Ahad, 7 April 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cuti-Cuti Terengganu: <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 11 Jun 2012 08:44 AM PDT

Jeti Pulau Kapas hanya terletak di Marang , ramai yang keliru kerana di Terengganu ada banyak pulau . So , kalau nak pergi Pulau Kapas kena datang di Marang , Kalau nak pergi ke Pulau Redang barulah pergi ke Merang , tapi sekarang kalau nak pergi ke Pulau Redang boleh naik bot dari Jeti Syahbandar di Kuala Terengganu je .

Ok , ni dia jeti perlancongan marang . Banyak perkhidmatan bot yang disediakan , terdapat 6 kaunter tiket untuk bot ke Pulau Kapas . Harga terkawal untuk perjalanan bot pergi & balik adalah RM 40 , jika bawa group lebih daripada 10 orang confirm dapat discount . Bagi yang nak pergi day trip boleh la ambik tiket bot jer . Bot paling awal bergerak pada pukul 9.30 & paling lewat 4.30 petang . Bagi yang nak overnight kat Pulau Kapas , korang boleh pilih sama ada nak bilik untuk bermalam sahaja ataupun pakej .

Pakej Pulau Kapas
(Kapas Coral Beach Resort)
(Kapas Island Resort)
-Bilik untuk bermalam
-Makan pagi , makan tengah hari & makan malam
-Bot pergi dan balik dari Marang .
-Trip snorkeling 2 jam sekali dengan alatan untuk snorkeling .

**lain2 aktiviti mcm kayak , pusing2 pulau , tgk baby turtle , jungle tracking tu boleh discuss2 balik harganya kalau nak letak skali dalam pakej .


Bila dah ada dalam bot , semestinya korang kena pakai "LIFE JACKET" untuk keselamatan & seperti yang korang tengok dalam gambar ni "NO SMOKING" . Tapi sesetengah bot tu cuma letak jer , padahal yang bawak bot tu sendiri yang buat nyer .. korang tgk la sendiri bila dah naek bot ni , hahaha . Jadi perjalanan ke Pulau Kapas ni mengambil masa dalam 20 minit jer , nampak jer dekat .. bagi yang mabuk2 laut tu jangan nak bimbang sangat sebab orang akan mabuk bila bot berhenti jer , bila bot tengah bergerak takder mabuk nyer .. hehe , laenlaa kalau korang pergi mencadat sotong ..
Akhirnya dah sampai ke Pulau Kapas & seperti yang korang tgk pada gambar di atas adalah Jeti Pulau Kapas . Kebanyakan bot akan mendarat disini , tapi sesetengah bot hantar berdekatan dengan resort iaitu di tepi pantai . So , korang boleh pilih samaada nak mendarat kat sini ataupun di tepi pantai . Its your choice .
Bila dah mendarat kat Pulau Kapas ni , 1st thing korang kena buat ialah cari tempat berteduh dulu bagi yang day trip tuh . Bagi yang dah ambik bilik tu check in lah dulu di resort yang korang dah booking .. Di Pulau Kapas ni ada banyak resort , disini saya listkan nama2 resort :

-Kapas Coral Beach Resort
-Kapas Island Resort
-Mak Cik Gemuk Resort
-Kapas Turtle Valley
-Lighthouse Resort
-Kapas Beach Chalet
-Qimi Chalet
-Pak Ya Sea View Chalet



Ini adalah gambar bilik di resort Kapas Coral Beach ,  bilik ni baru siap awal tahun 2012 . Bilik ini ada 1 katil queen 1 katil single , bilik ada penghawa dingin , bilik air kat dalam & ada tv LCD . KCB ni diantara resort-resort yang mempunyai bilik seaview . Harga-harga bilik kat sini bergantung kepada kedudukan bilik , semua bilik design sama je . Elektrik disini 24hours , menggunakan generator solar . 

Peralatan sea sports boleh didapati di sini , RM 15 untuk google & life jacket selama 1 hari . Macam-macam aktiviti korang boleh buat di sini contohnya berkayak , snorkeling , island hoping , tgk baby turtle di gem island , scuba diving . Setiap aktiviti ada harganya : ) x mahal pun , biasa2 jer ..

Bagi yang ada lesen untuk diving boleh la try diving kat Pulau Kapas ni , kalau nasib korang tinggi boleh jumpa dengan penyu . Lau tak tgk ikan nemo jer lah , haha ..

Kat Pulau Kapas ni ada Taman Laut di antara Pulau Gemia & Pulau Kapas . Mempunyai banyak hidupan laut yang masih terpelihara sampai sekarang , Nak masuk taman laut ni tak perlu kena bayar pun , dah termasuk dalam pakej snorkeling ( bagi yang ambik pakej snorkeling by boat ) . Snorkeling ni senang jer bagi yang jenis tak takut air . Tapi bagi individu yang jenis takut air , jangan bimbang sebab life jacket ada . Korang tak akan tenggelam , cuma korang kena belajar cara menggunakan google dan bernafas melalui mulut sahaja . 


Pulau Kapas ni sebenarnya sesuai untuk buat family day sebab keadaan pantai yang luas . Boleh buat macam2 aktiviti pesisir pantai contohnya bola pantai , bola tampar pantai , sukaneka & macam2 lg .

By : Nasrul

-Nantikan entry Jelajah Pulau yang lain pada masa akan datang . Sebarang pertanyaan korang boleh tanya kami :

*Nasrul : 014 500 6948
Email     : cuticutiterengganu13@hotmail.com

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 03:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

(Video) Pelajar Perempuan Bersilat <b>Di</b> Surau <b>Ketengah Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2009 06:52 PM PDT

Apa sebenarnya hendak jadi dengan pelajar perempuan zaman sekarang. Ganas’nya mengalahkan lelaki sejati. Yang lelaki pula ada yang lembut mengalahkan perempuan sejati.

KOSMO! semalam melaporkan yang video rakaman pelajar perempuan ber’kung-fu’ di surau Ketengah Jaya, Dungun mula tersebar luas.

Kes ini bukan kali pertama terjadi di’Dungun. Ingat kes pelajar perempuan tarik rambut kerana berebutkan seorang lelaki bernama Judin Februari 2008 lalu?

Kali ini, pergaduhan disebabkan oleh pelajar senior yang tidak puas hati terhadap seorang pelajar yang cantik & bijak dan menuduh pelajar tersebut cakap besar.

Kami ada video yang lebih gempar dari itu. Kalau setakat pelajar perempuan bergaduh, video ini lebih ganas dari itu.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 01:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bekas Adun Pas Paka Menipu Duit Peneroka Felda lagi <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 01:56 AM PDT

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

Ketengah Jaya, Dungun :  Daripada laporan polis yang di buat oleh peneroka felda yang menyatakan bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas pada tahun 1999-2004 iaitu Satiful Bahri Mamat. Isu duit yang telah di bayar oleh peneroka felda untuk mendapatkan tanah berkelompok generasi kedua felda itu tertanya sia-sia dan tidak mendapat jawapan yang sewajarnya dari pemimpin Pas itu.

Demi untuk menuntuk hak peneroka felda Ketengah Jaya itu , ramai yang tampil membantu memasang banner dan poster bagi menyedarkan peneroka Felda bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas itu yang hanya berdolak dalih melarikan isu tanah Felda itu kepada debat. Persoalannya kenapa Bekas adun Pas itu tidak bersemuka dengan peneroka Felda? Kenapa orang yang tiada kaitan dengan isu tanah felda itu di ajak berdebat?

Lebih malang lagi ketakutan pemimpin Pas itu lebih mengejutkan, semua banner yang di pasang di setiap lorang felda Ketengah Jaya itu di cabut oleh pengikut-pengikut nya. Kenapa harus mereka cabut banner itu? Atau pun mereka takut dengan penipuan mereka akan terbongkar satu persatu?

Kami nak bertanya adakah bekas adun Pas Paka itu ambil duit peneroka felda ketengah jaya? ya atau tidak ? Kerana berdasarkan laporan polis yang di buat oleh peneroka felda Ketengah jaya itu menyatakan Satiful Bahri Mamat terlibat dalam penipuan itu.

di lampiran laporan polis yang lepas di sini

DIALOG RAKYAT: Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka &#39;Makan Duit <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 04:28 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/fitnah%20disebar%20merata-rata.jpgDUNGUN - PAS tidak gentar dan takut menghadapi apa sahaja tuduhan dan siapa sahaja yang membuat tuduhan dalam kes pembahagian tanah Rancangan Tabah Berkelompok (RTB) Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Mana-mana pihak adalah dialu-alukan untuk menjalankan siasatan pada bila-bila masa, dan PAS sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar Ali berkata, kebesaran Allah SWT telah memberi petunjukNya kerana walau pun banyak dokumen lain yang disimpan di pejabat bekas ADUN Paka telah musnah dimakan anai-anai, tetapi dokumen RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya terpelihara dengan baik.

"malam ini kita hadir dengan pelbagai bukti bersama kita dan kita tak takut untuk menghadapi semua ini, perkara ini ini sudah berlaku sudah 10 tahun banyak timbunan fail yang dah dimakan anai-anai...........kebesaran Allah nak menunjukkan sebenarnya fail-fail tanah RTB ini tidak terjejas,

"kita mempunyai rekod yang kemasa mengenai apa sahaja (berhubungan RTB) nama penerima rekod bayaran dan perbelanjaan yang terlibat dalam (menguruskan) tanah ini memang tersimpan kemas sehingga hari ini,

"dan kita tidak takut untuk siapa pun siasat apa yang berlaku dalam proses pembahagian tanah di RTB Generai Kedua ini,"jelasnya.

[Gambar - poster dan banner fitnah terhadap Ustaz Satiful Bahri didalang Umno-BN di pamerkan dimerta tempat dalam DUN Paka]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/IMG_4237.jpgBeliau berkata demikian ketika berucap di atas pentas debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka, yang telah bertukar menjadi majlis penerangan apabila ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah tidak hadir.

Debat tersebut dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Paka di Dataran Ketengah Jaya pada Isnin malam, 11 Mac adalah bertujuan untuk menjelaskan siapakah sebenanya yang menyekat pembahagian tanah-tanah RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Sehubungan itu, Norul Azhar yang juga bekas Pengarah Hal Ehwal Tanah bagi DUN paka semasa PAS memerintah menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka-mereka yang terlibat memfitnah, bekas ADUN Paka Ustaz satiful Bahri Mamat dan bekas Meneteri Besr Terengganu Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau telah berulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam bagi memastikan tuntutan mahkamah semaksima mungkin, akan dibuat kepada mereka yang terlibat, termasuk yang menyebarkan fitnah tersebut.

"sebelum ini pada waktu hampir pilihanraya yanglalu kita ada dengar isu bekas ADUN Paka makan duit ini dimainkan oleh Umno-BN, tapi kita gembira pada kali ini ada report (laporan) polis dibuat dan ada laman blog yang menyiarkan berita fitnah tersebut,

"saya telah beulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam........kita akan pastikan tuntutan mahkama (saman) semaksima mungkin kepada mereka yang terlibat dengan fitnah ini,"tegasnya.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 02:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

HOT U......!!! BILA sahTIPU NAK SAMAN??? - Angin Laut China <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 06:44 AM PST


JANJI PAS DAN WANG LESAP DI KETENGAH JAYA-KAMI TUNGGU SAMAN DARI SATIPUL!!!

"Umno semakin terdesak. Fitnah d wujudkn dgn tuduhn bahawa saya sebg bekas Adun 1999-2004, Jsr, Pas caw Ketengah Jaya maupun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate terlibat merembat Rm1.4j duit anak generasi kedua bg Tanah Gen 2 Felda Ktgh jaya.Bahkn Tn Guru Hj Hadi juga d tuduh sama. Saya sudah berbincang & pihak lawyer akn mengambil tindakn saman dlm masa terdekat. "

Petikan di atas adalah yang ditulis oleh Satipul dalam FBnya….. .(sepatut FB Satipul Bahri tapi jadi FB Saipul Bahri…..itu nama sebenar pun mahu tipu juga ke….hahaha)Para pembuat report isu kerajaan Pas seleweng duit janji tanah di Mukim Rassau (Ketengah Jaya) dan Mukim Kuala Paka, sedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan saman pihak Satipul, bekas Adun Paka itu.

Beliau memang terlibat bersama JSR, Tetuan Azman Wan Helmi dan Menteri Besar Haji Hadi waktu itu yang datang membahagikan nombor-nombor lot di Padang Astaka Ketengah Jaya.

Bahkan menurut seorang yang terbabit Fauziah binti Mamat, salah seorang yang terbabit memberitahu temuduga di adakan di Pejabat YB Satipul sendiri ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, no 55, Tebing Tembah, 23100 Paka Dungun pada 1 Julai 2002 jam 11.00 pagi. (sila rujuk lampiran surat panggilan temuduga)Oleh itu, Satipul yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu sekarang ini janganlah sekadar membuat UGUTAN nak saman……SILA KEMUKAN SAMAN SEGERA WAHAI SATIPUL.

Baca seterusnya di SINI

Ngeri! Telinga Kanan Tertusuk Besi

Posted: 09 Mar 2013 06:30 PM PST


Kepala mangsa turut tertusuk besi stereng selepas keretanya merempuh sebatang pokok.

FELDA KERTEH 5 – Seorang pemuda nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebatang pokok dekat sini.

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang terbabit, Mohd Abaidillah Zainuddin, 25, turut terpaksa menahan kesakitan kerana tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian belakang telinga kanan tertusuk besi stereng.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya yang segera sampai ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan mangsa.

Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, pihaknya hanya mengambil masa selama tiga minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa.

"Sejurus menerima laporan mengenai kemalangan itu, enam anggota PBS Bandar Ketengah Jaya segera bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa mengerang kesakitan di tempat duduk pemandu dengan bahagian depan keretanya remuk teruk dan melekat pada pokok.

"Ketika itu bonet kereta turut terbakar dan kebakaran itu segera dipadamkan. Namun keadaan kereta yang remuk menyulitkan kami untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, masa selama 30 minit diambil bagi mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan dan paha selain mengalami kecederaan di kepala ekoran stereng pecah dan besi stereng menusuk kepala mangsa.


Ngeri! Telinga Kanan Tertusuk Besi 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

Pendedahan Penyelewengan Kerajaan Lalu: TIADA <b>...</b> - teganuki ta

Posted: 17 Mar 2013 10:01 PM PDT

Oleh: Pengarang Teganukita


Tiada sebarang bayaran yang patut dibayar oleh pemohon atau peserta yang memohon dan berjaya sebagai peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diuruskan oleh Pentadbiran Tanah Daerah masing-masing atau Pejabat Tanah di daerah masing-masing.

Jika sekiranya ia dikenakan bayaran beratus-ratus ringgit atau ribuan ringgit oleh pihak tertentu bagi mendapatkan tanah RTB itu, ia adalah di luar arahan dan pengetahuan Pentadbir atau Pejabat Tanah Daerah.

Pihak Pejabat Tanah tidak tahu menahu perkara punggutan duit oleh pihak terbabit.

Demikian dijelaskan oleh seorang Pentadbir Tanah Daerah di Terengganu ketika diminta mengulas laporan polis yang yang dibuat oleh pemohon salah satu RTB di Balai Polis Ketengah Jaya pada 22 Februari lalu.


Menurut Salinan Repot KETENGAH JAYA/000172/13 pada 22 Februari 2013 jam 4.34 petang, pengadu Muhamad Rosdi bin Fauzi dari Felda Ketengah Jaya Dungun menyatakan: "Pada 11/02/2004 Kami Generasi Kedua Felda telah ditawarkan Tanah Rancangan Berkelompok di Kawasan Pembangunan Lima Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, Daeran Dungun oleh Kerajaan Terengganu pada waktu itu (1999-2004).

Pada 17/02/2004 satu majlis diadakan di Padang Astaka Ketengah Jaya,setiap peserta telah diminta bayaran maksimum sebanyak RM1, 300.00. Duit ini dibayar kepada akaun sebuah syarikat guaman yang dilantik sebelum 01 Mac 2004.

Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 1080 orang.

Kami telah dijanjikan akan memperolehi geran tanah tersebut. Pihak yang berkenaan telah menghilangkan diri tanpa mengembalikan semula duit kami.

Saya mewakili kesemua peserta menuntut kembali duit dari pihak yang telah menjanjikan tanah tersebut. Pihak kami juga mendesak supaya kes ini disiasat dengan kadar segera oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini kerana kami rasa sangat tertipu oleh kepimpinan pada waktu itu. Inilah pengaduan saya".

Menurut Pentadbir Tanah itu, bayaran syarat-syarat Lesen Menduduki Sementara ialah RM10 setahun sahaja dan bayaran pendaftaran atau buka fail hanyalah dikenakan RM5 (Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara).

Katanya, apabila seseorang diluluskan permohonan, kelulusan LMS hanya diberi bagi tempoh tiga tahun sahaja sebagai tempoh percubaan. Pertimbangan kemudian akan diberikan sama ada hendak diberikan hak milik kekal atau pun tidak.

"Segala hal berkaitan pentadbiran tanah adalah mengikut Kanun Tanah Negara, jadi kalau di luar perkara berkaitan, ia adalah dibuat tanpa pengetahuan Pentadbir Tanah," tegasnya.

 

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan <b>di</b> Kg Landas,<b>Ajil</b> 23 Mac 2013 - Sewaan <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2013 06:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Majlis Perkahwinan di Kg Landas,Ajil 23 Mac 2013. Dicatat oleh cikgu canopy di 6:35 PTG · E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook. Tiada ulasan: Catat Ulasan. Catatan Terbaru Catatan Lama Laman ...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 11:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MB Minta APMT Terus Beri Komitmen Yang Terbaik | Terengganu <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 07:39 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berharap kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT) mengumpul maklumat mengenai bacaan sikap pengundi tanpa bertolak ansur dan hanya bersandarkan andaian semata-mata kerana mahu menjaga hati serta hubungan dengan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata sikap itu bukan sahaja menyukarkan maklumat tepat dikumpul bagi melicinkan perjalanan parti, malah boleh menjejaskan matlamat Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita yakin dan percaya dengan kursus dan tunjuk ajar yang dijalani kakitangan sehingga hari ini, APMT mampu menjalankan tugas dengan sempurna, penuh amanah dan bertanggungjawab dengan memastikan maklumat serta laporan yang diterima adalah tepat dan bukan berasaskan andaian semata-mata.

"Saya menyerui anggota APMT mendapatkan maklumat mengenai bacaan sikap, kedudukan, isu dan sebagainya (mengenai penduduk) dengan penuh tanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan, peribadi, ukhwah kita untuk memastikan parti ini terus dipertahankan sampai bila-bila," katanya di Majlis Makan Malam menteri Besar Bersama kakitangan APMT, di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, dato' Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abdul Razak Ismail dan Pengarah APMT, Haji Roshali Taha.

Menteri Besar berkata, dalam situasi PRU13 yang semakin hampir tidak lama lagi, perjuangan kakitangan APMT juga harus berterusan sehingga ke penghujungnya dan tidak tewas sebelum mencapai sasaran kejayaan.

"Justeru itu, dalam keadaan kita berada di persimpangan PRU13  yang semakin hampir, semua kakitangan APMT juga tidak boleh lemah dan longlai di pertengahan jalan sebelum mencapai kejayaan khususnya dalam memperjuangkan parti BN dan Umno serta memenangi PRU13  dengan majoriti yang besar.

" Demi memastikan kejayaan itu, saya berharap jentera kita dapat bergerak seiring, seirama dan sederap bagi memperkukuhkan parti dan politik kita serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk kesinabungan parti BN dan Umno, supaya mampu dipertahankan sampai bila-bila," katanya.

Beliau berkata, semua kakitangan APMT juga harus bekerja keras, memperbaiki kelemahan dan menggandakan kekuatan bagi mencapai kejayaan dan sasaran sebenar.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Tiada mangsa korban tanah runtuh <b>di Jabor</b> | Dungun Online Cable <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 03:18 AM PST

KEMAMAN 26 Dis. – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


MB lalui jadual padat <b>di Kemaman</b> esok (9 Februari) - teganuki ta

Posted: 07 Feb 2013 03:31 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, bakal melalui jadual yang padat di Kemaman, esok (9 Februari).

Bermula jam 9 pagi beliau akan menyertai program gotong royong memasang atap tiga kediaman penduduk di Kampung Yak Yah, Kijal.

Selepas itu, Menteri Besar akan melawat kediaman salah seorang penduduk kampung itu yang uzur. Beliau turut mengambil kesempatan lawatan ke kampung itu untuk meninjau rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, sebelum bertolak ke Sungai Mas, Padang Kubu, bagi menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Pada jam 3 petang, Dato' Seri Haji Ahmad akan hadir ke Program Raja Dam peringkat DUN Kijal di perkarangan Pejabat DUN Kijal.

Sejurus itu, beliau dijadualkan merasmikan Kejohanan Piala Veteran Umno anjuran Penyelaras Pemuda Umno DUN Kijal serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal di Padang Bukit Kuang.

Pada sebelah malamnya, beliau akan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Parking Lot, Hadapan Muzium Kemaman di Bandar Chukai.


13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Safiah Ibrahim: ~ Menginap <b>di</b> WIWI GUEST HOUSE <b>Kemasik</b> ~

Posted: 12 Feb 2013 06:45 AM PST

Assalamualaikum.. Moga awak semua berada dalam keadaan sihat.. :)

Siapa sedang mencari tempat untuk menginap di sekitar Kemasik, Kerteh, Kemaman

Cerita Orang Kita: 4 Maut kemalangan <b>di</b> depan IKBN <b>Kemasik</b>

Posted: 23 Dec 2012 02:05 AM PST


[DIEMAS KINI 1.45 PETANG] KEMAMAN - Empat mangsa dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya.
Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.

Mohd Sabiren merupakan seorang guru.
Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetikBernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.
Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret
bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.
"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

Ceramah Motivasi Keibubapaan <b>di</b> SK <b>Kemasik</b>, Kemaman

Posted: 17 Feb 2013 09:45 PM PST

16 Februari 2013, Kemaman : Satu lagi Program Motivasi Keibubapaan telah dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Kali ini program dilangsungkan pada sebelah petangnya iaitu mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang. 
Ceramah Motivasi tersebut dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman, Terengganu.
Ceramah Motivasi Keibubapaan ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat, Malaysia (ADAM).
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program itu berlangsung.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Pakej Percutian Bersatu Dengan Alam <b>di</b> Sungai Perlis, <b>Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 03:07 AM PDT


Saya baru balik dari trip di Sungai Perlis, Dungun, Trengganu. Pergh!  Tempat ni memang mengkagumkan.  Saya pergi ikut kawan saya yang merupakan anak jati Kampung Syukur, Dungun -  saudara Awang Ghani.  
Awang Ghani bawa saya ke Sungai Perlis yang berdekatan dengan Kampung Syukur dan di sana saya telah berjumpa dengan suatu kawasan yang menawarkan spesifikasi yang cukup baik untuk satu percutian bersama dan bersatu bersama alam untuk seisi keluarga.Saya cukup teruja dengan tempat ini sampai saya buat pakej percutian yang saya namakan:
PAKEJ PERCUTIAN BERSAMA ALAM DI SUNGAI PERLIS, DUNGUN TRENGGANU
Apa yang ada di Sungai Perlis, Dungun?
1. Sungai Perlis adalah salah satu cabang daripada Sungai Dungun.  Terdapat beberapa kawasan perkhemahan yang telah dikenalpasti oleh jurupandu tempatan.  Salah satu yang menakjubkan ialah di lokasi yang bakal anda lawati apabila menyertai pakej percutian di atas.
2.  Tempat percutian ini masih dalam kategori 'anak dara', belum banyak diteroka oleh orang ramai. Oleh itu kawasan persekitaran tempat percutian ini sangat segar dan sangat menenangkan. Di malam hari bila pandang ke langit, bulan dan bintang nampak sungguh luarbiasa, terangnya sangat mengasyikkan (kalau hari tak hujan la hee)

3. Salah satu tarikan utama Sungai Perlis ialah merupakan satu lokasi lubuk air tawar mega yang cukup luarbiasa dan belum banyak diteroka berbanding dengan lokasi-lokasi lubuk air tawar di Dungun.  Ikan kelah, sebarau, tengas dan lain-lain bersaiz mega masih banyak terdapat di sini.  
4. Sungai Perlis sungainya sangat mengkagumkan, kawasan mandiannya sangat luas, hampir bersaiz kolam renang olimpik.  Airnya sangat jernih boleh namapk semua benda!
5.  InshaAllah anda akan dapat makan ikan-ikan sungai yang sangat segar dan bersaiz besar di sana dan jika ada rezeki boleh bawa ikan balik ke rumah juga. InshaAllah anda dan keluarga yang rasa ringan kepala apabila pula semula ke kota-kota setelah berkhemah dan  bercuti di bawah pakej percutian ini.
Dengan ini saya menjemput anda semua untuk satu Pakej Percutian Bersatu Bersama Alam di Sungai Perlis, Dungun seperti berikut:
1. Jangkamasa Trip - 3H2M 

i.   Sesiapa yang dapat kumpul minimum 6  perserta (grup anda sendiri) anda boleh memilih mana-mana tarikh yang anda sukai antara  antara April – Oktober, 2013.   
ii.   Trip   1 -  19 April (9 pagi) – 21 April, 2013 (1 tgh)
ii.   Trip   2 - 26 April (9 pagi)  – 28 April, 2013 (1 tgh)

3. Tempat berkumpul:  Di Rest House Kampong Pasir Raja, Dungun.  Segala urusan perjalanan ke tempat berkumpul diuruskan sendiri oleh perserta.  Sekiranya perlu anda boleh bermalam di Rest House Pasir Raja, Dungun.

4. Waktu berkumpul:  9 pagi di Rest House, Pasir Raja, Dungun.

5. Perjalanan : Dari jeti  Kampong Syukor akan ke Sungai Perlis lokasi memancing menaiki bot selama 3 jam.  

6. Jurupandu Utama:  Awang Ghani dan Tengku Ibrahim, orang tempatan dari Kampung Syukor, Pasir Raja, Dungun. Mereka juga ketua bot.

7. Bilangan:  Minimum 6 org, Mak 40 org

8. Kos:  RM 250 seorang 

9. Makan & Minum:  Bawa makanan sendiri, cth beras, bawang, minyak dan sebagainya.  Akan disediakan tong gas, dapur masak, kuali dan periuk besar. Akan disediakan juga khemah besar untuk memasak dan melepak.

10. Barang-barang dan Peralatan : Bawa khemah sendiri.   Bawa alatan memancing sendiri.  

11. Hasil Pancingan : Apa yang ditangkap bolehla di bawa pulang masing-masing. Ais akan disediakan.

12. Target Ikan : Ikan Kelah, Sebarau,  Tengas dll. ...

13. Deposit:  Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM150 utk memudahkan urusan perjalanan trip sebelum 12 April, 2013 bagi Trip 1  dan sebelum 19 April, 2013 bagi Trip 2.

Kepada yang berminat boleh hubungi saya  012-6242760 atau reply di forum ini.

No. Akaun CIMB    - 0516 – 0011 – 04 - 4521

Nama - Mohd  Ashik Bin Abdul Rahman 

PERHATIAN

Trip akan berjalan sekiranya ahli mencukupi. Sekiranya ahli tidak mencukupi atau cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan.  Deposit akan dipulangkan 100%.

Terima Kasih & Selamat Bercuti

Saya baca di Pancing Net terjumpa pula posting di sana yang bercakap mengenai Sungai Perlis.  Memang betul seperti apa yang diperkatakan bahawa memang Dungun terdapat banyak Lubuk Mega,  terutamanya Sungai Perlis. Ikan-ikan memang mega-meg di sana    - http://www.pancing.net/index.php?topic=825.0 

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Mencari rumah sewa <b>di Kerteh</b> | Rumah Sewa

Posted: 03 Apr 2013 09:58 AM PDT

Publish date: April 3, 2013 5:09 pm
Contact Name: Razin
Region: Terengganu
Location: Kerteh
Phone: 0132974786
Tags:

kami ingin mencari rumah sewa yang berdekatan dgn Petronas penapisan kerteh @ berhampiran dengan tmpt tersebut..
harga boleh dirunding

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


<b>Terengganu</b> My Heritage: Le Tour De Langkawi 2013 <b>di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 11:01 PM PST


Kejohanan Le Tour De Langkawi di Terengganu. Sebanyak 3 peringkat perlumbaan termasuk peringkat akhir kejohanan yang menjadi kemuncak kepada perlumbaan. Kejohanan lumba basikal terbesar di Asia ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh peminat sukan dan rakyat Terengganu yang sejak awal pagi sudah 'stand bye' di tepi jalan menanti gerombolan pelumba basikal yang berlumba.

Blogger juga sempat merakamkan detik bersejarah ini bagi peringkat Pasir-Puteh ke Kuala Berang di Kg Putera Jaya, Setiu, Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu juga menjadi penaja terbesar kejohanan sebagai satu acara terbesar bagi Tahun Melawat Terengganu 2013. Di harap dengan liputan media dan berita sepanjang LTDL ini akan memberi impak positif kepada pelancongan negeri Terengganu.


Mendengar dan melihat ulasan secara langsung di TV1 oleh pengulas Hasbulah Awang dan Kiki di Taman Shahbandar juga dengan pandangan dari udara oleh kru dengan helikopter sememangnya menggambar Kuala Terengganu dan negeri Terengganu adalah negeri yang amat menarik dan patut di lawati.

Jadi tugas kita sebagai rakyat Terengganu terutama penggiat pelancongan adalah besar bagi memastikan pelancong yang datang ke Terengganu tidak kecewa dan menjadi ' indah khabar sebagaimana rupa'.


Dengan kehadiran kru pasukan, petugas media serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan melimpahkan hasil negeri melalui aktiviti perlumbaan LTDL ini.

LTDL sememangnya memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu. Rebutlah peluang dengan  menampilakn idea dan usaha yang lebih kreatif dan inovatif bagi menawan pelancong ke Terengganu.



13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Myjottings898: Ikan Bakar Zul <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:05 AM PST

Entri ini juga entri tertunda semasa kami balik kampung tempoh hari. Untuk makluman anda yang pernah sampai ke Kuala Besut, tentu anda tertanya-tanya tentang tempat makan yang bagus, apalagi apabila anda tahu yang tempat itu berdekatan laut - tentukan makanan laut yang segar!
Kami berkesempatan menyinggah ke suatu tempat yang sudah beberapa kali Mak Aji terpandang tetapi belum sempat singgah. Alhamdulillah tempoh hari rezeki menyebelahi kami dan sempat kami menikmatinya:


Kami terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan makanan dek kerana terlalu ramai pengunjung. Walaupun begitu memang berbaloi kerana apa yang kami dapat memang menuaskan hati - cukup sedap ikan, sotong serta pari bakar kerana kesemuanya segar dari laut!!
Sesiapa yang berkunjung ke sana, rugilah jika tidak mencubanya!!!

ads