Khamis, 11 Ogos 2011

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Pok Li - Warga Kemboja Didaftar <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 09:03 PM PDT

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dungun, Datuk Dr Rosli Mat Hassan menafikan dakwaan Pas yang mengatakan wujudnya 164 warga asing yang berdaftar sebagai pemilih yang dilabelkan sebagai 'pengundi hantu' di kawasan parlimen Dungun.

Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dun Sura berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana Pas sekarang dilihat sudah ketandusan isu.

Rosli berkata, warga Kemboja yang didakwa warga asing dan bertindak sebagai pengundi oleh Pas sebenarnya sebahagian daripada rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang sudah lama menetap dan mencari rezeki di daerah ini hingga beberapa keturunan.

Beliau berkata, mereka kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan seperti menjual di pasar malam dan warga Kemboja ini merupakan salah satu identiti budaya, khususnya di sebuah perkampungan di Che Lijah, Dungun.

"Yang penting, mereka ada kad pengenalan, sebab itu mereka boleh mengundi.

"Yang mereka kata warga Kemboja tu sebenarnya sudah beberapa pilihan raya mereka bermastautin di sini, dah jadi warganegara, sudah lama menjadi pengundi. Pas sebenarnya tiada isu, sebab itu mereka bangkitkan hal pengundi hantu," katanya.

Pas Terengganu menyebut, pihaknya mengesan 264 warga asing dipercayai tersenarai sebagai pendaftar pemilih di seluruh kawasan Parlimen Dungun, 43 daripadanya dikatakan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya mengesan satu aktiviti tidak bertanggung jawab dilakukan pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi luar warga asing ke Parlimen Dungun sebagai satu strategi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata, pihaknya mengesan sejumlah pengundi warga asing didaftarkan di kawasan ini meliputi empat kawasan Dun, masing-masing di Rantau Abang, Bukit Besi, Paka dan Sura, kebanyakannya warga asing berketurunan Kemboja.

Lebih dikesali, daripada 264 pemilih berdaftar itu, 43 daripadanya tiada sebarang rekod pendaftaran dalam JPN dan ini boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem yang ada.

"Di Rantau Abang ada 70, dalam JPN tiada rekod. Bukit Besi 61, dengan 10 daripadanya tiada rekod JPN, Sura 111, 23 tiada rekod, Paka 92, enam tiada rekod, menjadikan jumlah keseluruhan 264.

"Sekarang kita jaga benda ini, tapi kita bimbang pada saat-saat akhir dia masuk benda ini. Sekarang rancak dilakukan di negeri lain," katanya pada sidang media tertutup selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Alor Tembesu, petang kelmarin.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara ini untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini lebih adil dan bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Setiausaha JKKK DUN <b>Seberang Takir di</b> siasat polis?

Posted: 13 Jun 2011 07:58 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Seorang Setiuasaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Seberang Takir dilaporkan sedang disiasat polis kerana disyakki mancabul seorang budak perempuan.

Sumber Buletinonline memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu Isnin 6 Jun.

Budak perempuan berumur 9 tahun itu dilaporkan telah 'diperdaya' oleh Setiausaha JKKK terbabit ketika mahu membeli barang di kedainya.

Kes 'cabul' tersebut dilaporkan cuba ditutup dengan campur tangan pemimpin Umno setempat dari diketahui oleh pihak media dan orang ramai.

Isteri kepada Setiausaha JKKK terbabit juga dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam Wanita Umno Seberang Takir

Justeru, sumber tersebut memberitahu, keluarga budak perempuan terbabit telah ditawarkan 'sejumlah wang' agar tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Namun begitu, berita 'cabul' itu telah tersebar luas dibeberapa buah kampung dalam DUN Seberang Takir.

Pihak polis sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berkenaan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Peringkat DUN <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 11:39 PM PDT

Posted by admin on July 28th, 2011

018

Khamis, 28 Julai 2011 – YB. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman telah menyempurnakan pembahagian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Gambar sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu :

You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


HELANG RECREATION CLUB: KEMBARA AMAL - BERMULA <b>DI</b> RESIDENCE RESORT <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 08:20 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdullilah , Program Kembara Amal Ambang Ramadhan telah berjaya diadakan , program bermula di Hotel Residence Resort Paka , terima kasih kami ucapkan kepada Hotel Residence Resort diatas penajaan sepenuhnya untuk sarapan pagi untuk para peserta konvoi. Konvoi telah dirasmikan oleh YB Parlimen Dungun - En Matulidi , OCS Paka - Cif Insp Mahadi, Presiden HRC - Fandi Mohd dan Cik Lily dari Residence Resort Paka.















Webmaster Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Apa Orang Kata: 30000 jayakan PGU-2 <b>di Besut</b>

Posted: 04 Aug 2011 10:02 PM PDT

BESUT: Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut-Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU-2) berjaya menggamit kehadiran para peserta dan pengunjung mencecah lebih 30,000 orang.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kuliah Dhuha oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menarik minat anak-anak muda dengan kehadiran seramai 5,000 orang.

Pada malam sebelumnya, Ceramah Perbukaan PGU-2 turut dihadiri sekitar 10,000 orang dengan penampilan pemidato Pakatan Rakyat iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR) Malaysia, Saifuddin Nasution Ismail.

Tinjauan pada majlis perasmian oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 3.00 petang, pada 19 Mac 2011 lalu melebihi 5,000 orang hadirinnya.

Sejurus selepas ucapan perasmian tersebut "gimik" seorang pemuda menunggang kuda sambil membawa bendera PAS dengan diiringi hampir 20 pemuda mengibarkan panji-panji berkenaan.

Bendera tersebut simbol perjuangan Islam yang diserahkan kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan disaksikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib serta pimpinan Pakatan Rakyat dari KeADILan (PKR) dan DAP.

Kedua-dua 'tok guru' tersebut akhirnya melepaskan belon ke udara dengan diiringi dua kali 'letupan' bunga kertas yang bertaburan mewarnai majlis pelancaran itu.

Pada sebelah petangnya, pidato khas disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman dan Salebriti, Bob Lokman yang baru menyertai PAS.

Manakala, Ceramah Perdana PGU-2 disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.

Sempena program himpunan tersebut pihak penganjur turut mengadakan jamuan rakyat dengan mengorbankan 20 ekor lembu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


AZEELIA AZMAN: Ter&#39;eksiden <b>di</b> hari terbuka TUDM <b>Gong Kedak</b> lah pulakk.

Posted: 25 Jun 2011 04:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ter'eksiden di hari terbuka TUDM Gong Kedak lah pulakk. Dok syok nengok tibi, tetibe kawan aku msg ah ajak pegi hari terbuka TUDM kat Gong Kedak tu. Berikut adalah conversation antara aku and kawan aku. ...

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: <b>Ketengah</b> Holding Dijangka Peroleh <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2011 01:46 PM PDT



Kumpulan syarikat Ketengah Holding Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd. dijangka memperoleh keuntungan lebih tinggi kepada RM53 juta sehingga akhir tahun ini.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini ia mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM35,999,851.

Jumlah berkenaan menyaksikan peningkatan sebanyak 73 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai dalam tempoh sama tahun lalu yang berjumlah RM20,777,525.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dengan keuntungan itu syarikat-syarikat berkenaan dijangka meningkatkan labanya kepada RM53 juta menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, jika sasaran itu dapat dicapai, pengeluaran zakat bagi syarikat-syarikat tersebut juga dijangka meningkat sebanyak 37 peratus.

"Tahniah kepada Ketengah Holding melalui tujuh anak syarikatnya yang berjaya menunjukkan peningkatan keuntungan paling ketara tahun ini dan mampu membayar zakat sebanyak RM973,504," katanya.

Sepanjang tahun lalu kumpulan syarikat mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM38,940,179 iaitu peningkatan sebanyak 189.37 berbanding keuntungan yang diperolehi pada 2009 (RM20,562,701).

Menteri Besar berkata demikian pada majlis penyerahan zakat kumpulan syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ketengah diwakili Pengurus Besar, Datuk Hamzah Ngah manakala Maidam diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Harujan Sulaiman.

Ahmad Said berkata, apa yang membanggakan ketujuh-tujuh anak syarikat iaitu Ketengah Holding Sdn Bhd, Ketengah Perwira, Yayasan Islam Terengganu (YIT-Ketengah Perwira), Ketengah Jaya, Kebunika, Ladang Ternak Tani dan Rakyat Ketengah Perwira mencatat keuntungan.

Menurutnya, Ketengah Perwira merupakan penyumbang zakat terbesar iaitu RM508,337 diikuti Ketengah Holding (RM138,470), YIT-KPSB (RM116,921), Ketengah jaya (RM130,078), Rakyat Ketengah Perwira (RM54,302), Kebunika (RM15,333) dan Ladang Ternak Tani (RM10,064).

"Dengan jumlah berkenan peningkatan telah berlaku sebanyak 119.45 peratus berbanding pengeluaran zakat tahun lalu sebanyak RM443,604," katanya.

Katanya, kumpulan syarikat yang membayar zakat ini terdiri daripada syarikat berasaskan perladangan dan perkilangan dengan aktiviti utamanya adalah pengeluar dan memproses kelapa sawit kecuali Ketengah Holding melalui syarikat pelaburan.

Terdahulu, Ketengah Holding yang diwakili Hamzah dan Timbalannya, Wan Mat Amin Wan Daud menyerahkan dua cek bernilai RM973,505 kepada Wan Harujan Sulaiman.

Pada majlis itu, Ahmad turut memaklumkan mengenai sumbangan zakat daripada Koperasi Permodalan Felda Bhd. berjumlah RM520,000 manakala Felda Holding Sdn. Bhd. pula mengeluarkan zakat RM268,783.

Menurutnya, beliau menerima dua cek berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


PAS Pekan <b>Kemasik</b>: CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 <b>DI</b> DUN <b>KEMASIK</b>

Posted: 24 Jul 2011 09:46 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 DI DUN KEMASIK. Posted by PAS Pekan Kemasik. Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. Labels: bersih ...

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Duniaku <b>Di</b> Sini: Dedikasi Untuk Seorang Sahabat | Tabahlah Hati <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 07:46 PM PDT

Salam Ramadhan semua..
Apa khabar kalian hari ni? Semoga sedang bahagia menjalani hari minggu bersama keluarga. Buat kawan-kawan di pata timo..selamat berkerja deh! Hari ni Mama kehilangan suara selepas 3 hari dilanda sakit tekak. Semakin menjadi2 nampaknya..almaklum, ubat hanya sempat dimakan sekali sehari. Bahagia la kamu anak-anakku sebab hari ni Mama tak leh berleter yer..:)
Semalam yg :( :( :(...Sekitar jam 10.00 pg, waktu sibuk bertugas (Mama kerja 1/2 day hari Sabtu) Mama terima sms dr teman lama mengatakan bonda kepada seorang sahabat kami telah pun kembali ke rahmatullah.Untuk pengetahuan, arwah menderita sakit kencing manis. Innalillah....sungguh besar dugaan yg dipikul sahabat Mama ni..baru bbrp bulan sudah memegang title 'Single Parent', semalam dikejutkan pula dengan pemergian bonda tercinta. Allahuakbar!! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Sejurus menerima berita, Mama terus call sahabat Mama tu. Dikala itu, perasaan sendiri pun tak boleh dikawal lagi sementelah lagi mendengar rintihan hati seorang sahabat. Berderai-derai air mata sudahnya...Terasa saat itu juga ingin terbang balik ke Trg. Sahabat, ingin kupinjamkan bahuku padamu tp apakan daya...Hanya ucapan takziah, sekalung Al Fatihah dan kata-kata semangat mampu kititip buatmu..:(
Sepanjang hari semalam, hati turut terasa suram. Allahyarhamah (bonda kawan) adalah insan yg baik hati dan penyayang. Mama turut merasakan kehilangan Arwah. Arwah sekeluarga  mempunyai gerai keropok di Marang, Terengganu. Yang pernah sampai ke Terengganu mungkin ada melihat gerai keropok di sepanjang jalan daerah Marang (Kg Eyriqazz tu!). Suatu waktu dulu, lepas PMR Mama pernah tinggal bersama keluarga mereka selama 2 minggu. Setiap hari balik dari sekolah, kami turun dari bas dan berhenti di kedai mereka terlebih dahulu. Arwah selaku ibu memang pandai memasak. Selama dua minggu itu jugalah Mama makan masakan arwah yg pelbagai, menyibuk2 dalam kedai melihat makcik2 gete keropok lekor, mengutip remis di Pantai Rhu muda (belakang kedai) di sebelah petang dan adakalnya hingga ke malam masih lagi bersidai di pangkin bersama arwah dan ayah sahabat Mama tu. Sweet moments! Paling Mama tak boleh lupa adalah sewaktu menikmati nasi air bersama ikan pelata goreng, mengadap laut cina selatan, bertemankan bulan, bintang & suara ombak. Sedapnya sukar diucap, hingga ke hari ini masih dalam ingatan & sebutan. (Baru beberapa hari lepas Mama bgtau sahabat Mama tu, teringin nak makan nasi air arwah..tapi apakan daya.......). Masih jelas dalam ingatan Mama peribadi arwah, menegur anak-anak beliau dengan lembut tetapi tegas..menunjuk ajar dengan penuh sabar dan tenang..
Masih dalam ingatan..walaupun agak lama meninggalkan kg tercinta, 2-3 thn lalu sewaktu dalam perjalan balik dari kg ke KL, Mama dan En.Suami ada menyinggah kedai arwah, tujuan asal nak bertemu sahabat Mama tu..tp tak berkesempatan. Tapi itu tak membantutkan niat Mama utk bertamu seketika di kedai Arwah. Ternyata arwah masih kenal dengan Mama dan masih lagi memanggil Mama dengan 'nama manja' Mama (masa form 3 kawan2 tak panggil yatie, ada nama lain..). Cuma 2 thn kebelakangan ni tak berkesempatan nak menyinggah memandangkan kami telah menukar laluan kami ke highway Jerangau-Jabor. Hajat di hati, hari raya nanti nak la menjenguk mereka sekeluarga. Rupanya sudah tersurat, itulah pertemuan terakhir kami dengan arwah :(.
Buat arwah, doa Mama semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosanya serta semoga Allah tempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Amin!!! Makcik sentiasa dalam ingatan saya smp bila-bila....
Padamu duhai sahabat, tabahkan hatimu..usah berputus asa dan harap. Ingatlah bahawa Allah takkan menguji kita dengan ujian yg di luar kemampuan kita. Bangkitlah dari kesedihanmu...Lapangkan hati dan lepaskan pemergiannya dengan hati yg penuh redha. Allah lebih menyayanginya. DIA pun telah memberikan peluang dan kesempatan utkmu berbakti pada arwah, tiada apa yg perlu dikesalkan. Semoga sahabatku ini tak patah semangat untuk terus berjuang demi utk 3 anak yg masih belum mengerti itu. Amin!!


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Arkib Rakam Dan Dokumentasi <b>Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 11:26 AM PDT

Arkib Negara Cawangan Terengganu menyiapkan rakaman dan dokumentasi Pulau Bidong, di Laut China Selatan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang.

Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu Mohd Nasir Ismail berkata penggambaran yang mengambil masa dua hari mulai 29 Jun lepas sangat mencabar kerana pulau yang penuh dengan sejarah itu berbukit serta dipenuhi semak samun.

"Gugusan Pulau Bidong mengandungi enam pulau dan rakaman dibuat meliputi dari arah laut dan daratan yang curam serta semak dengan tumbuhan meliar.

"Apa yang menarik tentang pulau itu ialah mengenai peninggalan sejarah silam kepada negara khususnya Terengganu apabila ia dijadikan penempatan pelarian Vietnam selama lebih 15 tahun bermula 1975 hingga 1991," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Terengganu, semalam.

Mohd Nasir berkata pulau milik kerajaan Terengganu itu pernah dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan pada Ogos 1978 dan diwartakan sebagai penempatan kem pelarian di bawah kawalselia serta pengurusan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Mohd Nasir berkata apabila kumpulan terakhir pelarian Vietnam keluar dari pulau itu pada 1991, Pulau Bidong diserah kembali kepada kerajaan negeri tetapi terus ditutup kepada orang ramai sehingga tahun 1999.

Beliau berkata sejarah pulau yang tidak berpenghuni itu hampir dua dekad berlalu dan kini hanya kelihatan sisa-sisa runtuhan binaan seperti rumah panjang, sekolah, kedai, klinik dan bengkel.

Bangunan usang lain yang masih kelihatan ialah tokong, gereja, kubur di mana sebahagian binaan konkrit seperti ukuran dan replika patung kelihatan masih utuh, namun kurang jelas kerana diseliputi semak samun yang meliar.

Mohd Nasir berkata pendokumentasian pulau itu melibatkan empat krew dari Arkib sendiri yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Pengembangan Wan Hussin Wan Mohd dengan kerjasama jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Beliau berkata Arkib juga bercadang meneruskan kerja mendokumentasikan pulau-pulau lain di sekitar perairan negeri itu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia dan tempat-tempat strategik di sepanjang jajaran pantai Terengganu.

Rakaman yang akan dibuat dari semasa ke semasa itu sebagai satu langkah mengumpul koleksi bahan arkib sebelum aktiviti pembangunan menjarah ke kawasan berkenaan, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Terengganu rayu agar hospital baru dibina <b>di Dungun</b> - Komunitikini

Posted: 11 Aug 2011 12:26 AM PDT

Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

Menteri Besar Ahmad Said berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa semalam.

Ahmad berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

"Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

"Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: SEPETANG <b>DI KUALA BESUT</b>

Posted: 17 May 2011 08:07 AM PDT


Semilir Timur Laut yang hangat
Kala ribut meninggi di hujung beting
Nelayan kecil culas mencandat
Mentafsir  rezeki  di alunan gelombang
Di jeti ke Pulau Perhentian
Menanti reda ombak di dada
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads