Jumaat, 7 Jun 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Gemersik Bayu Pantai: Besut, <b>Setiu</b> ibarat Sabah, Sarawak?

Posted: 26 May 2013 03:27 AM PDT


Oleh: Mat Zain Mat Isa
Harakah  17 Mei lalu memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat bahawa pihaknya akan memberi tumpuan lebih serta mensasarkan kawasan Besut dan Setiu untuk dimenangi pada PRU-14 nanti. Menurut Adun Paka itu, tumpuan lebih bagi kedua-dua kawasan berkenaan kini dijadikan keutamaan bagi PAS Terengganu sebagai persiapan mengambil alih negeri pada pilihan raya akan datang.
Dua kawasan parlimen paling utara negeri itu kini menjadi bahan bualan dan sindiran paling laris di kalangan pengulas dan penganalisis politik. Boleh dikatakan hampir semua medan sembang politik, rasmi atau tidak rasmi, seakan tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan, "kenapa Besut dan Setiu langsung tidak menyumbang sebarang kerusi (untuk PAS Terengganu)?"
Selalunya juga pertanyaan itu akan disusuli dengan andaian penuh harapan, "kalau lah setiap kawasan tu sumbang satu kerusi pun, kita (PAS) dah boleh memerintah (Terengganu)."
Mereka merujuk kepada kejayaan PAS nyaris merampas Terengganu pada PRU lalu. Parti itu menang di 15 daripada 32 kerusi dan memerlukan hanya dua kerusi lagi untuk mendapat majoriti mudah.
Itulah gambaran penyesalan di forum-forum sembang, terutama di kedai kopi, anjung surau mahu pun di tempat kerja. Sedangkan pada asalnya (sebelum tiba pilihan raya) harapan sebegitu tinggi terhadap sumbangan kerusi dari dua kawsan itu (khususnya Besut) tidak pun menjadi bahan utama bual bicara umum.
Sebab itu penulis melihat persoalan ini wajar diperhalusi semula. Sekurang-kurangnya para pemimpin dan pendukung PAS Terengganu sendiri, juga penganalisis dan pemerhati politik yang ghairah mengulas keputusan PRU-13 di negeri itu boleh sedikit berlaku adil dan realistik dengan faktor-faktornya.
Untuk itu, di sini penulis lontarkan beberapa pemerhatian yang bagi penulis menjadi antara faktor mendorong terhasilnya keputusan pilihan raya itu seadanya.
Pertama, maaf cakap, kesungguhan PAS Terengganu sendiri untuk merampas kerajaan tidaklah begitu meyakinkan. Penulis teringat dalam satu perbincangan tertutup, seorang pemimpin kanan PAS negeri menyatakan pihaknya tidak berhasrat untuk memerintah Terengganu tanpa menawan Putrajaya. Meminjam perkataannya, "tak leh buat apa jugak kalau tak perintah Pusat!".
Pendirian itu rupanya bukan bersifat peribadi. Ia diulang pemimpin lebih atas daripadanya (di peringkat negeri) dalam satu majlis di Besut. Lebih kurang katanya, "kita (PAS) akan hadapi banyak kesukaran kalau pun kita menang Terengganu, banyak benda tak leh nak buat, kalau kita menang negeri saja, tak menang Pusat."
Ertinya, kepimpinan tertinggi PAS Terengganu seakan seia-sekata meletakkan harapan menawan Terengganu secara bersyarat, yakni mestilah juga di masa sama menawan kerajaan Pusat. Itu bukanlah pendirian atau penegasan yang baik, lebih-lebih lagi apabila ia diucapkan secara terbuka. Bagi penulis, ia tidak membantu melonjakkan semangat gerakerja jentera bawahan.
Kedua, dalam setahun-dua terawal selepas PRU 2008 lalu, senarai kerusi-kerusi sasar tidak begitu jelas melibatkan mana-mana kerusi di kawasan Besut. Hal itu mungkin mengambilkira majoriti kekalahan pada pilihan raya tersebut, di mana Dun terbaik di Besut, iaitu Hulu Besut (dengan majoriti kekalahan lebih 2,500), hanya berada di tangga ke-21. Sedangkan untuk memerintah Terengganu, jumlah kerusi yang disasarkan hanyalah 17.
Ertinya, Besut tidak diletakkan harapan tinggi untuk menyumbang kerusi membantu kemenangan Terengganu. Jangan dikatakan untuk sasaran 17 kerusi, untuk senarai lebih panjang melibatkan 20 kerusi pun masih belum termasuk mana-mana kerusi dari Besut.
Kes ini berbeza dengan Setiu, di mana dua kerusi dari kawasan berkenaan, iaitu Jabi dan Batu Rakit memang tersenarai sebagai kerusi sasaran "mesti menang" sedari awal lagi.
Namun, menurut kata beberapa pihak, senarai itu kemudiannya berubah. Kononnya, ada dua kerusi di Besut, iaitu Jertih dan Kota Putera dimasukkan ke dalam senarai sasar. Kita tidak pasti sejauh mana dakwaan itu benar. Apa yang pasti, tidak ada pula kedengaran cakap-cakap mengiyakan dakwaan sedemikian, khususnya di kalangan pendukung PAS di Besut sendiri.
Lebih-lebih lagi dalam konteks Dun Kota Putera, agak tidak munasabah jika dikatakan ia turut termasuk dalam Dun sasar PAS negeri, memandangkan ia pada sepanjang masa diletakkan sebagai Dun paling tidak berpotensi untuk dimenangi. Dun itu malah sentiasa dijadikan keutamaan untuk difaraidkan kepada parti rakan, Keadilan. Hanya di saat-saat akhir menjelang PRU lalu barulah 'angin' sokongan dari pihak atasan, termasuk PAS Kawasan Besut sendiri terhadap tuntutan pendukung PAS di Dun berkenaan terzahir.
Sebab itu 'perebutan' hak ke atas kerusi itu terseret hingga ke tahap pertarungan tiga penjuru. Ketegasan pimpinan parti mempertahankan hak PAS bertanding di situ tidak terserlah sedari awal. Sebab itu bagi penulis agak tidak logik bila ada pihak mengatakan kononnya PAS negeri juga menyenaraikan Kota Putera sebagai Dun sasar untuk dimenangi.
Ketiga, apabila PAS gagal di mana-mana kerusi, kena tengok juga kekuatan parti lawan di situ. Pernah disebut orang dan diakui banyak pihak bahawa di antara Umno paling ganas dan paling jahat di seluruh negara ialah Umno Terengganu. Sedangkan pendukung Umno Terengganu paling "kepala pengat" ialah dari Besut.
Sedarilah hakikat bahawa Ketua Umno Bahagian Besut adalah Pengarah Strategik Umno Malaysia. Beliau adalah kepala perancang segala macam strategi BN mengalahkan PAS/PR di seluruh negara. Maka mana mungkin dia membiarkan partinya sebegitu mudah dikalahkan oleh PAS di daerahnya sendiri?
Kini, orang galak bercakap bahawa Besut dan Setiu paling payah menerima angin perubahan. Dua kawasan Parlimen ini dianggap 'deposit tetap' BN Terengganu.
Lalu ada yang secara berseloroh (sinis... sebenarnya!) mengumpamakan dua daerah itu ibarat Sabah dan Sarawak buat BN dalam konteks nasional (deposit tetap kemenangan BN). Namun bagi kita, tidak ada yang mustahil dalam politik. Insya Allah tanggapan itu bakal berubah dalam siri pilihan raya akan datang.
Bahkan, Sabah dan Sarawak sendiri pun sudah menunjukkan perubahan ke arah lebih positif buat pakatan pembangkang. Maka tidak mustahil Besut dan Setiu juga mampu mengorak langkah lebih bagus buat PAS.
Paling tidak pun kita patut ucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Besut. Mereka telah menunjukkan pencapaian sangat positif di Jertih dan Kota Putera baru-baru ini. Di kedua-dua kerusi itu PAS berjaya mengurangkan majoriti kemenangan BN sekitar 2,000 undi.
Bayangkan, andaikata "lonjakan" serupa berlaku di Dun Kuala Berang, Batu Rakit dan Jabi (tiga Dun yang difahamkan termasuk senarai "perlu menang"), maka pada adatnya sudah tentu Terengganu menjadi milik PAS dan Pakatan Rakyat. Di kala itu, barangkali orang pun tidak akan segalak kini mempersoalkan kenapa Besut tidak menyumbang walau pun satu kerusi. Betul tak?
(Artikel ini adalah versi asal (sebelum potong) kepada artikel disiarkan akhbar Harakah, Bil:1847 17-20 Rejab 1434/27-30 Mei 2013 di ruangan F8 KOLUMNIS dengan tajuk sama)

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Polis rampas senapang angin <b>di Besut</b> ABN News | BM

Posted: 04 Jun 2013 05:07 AM PDT

BESUT – Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada seorang petani di Kampung Hutan Nangka di Jerteh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, rampasan itu dibuat selepas sepasukan polis menyerbu sebuah rumah untuk memeriksa seorang suspek yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum menemui senjata berkenaan.

"Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek yang merupakan seorang penagih, ketika itu sedang berehat dalam rumah dan meletakkan senapang berkenaan di tepi tempat duduk sofa.

"Turut ditemui bersama suspek ialah sebiji pil yang dipercayai dadah sebelum dia ditahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan rampasan kedua dalam tempoh dua minggu, iaitu kes pertama menyaksikan seorang buruh ditahan kerana memiliki selaras senapang angin bersama tiga butir peluru bebola besi di Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Raja pada 21 Mei lepas, yang mendakwa menggunakan senjata api itu bagi menembak burung.

Dalam perkembangan lain, Noor Zainy meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Mohd Hasrul Nawi, 25, atau 'Mat Yo' yang beralamat terakhir di nombor 95, Jalan Kubang Bemban, Kampung Raja di sini untuk membantu pihak polis menyelesaikan satu kes samun.

Dalam kejadian pada petang Ahad itu, seorang lelaki berumur 27 tahun membuat laporan polis bahawa beliau disamun dan kehilangan sebuah telefon bimbit.

Mangsa juga cedera di tiga jarinya serta rusuk sebelah kanan dan terpaksa menerima 15 jahitan akibat ditetak dengan golok ketika kejadian. – Bernama

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 03:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Khasiat Pokok <b>Jerangau</b> dan Cara menggunakannya

Posted: 05 Mar 2013 07:02 AM PST


Jerangau  Dalam Perubatan Tradisional
PENGENALAN
Nama Melayu: Deringu, Jerangau, Jeringau
Nama Lain: Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia).
Terdapat 2 jenis 'Jerangau'
a)   Jerangau Merah' dan
Kegunaan biasaAmenorea * Aphrodisiac * Asma *Selsema * Kesesakan * Batuk * Sakit kepala * Kesakitan *Sakit tekak *

Nilai Ubatan : Pengguguran (Abortifacient) * Melegakan Kesakitan (Analgesik) * anti-bakteria * Antioksidan *Aromatik * Artritis * Kanser * mengeluarkan gas usus *diuretik * menggalak haid (Emmenagogue) * Penenangan *Psychedelic * sedatif * Tonik rahim *



Bahagian Digunakanrizom
 
Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijautersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang.Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.
Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi yang sedikit berombak-ombak berukuran 0.75 inci lebar. Ia juga mempunyai urat daun yang jelas.
Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanah, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit. Bunganya berwarna kuning dan hijau, sementara rizomnya berwarna merah muda. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (2 inci), dengan 3 sentimeter (1 inci lebih) dicucuk ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan dengan yang lain.
Jika mendapat peluang untuk berada dekat pada tumbuhan tersebutanda mungkin dapat menghidu akarnya yangdikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis yangmungkin diandaikan bahawa gula-gula di buat dari tumbuhan ini. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.
Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai senarai panjang sifat penyembuhan terapeutiknya, Jerangau (Calamus) dikatakan telah dibawa keluar dari pergunungan Asia Tengah dan India di mana ia telah ditanam dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan  Ayurveda dan rawatan Tradisional China. Penyebaran dan kegunaan Calamus keseluruh dunia semenjak dari kurun ke-40an lagi. Hippocrates dari Yunani purba menulis Calamus telah digunakan sebagai kemenyan suci untuk upacara keagamaan bagi kedua-dua Sumeria dan Mesir kuno.
Ia telah sampai ke Eropah, dan digunakan sebagai bahan penyegar di gereja dan sebagai ubat penghalau pepijat. Menjelang abad ke-17, penanaman Calamus telah merebak sampai ke Eropah Tengah dan tidak lama selepas itu, dengan usaha dari peneroka Eropah, ia menempuhi jalan ke pantai Dunia Baru.

Suku-suku asli Amerika Utara mendapati banyak kegunaan perubatan dari akar ini yang dibahawa oleh peneroka Eropah. Mereka memanggil akar tikus kasturi (muskrat root), kerana terdapat bulu-bulu kecil seperti mamalia kesukaan mereka untuk kulit-bulunya. Adalah dipercayai juga bahawa suku kaum berpindah randa ini akan menyemai tumbuh-tumbuhan ini di sepanjang perjalananmereka untuk dituai apabila ia diperlukan, dan sebagai satu cara untuk menarik keluar tikus kasturi, untuk kulit-bulunya yang berharga.

Sejarah penggunaan Calamus sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh bangsa Cina dan bangsa India. Ubi jerangau digunakan sebagaitonik herba untuk memudakan otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.
Di Asia Tengah, Acorus Calamus telah digunakan sebagai ubat melebihii dua ribu tahun, menjadi penawar tradisional untuk apa sahaja dari artritis hingga ke masalah saraf. 'Dioscorides', pengamal perubatan klasik Yunani menggunakan asap tumbuhan melalui corong sebagai ubat rawatan batuk. Kaum Cina telah menggunakan akar untuk membantu mengubati pening kepala, pekak dan epilepsi, dan juga telah dikhabarkan menggabungkan jerangau (sweet flag) dengan daun manis (ganja) dan ramuan lain untuk membuat halusinasi (hallucinogenic).

Selain sebagai ubat untuk sakit kepala dan cirit-birit, beberapa suku asli Amerika mengguna pakai sifat  ringan halusinogen tumbuhan ini ke dalam upacara berpuak.  Puak suku asli Amerika utara (Cree) percaya bahawa tumbuhan ini membantu mereka berjalan lebih jauh tanpa menyentuh tanah semasa upacara adat. Puak-puak lain, termasuk Ojibwas dari kawasan Great Lakes, dilaporkan telah menguna tumbuhan ini untuk tujuan rekreasi dan upacara adat.

Sehingga 1916, rizom dari Acorus Calamus yang dikupas kering telah disenaraikan dalam Pharmacopoea Amerika Syarikat sebagai rawatan untuk masalah perut (pedih ulu hati, kembung, dan cirit-birit) dan sehingga ke hari ini ia digunakan di beberapa bahagian di  Eropah sebagai membantu merangsangkan kelenjar air liur dan menghasilkan lebih banyak jus perut. Ia juga masih digunakan dalam Perubatan Ayruveda sebagai cara untuk membantu memulihkan dan meremajakan minda dan badan.

Kini ia tidak lagi disenaraikan sebagai ubat rawatan perubatan oleh pertubuhan perubatan moden, tetapi masih wujud penyelidikan yang mengesahkan ia digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Pengambilan dalam jumlah kecil tumbuhan ini menunjukkan ia membantu mengurangkan keasidandalam perut dan bila diambil dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan  keasidan dalam perut, ini menunjukkan keberkesanannya pada ke pelbagaian besar gangguan perut.
Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa tumbuhan ini menekan sistem saraf pusat, dan dikaji sebagai satu cara untuk merawat epilepsi. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa wap dari tumbuhan ini bertindak sebagai penghalau serangga yang berkesan.
  • Demam / Selsema
  • Kembung Perut
  • Asma
  • Menghentikan Pendarahan Selepas Bersalin
  • Membantu Untuk Pencernaan
  • Mandian Aromaterapi
  • Melegakan Sakit Gigi
  • Membuang Angin Dalam Badan
  • Campuran Untuk Membuat Minyak Wangi
  • Menambah Selera Makan
Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.
Jerangau mempunyai sejarah penggunaan yang panjangdalam perubatan tradisi herba Cina dan IndiaIa digunakan secara meluas dalam perubatan herba moden sebagai julap sedatifdiuretik, dan sifat mengeluarkan udara (carminative)Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Unani  untuk menangani kesan sampingansemua hallusinasi.  Jerangau adalah salah satu daripadaubat-ubatan yang paling banyak dan kerap digunakan dikalangan masyarakat Chipewyan (Masayarakat  Athapaskanyang tinggal di barat Kanada diantara tasik Great Slave Lake dan Teluk Hudson).
Di kedua-dua akar dan daun jerangau menunjukkan aktivitiantioksidan, aktiviti antimikrobial dan aktiviti insektisid. Jerangau membuktikan ia langkah yang amat berkesan dalam mengawal kutu lembu (cattle tick), Rhipicephalus,(Boophilus) microplus.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri nilai Perubatan jerangau :
Ø  Ia memberi kelegaan perut berat dengan melegakankembung perut, Kesakitan perut dan meningkatkanselera makan. Akar jerangau yang dibakar, abu nya dicampur dengan  minyak hambar seperti minyak kelapa tapis atau dibungkus dalam kain dijadikan tuam ke atas perut sebagai rawatan.

Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit-birit kronik.Ia juga berkesan dalam disentri (dysentery) kronik, kerana kehadiran tannin. Diberi secara mencampurkan (Infusi) boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita dari penyakit ini.

Ø  Dalam rawatan asma, ia mengeluarkan bahan catarrhal dan kahak dari tiub bronkial. Diambil kira-kira 65 centigrams herba ini setiap 2 atau 3 jam.
Ø  Jerangau juga berguna untuk merawat selsema.Sepotong kecil rizom dipanggang dan diserbukkan.Secubit serbuk ini diambil bersama madu memberi kelegaan yang besarUntuk bayi, pes jerangaudicampur kan dengan susu ibu dan disentuhkan pada lidah bayiSatu lagi kaedah yang mudah memberiubat kepada bayi adalah dengan  meratakan sedikit pes pada puting ibu semasa menyusukan anak.
Ø  Ia juga berguna pada merawat ulser mulutSepotong kecil herba disapukan pada lidah dan bahagiankeradangan kulit  untuk mendapat kelegaan.
Ø  Serbuk jerangau  yang dipanggang merupakan ubatrumah yang bernilai bagi kanak-kanak yangmengalami batuk kokol (whooping cough)  (Penyakitmembran mukus pernafasan)Secubit dari serbuk iniboleh diberikan bersama maduSebagaiantispasmodicia menghalang serangan batukmenjadi-jadi. Untuk kanak-kanak  kecil, sukatan pengambilannya juga mesti berkadar kecil.
Ø  Serbuk dari akar pokok jerangau amat berkesan dalam menyingkirkan cacing usus.
Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:
  1. Jerangau dapat melegakan demam.
  2. Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
  3. Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalah angin (kentut).
  4. Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makan, ketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darahkanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
  5. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.
  6. Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
  7. Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkan kerengsaan dan kegegaran.
  8. Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitan, keracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.
  1. Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
  2. Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitis, sinusitis dan penyakit lelah.
  3. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barah, konvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi. Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.
  1. Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
  2. Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia
Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:
  • Jerangau yang direbus bersama-sama halia dan bonglai digunakan untuk merawat demam dan selesema.
  • Jus jerangau digunakan untuk merawat cirit-birit.
  • Tuam yang disediakan daripada jerangau dan cukadigunakan untuk menyapu tubuh badan selepas bersalin.
  • Rebusan ubi jerangau diminum sebagai tonik selepasbersalin.
  • Rebusan akar jerangau diminum untuk menghentikanperdarahan selepas bersalin atau aliran haid yang berlebih-lebihan.
  • Jerangau juga digunakan untuk merawat flatulens(kentut), ketakcernaan, penyakit sendi, dan malaria.
  • Losen yang diperbuat daripada campuran jerangau, halia dan Kaempferia pulchra digunakan untuk merawatpenyakit sendi dan sakit mata merah.
  • Dilaporkan pernah digunakan untuk merawat sakit gigi, sakit kepala, sakit perut dan kencing manis.
UBATAN DAN kEPERCAYAAN Jerangau Merah (Tunggal)
Adalah dipercayai bahawa 'Jerangau Merah' mempunyainilai perubatan yang lebih tinggi  berbanding  'Jerangau Putih'.  Dikatakan Jerangau merah ialah tumbuhan yang cerewet sedikit untuk tumbuh di atas tanah rendah, ia tidak boleh didedahkan dengan terlalu banyak panas matahariIa tumbuh liar di dataran yang menyediakankeadaan cuaca yang sempurna untuk pertumbuhan.
Diantara beberapa perubatan dan kepercayaan masyarakat setempat,  khususnya pada jerangau merah ialah, ia memiliki kuasa penyinkiran dan penyembuhan seperti berikut :
i.   Bagi para peminum arak'Jerangau' amat terkenal sebagai penawar anti-mabuk. Akarnya samadadikunyah  atau hanya sekadar diletakkan diantara gigisemasa sesi minum arak, di jamin si peminum tidak akan merasa mabuk selagi akar jerangau  itu masih di dalam mulut.
ii.  Anti Rasa – dikatakan apabila jerangau merah diletakkan didalam mulut kemudian cili sepedas manapun  dimakan tidak akan merasa pedasnya,
iii.Garam dimakan tidak masin.
iv.    Penawar Racun : Ikan dimasukkan ke dalam air yang dicampurkan dengan racun rumpai dan dibiarkan beberapa minit, ikan tidak mati dan kekal hidup.
v. Anti Buatan Orang : Apa2 buatan orang seperti menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Jerangau Merah
Orang dulu-dulu hanya mengunyah dan menghisap air daun jerangau merah bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang tak sanggup mengunyah daun jerangau merah, mereka boleh menggunakan cara  yang  sama seperti penggunaan daun hempedu ular iaitu:
Daun jerangau  merah diambil sepanjang 3 inci kemudian direndam kedalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan airnya boleh diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi sudah turun berhentilah dari meminumnya, kalau tidak ia akan meyebabkan penyakit darah rendah pulak. Maka perlulah berhati-hati.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Beta-Asarone di dalam tumbuhan ini mempunyai kesan karsinogenik.
Buangkan saki baki tumbuhan dari anggota yang terdedah dan basuh dengan sabun dan air. Jika masih terasa gatal, kemerahan atau sakit dapatkan rawatan lanjut dari pegawai perubatan.
Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit
Konstituen: cineole, alfa-pinena, alfa-terpineol, azulene, beta-asarone, camphene, kapur barus, choline, delta-cadinene, elemicin, etanol, eugenol, galangin, limonene, magnesium, menthol, terpines, tanin, zink

Bahan Aktif: Eugenoldan Asarone (2,4,5-trimethoxy-1-propenylbenzene)
Bahan Lain: Monoterpene hydrocarbons, Sequestrine ketones,
Kedua-dua triploid dan tetraploid jerangau mengandungialpha-asarone  fitokimia lain termasuk:
• Beta-asarone
• eugenol
Diploids tidak mengandungi beta-asarone (β-asarone).Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa beta-asaroneyang diasingkan daripada minyak jerangau menghalangadipogenesis dalam sel-sel 3T3-L1 dan sekaligusmengurangkan pengumpulan lemak lipid dalam sel.
A. Calamus dan hasil pengeluarannya seperti minyak telah diharamkan pada tahun 1968 sebagai penambahan makanan (food additives)  dan ubat-ubatan oleh Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat. pengharaman ini adalah hasil dari kajian makmal yang melibatkan penambahan diet keatas haiwan makmal dalam tempoh masa yang lama dengan pemberian dos tinggi dari bahan kimia terpencil (β-asarone) dari terikan Calamus jammu India.
Haiwan mengalami ketumbuhan tumor, dan tumbuhan itu dilabelkan 
(penyebab kanser) pro-carcinogenic.  Wichtl berkata, "Ia tidak jelas sama ada kesan karsinogenik  yang diperhatikan dalam tikus itu mempunyai  kaitan dengan organisma manusia."
Empat jenis strain Acorus Calamus terdapat secara semula jadi. Diploid, triploid, tetraploid dan hexaploid. Diploids tidak menghasilkan procarcinogenic β-asarone. Diplois diketahui tumbuh semulajadi di Timur Asia (Mongolia dan Tanah-datar siberia Tengah) dan Amerika Utara. Triploid Cytotype mungkin berasal dari rantau Himalaya, sebagai kacukan diantara diploid dan tetraploid cytotypes. Calamus Amerika Utara dikenali sebagai Acorus Calamus var.

Americanus atau hanya sebagai  Acorus Americanus. Seperti diploid strain dari Calamus di bahagian Himalaya, Mongolia, dan Siberia tengah. Diploid strain Amerika Utara tidak mengandungi β-asarone punca bara kanser (pro-carcinogenic).  Kajian menunjukkan bahawa "β-asarone tidak dikesan dalam diploid acorus Amerika Utara [Calamus var. Americanus] ".

Pada hakikatnya  Î²-asarone bukanlah karsinogen tetapi ia adalah procarcinogen tidak sama sekali hepatotoxic mahupun secara langsung hepatocarcinogenic. Ia mestilah terlebih dahulu menjalani proses  metabolik l'-hydroxylation di dalam hati sebelum mencapai ketoksikan. Cyrochrome P450 dalam  hepatosit (hepatocytes) bertanggungjawab untuk merembeskan enzim hydrolyzing yang menukarkan β-asarone ke dalam struktur epoksida genotoksik.  Walaupun dengan pengaktifan metabolit ini, potensi karsinogen adalah tersangat rendah  disebabkan kerana kerosakan yang pesat pada sisa-sisa epoksida bersama hydrolase yang meninggalkan sebatian ini kaku / lengai (Luo, 1992).  Di samping itu, metabolit utama β- asarone adalah asid 2,4,5-trimethoxyninnamic, punca dari yang bukan karsinogen (Hasheminejad & Caldwell, 1999).


Sumber:herbadantumbuhan.blogspot.com


felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 01 Jun 2013 01:18 AM PDT

<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 06 Apr 2013 12:00 AM PDT


<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 22 Mar 2013 12:00 AM PDT


<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 06 Apr 2013 02:05 AM PDT


<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 22 Mar 2013 01:21 AM PDT


<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , <b>FELDA</b> <b>...</b> - SK Seri Berang

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 

Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Kereta terbabas rempuh garaj <b>di Kuala Terengganu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2013 02:11 AM PDT

Kereta perdana yang merempuh garaj.

Kereta perdana yang merempuh garaj.

"Saya ingatkan ada kemalangan berlaku di hadapan rumah, rupanya rumah ini yang kena langgar," jelas Nurziana Hassanuddin, 33.

Rumah sewa Nurziana yang dilanggar sebuah kereta Proton Perdana kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) menyebabkan dua buah kereta jenis Perodua Kancil dan Kenari mengalami kerosakan kerana dihempap garaj.

"Masa kejadian, saya dan dua anak sedang tidur sementara suami Mohd Saifudin A Rahman, 36, masih di tempat kerja.

"Pada mulanya ketika mendengar dentuman kuat, saya rasa pelik juga sebab 'alarm' kereta berbunyi, rupanya apabila membuka tingkap rumah, saya melihat garaj kereta sudah roboh dan menghempap dua buah kereta yang diletakkan di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kuala Bekah, di sini semalam.

Kereta milik tuan rumah yang dirempuh.

Kereta milik tuan rumah yang dirempuh.

Susulan kejadian itu, Nurziana terus menghubungi suami dan keluar melihat apa sebenarnya yang berlaku.

"Ketika keluar dari rumah, saya melihat sebuah kereta Proton Perdana yang remuk berada di rumah sebelah (jiran) yang juga menyebabkan garaj keretanya roboh dan turut menghempap sebuah kereta selepas melanggar pagar rumah saya," katanya.

Difahamkan, pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan teruk.-sinar

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Mayat pelancong Britain terbunuh <b>di Pulau Perhentian</b> dituntut bapa <b>...</b>

Posted: 31 May 2013 03:59 PM PDT

Posted on June 1, 2013, Saturday

BESUT: Mayat pelancong Britain, Madaline Jayne, 25, yang terkorban akibat terkena kipas bot pelancong di perairan Teluk Aur Pulau Perhentian Kecil, Isnin lalu, dituntut keluarga dari Rumah Mayat Hospital Daerah Besut di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Supritenden Noor Zainy Mohd Noor berkata mayat dituntut pada jam 10.30 pagi oleh bapa mangsa, Robert Antony yang hadir bersama wakil Kedutaan Britain Matthew Rogers dari Kuala Lumpur.

Katanya, mayat dibawa ke Kuala Lumpur dengan sebuah van syarikat pengurusan pengkebumian dan akan diterbangkan ke England untuk urusan pengkebumian pada 4 Jun.

Dalam kejadian jam 10.20 itu, Jayne yang berasal dari Hereford, England bersama dua lagi rakan sedang melakukan aktiviti menyelam dan berenang di satu kawasan di luar Zon Selamat dan tidak memakai jaket keselamatan dan tidak dikawal.

Akibat kemalangan itu, Jayne cedera parah di bahagian kaki, paha dan punggung mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan di pulau itu manakala seorang rakannya, Simons James Rogers, 22, dari Australia yang cedera parah kini dilaporkan stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Negeri Supt Rotzarn Rashid berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Katanya pemandu bot berkenaan serta empat pelancong tempatan telah dipanggil pada hari kejadian bagi merakamkan percakapan mereka. — Bernama

"Semasa hari kejadian, terdapat sembilan penumpang di dalam bot berkenaan empat dewasa dan lima lagi kanak-kanak dan kita telah memanggil kesemua  pelancong dewasa itu untuk membantu siasatan.

"Kita akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dan dalam tindakan untuk merakamkan percakapan mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads