11:13 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai · ORANG TIONGHUA SOKONG PAKATAN RAKYAT. 10 beberapa jam yang lalu. Mohamad Taufek Abd Ghani · Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar. 14 beberapa jam yang lalu ...

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Dua Guru Mati Lemas <b>di</b> Pantai <b>Kijal</b>

Posted: 17 May 2011 04:15 AM PDT

Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di Kemaman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.

"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras menghanyutkan kedua-dua guru muda ini.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di Kemaman, hari ini.

Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan.

Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, berkata, beliau sedang berkelah di pantai itu bersama keluarga apabila diberitahu mengenai kejadian lemas oleh seorang lelaki yang sedang mengutip sampah di pantai itu.

"Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua guru itu meninggal dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads