Isnin, 6 Februari 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search

Tangguh Projek Kolam Udang i-SHARP <b>di Setiu</b>

Posted: 21 Jan 2012 06:00 PM PST

KUALA TERENGGANU – Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mendesak kerajaan menangguhkan projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP), Setiu bagi memberi tumpuan kepada keselamatan alam sekitar yang dikatakan menjejaskan kawasan berhampiran akibat pelaksanaan projek tersebut.

Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar mendakwa, projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300 juta itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian menyeluruh sehingga memberi kesan terhadap kawasan setempat termasuk banjir yang dikatakan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya pada tengkujuh lalu.

[Gambar - Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly (kiri) dan Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu Dr Azman, dalam sidang media]

Beliau berkata, sebelum pelaksanaan tersebut berjalan sepenuhnya, syarikat bertanggungjawab yang memajukan kawasan terbabit perlu menumpukan kepada kemudahan yang lebih berkesan untuk memastikan kawasan tersebut selamat dengan menambah baik sistem pembuangan sisa dari kolam serta sistem perairan.

"Apabila menternak udang di kawasan tersebut, sisa daripada ternakan udang akan disalurkan kepada sungai dan akibatnya, sungai akan tercemar dengan bahan toksik," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, kelmarin.

Selain air sungai menjadi toksik dan tercemar serta banjir, pihaknya mendakwa, projek tersebut memberi kesan kepada kemusnahan kawasan pembiakan hidupan laut, sangkar penternakan ikan penduduk tempatan terjejas, hakisan tanah dan mendapan tanah serta masalah sosial akibat pengambilan buruh yang mungkin menggunakan khidmat buruh asing.

Projek tersebut dimajukan Syarikat Blue Archipelago Berhad iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Projek terbabit melibatkan keluasan 1,000 hektar meliputi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampung Banggol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri membabitkan kos sekitar RM300 juta dengan pelaksanaan tersebut berlangsung sekitar dua tahun lalu.

Selain melibatkan kawasan hutan paya gelam, Zulkefly berkata, kawasan tersebut melibatkan pengambilan tanah rakyat dalam bentuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).

Walaupun projek tersebut mendapat sokongan Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA), namun katanya, ia tidak mengambil kira kajian menyeluruh oleh DEIA serta tidak mengambil pandangan semua pihak termasuk rakyat.

Menurutnya, rakyat turut kehilangan tanah RTB apabila kerajaan mengambil tanah di kawasan itu kepada pemaju dengan taraf pajakan selama 30 tahun mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar hilang mata pencarian.

"Orang kampung bukan meneroka tanah kerajaan secara haram tetapi diusahakan dengan lesen menduduki sementara (TOL) yang diberikan kerajaan Pas Terengganu dahulu. Apabila bertukar kerajaan, lesen tidak disambung semula tetapi orang kampung terus mengusahakan tanah dari tahun 2000 hingga 2009," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bukan mengetepikan pembangunan tetapi menegaskan sebarang bentuk kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil berat kesan terhadap alam sekitar termasuk segala perkara berkaitan kelangsungan hidup rakyat.

"Kita mengharapkan suatu kajian terperinci, satu tindakan bersepadu, tindakan komprehensif daripada Kerajaan Negeri dengan menangguhkan projek ini sehingga soal berkaitan alam sekitar dapat diatasi terlebih dahulu, " katanya.

Komen:

Full content generated by Get Full RSS.

T E G A N U K I TA: 290 mangsa banjir <b>di Setiu</b> dipindahkan

Posted: 14 Jan 2012 06:03 PM PST

Oleh FAUZI MOHD

Sejumlah 290 orang daripada 72 keluarga di daerah Setiu dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Majlis Keselamatan Negara Terengganu setakat 9 pagi ini melaporkan, lima pusat pemindahan dibuka di Balairaya Hulu Seladang melibatkan 35 mangsa, Balairaya Kampung Besut (24), Pasar Lama Permaisuri (87), Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (124) dan Surau Kampung Besut (20).

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Posted: 15 Jan 2012 07:38 AM PST

Dua sekolah di Setiu ditutup akibat banjir

Dua sekolah di Setiu ditutup akibat banjir

15/01/2012 4:49pm

SETIU 15 Jan. - Dua dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dan SK Kampung Buloh dekat Bandar Permaisuri di

sini terpaksa ditutup buat sementara akibat banjir yang berlaku sejak malam tadi.

Ini kali kedua SK Kampung Besut terpaksa ditutup akibat banjir selepas kejadian pertama semasa penggal persekolahan mula dibuka pada 3 Januari lalu.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Setiu, Kipayatullah Mohd. Said berkata, dua sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 736 murid dan mereka dibenarkan bercuti sementara sebelum keadaan kembali pulih.

"Sekiranya keadaan tidak berubah, kedua-dua sekolah itu akan terus ditutup dan para pelajar akan ganti belajar pada hari Sabtu," katanya di sini hari ini.

Kipayatullah berkata, dua minggu lepas, banjir turut melanda Kampung Pelong dan Kampung Jalan Hulu dekat sini menyebabkan SK Kampung Besut dan Kampung Bukit terpaksa ditutup. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search

leegolast.blogspot.com: Diving bersama life jacket <b>di Pulau Redang</b>!!!

Posted: 21 Jan 2012 07:58 AM PST

Diving bersama life jacket di Pulau Redang...heheh..tajuk entri betoi ke x ni..boleh ke diving dengan life jacket??macam mana leh tenggelam kalau dh pakai life jacket??bukan sepatutnya kalau dah pakai life jacket kita akan ada kat permukaan air jer ke??heheh..tak pun adakah ini gambar tampal??heheh..jawapan dia boleh!!! kita boleh tenggelam walaupun pakai life jacket. Gambar-gambar yang diambil di bawah ni memang gambar real, underwater photographer yang shoot semua gambar2 ni. Gambar diving bersama coral dan ikan ini salah satu gambar favourite yang aku paling suka. Gambar-gambar ini diambil pada tahun 2007 masa company trip dekat Pulau Redang dan gambar tu diambil di Redang Marine Park.
Dekat Redang Marine Park pada masa tu, ada menyediakan freelance underwater photographer yang boleh shoot gambar2 kita diving bersama coral dan ikan2 yang cantik. Tapi last aku pergi tahun lepas 2011, tak jumpa pulak depa2 ni..mungkin tak mendapat sambutan kot..yer la sapa yang nak diving walhal berenang pun tak tau..heheh..tapi x jugak bergantung kepada self confident level seseorang tu jugak..walaupun x pandai berenang tapi kalau self confident level berada pada tahap yang maximum...InsyaAllah boleh jer buat..
Macam mana leh tenggelam??
Mesti orang tertanya-tanya macam mana pakai life jacket tapi boleh diving sedalam itu, heheh..jawapan dia camni, underwater photographer tu ader 2 orang, seorang akan tunggu dia bawah untuk shoot gambar2 dan seorang lagi yang memainkan peranan penting untuk menenggelamkan mereka2 yang memakai life jacket ni. Memang peranan penting la yang lagi sorang ni sebab susah jugak kot tugas dia nk bagi tenggelam orang. Untuk ambil gambaq ni aku dan kwn2 di nasihatkan untuk tak memakai goggle sebab kalau pakai benda alah tu, dia akan menutup muka, so photographer tu cakap tak cantik dan x nmpak la muka2 kami..
heheh..tapi kepada yg pakai contact lens tu kena la pakai goggle tu jugak...
Ni la gambar2 di Marine Park, Pulau Redang,heheh..memang mcm2 aksi..heheh..tapi sangat2 best sebab cantik Pulau ni..
Ni aksi macam nak jadi polis traffic pun ader..heheh
Kepada sesiapa yang akan pergi ke Pulau Redang ni, hayati la keindahan yang ada di sana, inilah salah satu tempat yang menenangkan jiwa..ok apapun selamat bercuti dan hargailah keindahan alam kita.. !!! daaaa..roger and out..
Full content generated by Get Full RSS.

<b>Pulau Redang</b>, Terengganu | Backpackers.My

Posted: 05 Jan 2012 09:23 AM PST

Nak komen terus!

Hi!

Kali ni kita ke Pulau Redang, Terengganu.

Untuk ke sana, terdapat 3 alternatif:

  • Bas – Naik di Hentian Pekeliling ke Terminal Bus, Kuala Terengganu. Naik jadual malam. Tranasional dan Mara Liner terbaik buat masa ini.
  • Flight – LCCT/KLIA ke Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.
  • Kereta – Lokasi anda ke Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu.

Jeti Shah Bandar

Kali ni kami berbackpack menaikki kereta. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam. Gerak dari KL pukul 2.30 pagi dan sampai di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu pukul 7.00 pagi. Untuk ke Jeti, tidak susah, kerana terdapat banyak signboard disepanjang jalan. Landmark adalah Pusat Pentadbiran dan Pasar Payang.

Kalau naik flight atau bas, pihak resort akan fetch di terminal bus dan airport.

Bawa print out tempahan untuk mendapatkan pass naik feri/boat.

Kat Jeti Shah Bandar ada parking disediakan. InsyaAllah selamat. Parking  4 hari, RM30. Murah dan alhamdulillah, keselamatan terjamin! Boat gerak ke Pulau 9.30 pagi (leh la lepak dulu makan nasik dagang kat Pasar Payang – sebelah jeti je) dan mengambil masa 1 jam 40 minit. Jauh. Silalah makan pil tahan muntah. Tambang boat/feri dah join sekali dalam harga penginapan. Boat/feri adalah kepunyaan resort. So, tak perlu berebut dan sangat selesa.

Jeti Pulau Redang

Sepanjang berada didalam feri, dapatlah melihat permandangan Kuala Terengganu dan pulau-pulau kecil. Super cantik ok!

Lokasi peranginan kali ini adalah Laguna Resort, Redang. Kalau nak jimat, silalah ambil package. Kami pergi 4 hari 3 malam. Kalau nak jimat, ambil package 3D2N dan add 1 malam. Complete breakfast, lunch and dinner.

Laguna Resort - Garden View

Makanan yang disediakan berbentuk buffet. Menu bertukar setiap hari. Pilihan sangat banyak dan sedap. So, pasal makan… tak perlu risau! Seafood memang sangat fresh.

Resort yang bersih. Jaga-jaga.. ada monyet~

Bilik - 1 Queen bed & 2 Single bed.

Di Laguna Resort, service dorang terbaik. Jadual snorkeling, lokasi dan timing semua dorang susun dengan baik. Untuk snorkeling, sehari ada 3 sesi. Boleh pilih waktu mana anda nak pegi, atau boleh pegi tiap-tiap sesi. Tempat snorkeling ditukar setiap sesi. Jangan lepaskan peluang snorkeling di Taman Marin Pulau Redang. Banyak ikan dan terumbu karang cantik.

Ikan dan terumbu sangat banyak. Boleh minta pihak resort tangkap gambar. RM5 sekeping.

Swimming pool. Buka dari pagi sampai petang.

Jika tak tau berenang, atau baru ingin mencuba, jangan risau, pihak resort sentiasa menyediakan Life Guard. Mereka ni, sentiasa berenang dalam air, menjaga pengunjung. Selain daripada aktitivi snorkeling, boleh la lepak-letak dan mandi manda dipantai yang sangat jernih atau di swimming pool. Jangan lupa membeli cerderahati dikedai MO-MO Tea yang terkenal. Sammi Cheung berlakon kat situ.

Bila malam boleh lepak sini tengok live band sambil hirup angin laut..

Rehat-rehat depan laut..

Kedai cenderamata - Mo Mo Tea

Tea time waktu petang..

Aktiviti malam sangat happening. Ada live band, ada snuker, dart atau just jalan-jalan sepanjang pantai. Ada cafe untuk pekerja, dimana kita pun leh lepak pekena teh tarik. Harga murah berbanding lepak di cafe kepunyaan resort.

Untuk maklumat lanjut tentang Laguna resort, sila layari:

www.redangresorts.com

Terdapat juga resort-resort lain yang menawarkan harga yang lebih murah. Laguna resort agak mahal, tapi servis mereka so far, sangat memuaskan!

Info/Tips:

  • Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)
  • Untuk rate yang murah, silalah berbackpack bukan waktu cuti sekolah atau perayaan. Orang kurang ramai, lebih aman.
  • Harga makanan adalah mahal. Sediakan sedikit bekalan dari tanah besar.
  • Cara pack pakaian: isi semua pakaian kedalam plastic sebelum sumbat dalam bagpack. Takut basah ketika process transfer dalam boat.
  • Bawa duit yang mencukupi. Tiada ATM mesin di pulau.
  • Jangan lupa pakai losyen pelindung matahari dan pakai baju yang sesuai. Tshirt lebih baik.
  • Jangan lupa singgah di Pasar Payang sebelum meneruskan perjalanan pulang. Keropok lekor, kerepok kering dan hasil makanan laut boleh didapati dengan harga yang murah. Kualiti terbaik!

Selamat berbackpack!

Full content generated by Get Full RSS.

3.7 Ekar Tanah <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 06 May 2011 06:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lokasi: pulau redang, besut, terengganu luas: 3.7 ekarstatus: freehold - milik kekal harga: RM6000000 berminat sila hubungi saya:019 451 7841.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

Jawatan Kosong <b>Di Kuala Terengganu</b> Medical Centre (KTMC <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 06:06 PM PST

Posted by  in Friday, January 20th 2012   

Jawatan Kosong Di Kuala Terengganu Medical Centre KTMC Jawatan Kosong Di Kuala Terengganu Medical Centre (KTMC)

Jawatan Kosong Di Kuala Terengganu Medical Centre (KTMC) – SALAM GROUP emphasize on the important of team work to ensure a seamless operation to be achievable. A team of experienced specialist, dedicated nurses and efficient administrator are here to assist and provide our patients with an experience they might want to share with others. As a service provider, we have always emphasize on the provision of quality services and facilities to SALAM, thus we are in the process to be certified with ISO 9001:2008 in order to monitor and control our standard of services.We are looking for experienced and talented individuals to join our team in KUALA TERENGGANU MEDICAL CENTRE (KTMC). With almost 10 years of experience in healthcare, we welcome you to join us in achieving global excellence.

1.CLERK
2.OPERATOR
3.CASHIER /BILLING
4.CHARGEMAN / MAINTENANCE TEAM (ENGINEERS MECHANICAL/ELECTRICAL/CIVIL)
5.BIOMEDICAL ENGINEER & TECHNICIAN
6.CUSTOMER SERVICE CUM MEDICAL RECORD OFFICER
7.FRONT LINE RECEPTION / PUBLIC RELATIONS OFFICERS
8.HUMAN RESOURCE EXECUTIVE / OFFICER
9.MARKETING EXECUTIVE
10.QUALITY MANAGER / EXECUTIVE
11.SECRETARY
12.JUNIOR EXECUTIVE, RISK MANAGEMENT
13.UNIT MANAGER / NIGHT SUPERVISOR
14.MEDICAL OFFICER
15.PHARMACIST
16.NURSES FOR ICU/LABOUR AND A&E

Unlock the content with a Like, a Tweet or a +1.

Anda suka jawatan ini? Jangan lupa klik "LIKE"

kerja kerajaan 300x251 Jawatan Kosong Di Kuala Terengganu Medical Centre (KTMC)

Anda suka jawatan ini? Jangan lupa klik "LIKE"

Tidak Sesuai/Berminat Dengan Jawatan Diatas! Inginkan Jawatan Lain?Taip Dibawah Untuk Jawatan Pilihan Anda Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email...

Sila periksa EMAIL sekarang untuk pengesahan subscribe ini

Full content generated by Get Full RSS.

Adam Adli & Safwan Anang <b>di Kuala Terengganu</b> 15 Januari ini <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 12:38 AM PST

[unable to retrieve full-text content]See you around! Uncategorized. Adam Adli & Safwan Anang di Kuala Terengganu 15 Januari ini!! Filed under: Uncategorized by Lord Azaab — Leave a comment. January 10, 2012. Like this: Like. Be the first to like this post. Comments RSS ...

26 Melayu Di Raja: Kemalangan <b>Di Kuala Terengganu</b> - 4 Terbunuh..

Posted: 18 Jan 2012 10:46 PM PST

WK melapurkan :KUALA TERENGGANU – Empat terbunuh dengan seorang daripada mangsa tercampak sejauh kira-kira 10 meter daripada sebuah kereta yang 'terbang' dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di Jalan Sultan Mizan berdekatan Taman Semarak di sini semalam.Kemalangan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.Empat mangsa yang maut ialah Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Ajil dan rakannya, Mohd. Zaini Abdul Razak, 43, berasal dari Ayer Keroh, Melaka.Kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.Dua lagi mangsa yang terkorban ialah Mohd. Faris Mohd. Shaimi, 26, dan Mohd. Rizal Ibrahim, 30. Mereka merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.Pemandu kereta Persona, Noriani Mohammad, 35, yang juga merupakan ibu tunggal tidak cedera.Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search

Negara kaya pantai cantik | n9kini.net

Posted: 31 Jan 2012 02:17 AM PST

MEMPESONA…warna air lautnya yang biru kehijauan membuatkan Pulau Perhentian cukup terkenal.

MENIKMATI keenakan air kelapa muda saat bersantai di tepian pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa cukup menyenangkan.

Ditambah dengan panorama indah air laut yang biru kehijauan dan pasir pantai yang memutih cukup mengasyikkan.

Ia sekali gus bagaikan terapi minda yang penuh dengan pelbagai permasalahan dan juga kekangan kerja yang tidak pernah habis walaupun tahun 2012 baru saja bermula.

Dengan pelbagai masalah, kerja dan keserabutan kepala dalam apa juga hal sepanjang tahun lalu, memulakan tahun baru dengan percutian yang mengasyikkan dan santai adalah langkah yang bijak.

Justeru, percutian di pulau yang indah adalah destinasi yang menepati tujuan untuk bersantai.

Negara kita cukup terkenal dengan pulau yang cukup indah dan eksotik. Sebut saja apa yang diinginkan saat bercuti.

Pantai yang putih bersih, air laut biru kehijauan yang tenang, keindahan dasar laut yang memukau serta pemandangan yang mempesona, semuanya ada di pulau di negara kita.

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor penarik melambai ramai pelancong ke sini.

Pulau Sipadan adalah sebuah pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sipadan tidak hanya dikenali destinasi menyelam tetapi diiktiraf kawasan santuari burung seawal 1933.

Aktiviti selam skuba nadi kawasan perairan ini dan Sipadan adalah syurga hidupan laut.

Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Pulau Kapas

Terletak di daerah Marang iaitu lebih kurang 18 kilometer dari Kuala Terengganu dan enam kilometer dari Jeti Marang, Pulau Kapas antara pulau peranginan paling dekat dengan tanah besar Terengganu.

Namanya berasal daripada pokok kapas. Pulau Kapas menjadi antara pilihan 'backpackers' dari Eropah dan pelancong tempatan.

Dipenuhi pasir pantai putih dan air laut yang jernih, Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan mempesona.

Suasana pulau ini pula sangat santai, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelawat untuk berehat.

Kedudukannya yang agak terpencil, jauh dari kesibukan tanah besar juga menjadikannya pilihan mereka yang inginkan suasana tenang.

Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti selam skuba.

Pelbagai jenis batu karang, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba.

Pulau Redang, Terengganu

Berbekalkan keindahan lautan dan kedamaian yang dirasai, Pulau Redang sememangnya lokasi percutian pantai yang mempesonakan.

Pulau Redang antara sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Redang di Terengganu.

Pulau Redang menjadi pilihan kerana kecantikan airnya yang berwarna biru kehijauan serta pasirnya yang putih bersih terutama di kawasan Pantai Panjang (Long Beach).

Selain itu, ia juga antara pulau di Terengganu yang menjadi penempatan baling banyak penyu mendarat.

Perairan dekat pantainya menjadi kawasan kedua diwartakan sebagai Taman Laut selepas Pulau Payar di Kedah.

Pulau ini juga antara tapak selam paling popular terutama di kawasan karamnya kapal Perang Dunia Kedua. Di sini anda sudah boleh melihat dengan jelas bermacam-macam jenis ikan dan batu karang.

Selain sebagai pusat percutian yang menawarkan pelbagai keunikan dan menyenangkan minda serta fikiran, Pulau Redang juga adalah pusat pembelajaran yang terbaik terutama kanak-kanak yang cukup meminati hidupan dasar laut.

Di sini, terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan dapat dilihat dengan jelas.

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu, pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang serta menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat dan menyeronokkan. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Selain melihat keindahan dasar laut Pulau Perhentian yang cantik itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya meluncur papan air, belayar, berkenu, memancing air laut dalam, snorkel atau mungkin hanya bersantai di tepi pantai saat matahari terbenam.

Apa yang menariknya, dengan perkampungan yang kecil dan resort yang lebih berkonsep ringkas, anda pasti akan berasa lebih tenang dan selamat.

Bagaimanapun, pulau perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun manakala bulan lain ditutup ketika Monsun Timur Laut.

Pulau Pangkor

Berkeluasan 2,200 hektar dengan jumlah penduduknya kira-kira 25,000 orang, Pulau Pangkor juga antara daya penarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Berbeza dengan pulau lain, Pulau Pangkor bukan saja menjanjikan keindahan dan keunikan dasar laut yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi tetapi ia juga kaya dengan budaya serta aktiviti masyarakatnya.

Di sini, aktiviti yang boleh dilakukan termasuk jet ski, kayak, bola tampar, snorkel dan banyak lagi. Bagi yang sukakan cabaran, berbasikal mengeliling pulau juga mungkin salah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Menarik mengenai Pulau Pangkor, selain menawarkan pelbagai aktiviti laut, pengunjung juga boleh mengembara di seluruh pulau kerana Pulau Pangkor juga adalah pulau yang mempunyai banyak perkampungan.

Salah satu perkampungan yang pasti membuatkan anda teruja ialah Perkampungan Nelayan Acheh. Anda dapat melihat nelayan menurunkan hasil tangkapan sekitar jam 11 pagi.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat proses penghasilan makanan laut segar yang diusahakan secara komersial di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

Pelbagai hasil laut bermutu tinggi boleh diperoleh di situ, antaranya ikan bilis, sotong kering, udang, ikan dan makanan ringan yang turut diproses daripada hasil laut dengan harga berpatutan.

Pulau lain yang boleh dikunjungi

  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Mataking, Sabah
  • Pulau Kapalai, Sabah
  • Pulau Langkawi
  • Pulau Sibu, Johor
  • Pulau Rawa, Johor
  • Pulau Pemanggil, Johor

Sumber: myMetro

Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search

IMAN HAKIMI HASHIM: Hotel Bajet <b>Di Kemaman</b>

Posted: 03 Feb 2012 06:57 PM PST

Saya kalau ke Kemaman biasanya memilih untuk menginap di hotel hotel bajet saja. Biasanya saya akan pilih hotel bajet yang berdekatan dengan tempat makan, senang mendapatkan bas atau teksi. Antara hotel bajet menjadi pilihan saya adalah hotel Shafura, hotel Marjan dan hotel Vista. Full content generated by Get Full RSS.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search

SAMBUTAN JUBLI EMAS PAS KAWASAN KEMAMAN <b>di Kemasik</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2010 10:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SAMBUTAN JUBLI EMAS PAS KAWASAN KEMAMAN di Kemasik. Posted 6th October 2010 by PAS Pekan Kemasik. 0. Add a comment. Add comment. No more comments. PAS Pekan Kemasik. Magazine. Classic · Flipcard · Magazine ...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search

Tahfiz Al-Mizan <b>Bukit Besi</b> (T&#39;ganu) | AbuSyafiyyah

Posted: 29 Jan 2012 08:08 AM PST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*