Ahad, 27 Oktober 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Outdoor2u » Kenali <b>Pulau Redang</b>

Posted: 11 Oct 2013 02:24 AM PDT

DSC_0504

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet ata u resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana
terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.

2013-10-11_163403

DSC_0814
Terengganu

berjayaredang_location_map2

Hotel dan Resort

Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef , Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacif ica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda inginkan suasana yang lebih 'privacy' atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak diTeluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.

DSC_0504 2013-10-11_163337 DSC_0085

Pengangkutan

Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan bas kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang. Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan caj secara berasingan daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti Merang dan Jeti Marang. Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi
tujuan menjemput anda.

DSC_0085 2013-10-11_163316 2013-10-11_163250

Tarikan di Pulau Redang

Antara kelebihan di sini ialah kejernihan airnya. Oleh itu percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan 'sun block' bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

Pulau Redang_Map

DSC_0496 2013-10-11_163504 2013-10-11_163620

Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.

178964_425167564184693_1578250846_n

Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai 'discovery scuba', anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh 'dive master'. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.

Bagi kumpulan untuk sekolah dan juga institusi yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Pulau Redang terdapat sebuah pusat kokurikulum yang boleh berfungsi sebagai tempat penginapan, juga mempunyai kemudahan beraktiviti dengan para jurulatih berlesen dan berpengalaman. Kosnya tentu jauh berbeza murahnya jika dibandingkan dengan pakej swasta.

Larangan

Oleh kerana pulau ini diwartakan sebagai salah satu taman laut di Malaysia, larangan umum seperti tidak boleh membawa pulang batu karang, mengganggu hidupan air dan sebagainya mestilah dipatuhi.

Rujukan Visit Terengganu

Ikutilah Tips Percutian Di Pulau Redang

Lihat   JADUAL TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


pas kempen undi <b>di</b> masjid dan pengkalan tudm <b>gong kedak</b>

Posted: 19 Jul 2013 11:14 AM PDT


Selepas solat jumaat PAS tetap jadikan masjid TUDM Gong Kadik tempat berkempen bermula didalam masjid untuk menarik dan merayu Undi terhadap pengundi tentera yqng akan mengundi pada hari ini sebagai pengundi awal. Petugas dari luar lak tu yang sibawak dari kelantan dan selangor Bukan setakat itu macam biasaler turut memegang poster semacam beruk menjaja kepada anggota yang lalu disitu. Mesireka.bermula dari berjemaah di Masjid dan kemudianya menjaja poster meraih undi ditepi jalan.masuk pintu TUDM. Pelik jugak kerana sebelum ini mereka juga menafikan hak mengundi anggota tentera sebelum ini bila dalam BERSIH yang mahukan undi pos diharamkan dan menuduh undi anggota tentera sebagai penipuan BN sebelum ini



Bagaimana pun sebaik selepas solat jumaat semua anggota yamg berjemaah dimasjid terus beredar meninggalkan masjid yang hanya dipenuhi penyokong atau petugas PAS dari luar yang juga sebagai penyokong kuat PAS. korang tengoklah sapa.yang dalqm gambar nie. Malangnya  anggota TUDM lansung tak beri respon....

ol

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Promosi 3 hari 2 malam Snorkeling <b>di Pulau Perhentian</b> 2014

Posted: 16 Oct 2013 11:05 PM PDT

Tidak berkesempatan untuk bercuti di Pulau Perhentian sepanjang 2013?  Anda boleh merancang percutian 2014 anda dengan lebih awal untuk ke Pulau Perhentian. Pulau Perhentian Kecil merupakan pulau ke-13 yang tersenarai sebagai pulau tercantik dunia didalam carta CNN.  Dengan kecantikan perairannya yang memukau, persekitaran yang bersih, dan keunikan hidupan laut yang pelbagai spesis.  
Sertai trip snorkeling kami dimana anda berpeluang untuk berenang bersama hidupan laut seperti penyu, ikan jerung, ikan nemo, dan pelbagai lagi spesis ikan yang berwarna-warni.
Pakej 3 hari 2 malam snorkeling di Pulau Perhentian Kecil ini termasuk:
*"Welcome drink" disediakan.
*Penginapan 2 malam di Ombak Resort.
*Bilik kipas / berhawa dingin.  Jenis bilik seperti yang dinyatakan dibahagian harga pakej.
*Bilik dilengkapi bilik air berserta pemanas air.
*24 jam bekalan elektrik.
*2x sarapan pagi, 1x makan malam, & 1 makan malam BBQ di Ombak Cafe.
*1x full day snorkeling trip ke 5 tapak snorkeling yang menarik.
*Tiket bot pergi dan balik (Jeti Kuala Besut - Pulau - Jeti Kuala Besut).
Harga pakej 3 hari 2 malam snorkeling di Pulau Perhentian Kecil adalah seperti berikut:
#Jenis bilik: Wrasse / Napoleon Wrasse
#Jenis bilik: Barracuda / Seahorse / Nudibranch.
#Jenis bilik: Nudibranch.
*Promosi sah sehingga 31 MARCH 2014.
*Bagi PAKEJ 3 HARI 2 MALAM SNORKELING sahaja.
*Boleh digunapakai untuk berkumpulan atau individual.
*Harga dinyatakan adalah untuk SEORANG.
*Harga yang dinyatakan adalah didalam RINGGIT MALAYSIA.
*Harga pakej termasuk item yang dinyatakan didalam "pakej termasuk" sahaja.
*BAYARAN 50% DARI JUMLAH KESELURUHAN diperlukan untuk tempahan.
*TIADA TEMPAHAN akan dibuat tanpa pembayaran 50%.
*PERMBAYARAN PENUH ATAU BAKI BAYARAN HENDAKLAH DIJELASKAN 14 HARI SEBELUM TARIKH CHECK-IN.
*KEKOSONGAN ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT.
UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN:
*Call, SMS atau Whatsapp*
Email: holiday@ombakresort.com

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

majlis jamuan kesyukuran kemenangan barisan <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 18 Jun 2013 11:36 AM PDT

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 
BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.

 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar

  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka
 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


HOT! Jamawi Jaafar Rebah <b>di Kuala Terengganu</b>? #JJ4NKP <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 12:28 AM PDT


Semalam Mc mendapat berita Jamawi Jaafar calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah rebah ketika berada di Kuala Terengganu. Kenapa dia rebah? Di pukul ke? Atau rebah sebab sepak kayu?

Rilek.. cerita yang betui kat bawah ni,

Sebenarnya Jamawi memang penat. Dari wife dia bersalinkan anak kembar yg pre-mature sebelum puasa haritu, dia tunggu 20 jam sehari kat hospital selama hampir sebulan, sampai anak dia discharge. Lepas pada tu, dia sambung terus kerja sambil berkempen seluruh Malaysia. Mana tak rebah betul tak?

Mc diberitahu Jamawi direhatkan sebentar di Hospital Kuala Terengganu. Maybe Jamawi kekurangan air dalam badan kerana tak cukup rehat.

Kalau robot pun boleh habis batery, inikan pula manusia, cuma Jamawi kena jaga diri elok-elok, badan nak pakai lama. Kalau ikut hati memang nak berjalan satu Malaysia, tapi kesihatan tu pun penting. Perjuangan tu perjuanganlah.. tapi kalau sampai sakit, nak berjuang apa lagi bro?

Mc pun belum tentu boleh buat macam Jamawi ni, semangat pemimpin muda.

Semoga cepat sembuh bro..

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Lawatan ke Mesramall dan Pantai <b>Kemasik</b> - SK Paya Bunga ONLine

Posted: 25 Aug 2013 09:44 PM PDT

22 Ogos 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Kemaman, seramai 35 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 serta beberapa orang guru pengiring. Program ini yang diilhamkan oleh Puan Guru Besar di bawah Program Sekolah iaitu Santai Minda.Turut serta 5 orang guru ROSS mengambil kesempatan untuk mengikuti lawatan ini, kebetulan pada hari itu juga hari terakhir mereka yang telah seminggu berada di sekolah ini.
              Rombongan kami bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah menuju ke Kerteh, Kemaman dan tiba kira-kira pada jam 10.15 pagi. Murid-murid dibawa menuju ke tempat yang ditujui iaitu Mesra Mall untuk membeli belah dan bermain boling di sana. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk pergi ke pantai Kemasik memandangkan Mesra Mall terletak berhampiran dengan pantai itu.Selepas selesai melawat tempat-tempat menarik di sana, kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Paya bunga kira-kira pada jam 6 petang.




13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Lelaki terlibat 10 kes ragut <b>di Dungun</b> berjaya ditangkap <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 01:54 AM PDT

Barang yang berjaya dirampas dari peragut itu.

Barang yang berjaya dirampas dari peragut itu.

Tindakan seorang peragut menyimpan hasil kegiatan jenayah ternyata membawa padah apabila memudahkan pihak polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes ragut di sekitar bandar ini sejak Ogos lalu.

Suspek berusia 27 tahun dan tidak bekerja ditahan kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat lalu di Kampung Alor Tembesu ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, setelah diperiksa, polis menemui dompet dan dua unit telefon bimbit bersama suspek.

"Siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah kotak mengandungi beberapa beg tangan wanita, dompet, telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa ragut di bawah rumah suspek," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Ahmad Zailani, suspek turut mengaku melakukan jenayah itu dengan menyasarkan wanita yang menunggang bersendirian dan meletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

"Selain itu, suspek turut bertindak nekad dengan meragut pejalan kaki termasuk di lokasi tumpuan ramai," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan suspek yang disahkan positif dadah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut Ahmad Zailani, pihaknya berjaya mematahkan kegiatan pecah masuk dua buah tadika di Ketengah Jaya dekat sini yang berlaku pada 28 September dan 9 Oktober lalu selepas menahan seorang lelaki berusia 23 tahun Khamis lalu.

"Suspek ditahan di rumahnya di Felda Kerteh 4 dan polis berjaya menemukan semula sebuah projektor dan alat pemain cakera video digital yang dicuri dari kedua-dua tadika berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.-utusan

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Sobena Offshore, Kemaman Supply Base (KSB)

Posted: 22 Oct 2013 05:17 AM PDT


1. Maintenance Executive
  • Degree in Mechanical Engineering
  • 5 tahun pengalaman di dlm bidang berkaitan
  • Komited / berdisiplin
  • Lelaki

2. Inventory Controller (Logistic)
  • Diploma
  • 2 tahun pengalaman di dlm bidang berkaitan
  • Komited / berdisiplin
  • Lelaki

3. Welder Assistant
  • Diploma / certificate
  • 2 tahun pengalaman di dlm bidang berkaitan
  • Komited / berdisiplin
  • Lelaki

Jika berminat, sila hubungi no. dibwh utk maklumat lanjut :
09-863 1292 / 1390 (Pn. Atikah / Pn. Azizah)
Email : atikah@sobena.com.my / azizah@sobena.com.my

*Calon yg berkelayakan/sesuai sahaja akan dihubungi utk sesi temuduga..Hrp maklum.

Sobena Offshore Inc Sdn Bhd Suite 15.04, 
Level15 Menara Haw Par, 
50250 Kuala Lumpur (HQ)
T: +60-3-2026 0271 / 0273
F: +60-3-2026 0213

Kemaman Supply Base, 

Terengganu (Kemaman Branch)
T: +60-9-8631 292 / 390
F: +60-9-8631 290

Asian Supply Base, 

RR602 /05 Ranca-ranca Industrial Estate, 
87027 Labuan F.T (Labuan Branch)
T: +60-87- 584 519 / 431 196 / 413 197
F: +60-87- 581 227

ads