Arakian tersebutlah kisah pada cuti semester nan lalu,aku pulang ke kampung Kelana Jaya untuk berjalan sambil mencuci fikiran turun ke Pantai Timur. Misi utama adalah ke Dungun indah permai yang terletak di negeri Trengganu.
Kami bertolak pagi itu dengan keahlian seramai 7 orang dan berhenti minum di kawasan rawat dan rehat yang tak berapa sedap iaitu di Genting Sempah. Duduk bersebelahan dengan aku ialah host jalan-jalan Dungun, gadis lemah lembut ayu pemalu tapi hebat berbahasa Inggeris Cik Wahida, yang kami panggil dengan nama manjanya Wieda.
Terer ek mak kita yang dah usia 72 tahun tu,. boleh follow perjalanan yang ku anggap jauh dan agak meletihkan bagi mereka yang seangkatan usia dengan beliau.
As usual, my sister must be in the picture, maksud aku kemana kami berjalan dia mesti dan diwajibkan jadi tekong, memandangkan pengalaman serta rekod cemerlang yang dipegang sepanjang handle any trip famili.
Aku ni bukan ingat sangat jalan yang kami lalui. Fokus ku adalah lebih terarah kepada merakam panorama yang menerujakan.
Maka bermulalah satu perjalanan yang panjang, tetapi bagiku adalah pendek disebabkan keasyikan melihat pemandangan indah.
Kami melalui jalan yang disebelah kanan,.dan melepasi cabang itu aku dapat melihat dengan sangat jelas perkataan Puspen Karak di atas bukit sebelah kanan. Adalah difahamkan bahawasanya tempat ini adalah tempat bagi memulihkan penagih dadah.
Melepasi Puspen, dari jauh ku lihat awan bergulung-gulung seperti kapas dan jaraknya bukan nya pendek,sangat panjang dan saujana mata memandang meliputi sekeliling "round the clock"
Mata ku terpegun,terpana, terlekat di kaki langit Allah, dan aku dapat melihat dengan sangat jelas awan-awan itu sangat mesra dengan manusia,. seperti dapat aku capai dari tingkap kenderaan.
Aku rasa kecil dan kerdilnya diri berada dibawah gulungan awan Allah Yang Hebat,
Aku memang sangat suka awan dan sangat sayang awan.
...dan awan-awan pujaan ku itu semestinya dimiliki dan dicipta oleh Dia.
Dia lah yang mencipta alam yang indah ini. Alam yang dikaryakan adalah sangat Agung dan tiada apa pun boleh menandingi kehebatan Nya.
Dari awan yang bergulungan,.. marilah kita meneruskan perjalanan. Kita bakal melalui sebuah jambatan yang merentasi sungai Pahang yang dimana dihiasi dengan pintu gerbang.
Inilah jambatan Temerloh...yang mempunyai dua pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang memasuki negeri Pahang..
Aku pernah merakamkan gambaran ini di waktu dan masa yang berbeza. Jika rajin boleh saja kalian ziarah di sini :
maka begitulah kejadian alam.... siang berganti petang..... ke senja...... ke malam...
Alam tetap setia menanti tetamu yang datang silih berganti menikmati keindahaan dan kecantikan yang dicipta
Rakaman gambaran sungai Pahang tidak dapat diambil dengan 'sharp".,memandangkan kelajuan kereta yang bergerak,. ditambah pula dengan senda gurauan ahli yang tidak memungkinkan tangan ku "stay" tidak gegar.
Melepasi pintu gerbang itu,.dari jauh aku dapat melihat satu lagi kecantikan alam iaitu langit yang membentuk huruf S
Cantik sungguh awan S ini, terasa seperti baru sahaja aku melihatnya di langit nan biru
Dari jauh dapat ku lihat kepulan awan yang mungkin sahaja mengelilingi Tasik Cini, Pahang
Silalah layan gambar -gambar berikut dengan perasaan syahdu..cewah
Maka kita mulai memasuki jalan alternatif..
Ingatkan tak lah ramai yang ikut jalan ni..
masa ni dah masuk waktu makan tengahari dan perut pun dan bising buat perangai
rasa-rasanya kita sedang melalui kawasan felda/felcra
Sedap ek kalau dapat singgah makan kat warung gini,masakan pure orang kampung
Inilah balasan yang diberi bila kita melalui jalan alternatif, indah,aman,tenang.
Boleh nampak road to road, tapi jangan memandu sendirian, aku jangkakan adalah bahaya you
Mungkin ini adalah sekolah atau kolej baru
Kehidupan yang sederhana, dan kita semua mempunyai jalan hidup yang tersendiri
Hidup sederhana sekalipun,. keselamatan diri janganlah diabaikan..malang tidak berbau..
cantik...seperti kata orang putih...country road..oh country road take me home...to the place ..I belong..
Perang poster rupanya telah bermula..
Nama kampung ni..Kampung Baru Ayer Jerneh. Ejaan pun stail orang lama.
Lapar doh weh...
Yes bang,.order apa ya,teh ais o teh o ais ?
kita telah memasuki territory Paka yang terkenal dengan industri minyak tanahair dan sudah tentu bercap kan Petronas
Dari jauh kita boleh melihat kawasan ini ada minyak.... ni ha kat bawah..tanda kawasan ni ada minyak
cantik,,macam castle yang unik
Yeahyy!!kita telah memasuki Dungun.....welcome to Dungun kawan-kawan
hahaha.....................sabo je lah...adakah anda suka buang sampah dari kenderaan especially kulit rambutan?
yang kita lalui dibawah ni...adakah Sura Gate?..ye la kot
dik...cuti sekolah dok g mano ke weh..
Bila masuk je kawasan ni hati terimbau ke kenangan nan lalu bersama Allahyarhamah kakak ku Azlina
Dungun sejuta kenangan....disinilah cinta seni ku bersemi...
Dungun nan indah...suci terpelihara..
damai...tenang...
sayu...
bersambung....