13 di setiu - Google Blog Search |
- Tangguh Projek Kolam Udang i-SHARP <b>di Setiu</b>
- T E G A N U K I TA: 290 mangsa banjir <b>di Setiu</b> dipindahkan
- Utusan Malaysia Online - Terkini
Tangguh Projek Kolam Udang i-SHARP <b>di Setiu</b> Posted: 21 Jan 2012 06:00 PM PST KUALA TERENGGANU – Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mendesak kerajaan menangguhkan projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP), Setiu bagi memberi tumpuan kepada keselamatan alam sekitar yang dikatakan menjejaskan kawasan berhampiran akibat pelaksanaan projek tersebut.
Beliau berkata, sebelum pelaksanaan tersebut berjalan sepenuhnya, syarikat bertanggungjawab yang memajukan kawasan terbabit perlu menumpukan kepada kemudahan yang lebih berkesan untuk memastikan kawasan tersebut selamat dengan menambah baik sistem pembuangan sisa dari kolam serta sistem perairan. "Apabila menternak udang di kawasan tersebut, sisa daripada ternakan udang akan disalurkan kepada sungai dan akibatnya, sungai akan tercemar dengan bahan toksik," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, kelmarin. Selain air sungai menjadi toksik dan tercemar serta banjir, pihaknya mendakwa, projek tersebut memberi kesan kepada kemusnahan kawasan pembiakan hidupan laut, sangkar penternakan ikan penduduk tempatan terjejas, hakisan tanah dan mendapan tanah serta masalah sosial akibat pengambilan buruh yang mungkin menggunakan khidmat buruh asing. Projek tersebut dimajukan Syarikat Blue Archipelago Berhad iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan. Projek terbabit melibatkan keluasan 1,000 hektar meliputi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampung Banggol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri membabitkan kos sekitar RM300 juta dengan pelaksanaan tersebut berlangsung sekitar dua tahun lalu. Selain melibatkan kawasan hutan paya gelam, Zulkefly berkata, kawasan tersebut melibatkan pengambilan tanah rakyat dalam bentuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Walaupun projek tersebut mendapat sokongan Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA), namun katanya, ia tidak mengambil kira kajian menyeluruh oleh DEIA serta tidak mengambil pandangan semua pihak termasuk rakyat. Menurutnya, rakyat turut kehilangan tanah RTB apabila kerajaan mengambil tanah di kawasan itu kepada pemaju dengan taraf pajakan selama 30 tahun mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar hilang mata pencarian. "Orang kampung bukan meneroka tanah kerajaan secara haram tetapi diusahakan dengan lesen menduduki sementara (TOL) yang diberikan kerajaan Pas Terengganu dahulu. Apabila bertukar kerajaan, lesen tidak disambung semula tetapi orang kampung terus mengusahakan tanah dari tahun 2000 hingga 2009," katanya. Beliau berkata, pihaknya bukan mengetepikan pembangunan tetapi menegaskan sebarang bentuk kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil berat kesan terhadap alam sekitar termasuk segala perkara berkaitan kelangsungan hidup rakyat. "Kita mengharapkan suatu kajian terperinci, satu tindakan bersepadu, tindakan komprehensif daripada Kerajaan Negeri dengan menangguhkan projek ini sehingga soal berkaitan alam sekitar dapat diatasi terlebih dahulu, " katanya. Komen: Full content generated by Get Full RSS. |
T E G A N U K I TA: 290 mangsa banjir <b>di Setiu</b> dipindahkan Posted: 14 Jan 2012 06:03 PM PST Oleh FAUZI MOHD Sejumlah 290 orang daripada 72 keluarga di daerah Setiu dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air. Majlis Keselamatan Negara Terengganu setakat 9 pagi ini melaporkan, lima pusat pemindahan dibuka di Balairaya Hulu Seladang melibatkan 35 mangsa, Balairaya Kampung Besut (24), Pasar Lama Permaisuri (87), Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (124) dan Surau Kampung Besut (20). Full content generated by Get Full RSS. |
Utusan Malaysia Online - Terkini Posted: 15 Jan 2012 07:38 AM PST Dua sekolah di Setiu ditutup akibat banjir15/01/2012 4:49pm SETIU 15 Jan. - Dua dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dan SK Kampung Buloh dekat Bandar Permaisuri di sini terpaksa ditutup buat sementara akibat banjir yang berlaku sejak malam tadi. Ini kali kedua SK Kampung Besut terpaksa ditutup akibat banjir selepas kejadian pertama semasa penggal persekolahan mula dibuka pada 3 Januari lalu. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Setiu, Kipayatullah Mohd. Said berkata, dua sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 736 murid dan mereka dibenarkan bercuti sementara sebelum keadaan kembali pulih. "Sekiranya keadaan tidak berubah, kedua-dua sekolah itu akan terus ditutup dan para pelajar akan ganti belajar pada hari Sabtu," katanya di sini hari ini. Kipayatullah berkata, dua minggu lepas, banjir turut melanda Kampung Pelong dan Kampung Jalan Hulu dekat sini menyebabkan SK Kampung Besut dan Kampung Bukit terpaksa ditutup. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan