Rabu, 19 Jun 2013

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Muzium Terengganu: Muzium Terbesar Malaysia | Cuti Malaysia

Posted: 29 May 2013 05:00 PM PDT

Pemandangan Indah Muzium Negeri Terengganu

Menjejak sejarah Negeri Terengganu, Cuti Malaysia ke Muzium Terengganu atau lebih masyhur dengan nama Muzium Losong. Terletak di Pulau Wan Man dalam daerah Losong,  Muzium Terengganu ini merupakan muzium  paling besar di Malaysia. Untuk kesini, jika berkenderaan awam, anda boleh menggunakan perkhidamatan Bas Bandar dari Dataran Syahbandar. Biasanya lawatan ke Muzium Terengganu akan disertakan dengan lawatan ke Taman Tamadun Islam yang terletak bersebelahan.

Lokasi: Pulau Wan Man, Losong, Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap Hari 9 pagi – 5 ptg

Bayaran Masuk: RM5 Dewasa / RM2 Kanak-kanak 7-15 Tahun

Sebaik melangkah masuk ke kawasan Muzium, Cuti Malaysia terpegun dengan keluasan bangunan Muzium ini, jauh besar dari Muzium Negara di Kuala Lumpur ini. Cuti Malaysia juga cukup tertarik dengan senibina tradisional tapi menggunakan simen konkrit bagi bangunan yang banyak menyimpan khazanah negeri Terengganu ini.

Muzium Losong ialah Muzium Negeri Terengganu

Keadaan senibina ini dengan suasana sekeliling yang redup ditemani Sungai Terengganu dipinggir Muzium ini menyebabkan anda tak rasa macam berada di Muzium pun. Lanskap pun cukup menarik disini. Jalan-jalan menghirup udara di luar pun dah cukup best, belum masuk lagi.

Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Muzium yang cukup besar ini menyimpan pelbagai khazanah Negeri. Mari kita tinjau ke dalam pula. Muzium terbesar di Malaysia ni memang padat dengan bahan pameran khususnya berkaitan warisan dan tradisi Negeri Terengganu. Antaranya ialah;

Menarik di Muzium Negeri Terengganu

  • Galeri Tekstil
  • Galeri Raja Kita
  • Galeri Kraftangan
  • Galeri Ketenteraan
  • Galeri Sejarah
  • Galeri Petroleum
  • Galeri Islam
  • Galeri Sejarah Purba Negeri Terengganu
  • Galeri Hidupan Laut
  • Galeri Binatang Liar

Antara yang menarik perhatian Cuti Malaysia ialah Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang dan juga seni pembuatan songket, tembaga, batik dan sutera. Time ni dah terbayang pilihan sutera yang pelbagai di pasar Payang heheh. Antara yang turut dipamerkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu seperti Terompah Gergasi, Congkak dan sebagainya. Galeri Petroleum juga best, banyak benda baru dipelajari. Baru lah dapat bayangkan apa yang berada di loji penapisan Minyak yang terletak di Kerteh on the way nak ke Kuala Terengganu. Galeri Hidupan Laut dan Bianatang liar juga menarik minat pengunjung denngan bahan pameran haiwan sebenar yang diawet. Nampak macam betul tau. Bagus infotainment macam ni untuk anak-anak zaman sekarang kan. Cuma satu jer yang tak best, pengunjung tidak dibenarkan menangkap gambar sepanjang berada dalam Muzium.

So layan dulu gambar gambar di sekitar Muzium Negeri Terengganu sahajalah.

Gambar Muzium Negeri Terengganu

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


The Suite Life Of Sue: Homestay Saba Lodge & Makan2 <b>di Dungun</b>...

Posted: 16 Jun 2013 09:38 AM PDT

Citer dh lama baru nak update.. hujung may hari tu., ade kenduri kahwin kat dungun, so alang2 stay dua tiga hari kat dungun.. tapi kat dungun x tau nak gi mana sbenrnya.. tapi tmpat makan mmg bnyak...  asyik makan je kat sna... heheheh...  gaining weight lagi..huhuhu
time kat dungun kami sewa bilik je kat Homestay Saba Lodge ..  sbb kami 5 dewasa, 2 kanak2.. satu bilik pun dh muat.. sbb bilik agak besar.. lagipun tuk tidur je kan.. heheh. Homestay ni terletak di Pantai Teluk Lipat.. kat sni mmg byk homestay.. kalau nak tau maklumat lanjut leh gi ke facebook Saba Dungun Lodge.. 
satu malam kat sni caj RM80.00 satu bilik.. kalau nak tilam additional RM10 je..

rumah ni besar.. ade beberapa bilik kat sni.. bilik kami pintu mngadap keluar..
berhadapan homestay ni ade pantai..tapi x leh mandi rasenya.. tapi ramai yang memancing..
tmpat makanan yang patut korang pergi :)
Restoran Nasi Kukus Paka.. ni area Paka.. lepas dri Petronas Kerteh, ade gerbang masuk dungun, lebih kurang 500m-1km akan nampak rstoran ni tepi belah kiri.. mmg sdap nasi ayam kukus kat sni.. x puas satu..huhu.gulai  kawah dgn sambal dia yg sdap tu..huhu
ni saya dan CH dan mengidam setahun yg lalu dh.. ehhe..punyala lama baru berkesempatan nak gi... keistimewaan kat cni ketam yg gedabak.. korang leh order nak megi ataupun nasi goreng.. ketam paling besar harga RM29.00 tapi mmg puas hati laa.. sampai rase x larat nak habiskan.. nak ketip besar2..sib baik ada bagi skali penyepit tuk ketam..

btw thanks to cousin CH.. yg belanja kami.. murah rezeki awak sbb bklanja kami..
then dkat Teluk Lipat ade satu kedai yang jual keropok lekor ..mmg sdap kat cni..kalah KT punya kopok lekor..siap ade  jual otak2 goreng2, karipap.. tapi lupa  nama kedai, tapi kalau tanya penduduk sni maybe tahu kotr..dia siap ade jual keropok lekor frozen..teringat2 sampai skang...huhu
hurmm pastu kat teluk lipat..paling hujung ade tmpat ikan bakar baru bkak..bnyk kdai kat sni.. but sorry to say, makanan agak mengecewakan dan mahal bangat.. rase x puas hati makan..rase better masak sndiri.. share jgakla gambor..huhuh..

tapi papepun kalau dtg dungun mmg bayk makanan sedap2..pagi2 leh makan nasi dagang, nasi minyak..nyumm2.. okla nak share tuje.. :)
p/s : klu update blog sambil tgk tv, kelaut la penceritaan blog ni..huhuuh

ads