13 di pulau redang - Google Blog Search |
160 buah rumah <b>di</b> beri kepada generasi muda <b>Pulau Redang</b> <b>...</b> Posted: 18 Mar 2014 09:46 PM PDT Kerajaan Terengganu yakin 160 unit rumah pangsa mampu milik di Pulau Redang mampu memberi keselesaan kepada rakyat pulau itu terutama kepada keluarga generasi muda. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, projek perumahan bernilai RM32 juta itu merupakan projek perumahan pertama kerajaan negeri di Pulau Redang. "Kita sedia maklum tanah di pulau ini sangat terhad dan kita mendapati terdapat sebuah rumah didiami sehingga empat keluarga. "Setakat ini, 45 peratus telah siap. Dengan siapnya projek perumahan mampu milik ini, kita serba sedikit dapat membantu mereka," katanya kepada wartawan selepas melihat tapak projek rumah pangsa mampu di Pulau Redang hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah; ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan semua Exco kerajaan negeri. Ahmad memberitahu, projek tersebut mempunyai sebuah gelanggang futsal, dewan serbaguna, rumah sampah, pencawang Tenaga Nasional Berhad dan loji kumbahan dijangka siap pertengahan tahun depan. Tambahnya, projek itu dibina di atas tanah seluas 4.23 ekar itu mula diduduki oleh pendudk tempatan awal tahun hadapan. "Namun demikian, kami masih belum menetapkan harga bagi satu unit rumah bagi tujuan penjualan kepada rakyat. "Projek itu merupakan projek yang sesuai memandangkan di kawasan sekitar mempunyai klinik, balai polis serta kemudahan awam yang lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pulau redang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |