13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
ICT Dan i-City <b>Kuala Terengganu</b> | Hidup Biar Sedap Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu. Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM . Dijangkakan kesesakan teruk kerana projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif Chukai- Kampung Ibok- Kijal . Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu. Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo. Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang. Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya. Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya. Hari hotel, melalui Jambatan Tengku Mizan . Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir. Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya. Bukan saja kereta persendirian, pelawat dengan bas pelancongan pun ada.
Kami juga ambil sotong celup tepung. Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks! Tetapi……. Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya. Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.
Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam. Parking pun percuma.
Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk. Beli jagung bakar dan luangkan 15 minit di pesisir pantai ini. Kuala Terengganu betul-betul ada i-city dan ICT ( Ikan Celup Tepung ) ©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |