Selasa, 18 Jun 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Polis rampas senapang angin <b>di Besut</b> ABN News | BM

Posted: 04 Jun 2013 05:07 AM PDT

BESUT – Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada seorang petani di Kampung Hutan Nangka di Jerteh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, rampasan itu dibuat selepas sepasukan polis menyerbu sebuah rumah untuk memeriksa seorang suspek yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum menemui senjata berkenaan.

"Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek yang merupakan seorang penagih, ketika itu sedang berehat dalam rumah dan meletakkan senapang berkenaan di tepi tempat duduk sofa.

"Turut ditemui bersama suspek ialah sebiji pil yang dipercayai dadah sebelum dia ditahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan rampasan kedua dalam tempoh dua minggu, iaitu kes pertama menyaksikan seorang buruh ditahan kerana memiliki selaras senapang angin bersama tiga butir peluru bebola besi di Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Raja pada 21 Mei lepas, yang mendakwa menggunakan senjata api itu bagi menembak burung.

Dalam perkembangan lain, Noor Zainy meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Mohd Hasrul Nawi, 25, atau 'Mat Yo' yang beralamat terakhir di nombor 95, Jalan Kubang Bemban, Kampung Raja di sini untuk membantu pihak polis menyelesaikan satu kes samun.

Dalam kejadian pada petang Ahad itu, seorang lelaki berumur 27 tahun membuat laporan polis bahawa beliau disamun dan kehilangan sebuah telefon bimbit.

Mangsa juga cedera di tiga jarinya serta rusuk sebelah kanan dan terpaksa menerima 15 jahitan akibat ditetak dengan golok ketika kejadian. – Bernama

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 23 May 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST

Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga.

Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah.

Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat.

"Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak.

"Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing.

"Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Penyokong PAS naik angin- seorang koma jatuh longkang <b>di Dungun</b>

Posted: 23 Apr 2013 02:26 PM PDT

Cybertrooper Pakatan Rakyat  melaporkan bahawa....

Satu pergaduhan telah berlaku di DUNGUN TERENGGANU,,, KETUA PERKASA bahagian dungun dan juga merupakan orang kuat mat said, koma setelah jatuh tersembam ke dalam longkang setelah di serbu oleh penduduk Dungun yang berang dengan lagak samseng beliau...

Kejadiannya berpunca daripada tindakan majlis perbandaran Dungun bertindak membuang bendera-bendera PAS di hadapan PASAR BUAH DUNGUN, sedangkan bendera umno tidak di buang.. lalu penyokong-penyokong PAS mempertikaikan HAL itu.. lalu datanglah Samseng taik kucing Perkasa mebuat kecoh di tempat tersbut ..

Penyokong-penyokong yang sedang panas dengan tindakan majlis perbandaran yg sememangnya di kenali sebagai barua umno bertambah panas bila samseng itu memaki hamun dan mngatakan PAS parti ajaran sesat .......   lalu berlakulah tolak menolak.

Semasa penyokong2 PAS mula menyerbu , dia cuba melarikan diri lalu jatuh ke dalam longkang dan terhantuk hingga berlaku perdarahan di kepala dan penyokong2 PAS datang meludah orang tersebut yg masih di dalam longkang saat itu,,, polis dtg tenteramkan keadaan dan penyokong umno yg ketakutan di situ mula mengangkat orang tersebut untuk dibawa ke hospital.. dan sehingga kini dia masih belum sedarkan diri...

Mangsa merupakan orang KEMAMAN .. ko ingat samseng ko jer.. ko pikir samseng orang simpan kat pajak gadai ? ke guaner?- Cybertrooper Pakatan Rakyat 

wakaka.... yang tak boleh tahan ayat brader kita ni. Perkataan yang gua rasa tak patut gua tukar dengan perkataan "orang tersebut"
Yang kelakarnya mamat tu cuba tunjuk hero. Dialah yang kuat, dialah perkasa dan segalanya. Baru kena sergah dah lari lintang pukang sampai longkang pun tak nampak. Punya la gelabah...Lagi memalukan jika penyokong PAS yang ada di situ hanya berkain pelikat sahaja. Nak rentap macam mana..... wakaka

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 13 Jun 2013 07:13 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Mesy%20Adun%2013%20Jun%202013.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafah Mat menggesa kerajaan meneruskan pembinaan bangunan baru hospital Kemaman di bandar Chukai sebagaimana yang telah diluluskan pada tahun 2009.

Beliau berkata, ia akan dapat memenuhi keperluan rawatan kesihatan para penduduk yang semakin meruncing sebelum pembinaan hospital baru bagi daerah tersebut yang dirancang akan dibina di Kijal.

"saya melawat hospital (Kemaman) pada minggu lepas dan dimaklumkan kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan baru (setinggi) empat tingkat untuk menambh keperluan wad pesakit pada tahun 2009,

"tapi apabila Menteri Kesihatan mengumumkan pembinaan hospital baru di Kijal pada tahun 2011, pembinaan wad empat tingkat itu jadi 'senyap' begitu sahaja,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang diadakan di pejabat PAS Terengganu di Taman Seri Intan, dekat sini hari ini, Khamis 13 Jun.

[Gambar - YB Haji Hanafiah, tiga dari kiri, dalam mesyuarat Adun-adun PAS bagi persediaan Majlis Angkat Sumpah dan Sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan bermula pada 16 Jun, Ahad depan]

Menurutnya, bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera pada 15 Mei, 2009 telah berkata, selain pembinaan bangunan baru, beberapa pakar perubatan juga akan ditambah untuk kemudahan pesakit.

Namun, kata beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, cadangan tersebut seolah-olah 'dibatalkan' selepas Menteri Kesihatan melawat hospital Kemaman pada 12 Februari, 2011 dan mengumumkan pembinaan hospital baru di kawasan seluas 50 ekar di Kijal.

"jadi, oleh kerana keperluan rawatan di wad yang mendesak buat masa ini, saya mewakili penduduk Kemaman khususnya DUN Chukai berharap pembinaan bangunan tambahan itu diteruskan, kerana sehingga kini tidak pasti lagi bila hospital baru di Kijal itu akan dibina,

"tidak ada ruginya kalau diteruskan untuk orang Chukai dan Kemaman, kerana kalau tak ada (industri Petroleum) Kemaman, orang Kuala Lumpur pun 'akan bergelap',"jelasnya.

Beliau berkata, kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Kemaman khususnya yang diberikan oleh hospital Kemaman sekarang amat menyedihkan berbanding sumbangan daerah itu kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Katanya, kebanyakan peakit yang dirawat di wad hospital tersebut terpaksa dibenarkan pulang lebih awal, sebelum pulih sepenuhnya, kerana tidak cukup kemudahan katil dan petugas.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Next: Dua penagih ugut keluarga sendiri - The <b>Kuala</b> Lumpur Post <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 12:44 AM PDT

parangBESUT – Dua penagih tergamak mengugut ibu bapa sendiri dengan parang bagi memenuhi desakan mendapatkan wang untuk membeli dadah dalam dua kejadian berasingan di Kuala Besut dan Tembila di sini.

Salah satu kes membabitkan seorang ibu yang nyaris maut apabila mendakwa anak lelakinya berusia 27 tahun melibas parang ke arahnya dan kakak suspek di rumah mereka di Kampung Tembila Hilir di sini, jam 8 pagi, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 68 tahun diugut anak lelakinya yang berang kerana tidak memenuhi permintaan membeli pil kuda.

Bagaimanapun katanya, hayunan parang oleh suspek tidak mengenai kedua-dua mangsa.

"Suspek juga didakwa sering memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

"Bimbang keselamatan dirinya dan tidak tahan dengan tindakan suspek menyebabkan warga emas terbabit  tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja sejurus selepas kejadian," katanya.

Noor Zainy berkata, suspek berjaya diberkas di Kampung Seri Medang sehari selepas kejadian dan polis turut merampas sebilah panjang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kes berasingan minggu lalu, seorang lelaki ditahan jam 10.40 pagi Jumaat lalu di tepi jalan Kampung Seberang Kastam di sini, kerana disyaki mengamuk dengan membawa sebilah parang kerana tidak dapat wang untuk membeli dadah di sebuah rumah di Kampung Tengah Kuala Besut.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, suspek bertindak membawa sebilah parang, membaling batu dan memecahkan pinggan mangkuk di dalam rumah kerana marah tidak diberi wang oleh keluarga, dipercayai untuk mebeli dadah.

"Suspek juga didakwa cuba menyerang bapa tirinya yang berusia 58 tahun  dan ahli keluarga yang lain namun mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Noorzainy berkata, saringan air kencing mendapati kedua-dua mangsa positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – SH

ads