Khamis, 15 Ogos 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kumbang Jingga: Haiwan yang hampir pupus ditemui <b>di marang</b>

Posted: 23 Jul 2013 05:52 PM PDT

Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.
"Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking," katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
"Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai 'ngoang' di Sarawak manakala dipanggil 'jabot' di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


TERKINI: Pemilik Restoran Nasi Kukus <b>Paka</b>, Terengganu Mati <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2013 09:38 PM PDT

.
.

Berita yang menggemparkan penduduk tempatan apabila sebentar tadi (13/08/2013) seorang pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Dungun, Terengganu telah ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kejadian berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi Kukus kepunyaan mangsa. Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaan mangsa nombor pendaftaran CCL 5455 telah dilarikan oleh pembunuh.

Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi pihak polis yang berdekatan.

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)

VN:F [1.9.22_1171]

TERKINI: Pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Terengganu Mati Dibunuh Kejam Di Depan Restorannya , 10.0 out of 10 based on 1 rating
.  

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


fyra punye belog: <b>Di</b> Mess Perwira, PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 18 Jul 2013 11:09 PM PDT

I suka berada di bilik bujang hubby di Mess Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Walaupun tak seselesa seperti rumah sewa kami di Kuantan, tapi i seronok berada di sini sebab berada di sisi suami. Beradalah di mana-mana pun asalkan di sisi dia. Bilik kecil yang dilengkapi perabot dan tandas menjadikan kami menjalani kehidupan yang sederhana berdua. Tapi tulah, i tak boleh nak masak sebab takda dapur. Kat sini pun takda masalah makanan sebab dalam Mess sendiri ada sediakan juadah tengahari dan malam (cuma antara rajin tak rajin nak ambil je). Sedap juga makanannya, i dah rasa. Kalau hubby tak posting ke sini, tak merasalah i berjalan ke negeri negeri belah sini.
 Kecik comel je biliknya

Sangat berinspirasi untuk mengupdate blog di sini 
 Waktu sahur selalunya grab je apa yang ada atas meja
Permandangan dari pintu belakang. Hubby parking kereta kat situ, selalu hubby lompat je penghadang tu (i pun sama lompat juga)
Since i ada sini, bilik hubby bersih kemas je sentiasa. Cuba kalau i tak ada? Ayam pun teringin tumpang bertelur agaknya. I tak suka sepah sepah (tapi kereta hubby, i suka sepahkan).
Kat sini makan best, jauh dari kesesakan, banyak pantai, jauh dari annoying people juga. Cuma part tak best i tak boleh nak masak je. 
Nanti balik Kuantan, kite masak sedap sedap untuk sayang, ya? 

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Bercuti <b>di Pulau Redang</b> (3H 2 M) | Kembara Sufi Travel & Tours <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 06:24 AM PDT

Jom melancong ke "Pulau Redang, Terengganu" bersama KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD! Harga yang kami nyatakan diatas ialah harga FULL PACKAGE. Termasuk segala makan minum, penginapan di hotel 4 bintang dan bas dari KL – Terengganu.

Murah Pulau Redang

Destinasi: PULAU REDANG, TERENGGANU
Tempoh Masa: 3 HARI 2 MALAM
Sebut Harga: (HUBUNGI KAMI)

HARI PERTAMA
  • Berlepas dari Kuala Lumpur dengan bas yang disediakan.
  • Berjumpa dengan wakil kami dan terus dibawa ke Jeti Merang untuk menaiki bot pada pukul 9.30 pagi.
  • Tiba di Redang Bay Resort.
  • Check in resort dan makan tengahari di resort.
  • Petang anda akan dibawa untuk Snorkelling.
  • Balik ke hotel dan makan malam di resort.
HARI KEDUA
  • Sarapan pagi di resort.
  • Jam 9.30 pagi anda akan dibawa untuk Snorkelling.
  • Makan tengahari di resort.
  • Pada 2.30 petang anda akan dibawa untuk aktiviti Snorkelling.
  • Balik ke hotel dan makan malam di resort.
HARI KETIGA
  • Sarapan pagi di resort.
  • Aturcara adalah bebas.
  • Check out resort jam 12.00 tengahari.
  • Pada jam 3.00 petang anda akan dibawa ke Jeti untuk menaiki bot ke Jeti Merang.
  • Kemudian anda akan terus pulang ke destinasi dengan selamatnya.
PACKAGE INCLUDE:
  • Bas persiaran dari Kuala Lumpur (tanpa pemandu pelancong)
  • Penginapan 2 malam mengikut pilihan resort di atas.
  • 2 hala tiket bot dari Jeti Merang – Pulau Redang – Jeti Merang.
  • Segala lawatan yang diaturkan mengikut aturcara lawatan.
  • Makanan disediakan di restoran mengikut aturcara lawatan (2 SP / 2 MT / 2 MM)
  • 2 trip bot snorkeling dan 1 snorkelling di Redang Bay Resort termasuk tiket masuk.
PACKAGE EXCLUDED:
  • Jaket keselamatan @ RM15.00, normal mask dan snorkel @RM15.00 setiap satu item pada satu masa.
  • Power mask @RM30.00 setiap satu pada satu masa.
  • Perlindungan Insurans.
  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel/tempat-tempat lawatan.

DOWNLOAD JADUAL PERJALANAN: Klik Sini!

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


PAPA GOMO: PAS Kalah Teruk <b>Di</b> PRK Kuala <b>Besut</b>

Posted: 24 Jul 2013 06:00 PM PDT

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang pada  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti  2,592 undi.

Keputusan pilihan raya itu sekaligus menyaksikan jumlah majoriti meningkat berbanding jumlah majoriti pada pilihan raya yang lalu.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh pegawai pilihan raya di Dewan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.

Turut hadir mendengar pengumuman PRK kali ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga Pengarah PRK Kuala Besut.

Turut kelihatan Menteri Beesar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said , Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tengku Zaihan memperolehi undian sebanyak 8, 288 manakala Che Long mendapat sebanyak 5, 696 undian.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dengan calon Pas, Endot@Azlan Yusof.

Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


FizGraphic Dot Com: Masjid <b>di Hulu Terengganu</b> "RUNTUH"?

Posted: 20 May 2013 11:39 PM PDT

P/S : Terengganu femes dengan keruntuhan. Sana sini runtuh. 

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2013 01:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 01:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2013 01:50 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 01:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Remaja Raikan Ramadan Serentak <b>Di</b> Dua Buah Masjid <b>di</b> Kemaman

Posted: 04 Aug 2012 01:27 AM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.

Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.

Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

<b>Ketengah</b> belanja RM 1 juta bantu golongan kurang mampu ABN <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 02:48 AM PDT

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membelanjakan kira-kira RM1 juta kepada 4,834 penerima sumbangan dari Tabung Amanah Masyarakat Ketengah tahun ini bagi membantu golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban kewangan kepada mereka yang berkenaan.

"Jumlah penerima sumbangan juga semakin meningkat berbanding seramai 3,157 orang tahun lalu, 2,610 (2011) dan 1,064 (2010) 2010 dan insya-Allah akan lebih ramai diberi bantuan seiring dengan peningkatan sumbangan dari lima anak syarikat Ketengah.

"Pada tahun ini, sumbangan dimulakan di Cheneh dan akan diadakan di Ajil, Hulu Terengganu, Al Muktafi Billah Shah di Dungun dan Bandar Seri Bandi di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 360 penerima bantuan itu di Bandar Baru Cheneh di sini hari ini.

Lima anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam bidang perladangan perlu memberi sumbangan kepada tabung itu mengikut peratusan keuntungan yang ditetapkan pihak pengurusan Ketengah – Ketengah Jaya Sdn Bhd, YTI-Ketengah Perwira Sdn Bhd, Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd dan Ketengah Perwira Sdn Bhd.

Ketengah ialah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diperbadankan pada 12 April 1973 dan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

"Selain bantuan untuk ibu tunggal, OKU dan orang miskin, Ketengah juga menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah dari keluarga kurang mampu," katanya. – Bernama

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Sotong: Petunjuk Dari <b>Kemasik</b>

Posted: 28 May 2013 02:35 PM PDT

Selamat datang pada semua pengunjung... beberapa hari lepas ambe sempat singgah di sebuah kawasan perkelahan yang terletak di pantai Kemasik. Lama sungguh tak singgah di sini. Pada ketika itu air laut sedang menyongsong surut. Suasana mendamaikan dengan keadaan laut yang agak tenang.
Sotong memang suke tempat camni..

Berapa orang yang peduli amaran ini...

Pulau berbatu yang cantik.
Sambil melihat keadaan sekeliling... terdetik di hati, emm.... masanye telah tiba. Pantai Kemasik boleh dijadikan petunjuk bagi mengetahui kehadiran sotong mabang. Melihat keadaan air dari segi kejernihan, ombak dan kekuatan angin, hati ambe kuat menyatakan sotong telah ada di pesisir pantai Terengganu.
Kampung nelayan yang mendamaikan

Kawasan berbatu dan berair tenang

Hati semakin membuak-buak mencari-cari ruang untuk menduga sotong mabang di lapangan.. bile yer.. sibuk sikit sekarang ni. Terbayang wajah rakan-rakan... bila dan dimana? Hehe... masa dan waktunya akan tiba.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal <b>di Pulau Wan Man</b> | Keindahan Terengganu

Posted: 30 Aug 2010 09:29 AM PDT

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra  Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.


13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


prk kuala besut: mahfuz tuduh adun <b>chukai</b> menipu??? - Semut Hitam

Posted: 17 Jul 2013 01:15 AM PDT

Jika kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz ni, memang kita akan dapat lihat bahawa Si Mahfuz Bean tu cuba nak menuduh ADUN Chukai menipu.

Sebelum ini, ADUN Chukai tu yang bertemu dengan pihak media dan menyatakan bahawa PAS mengenaikan tindakan 'Tutup Mulut' terhadap calon mereka di Kuala Besut.

Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. 

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. 

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. 

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. 

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. 

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media. 

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Laporan tersebut dikeluarkan dan diterbitkan oleh Sinar Harian. Persoalannya, kenapa pulak Si Mahfuz Bean ni nak menafikan perkara tersebut?

"Saya rasa PAS tidak pernah keluarkan kenyataan untuk calon tidak boleh keluarkan arahan, saya rasa setakat ini tiada. 

"Dan kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut," katanya kepada pemberita hari ini di lobi Parlimen di sini.

Ayat kedua dalam kenyataan Si Mahfuz tu kelihatan seperti dia nak menyalahkan Si Husam Kambing dan juga ADUN Chukai selaku Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.

Adakah dia anggap ADUN Chukai tu berbohong kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tersebut melalui Sinar Harian?

Atau, adakah pihak Sinar Harian tersilap petik dan telah memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh ADUN Chukai tu sehingga ianya menimbulkan persoalan? 

Jika benar PAS tak keluarkan arahan sedemikian, kenapa tak saman je Sinar Harian tu?

Andaikata betul la kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut, bermakna malang sungguh nasib pengundi di Chukai sebab dapat wakil rakyat yang kuat menipu. Dan ianya diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS!!!

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Hikayat perut buncit: Saya Budak UiTM <b>Bukit Besi</b>

Posted: 24 Jun 2013 09:06 PM PDT

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 3 minggu bertapak di UiTM Kampus Baru.
Sebelum : Sebelum menetap di kampus baru ni, dah pernah pergi beberapa kali. Pergi 2 kali dengan family, dan 2 kali lagi bersama ahli ChESS dan JPK. Persepsi saya bila lihat je kampus ni, subhanallah, cantik, memang cantik, tapi saya dah menjangkakan yang kehidupan makan menjadi sedikit bosan sebab tempatnya agak terceruk, terpisah daripada segala kemudahan dan kemewahan.Tapi cuba ditenangkan hati yang resah ini dengan kata-kata 'tak apa, datang sini nak belajar.' Bila resah makin meningkat, 'tak apa, dah ada universiti nanti maju lah berperingkat tempat ni'. 
Minggu Pertama : Sampai je Bukit Besi, tempah bilik baru sebab bilik yang tempah haritu, bloknya diserahkan kepada pelajar lelaki kerana kebanjiran pelajar lelaki daripada kos kejuruteraan mekanikal. Bilik D210, ceh rasa bangga je bila selesai kemas bilik, dahlah bilik besar, susun bukan main comel lagi. 
Haha ya, memang banyak wara purple, sebab saya peminat purple! Hehehe... tapi bilik ni kejap je, esoknya pindah 'bilik bacaan' sebab pelajar perempuan pun banjir, maka kami yang memegang portfolio sebagai ChESS dan JPK perlulah berkorban duduk di bilik aras bawah, di bilik bacaan, bilik komputer, kedai dan pejabat. Yang ada pun cuma katil sahaja, tapi ada aircond lah! :) Sebab kan tak ada locker dan meja study, keadaan bilik, ala-ala rupa rumah sewa gitu. Mula2 macam tak suka jugak, tapi lama2 dah selesa dan biasa dah. 
Pengalaman pertama menguruskan pendaftaran kolej, Subhanallah, macam2 karenah yang saya jumpa, yang tak pernah jangka pun sesusah ini nak melayan para pelajar dan ibu bapa. 
Kes 1 : Pelajar selesai mendaftar dan dah diberikan kunci bilik. Dia dah pergi, tiba-tiba datang semula bersama bapanya. Bapanya pun tanya... "Emmm, saya nak bilik yang bawah sikit untuk anak saya boleh?" , "Kenapa ya cik, anak encik sakit?" , "Bukan, saya yang lenguh nak angkat barang dia." Hahaha macam-macam ...
Kes 2 : Pada hari pertama pelajar turun semula ke kaunter pendaftaran setelah mendaftar mengatakan, "Emmm saya tak boleh kena cahaya matahari la, saya nak tukar bilik" tapi pihak JPK rasa alasan tu tak relevan maka mereka pindahkan kedudukan katilnya. Pada keesokan hari, dia datang semula ke pejabat kolej bersama bapanya, meminta tukar lagi bilik atas alasan2 yang entah apa-apa. Haihh... ada juga type manusia yang suka menyusahkan orang lain macam ni.Maaf lah kalau apa yang saya cakapkan ini kasar, tapi selama ni saya lihat tak ada masalah pun apabila insan ini kena matahari, lawak jugak bila bagi alasan ala-ala Michael Jackson sebab nak tukar bilik.
Kes 3 : Pelajar ini telah pun mendaftar tetapi tak dapat sebilik atau dekat dengan 'geng' dia. Maka dia pun ke pejabat kolej mengharapkan ada bilik kosong berdekatan gengnya itu, malangnya tak ada. Habis dia mengamuk tak tentu pasal di pejabat kolej hari itu. Ya Allah, pening kepala layan... sabar jela
Hari ini : Alhamdulillah, dah 3 minggu berada di sini, dah terbiasa dengan keadaan di sini. Warga Bukit Besi pun Alhamdulillah, dah ramai yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk kemudahan para pelajar, bas UiTM pun disediakan pada setiap selasa dan rabu pagi untuk ke bandar Dungun. Pendaftaran Wifi pelajar sedang diuruskan. Pembaharuan demi pembaharuan sedang dilakukan. InsyaAllah, bakal lengkap segala keperluan kita nanti di kampus Bukit Besi ini.
Di sini, saya kongsikan beberapa gambar sekitar kawasan kampus dan berdekatan kampus.

ads