Jumaat, 3 Jun 2011

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


40 LOT GAHARU BARU DIBUKA <b>DI SETIU</b> | Info & Peluang Jana <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2011 05:16 PM PDT


Lot terbaru yang dibuka untuk jualan.ada 40 lot dan ada yang telah ditempah.Harga bermula dari RM17,000 luas 500 mp. kecuali Corner Lot luas 700 mp harga RM25,000-RM26,000. Tanah tidak berbukit dan mempunyai jalan batu kasaran ke tapak lot.

pada 1/5/2011 baki lot yang tinggal 17 lot. Jika ada yang berminat sila bertindak segera sebelum kehabisan.

7/5/2011 baki lot yang tinggal belum dijual 6. Jika berminat sila bertindak segera kerana harga lot ditempat lain dijual pada harga lebih mahal.

20/5/2011 semua lot telah dijual. Jika berminat ada lagi lot baru dibuka di Bukit Kemiyung,Hulu Besut dan Kampung Payong,Setiu.

LOT GAHARU/DEPU/KARAS: PELABURAN HARTANAH YANG BIJAK

1. Lot akan ditanam gaharu.Benih baka gred A bernilai tinggi "AQUILARIA CRISSNA".
2. Jangkaan tuaian 6 tahun. 3 kali tuaian dalam masa 18 tahun.
3. Jangkaan hasil yang lumayan RM300k sekali tuaian*(mengikut harga pasaran gaharu)
4. Kos menanam, dan penjagaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat
5. Pembahagian keuntungan 60 syarikat:40 pemilik tanah
6. Perjanjian menggunakan khidmat peguam bertauliah
7. Pembeli adalah pemilik tanah tersebut dan geran hakmilik dijangka dapat dalam tempoh 2 tahun.
8. Harga lot mampu milik antara RM17,000 hingga RM30,000*(harga berbeza-beza mengikut lokasi dan saiz lot).Harga akan meningkat oleh itu sila bertindak segera. Hubungi En.Rahimin 012-9522559 atau pejabat 09-6978748 atau pengurus en. Halim 017-9335649

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


HELANG RECREATION CLUB: SRS - KRT <b>DI</b> BALAI POLIS <b>PAKA</b>

Posted: 11 May 2011 06:04 AM PDT

Untuk keterangan lanjut atau sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengikuti program / aktiviti yang diaturkan oleh HRC, sila hubungi kami seperti nombor berikut:-Fandi Mohd
Callsign : 9W2DMM
H/P : 019 9131333
Email :
fandie_m@yahoo.com

Md Isham Isa
Callsign : 9W2ISE
H/P : 019-9369139
Email : ishamsa@gmail.com

Ramli Emran
Callsign : 9W2RET
H/P : 014-8258480

Email : jongos7@yahoo.com

Kepada yang berminat untuk menjadi Ahli HRC bolehlah memohon terus kepada Setiusaha Kelab - En Ramli Emran

Yuran Biasa

Yuran Penyertaan Rm 50 dan Yuran Tahunan Rm 30 , Jumlah Rm 80. Untuk tahun berikutnya Yuran Tahunan ialah Rm 30 ,

Yuran Seumur Hidup

Bagi yang ingin menjadi ahli seumur hidup Bayaran Yuran ialah Rm 250.00.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


HARI TERAKHIR <b>DI KUALA TERENGGANU</b> SEBELUM KE TAWAU, SABAH <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2011 06:10 AM PDT

Selama 2 hari berada di Kuala Terengganu, kami tidak lupa untuk singgah ke tempat yang menarik antaranya ke Pasar Payang, Pantai Batu Burok, Pasaraya Mydin dan yang terakhir ke Pasaraya Desa Murni untuk membeli belah sebelum berangkat ke negeri di bawah bayu nanti. InsyaAllah.....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: 79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 12:28 AM PDT

Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Pemuda PAS DUN <b>Kemasik</b>: Lensa kamera <b>di</b> Ops Al Falah II UPU Pekan <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 06:31 PM PDT

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid bergambar dengan salah seorang peserta Pertandingan Jom Gi Ngail Terbuka DUN Kemasik 2011 di Pantai Kuala Kerteh sempena dengan Ops Al Falah II UPU Pekan Kerteh.

Salah seorang marsyal pertandingan menunjukkan ikan pari yang berjaya dinaikkan oleh peserta.

Brother Ad Asmera (kanan), orang kuat Pertandingan Jom Gi Ngail Terbuka DUN Kemasik 2011 bersalaman dengan salah seorang marsyal.

Sebahagian dari 150 orang peserta sedang mencuba nasib di Pantai Kuala Kerteh.

Marsyal pertandingan Jom Gi Ngail sedang menikmati breakfast di tepi pantai.

Pengarah, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat turun padang menyantuni para peserta.

Ustaz Alias bertanyakan sesuatu berkenaan joran kepada salah seorang peserta.

Sebahagian koleksi tangkapan yang berjaya dinaikkan oleh para peserta...kena daftar di Meja Urusetia tu....

Orang Muda Geng Kita sebagai marsyal pertandingan dengan tshirt Alternatif Riding Club (ARC) berpayung sambil berposing (macho la tu konon...!!!).

Sebahagian Orang Muda Geng Kita dari Pemuda PAS Cawangan Kg. Telaga Papan bersantai bersama motosikal kesayangan masing - masing semasa menghadiri barbeque di tepi pantai Kg. Tengah, Kerteh.

Orang Muda Geng Kita dari Pemuda PAS Cawangan Kg. Telaga Papan, Kerteh berposing dengan piala pusingan futsal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


JeMaRi AsMaRa: Malang Yang Dicari @ Membunuh Diri?

Posted: 03 Jun 2011 12:16 AM PDT

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke3 kami di kampung halaman ayah. Memulakan perjalanan pada pagi Rabu dan selamat tiba di Pulau Bahagia pada petangnya..

Semalam, seharian kami berada di majlis perkahwinan sepupu En Ayah. Tahniah buat Fadhilah @ Ismalini dan suami yang kini telah bergelar suami dan isteri, semoga kebahagian milik kalian hingga ke hujung hayat.

Opps, tajuk di atas tiada kaitan dengan majlis perkahwinan semalam ya.. Majlis semalam berjalan dengan lancar walau ada sedikit cerita lucu berkaitan 'kasut'. hehe.. hanya mereka yang mengiring pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki yang lucu.

Tajuk di atas sebenarnya ada kaitan dengan kisah perjalanan kami menuju Terengganu. Seperti biasa lalauan kami Shah Alam - Lebuhraya Karak - LPT - Jabor - Kuala terengganu.

Perjalanan sehingga penghujung LPT seperti biasa tiada masalah. Kesabaran mula teruji di jalan Jerangau Jabor kerana banyak lori yang pemanduannya sangat perlahan.  Alhamdulillah, sepanjang ibu mengenali En Ayah, dia adalah pemandu yang sabar.

Kami mengekori lori di atas, lebih setengah jam. Bila jalan clear, double line lah pula.. bila jumpa single line, jalan tak clear lah pula.


 

Lihatlah sikap pemandu itu.. banyak lagi kejadian yang menggetarkan jiwa. Tapi hanya satu yang ibu dapat snap. Ada satu lagi kejadian, dua kereta hampir bertembung.. gara-gara cubaan memotong sedangkan sah-sah ada kereta dari arah hadapan.

Ibu hairan, mereka itu mencari malang atau cuba membunuh diri sendiri?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b> | TOKSIKZINE

Posted: 31 May 2011 09:00 AM PDT

Naskhah ini merupakan novel tulisan Faisal Tehrani (FT). Apa yang aku tahu tentang FT, dia seorang penggemar wacana. Dalam novel dan cerpen tulisannya, kebiasaannya berformatkan wacana. Malah di dalam Karya Nan Indah, sebuah buku yang ditulisnya sebagai panduan dan rujukan untuk pengarang baru juga menekankan perkara wacana untuk digunapakai sebagai medium menyampaikan idea.

Sekurang-kurangnya ada dua idea segar di dalam Sebongkah Batu Di Kuala Berang (SBDKB). Pertama tentang Islam tsaqafi, kedua ialah teori filem. Sebelum itu,

Audien yang paling wajib membaca novel ini.

Ulamak, agamawan, sejarawan, penerbit filem, pengarah filem, aktor dan aktress, pelajar-pelajar jurusan seni, kemudian akhir sekali barulah jatuh kepada orang-orang awam macam aku.

Statement paling tajam di dalam novel ini.

Orang Islam sudah perlu berhenti membina masjid. Yang perlu kita bina sekarang, meski menggunakan wang zakat sekalipun adalah membikin filem bagi membalas serangan kebudayaan Barat dan juak-juaknya. Demi merenung semula jati diri kita.

Kelemahan novel ini.

FT begitu rakus berteori sehingga novel setebal 176 mukasurat ini hampir menyerupai teks wawancara yang penuh dengan fakta dan hujah. Plotnya sangat kurang. Aku tak rileks seperti aku membaca 1515 (walaupun 1515 lebih tebal), input SBDKB seolah-olah segerombolan tebuan yang menyerang dan menyengat bertubi-tubi. Lemas.

Kekuatan novel ini.

Fakta dan hujah yang dibentangkan FT adalah daripada hasil kerjanya yang teliti (tipikal Faisal Tehrani). Dan akibat yang sepatutnya datang dari novel ini ialah seperti; I. Buku teks sekolah yang menyentuh tentang Batu Bersurat secara umum total itu wajiblah dirombak semula oleh kerajaan berdasarkan pembacaan kali kedua yang dilakukan oleh FT ini. II. Kerajaan dengan para sejarawannya sudah patut mengadakan kajian semula tentang kemasukan Islam di Nusantara dan Malaysia, khususnya. III. Idea FT tentang hiburan dan teori filem sepatutnya sudah boleh mencetuskan kesedaran untuk sebuah revolusi industri. IV. Peranan Wali Songo sepatutnya menjadi contoh kepada para agamawan supaya lebih cerdik dalam mendekati orang awam dan mengelakkan diri daripada menjadi bangang terutamanya apabila sudah menceburkan diri ke dalam politik lucah dan kotor.

Sebagai seorang yang prolifik dalam menulis, Faisal Tehrani juga seorang yang kaya dengan idea. Idea membaca semula Batu Bersurat, disiapkan sekali pembentangan hujahnya dalam plot yang dibentuk sebagai sebuah perjalanan membikin doku-drama, menjadikan FT seorang penulis yang diperlukan sebagai rujukan untuk anak-anak masa hadapan.

Lupakan kisah Syiah-nya.

Islam tsaqafi yang disebar di dalam novel ini ialah pendekatan dakwah dalam seni. Nusantara ialah lubuk seni. Mereka sukakan hiburan, baik menyanyi, menonton filem, menari, et cetera et cetera. Daripada apa yang aku faham menurut teori novel ini, untuk mendekati manusia dalam menyampaikan sesuatu yang baru perlu dimulakan dengan mengenali budayanya. Masuklah ke dalam budayanya dan sesuaikanlah Islam itu di dalamnya. Juga contohnya seperti ini, apabila sesebuah bangsa itu menjadikan hiburan sebagai makanan utama, maka serapkanlah Islam itu ke dalam hiburan.

FT ada falsafah untuk filem. Di dalam novel ini juga dia mengongsikannya kepada audien. Tentang apa yang perlu dilakukan pada filem kita. Tentang bagaimana pentingnya para pengkarya, pembikin filem terutamanya memahami kelompok audien seperti escapism, moviegoer dan surveillance sebagai sasaran gagasan pemikirannya. Tentang filem di Malaysia yang sepatutnya sudah mula mendidik, dan bukan lagi hiburan kosong.

Namun FT sebagai penggemar filem-filem Iran, aku rasakan pemikiran dan teori filemnya hampir pasti sudah ke sebelah sana. Ah! Tak mengapa pun, bukankah filem Iran memang bagus-bagus.

FT malah menjadikan naskhah ini sedikit nakal dengan membawa kritikan peribadinya ke atas seorang aktres daripada keluarga Sharifah, yang dilakukannya secara parodi.

Dari satu sudut, setiap novel Faisal Tehrani merupakan pengalaman, pembacaan dan kajian ilmiahnya. Aku jenis yang menerima variasi dalam idea dan pemikiran. Setuju atau tidak itu belakang cerita. Yang penting kita perlu pasang telinga dan belajar memahami pendapat orang. Tidak kira samada pemikirannya ketat ataupun boleh lebih kurang.

Di SBDKB, Batu Bersurat dan teori filem hanyalah sebagai medium, pengisiannya itulah yang akan membentuk tamadun dan kemuliaan agama. Wacana ini mungkin diharapkan menjadi pintu kepada mereka yang mahu tahu lebih lanjut tentang kemasukan Islam ke Terengganu. Sekaligus mencari semula jati diri yang masih samar di dalam diri masing-masing.

Aku harap lebih ramai daripada kita yang sekarang ini sedang cuba meminati sejarah.

1982. Seorang blogger, penulis separuh masa & peminat muzik. Poser revolusioner. Into religi-spiritual/sejarah/mitologi/supermassive black hole/zombie/vampire/al-naz maju. Percaya Tuhan berikan akal untuk digunapakai. Percaya pemikiran tidak wajar disekat-sekat. Percaya Tuhan tidak takut kepada akal manusia. Percaya politik lokal sebagai lubuk buat bangsat. Percaya bahawa satu-satunya yang membuatkan negara ini kelihatan islam dari luar ialah masjid.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Pelaburan RM2.3 bilion tahun lalu | Darul Iman

Posted: 11 May 2011 08:59 PM PDT

KUALA TERENGGANU 11 Mei (Utusan Malaysia)- Kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu yang meletakkan negeri ini di tangga keenam dari segi pelaburan tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri, Toh chin Yaw berkata, pelaburan langsung asing (FDI) pula mencatatkan nilai RM216.9 juta sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, pada Januari tahun ini pula, sejumlah RM213 juta dilabur di negeri ini dan ia mencatatkan peningkatan berbanding RM7.7 juta pada bulan berikutnya.

"Untuk tahun ini, setakat ini sebanyak RM220 juta telah dilabur yang mampu menyediakan 184 peluang pekerjaan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk merancakkan lagi kegiatan pelaburan tahun ini termasuk perancangan membangunkan kawasan seluas 15.6 hektar di taman perindustrian Wakaf Tapai, Marang.

Selain itu jelasnya, empat syarikat akan mengemukakan cadangan untuk melibatkan diri dalam industri penapisan minyak di negeri ini.

Sementara itu, sidang Dewan juga diberitahu, kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah sekolah Imtiaz di daerah Marang pada tahun depan dalam usaha mewujudkan rangkaian sekolah itu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak yang sesuai di Wakaf Tapai.

"Sebuah lagi sekolah Imtiaz akan diwujudkan di Kemaman pada tahun ini," katanya semasa menggulung perbahasan.

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


...MEMORY...: <b>Pulau Bidong</b>... Stuck In My Mind... ^^

Posted: 22 May 2011 12:22 AM PDT

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Korang ingat lagi tak sebelum pergi pulau, aku da janji nak bawak balik sebanyak2 memori untuk dikongsi dengan korang??? kalo tak ingat tak pe la. yang penting aku ingat. hari ni, aku nak berkongsi segala pengalaman manis sepanjang kat pulau bidong.

Pengalaman sepanjang lima hari empat malam di stesen penyelidikan UMT - pulau bidong ni membawa memori indah. antara aktiviti paling menarik yang kitorang jalankan kat pulau ialah manta tow dan snorkeling. melalui aktiviti2 macam ni la yang membuatkan aku jatuh cinta dengan keindahan lautan. aku boleh tengok sume hidupan2 yang ada bawah laut tu. dengan peluang yang diberi ni, aku tak lepaskan setiap saat dan setiap inci pergerakan aku di laut untuk menghayati keistimewaan setiap ciptaan Maha Pencipta yang ada. tak sume orang berpeluang macam ni.

Aktiviti yang paling aku suka ialah MANTA TOW. aku kena pegang manta board sambil ditunda oleh speed boat dengan kelajuan 2 knot (2 batu nautika/jam). tak laju pun, tak perlu risau. mula2 tu takut sangat nak turun. tapi bila da turun, rasa macam tak mau naik boat dah. best sangat. kalau masa banyak, memang aku nak lagi. ye, sedikit ketamakan disitu. hehe... tujuan manta tow ni untuk buat general observation di dasar laut pada kedalaman lebih kurang tak sampai lima meter. antara benda yang kitorang kena observe ialah dead coral, life coral, COT (crown of thorn) dan scars.

Selain manta tow, aku suka aktiviti snorkeling. tujuan snorkeling pun lebih kurang sama macam manta tow. tapi snorkeling tak perlukan speed boat. kita kena bergerak sendiri. tujuan snorkeling lebih specific untuk observe komuniti coral yang ada kat situ. contoh coral yang banyak kat situ adalah acropora branching coral. bentuk dia senang nak kenal pasti. sayang nye, aku tak da gamba time snorkeling. sebab camera aku tak leh masuk air. selain tu, aku boleh tengok macam2 ikan dengan pelbagai kaler. cantik sangat. nemo pun ada. jangan jeles. rasa macam dalam national geography tu. hehe... ada juga yang berpeluang untuk diving. aku tak dive pun sebab tak pandai nak dive pun. hehe... tapi, kalo dapat dive lagi bagus sebenarnye.

Selain tu, ada aktiviti candat sotong. tapi bab candat sotong ni aku kecewa sikit. sebab tak da rezeki. sekor sotong pun tak pandang kat umpan aku. cian aku... aku siap pi dok sebelah staf yang dapat banyak sotong lagi. tapi bertambah kecewa lagi ada la. da setengah jam lepas umpan pun sotong tak sangkut2. staf yang dok sebelah aku tu lima minit je lepas umpan da lekat sotong. kecewa betol. frust melutut aku dibuatnye. da la mengantuk sangat time tu. bosan, sekor pun tak dapat. 

Trawling atau pukat tunda merupakan salah satu aktiviti yang menarik jugak. banyak sangat hasil tangkapan. macam2 spesies ikan aku jumpa. dari yang beracun, berduri, kecik and besar. sume ada. ikan yang paling banyak dapat ikan kekek dengan ikan bayan. ikan lain ada jugak, tapi tak banyak pun...

Lagi... kitorang ada wat benthic community sampling. tapi yang ni tak banyak pun dapat. masa wat benthic sledge, paling banyak dapat heart urchin. cantik2 sangat. macam kuih raya je tengok banyak2. tapi tak boleh makan... berduri, nanti aku pulak yang jadi landak. elok2 nama linda jadi landak pulak. hehe...

Banyak lagi pengalaman yang aku tak tercerita kat sini. terlalu banyak. tapi biar la separuh daripada memory2 tu jadi memori peribadi aku. hehe... jangan mara... sangat indah... =)

Ok. korang boleh tengok lagi memory2 yang sempat aku rakam sepanjang di pulau. klik SINI.

Setakat ini dulu entry kali ni. tenkiu sudi bace...^^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 03 Apr 2011 12:00 AM PDT


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai

Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.

"Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar Adnan bin Mohd Ikshan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Bintangku, Kasihku, Cintaku...: cuti-cuti <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 03 Jun 2011 12:30 AM PDT

About

Blog ini saya punya, Saya tulis apa yang saya suka, Saya coret apa yang saya rasa, Andai tersilap kata dan anda tak suka, Maafkan saya kerana blog ini kepunyaan saya.

Papan Harapan

1. Membalas jasa mak dan abah
2. Berkahwin sebelum berakhir bulan Mac 2012
3. Menjadi guru yang bermakna
4. Menurunkan berat badan sehingga 49 kg
5. Tak nak emosional lagi, no more marah2.. Always rational

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads