13 di marang - Google Blog Search |
InilahCaon: Langkah Permulaan Perjalanan <b>Di</b> Terengganu - Pulau <b>...</b> Posted: 10 Oct 2013 10:09 PM PDT Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..Setelah sekian lama aku menyepi kini aku kembali lagi.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang, habis ja aku stdy kat Kota Kinabalu,Sabah aku kini memulakan permulaan kerjaya aku di Kuala Terengganu,Terengganu.. Hehe.. Apa bole buat rezeki aku kat sini.. Kebetulan tahun 2013 nie merupakan tahun melawat Terengganu..Wahh.!!! Peluang nie.. Korang pon tahukan aku nie memang kaki jalan.. Post aku yang sebelum-sebelum nie pon semuanya pasal berjaaaaaaalan ja.. Hahaha :D So bagi memulakan langkah yang pertama aku di sini, destinasi pertama pilihan aku ialah Pulau Kapas,Marang,Terengganu.. Hehe.. Actually aku pi Pulau Kapas nie bulan lepas iaitu pada 21 September yang lepas.. Tapi apakan daya baru sekarang berkesempatan untuk update blog aku yang dah bersawang nie..huhu..Maafkan hamba penunggu gua.. Wahahaha :p Pada hari aku pi Pulau Kapas nie sebenarnya aku keja malam tapi disebabkan adrenaline dalam badan memaksa aku untuk pergi jugak ke pulau tu so aku tegar juga untuk pergi bersama kawan-kawan aku yang baru sahaja habis shift malam pada hari tersebut.. HAhaha.. Seawal jam 7am kami memulakan perjalanan dengan menaiki motorsikal ke Marang sebab Jeti untuk ke Pulau Kapas hanya terdapat di Marang iaitu kira-kira 15km dari Kuala Terengganu.. Sampai ja di Jeti Marang kami memulakan urusan pembelian tiket bot untuk ke pulau.. Puas dibodek-bodek dan dipujuk-pujuk akak yang jual tiket tu akhirnya dapat jugak package yang murah sikit..hehe Siap sekali dengan snorkeling n life jaket..Sekitar pukul 9.30am kami memulakan perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas dengan menaiki bot syarikat Makcik Gemok.. Lawak kan dengar nama syarikat nie tapi korang perlu tahu yang syarikat Makcik Gemok nie sangat famous kat Terengganu nie okay~ Hahaha.. Dekat Pulau Kapas siap ada chalet lagi milik syarikat nie.. Hehe.. Lupa pulak nk kabor,kami pergi berempat taw..Hahaha.. Semuanya Jantan okay~euww :3 Perjalanan dari jeti nak ke Pulau Kapas memakan masa selama 15 minit..Si selama lebih kurang 15 minit itu korang terpaksa la bertarung dengan ombak laut yang membadai bot yang korang naiki.. Haha.. Kalau sesapa yang ada mabuk laut tu,sila sediakan plastik serta-merta.. Hoho.. Setibanya di pulau,kami berempat bergerak untuk dapatkan set snorkeling dekat macam 1 kaunter kat tepi pantai dekat dengan tempat kami landing td.. Lepas dh dapatkan set snorkeling kami menggunakan masa yang ada untuk menyalin pakaian sementara tunggu bot kecil sampai.. Bot kecil nie yang akan bawa kami ke snorkeling spot di sebelah kanan pulau.. Actually bole pi jalan kaki dengan trekking melalui jalan bertangga yang disediakan tapi kami choose untuk naik bot jew..ngehehehe Setibanya di snorkeling spot..Pilih tempat nak letak barang-barang yang dibawa and then TERJUN.!!!! Kawasan snorkeling spot yang terdapat kat sini (yang kami pi nie la) adalah sepanjang 1.5km panjangnya dan ada satu spot di bahagian hujung sekali dikenali dengan nama 'shark point'.. Menurut apa yang abang bot yang hantar kami ke sini tadi cakap kalau nk tengok jerung kat situ la tempatnya.. Jerung akan muncul selalunya pada sebelah awal pagi.. Jerung.???? Errr =.= Haha.. Okay..Setelah dah puas menyelam dan berenang bersama ikan-ikan sehingga badan pon dh naik hitam legam dek akibat sunburn, kami berempat pon mengambil keputusan untuk pulang semula ke tmpat yang masa mula-mula kami landing td tu tapi bukan by bot okay.. Kali nie kami nak pulang dengan berjalan kaki atau trekking melalui laluan bertangga yang disediakan.. Sampai ja di tempat permulaan tadi.. Langit kelihatan mendung tanda nak hujan.. So kami ambil keputusan untuk bertolak balik.. Call syarikat Makcik Gemok tadi untuk maklumkan yang kami nk balik dah, bersiap dan kami pon bertolak pulang sekitar pukul 4pm.. Memang best la aku cakap kt korang.. Kalau sampai Terengganu jangan lupa korang datang sini.. Pulau Kapas merupakan satu-satunya pulau yang korang boleh pergi balik hari.. Ehh..Terlupa pulak.. Kos yang aku habiskan disini hanyalah RM55 untuk tambang bot pergi dan balik serta sewa snorkeling set + life jaket..hehe.. So apa korang tunggu lagi..hehe ;) Nantikan update untuk destinasi seterusnya dari aku yang bakal menyusul..hehe.. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |