Jumaat, 23 September 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Bicara Hatiku...: kerja kebajikan <b>di PAKA</b>, trg

Posted: 01 Jul 2011 05:55 AM PDT




salam hai kwn3...

pada tanggal 30.6 hari khmis..ktorg k rumah en rosdin utk bt kerja kebajikan. seperti biasa, rumah y benar2 terpilih dan layak akan diberi sumbangan..
seperti mknn harian, klgkapan rumah,membina tandas baru dan bilik air, dan mmbt tngga.
alhamdulillah dengan kerjasama bersama rakan2 yang sgup meluangkan masa kerja kbajikan selesai sblm matahari terpacak ats kepala..

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Kasih Dinda Bridal & Collection: makeup mashitah <b>di besut</b>

Posted: 05 Sep 2011 11:07 PM PDT



mashitah selepas-mashitah mintak dimakeupkan sesimple yg boleh untuk hari persandingannye.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Pakatan Sudah Mula Berkempen <b>di Kuala Terengganu</b> - dinturtle

Posted: 22 Sep 2011 11:41 AM PDT

Mendengar siri ceramah Pakatan yang bakal diadakan sekitar Kuala Terengganu dalam seminggu ini terasa macam tempoh berkempen Pilihanraya je. Bayangkan, malam tadi Azmin dengan Khalid Samad, esok Anwar, Ahad Mat Sabu, Selasa dan Khamis pun ada juga. Nampaknya Pakatan dah mula berkempen, tak perlu tunggu pembubaran Parlimen oleh Najib.

Pelbagai isu dibangkitkan malam tadi - Murtad Dumc, Seleweng duit Koperasi Felda, Mat Indera, ketidakikhlasan Najib mansuhkan ISA, pujian kepada kerajaan Pakatan, kutuk TunMahathir dan yang paling hadirin ( sekitar 300 orang je ) suka - gossip Rosmah.

Malam tadi hujan, ceramah yang sepatutnya diadakan diluar perkarangan Mesjid di Chendering terpaksa berpindah kedalam Mesjid .....hmmmm nak dijadikan isu ke tidak  ni ? Memang hujan sepanjang ceramah tapi tetap juga terasa ' tak sedap hati ' bila duduk dalam mesjid mendengar ceramah politik. Bukan ceramah ugama, memang 100% ceramah politik macam yang biasa kita dengar. Malah Azmin sendiri berkata , ' Mesjid pun Mesjid lah ..'

Saya redah juga hujan semata-mata nak dengar Khalid Samad bercakap tentang isu Dumc. Pas digambarkan sebagai orang tengah yang cuba menenangkan keadaan. Nampak yang beliau memihak kepada pihak Harapan Komuniti dengan kenyataan yang agak berat sebelah walaupun diakhiri dengan ' sama-sama kita tunggu hasil lapuran yang baru semalam diberikan kepada MB dan Sultan Selangor.'

Khalid tidak sebut tentang bukti campurtangan Umno tapi menyatakan usaha Umno cuba memburukkan nama Pas sebagai tunduk kepada Dap. Bukti video didakwa Khalid sebagai sudah dicemari / doctored.

Isu Rosmah ternyata mendapat respon hangat dari hadirin dan ia dijuarai oleh Azmin. Saya kalau sebut hal Rosmah, mesti ada yang akan marah-marah. Pada mereka ini saya nak beritahu, apa yang saya tulis adalah apa yang saya dengar dan ia merupakan bualan rakyat. Nama Rosmah sudah menjadi bahan gurauan rakyat dan ini adalah hakikat yang korang kena terima.

Nak marah saya pun ... untuk apa ? Kerana menceritakan keadaan yang berlaku didunia nyata ? Fact is - Rosmah ditertawakan rakyat. Biarpun ia hanya gossip yang berulang kali disebut, skripnya dah boleh diagak, namun ia tetap ditunggu dan dijadikan penglipur lara rakyat.

Bagi saya hanya satu je cara Rosmah boleh cuba baiki imejnya - ikut nasihat yang Najib sering suruh rakyat buat iaitu lakukan satu Transformasi. ' Kalau Rosmah sendiri Najib tak boleh nak reform, tak payah cakaplah nak jadi Reformis ' Bukan saya yang cakap tapi Azmin dan logiknya saya lihat diterima ramai.

Bila Umno nak start ceramah mereka  bagi menyaingi Pakatan ? Atau biarkan je Pakatan memonopoli dulu sesi bertemu rakyat menerusi ceramah-ceramah mereka .... Entahlah, teruk bebenor politik sekarang ni, non stop, back to back dari PRU12 ke PRU13.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


My Hakim: Raya Ketiga 2011 @ Johor

Posted: 19 Sep 2011 05:12 PM PDT

entry kali berkisar dengan gambar raya lagi...

sambung entry bergambar raya di johor lak...

keluar rumah kol 9...

tp sempat singgah beraya umah kak long bestpren mama dulu sat...

jumpa sedara mara yg lama tak jumpa...


beli kopok utk bawak balik johor...

tgk ni..macam2 gaya muka dia buat.....

iaitu parit sikom sekitar 7pm lebih...

papa lebih gemar ikut laluan bandar muadzam -segamat dari ikut laluan mersing...

tp kat segamat agak jam jugak la...

adik yg sakit leher

nak dukung jerkk..

papa xcited dpt blk kg beliau...

walaupong kepenatan drive dr trg ke johor.

tatap masih mau melayan anaknya main bunga api mlm tu....


13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Buruh maut tersepit penyodok jentolak

Posted: 20 Mar 2011 11:38 PM PDT

CHUKAI: Seorang buruh kuari di Hulu Jabor dekat Kampung Jabor Perasing Jaya di sini, maut selepas tersepit penyodok jentolak yang digunakan untuk menolak keluar sebuah lori yang terkandas dalam lumpur, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Abdul Latif Mat Said, 46, dikatakan enggan keluar walaupun sudah diarahkan dengan alasan sudah biasa berada dalam penyodok jentolak ketika jentera itu sedang bekerja.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebelum kejadian, mangsa dari Kuantan, Pahang tiba di tempat kejadian jam 5.15 petang dan masuk dalam penyodok untuk mengambil minyak diesel yang diletakkan di atas sebuah para yang agak tinggi di kawasan kuari itu.

Beliau berkata, selepas selesai menurunkan minyak diesel, pemandu jentolak terbabit mahu membantu menolak sebuah lori mengangkut batu yang terkandas dalam lopak air berhampiran tapak kuari itu dan meminta mangsa turun daripada penyodok jentolak itu tetapi dia tetap enggan.

"Ketika jentolak berkenaan menolak lori itu, mangsa yang berada dalam penyodok tergelincir dan tersepit antara mata jentolak dan belakang lori itu," katanya.

Abdullah Sani berkata, pemandu jentolak dan pemandu lori serta beberapa pekerja yang berada di situ segera membantu mangsa yang parah di kepala.

Katanya, polis menahan pemandu jentolak berusia 46 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Berita Harian
21 Mac 2011

Pekerja kuari maut

KEMAMAN – Niat mahu membantu bertukar tragedi apabila pekerja kuari maut selepas tergelincir lalu jatuh daripada jengkaut ketika menolong pemandu lori yang kenderaannya tersangkut dalam lopak air di Kuari Bukit Ketam, Perasing Jaya, Jabor, petang kelmarin.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Abdul Latif Mat Said, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mangsa yang ketika itu berada dalam penyodok besi di bahagian hadapan jengkaut tiba-tiba tergelincir ketika dia menolak bahagian belakang lori yang tersangkut dengan mengguna penyodok besi terbabit.

"Kira-kira 15 minit sebelum kejadian, mangsa bersama pemandu jengkaut pergi ke kawasan kuari untuk mengambil tong minyak diesel tetapi ketika tiba di tempat kejadian terdapat lori yang tayarnya tersekat dalam lopak air.

"Justeru, pemandu lori terbabit meminta pertolongan daripada pemandu jengkaut dan mangsa kebetulan lalu di situ menolak lorinya menggunakan kenderaan berat itu manakala pemandu jengkaut itu mengarahkan mangsa yang berada dalam penyodok besi supaya turun," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pahang dan menetap di Jabor, enggan turun kerana dia mendakwa sudah biasa dengan situasi berkenaan dan perkara itu disaksikan sendiri oleh pemandu serta kelindan lori terbabit.

"Pemandu jengkaut itu tetap mendesak mangsa turun kerana khuatir keselamatannya. Namun selepas lima minit mangsa masih berada dalam penyodok besi dan pemandu terbabit terpaksa menolak walaupun mangsa berada di bahagian hadapan jentera berat itu.

"Ketika menolak, tiba-tiba mangsa tergelincir manakala kepalanya cedera teruk kerana terhentak pada bahagian belakang lori sebelum terjatuh," katanya.

Difahamkan, pemandu jengkaut terus mengangkat lebih tinggi bahagian penyodok besi hadapan dan segera mendapatkan mangsa, bagaimanapun ketika itu mangsa sudah tidak bergerak dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya.

Susulan itu, pemandu jengkaut itu kini ditahan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Katanya, kejadian berkenaan bersifat secara tidak sengaja, namun pemandu jengkaut terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian
21 Mac 2011

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Program Pemuliharan Terumbu Karang Dapat Pengiktirafan <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 05:38 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Bernama) — Program AkuJanji iaitu program memulihara pertumbuhan terumbu karang dan tumbuhan lain di Pulau Bidong, Terengganu Khamis mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata program anjuran Malaysian Coral Reef Conservation Society (Coral Malaysia) itu mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) itu adalah sempena kempen "1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" di bawah program 'Hari Pemulihan Alam Sedunia 2011′, kata Abdul Rahin kepada pemberita selepas menandatangani Akujanji pertumbuhan terumbu karang dan tumbuhan lain di dasar laut di Pulau Bidong dekat sini.

Turut hadir ialah wakil Malaysia Book of Records Zulhairi Md Zin.

Akujanji itu ditandatangani oleh empat orang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Naib Canselor UMT, Datuk Dr Aziz Deraman, Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar.

Abdul Rahin berkata Akujanji itu dibuat bagi memastikan tumbuhan di darat dan di dalam air Pulau Bidong dijaga dengan baik.

"Peruntukan UMT terhadap program ini merupakan satu usaha murni untuk menjaga kawasan ini dengan baik dan memastikan pertumbuhan terumbu karang dan tumbuhan lain di dasar laut," katanya.

Sementara itu, Aziz berkata UMT bersedia untuk memberi kerjasama dalam menjaga pulau itu kerana ia boleh dijadikan lokasi untuk melatih pelajarnya membuat penyelidikan laut.

"Pulau Bidong ini kerapkali digunakan oleh UMT untuk membuat penyelidikan seperti pemuliharaan terumbu karang, haiwan laut, pasang surut ombak, tenaga solar dan tenaga angin," katanya.

Beliau berkata kewujudan kapal RV Discovery milik UMT tidak lama lagi juga akan memudahkan operasi penyelidikan dilakukan dalam kapal atau di pulau itu, katanya.

– BERNAMA

wildsingapore news: Malaysia protects <b>Pulau Bidong</b>: only day <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 04:50 PM PDT

Only day trips allowed to Pulau Bidong
New Straits Times 20 Sep 11;

SETIU: Terengganu will ban large tourism projects on Pulau Bidong and its surrounding islands and only allow day trippers, in a bid to to protect the corals and preserve it as a marine heritage island.

State Tourism, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Datuk Abdul Rahin Mohd Said said the Pulau Bidong group of islands, comprising a main island and five smaller ones, must be protected as they were the last uninhabited islands in Terengganu.

He said the state government did not want the islands to be turned into other resort islands such as Perhentian and Redang to minimise environmental damage to marine life.

"We want to promote the islands of Pulau Bidong in a such a way that will still protect its environment hence the idea of opening it only to day trippers. Visitors can still come and enjoy the beauty of the corals and marine life but they must leave by end of the day.

"We will need to build the amenities for day-trippers, but it will be on a much smaller scale compared with large-scale construction for resorts," he said after taking part in an underwater signing ceremony of a pledge to safeguard the islands' marine heritage yesterday.

Sixty divers took part and it was certified by the Malaysia Book of Records as the first in Malaysia.

The event was organised by the Malaysia Coral Reef Conservation Society (Coral Malaysia) with the cooperation of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) and the Terengganu government.

UMT vice chancellor Prof Datuk Aziz Deraman, who welcomed the move to protect the islands, said the university would make Pulau Bidong its research island.

"Currently, we have a research facility with four laboratories on the island and we will conduct more research on the Pulau Bidong archipelago."

He said research to harness the power of tidal currents, solar and wind would also be conducted on the island, beside marine biology studies.

"We will build a windmill at our research centre on the island to supply electricity and at the same time be a subject of green energy research

"UMT has conducted research into ways to restore dying corals but what is more important is to preserve what we still have."

Coral Malaysia president Jamhariah Jaafar said artificial reefs, known as the Underwater Gallery, around Pulau Bidong had become healthy grounds for coral growth.

"The waters around Pulau Bidong have many fascinating diving sites which can be promoted to create public awareness about our marine heritage."

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Ribut Bagai Tsunami, Lebih 220 Rumah <b>Di</b> Felda <b>Kerteh</b> 5 Dan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 05:25 PM PDT

No of View :499

PENDUDUK Felda Kerteh di Kemaman membersihkan serpihan bumbung yang rosak akibat ribut semalam.

 Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit.

Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu.

Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan.

Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini.

Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk.

"Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah.

"Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan.

"Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


light | shadow: Ronda-Ronda <b>Bukit Besi</b>

Posted: 21 Sep 2011 08:29 PM PDT

Assalamualaikum dan salam satu blogger...
Semalam ayah penulis ajak teman dia ke Bukit Besi, nak tengok perkembangan terbaru kat sana katanya... Penulis yang dah sedia bosan terus sambut pelawaan tu. Lagipun memang dah lama penulis tak jejak kaki ke sana.
Jarak perjalanan dari bandar Dungun ke Bukit Besi lebih kurang 40km. Bukit Besi mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kat bawah ni ada sikit informasi yang penulis petik dari web Sejarah Malaysia.
Bukit Besi which is situated in the district of Dungun was once an important and famous iron mining place in Terengganu. The history of iron mining in Terengganu begun in 1916 and was one of the largest iron mine in the world. The mining industry was handled by Nippon Mining Company. However, between 1945 till 1947, the mine was taken over by the British and was sold to the Eastern Mining and Metal Comany in 1948. From 1960, the production of iron at Bukit Besi began to decline. Thus the Government of Terengganu decided to close the iron mine in the early 1970s. Today Bukit Besi is a tourist attraction.

Haaa...jadi bangunan yang penulis tunjuk tu pun dikira peninggalan sejarah jugaklah. Dengar cerita, kerajaan Terengganu dalam usaha nak bangunkan muzium kat sini untuk mengekalkan sejarah kegemilangan Bukit Besi.

Ini tempat kedua kami singgah. Kalau tak silap penulis namanya Tasik Puteri & terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Bukit Besi. Tempat ni tersangat cantik! Pemandangan kat depan mata dah macam lukisan. Air tasik ni tenang dan jernih yang amat. Boleh nampak semua benda yang ada kat dasar tasik. Tapi ayah penulis cakap, ikan tak boleh hidup dalam tasik ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin ada kaitan dengan komposisi tanah dia kot...
"Kalau ikan boleh hidup, mesti diorang dah bela ikan kat sini" Haji Mat berkata pada anaknya...

Bila dah penat pusing satu tasik, kami bergerak pula menuju ke Kampus UiTM yang masih dalam pembinaan. Dekat je dengan Tasik Puteri, jalan kaki pun boleh sampai. Kalau UiTM dah bukak nanti, konfem petang-petang tasik ni penuh ngan budak UiTM.

Penulis tak berhenti pun kat Kampus UiTM Bukit Besi tu, cuma pusing keliling dia je. Jadi tiada gambar untuk diletakkan kat sini. Yang penulis tahu bila dah siap nanti kampus ni bakal jadi kampus induk UiTM Terengganu, tapi penulis tengok kawasan dia takde lah luas sangat kalau nak banding dengan UiTM Dungun. Entahlah, mungkin jugak yang penulis tengok tu cuma fasa pertama...

Baiklah setakat tu je kot cerita ronda-ronda penulis di Bukit Besi. Kalau ada lagi cerita menarik, penulis jumpa korang lagi di blog ini. Ciao!

ads