Rabu, 4 April 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


explore terengganu: Industri Keropok Terengganu - <b>Seberang Takir</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:56 AM PDT


Kebiasaannya bila sahaja disebut perkataan 'keropok' orang akan teringatkan Terengganu.
Ini disebabkan keropok 'Losong' yang sangat terkenal itu. Namun ramai yang tidak tahu
bahawa Seberang Takir juga merupakan tempat perusahaan keropok yang terkenal.


Proses pembuatan keropok tradisional di sini dilakukan pada 'setiap hari' kecuali
hari tiada ikan disebabkan oleh laut yang bergelora apabila musim tengkujuh. 
Segala kerja masih menggunakan kaedah lama kecuali ada sesetengah pengusaha
yang menggunakan mesin pengisar bagi menghancurkan ikan.


Semasa saya mengambil gambar di sini kebetulannya terdapat ramai pengusaha 
sedang menyiang ikan tamban. Ikan ini matanyanya memang merah secara semulajadi.
Pada mulanya saya menyangkakan ikan ini adalah ikan lama sehinggalah
diberitahu oleh rakan saya yang kebetulan bekerja di Jabatan Perikanan.




Jika anda berkunjung ke Terengganu jangan lupa memasukkan jadula lawatan ke
Seberang Takir untuk melihat sendiri perusahan tradisi ini. Dan yang paling
penting jangan lupa untuk membeli keropok di sini sebagai ole-ole nanti.
Rasanya tak kurang hebat dari Keropok Losong yang terkenal itu.  Selamat mencuba...

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Kos jutaan ringgit bantu nelayan <b>di Marang</b>

Posted: 01 Apr 2012 01:40 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri tetap membantu nelayan di Marang dengan menyediakan pelbagai bantuan dengan kos melebihi jutaan ringgit bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kelangsungan hidup walaupun menyedari majoriti mereka tidak memihak kepada kerajaan.

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku, berkata majoriti kumpulan nelayan di Marang adalah penyokong pembangkang dan jika dibuat perbandingan daripada 1,000 nelayan, kira-kira 700 daripada mereka memilih Pas.


"Kerajaan negeri dan Pusat menjalankan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada nelayan supaya mereka dapat terus bekerja dan mencari rezeki mereka. Terlalu banyak yang kita sediakan, bagaimanapun mereka masih tidak sedar sehingga membelakangkan kerajaan
ketika Pilihan Raya Umum.

"Bagaimanapun, saya yakin dan percaya kini sudah ada perubahan dan kesedaran di kalangan mereka (nelayan). Ada peningkatan di kalangan nelayan yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan banyak kehendak mereka kita laksanakan," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara projek berkaitan termasuk mendalamkan Sungai Marang yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dengan kos RM30 juta, selain peruntukan tambahan kira-kira RM500,000 bagi mendalamkan semula sungai itu.

Selain itu, projek membangunkan prasarana longkang Sungai Kerok bernilai kira-kira RM5 juta, longkang Sungai Riting (fasa i) RM500,000, (fasa ii) RM300,000 dan projek yang terbaru, longkang Sungai Riting (fasa iii) menghala ke Kelulut dan Sungai Marang melibatkan kira-kira RM3juta.

"Kita juga menyiapkan Marang Waterfront (fasa i) bernilai kira-kira RM4 juta, longkang di Bandar Marang, Alor Pok Bang dan banyak lagi dalam proses membangunkannya dari masa ke semasa kerana peruntukan bagi tujuan itu sudah disediakan.

"Alhamdulillah, dengan pembinaan prasarana longkang dan tebatan banjir kita hampir berjaya menyelesaikan masalah banjir di kawasan Rhu Rendang terutama Bandar Marang," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang mengadakan lawatan ke daerah Marang pada 7 Februari lalu meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah itu.

Peruntukan itu tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah tersebut yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat.

Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM750,000 bagi setiap DUN di Parlimen Marang tahun ini untuk membina jalan-jalan kampung dan membesarkan jalan sedia ada.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


My Journey from d&#39;Cradle 2 d&#39;Grave: TAJUK 267: TOK AMAN BALI

Posted: 01 Apr 2012 01:39 AM PDT



Pada 26 Mac 2012 aku bersama beberapa staf MLU telah bertolak ke Kota Bharu dengan menaiki pesawat MAS dari KLIA.  Flight MH 1396 berlepas dari KLIA pada jam 1435 dan tiba di LT Sultan Ismail Petra pada jam 1530.


Dari KB kami dijemput oleh kenderaan dari Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) yang membawa kami ke lokasi penginapan kami di Tok Aman Bali Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.  Perjalanan melalui jalanraya dari KB ke Tok Balimengambil masa lebih kurang sejam lebih.




Kami cheque in di Tok Aman Bali pada jam 1700H.  ini adalah kali pertama aku sampai di Tok Bali.  Tok Bali Resort merupakan satu resort yang baru sahaja 3 bulan siap dibina.  Senibina dan rekabentuk lansekapnya amat indah.  Ia terletak di tepi Pantai Bisikan Bayu.  T.apak resort ini merupakan bekas paya bakau yang ditebustanah dan direkabentuk begitu indah sekali sehingga memperlihatkan resort tersebut dikelilingi oleh tasik yang indah membiru.


Di Resort inilah kami berkampung selama 3 hari mulai 26 hingga 29 Mac 2012.  Kami mengadakan mesyuarat Technical Coordination Group (TCG), Component Improvement Programme (CIP) dan Logistic Support Meeting (LSM) pesawat MiG29 dan SU30MKM dengan pihak ATSC Sdn Bhd dan delegasi dari Russia yang terdiri dari wakil-wakil PJSC RAC MiG, PJSC Rosoboronexport, Sukhoi dan Irkutsk Company.  Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Panglima Logistik Udara.
Replika bot nelayan- landmark Tok Bali



Hari pertama mesyuarat pada 27hb sebelah pagi dan petang.  Hari kedua, 28hb sebelah pagi sahaja manakala sebelah petang delegasi MLU membuat lawatan ke STC ATSC di PUGK.  Mesyuarat hari ketiga pada 29hb merupakan majlis menandatangani deklarasi antara TUDM-ATSC-RAC MiG dan Rosoboronexport.




Setelah menamatkan mesyuarat pada 29hb Mac jam 1230 dan makan tengahari, kesemua delegasi TUDM bertolak ke Kota Bharu untuk menaiki pesawat pulang ke KL.  Manakala aku dengan Lt Kol Ruszali terpaksa menyambung tugas di PU Kuantan pada 30hb Mac.


Kebetulan pada 29hb itu DYMM Al Sultan Kelantan datang ke Tok Aman Bali Resort untuk berehat tengahari setelah mencemar duli merasmikan Pelabuhan Tok Bali pada pagi hari tersebut.



PASIR PUTEH 29 Mac - Projek pembinaan pelabuhan antarabangsa di Tok Bali dekat sini akan menjadi pemangkin baru perkembangan ekonomi negeri ini selain bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen untuk pangkalan bekalan bagi tujuan industri minyak dan gas luar pantai kepada East Coast Terminal Sdn. Bhd. untuk beroperasi di Tok Bali.
Beliau berkata, pelabuhan tersebut akan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut Cina Selatan mengeskport produk mereka ke negara-negara ASEAN, Jepun dan Korea pada masa akan datang di samping menggalakkan peningkatan eksport barangan tempatan ke negara luar.
"Projek pelabuhan Tok Bali yang diusahakan oleh East Coast Terminal Sdn. Bhd. membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan Kelantan dalam menyediakan infrastruktur bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri yang menyediakan peluang pekerjaan dan perdagangan dalam pelbagai sektor," katanya.
Beliau berucap pada upacara pecah tanah di tapak Pelabuhan Tok Bali, dekat sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut berkenan melancarkan Pesta Air Tok Bali 2012 pada sebelah pagi. Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob.
Mustapa berkata, Kerajaan Persekutuan juga merancang dan telah membina pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat di negeri ini. 
"Sebagai contoh, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) turut merancang untuk membina pelbagai kemudahan infrastruktur seperti menaik taraf lapangan terbang domestik kepada antarabangsa dan membina lebuh raya di negeri ini sebagai pemangkin pembangunan ekonomi pada masa akan datang.
"Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut membina pelabuhan perikanan bernilai RM90 juta menerusi tiga fasa pembangunan perikanan di Tok Bali," katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kelantan telah membina Terusan Semerak bagi tujuan tambatan banjir dan pengaliran air bagi tujuan pertanian di Tok Bali.
Katanya, mengikut perancangan ECER, sejumlah RM3.2 bilion akan dibelanjakan untuk beberapa aktiviti peneraju utama di projek Pelabuhan Tok Bali selain pelaburan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM230 juta dan pelaburan syarikat swasta sebanyak RM3 bilion.




TAPI, selama 3 hari di sini, aku tak sempat untuk merayau menikmati keindahan persekitaran Tok Bali.


Mungkin, suatu hari nanti, aku akan bawa family ke sini lagi untuk menikmati keindahan pantai Bisikan Bayu.


Kami bertolak ke Kuantan dengan menaiki kereta milik Mej Ashaari Shafie (B), jurutera ATSC.  Perjalanan melalui darat dari Tok Bali Resort sejauh 400 km lebih amat memenatkan.  Dengan melalui sedikit bahagian lebuhraya LPT yang belum siap dari Ajil (Kuala Brang) ke Bukit Besi yang lainya melalui jalan raya lama yang amat menyakitkan pinggang.


gerai buah-buahan di simpang ke Kuala Brang yangsemuanya dikendalikan oleh wanita berusia lebih 50an
(perniagaan mereka akan terkubur apabila LPT siap sepenuhnya nanti)


Perjalanan melalui Kuala Besut- Kampung Raja- Bandar Permaisuri - Setiu- Kuala Brang - Ajil - Bukit Besi - Muktafi Billah- Jabor dan Kuantan memperlihatkan pemandangan kampung-kampung tradisi, Tanah Felda, ladang kelapa sawit dan juga hutan belukar.
Landmark Bandar Muktafi Billah


Kami sampai di Kuantan pada jam 1835 (4 jam lebih sedikit perjalanan).  Aku menginap di Vistana Hotel.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT


Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah.

Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat.

Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.

Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam.

Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2.

Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka.

Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

WARIS Akan Serah Memorandum 12 Perkara Kepada <b>KETENGAH</b> <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 11:15 AM PDT

DUNGUN - Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia atau dikenali dengan WARIS akan menyerahkan satu Memorandum Rakyat kepada pihak pentadbiran  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah ) di pusat pentadbiran Lembaga itu, bandar Al-Muktafi BiLlah Shah.

Menurut Pengerusinya Ustaz Roslan Ismail, pihak Ketengah sudah menyatakan persetujuan menerima Memerandum tersebut pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, Memorandum 12 Perkara tersebut adalah bertujuan mendesak Ketengah mengambil tindakan memperbetulkan haluannya yang kini jauh tersasar dari matlamat asal penubuhannnya.

"Kami pihak Waris memandang Visi KETENGAH sangat hebat, bertujuan untuk menjadi peneraju kepada kesejahteraan rakyat di wilayah Terengganu Tengah dalam masa 10 tahun,

"setelah hampir 40 tahun dan sebelum ia tersasar lebih jauh lagi dari matlamat asal penubuhannya, kami bertanggungjawb untuk menyampaikan hasrat rakyat iaitu memorandum rakyat kepada pihak KETENGAH,"ujarnya.

Menurutnya, antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak KETENGAH untuk segera mencari alternatif sumber ekonomi kepada penduduk di bandar-bandar yang dibangunkan, agar jurang ekonomi rakyat di sini tidak terus melebar.

Katanya, bandar-bandar seperti AMBS, Bukit Besi, Ketengah Jaya, Cerul dan Seri Bandi dan kampung-kampung tradisi sekitarnya jauh ketinggalan berbanding para penduduk di tempat lain.

Justeru beliau mengambil kesempatan menyeru semua pihak yang berhajat memberikan sokongan moral kepada WARIS agar dapat bersama-sama pada jam 9.30 pagi berhampiran pejabat pentadbiran KETENGAH.

"Memorandum  tersebut akan diserahkan pada jam 10 pagi dan saya menjemput semua pihak berkumpul disekitar pejabat KETENGAH pada jam 9.30 pagi,"jelasnya.

Beliau turut menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan pada sidang media yang akan diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.

Komen:

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Maulidur Rasul <b>di Kemaman</b> meriah Maulidur Rasul di <b>...</b> - Darul Iman

Posted: 20 Feb 2012 04:46 PM PST

Oleh SAPEE MAT JUNUS utusanterengganu@utusan.com.my

CUKAI 20 Feb. – Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Islam sebagai memperingati peristiwa besar keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan itu juga diadakan sebagai simbol memuliakan baginda dengan berusaha mengikuti ajaran dan panduan yang telah ditinggalkan.

Lazimnya, sambutan diisi dengan ceramah di surau-surau dan masjid atau di sekolah-sekolah mengenai sirah atau sejarah kehidupan Rasulullah, di samping perarakan yang menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Terengganu, sambutan yang digerakkan oleh pelbagai pihak dan sambutan terbesar di negeri ini berlangsung di daerah Kemaman baru-baru ini.

Di Kemaman, acara kemuncaknya diadakan perarakan yang dimeriahkan dengan penyertaan kira-kira 40,000 penduduk setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengetuai perarakan yang mencatatkan penyertaan terbesar dalam tradisi perarakan setiap tahun yang dianggapnya sebagai cerminan perpaduan yang semakin kukuh.

Katanya, sambutan kali ini adalah di luar jangkaan kerana kebiasaannya ia dalam lingkungan 30,000 penyertaan.

"Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita menjalin kesepakatan sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW," katanya pada sidang media selepas mengetuai perarakan bermula di Padang Astaka dan mengelilingi bandar Cukai.

Turut serta, isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera; ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman; ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah, Mohamad Kamil Othman.

Perarakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa sejauh tujuh kilometer, institusi pendidikan sejauh lima kilometer dan tabika dua kilometer mengelilingi bandar Cukai.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan dan pelancong asing ketika ditemui menyuarakan rasa gembira dan teruja melihat perarakan itu.

Pelancong Holland, Eline Trudy, 50, berkata, dia kagum melihat masyarakat Islam di negara menyambut kelahiran Rasulullah melalui perarakan yang berwarna-warni.

"Saya kagum dengan pelbagai perayaan agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Bagi penduduk tempatan, Syed Mohd. Saharzi Syed Alwi, 42, berkata, dia gembira kerana berpeluang bersama puluhan ribu anggota masyarakat dalam sambutan ini.

"Walaupun terpaksa berjalan sejauh tujuh kilometer, saya tidak merasa penat malah terasa begitu seronok," ujarnya.

Nurhayati Yusuf, 25, berkata, dia rasa amat gembira kerana turut berada dalam suasana penuh meriah.

"Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan sambutan yang sebegini hebat dengan menggabungkan 40,000 warga Kemaman dan ini suatu sejarah," katanya.

Sebagai penghargaan, penyertaan dan penampilan setiap kontinjen dalam perarakan itu dinilai untuk diberikan hadiah.

Ia dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi oleh Pesama Timber, Pejabat Agama Daerah (kedua) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah (ketiga)

Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tempat pertama disandang oleh JKKK Batu Empat Binjai manakala JKKK Bukit Teruna (kedua) dan JKKK Mak Lagam (ketiga).

Untuk kategori Wanita UMNO, tempat pertama dimenangi Batu Empat Binjai manakala Jawatankuasa Aktiviti Kemas (kedua) dan Sungai Ibok (ketiga).

Kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang manakala kategori sekolah menengah diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Ceramah-ceramah <b>di Kemasik</b> dan Kerteh | PAS Pekan Kemasik

Posted: 31 Mar 2012 03:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah-ceramah di Kemasik dan Kerteh. Posted 1 hour ago by PAS Pekan Kemasik · PAS Pekan Kemasik. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

Surau Kg Jaya: Masyarakat Tionghua <b>di</b> Pekan Air Jernih, <b>Kemasik</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 08:38 PM PDT


Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti. 
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan PKR  petang tadi.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Malaysia berdepan &#39;tragedi&#39; sokong Anwar jadi <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 03:44 PM PDT


Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, ia berikutan isu moral yang semakin banyak dihadapinya dan didedahkan sendiri oleh bekas pengikut setianya termasuk Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan.
Menurutnya, tuduhan itu pula bukan dibuat secara membuta-tuli, sebaliknya ia berdasarkan bukti yang ada dan pengalaman mereka sendiri ketika bekerja dengan Anwar dalam tempoh yang lama.
"Maknanya, sebagai rakyat kita kena hitung isu moral yang dihadapi pemimpin ini kerana ia didedahkan bekas rakannya sendiri yang menyokong perjuangan beliau selama ini.
"Bukan seorang tetapi ramai rakan karib beliau sudah meninggalkannya dan mereka semua tahu apa perangai Anwar sebenar dengan bukti-bukti kukuh," katanya.
Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Kampung Perasing Jaya, Jabor, Kemaman kelmarin.
Beliau berkata, pelbagai isu dan penjelasan yang diberikan Anwar sebenarnya hanyalah semata-mata untuk memancing undi selepas menyedari beliau kini sudah tidak mendapat sokongan orang Islam dan Melayu.
Atas sebab itu, katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menimbulkan pelbagai isu baru termasuk menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
 "Bayangkan orang yang sudah hilang sokongan ini dan berhadapan dengan isu moral menjadi pemimpin, maka tragedi luar biasa akan melanda negara ini," katanya.

Tukang Kirai: Siri Jelajah Malaysia Edisi Terengganu # PULAU <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 11:13 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Agak terlambat untuk aku menaip entri Pulau Redang ini tapi demi untuk mengabadikan kenangan di blog ini aku gagahkan jua..geletiiisss pulak rasenyer hahaha ... temerloh ke jeti merang so haruslah aku yg goooogle kan malaaaaang nye selepas tol jabor aku rase la kan kami dah terlepas jalan Jabor- Al-mukhtafi billah shah dan ikot jalan biase ke terengganu yg lalu cherating sume tu..bagaimana kami boleh terlepassss?????yaaaa jawapannye mudah..kerana ...

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Tanah Pertanian <b>di Dungun</b> Untuk Dijual | Tanah Malaysia

Posted: 18 Mar 2012 11:24 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Description. Tanah pertanian berukuran 6 ekar untuk dijual dengan harga RM600000. Tanah ini bukan Rezab Melayu dan hak milik tetap yang terletak di Paka Kampung Nyior. Tanah ini juga masih mempunyai pokok getah ...

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


PAS tidak benarkan PKR bertanding <b>di Negeri Terengganu</b> ???

Posted: 28 Mar 2012 07:26 PM PDT

Tradisi merebut kerusi di kalangan pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas kini mulai dirasai tatkala gendang pilihanraya mula dipalu di segenap ceruk negara.


Masing-masing merasakan mereka berhak untuk bertanding lebih kerusi daripada apa yang ditandingi pada tahun 2008.


Di Terengganu, PKR berhasrat untuk bertanding tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan, memandangkan pada pilihan raya umum lalu PKR bertanding 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN yang menyaksikan kesemuanya rebah.


Tindakan Pas Terengganu yang dilihat memperkecilkan kewibawaan PKR untuk bertanding lebih kerusi telah mencetuskan kemarahan penyokong-penyokong parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Ia berikutan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Azman Sharpawi yang secara terbuka meminta PKR negeri itu mengukur baju di badan sendiri.


Beliau mungkin 'terkejuk beruk' dengan pengunguman PKR itu yang dibuat oleh Pengerusinya, Azan Ismail yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang.


"Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tonggak parti pembangkang di negeri ini," kata Azman seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.


Lanjutan penyokong-penyokong PKR kembali melakukan serangan ke atas Pas dan ia terbukti apabila sebuah blog milik penyokong PKR mempertikaikan kenyataan Azman.


"Penulis tidak ada masalah kalau rasa tidak puas hati ini disampaikan secara berhemah seperti mana adatnya berkomponen, masalahnya ialah bila Azman menyindir PKR negeri dengan meminta parti tersebut "mengukur baju di badan sendiri".


"Dari gaya bercakap, seolah-olahnya Pas negeri Terengganu yakin akan merampas semula negeri tersebut daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang tanpa bantuan sesiapa," kata penulis blog berkenaan.


Tidak hairanlah, Ketua Penerangan PKR negeri, Fariz Musa yang pernah tewas di Parlimen Kemaman pada PRU 12 membalas sindiran Azman Shapawi supaya Pas bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu.


"Adalah lebih baik seluruh 32 DUN di Terengganu diboloti Pas yang lebih hebat dan mampu menawan Terengganu dalam PRU 13 nanti tanpa melibatkan PKR yang dilihat sebagai liabiliti kepada Pas," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.


Lebih memburukkan keadaan, Angkatan Muda Keadilan negeri seperti yang disiarkan akhbar tempatan mengeluarkan ugutan untuk memboikot aktiviti dan program Pas jika Azman Shapawi tidak menarik balik kenyataannya mengkritik PKR Terengganu sebelum ini.


Apa yang menarik, ramai penyokong-penyokong PKR mula mempertikaikan jasa Pas kepada pakatan pembangkang.


Mereka menganggap selama ini, Pas tidak menyumbang apa-apa kepada politik pembangkang sebaliknya mengharapkan PKR untuk melakukan serangan ke atas Barisan Nasional (BN).


Apakah perebutan kerusi antara Pas dan PKR ini hanya akan berlaku di Terengganu sahaja?

Jawatan Kosong <b>Di</b> Perbadanan Memajukan Iktisad <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 12:22 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. Juruaudit Gred W48 (Tetap)
2. Akauntan Gred W41 (Kontrak)

Tarikh Tutup permohonan : 19 April 2012

maklumat lanjut sila klik sini

ads