Isnin, 10 Jun 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


:: cina islam | 2013 ::: Kadar jenayah <b>di Besut</b> menurun?

Posted: 26 May 2013 10:08 PM PDT

Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013.
Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013.
Pembuat keropok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013.
Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013.
Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013.
Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013.
Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013.
Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013.
Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013.
Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013.
Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013.
Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013.
Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013.
Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013.
Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik.
Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih!"
Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah.
Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!"
Kebetulan kelmarin (Jumaat 24 Mei 2013) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang.
Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih di awal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa!
Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini.
"Doktor tolonglah fikir sesuatu, PAS kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana… " keluhnya dengan penuh kesedihan.
Orang kampung tidak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampung. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza.
Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Se-Malaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tidak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka.
Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13?
Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Datuk Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!'

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fahrin Ahmad & Neelofa <b>di Pulau Redang</b> (6 Gambar) - Media Malaya

Posted: 08 May 2013 10:22 PM PDT


Fuh dengar je tajuk, mesti yang ramai tertanya-tanya. Maklumlah seorang lelaki maskulin bersama wanita cantik di sebuah pulau. Huhu. Mereka berdua sebenarnya terlibat dalam sebuah babak untuk filem Pilot Cafe. Beberapa rakan artis seperti Remy Ishak juga kelihatan bersama dan sedang melakukan aktiviti scuba diving bersama. Gambar penuh selepas ini. 

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 11:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Pemikir: Antara MASJID Tercantik <b>Di</b> MALAYSIA (5 Gambar)

Posted: 19 Feb 2013 05:52 AM PST

Masjid Kristal , Kuala Terengganu
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Dibuka pada 08 februari 2008 , dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Terletak di Bandar Kota Kinabalu dan dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar , perak.
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia . Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun1917. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Gambar-gambar ni aku cari kat gugel dan sejarahnya dari wikipedia . Dalam 5 Masjid ni , Masjid Kristal dan Masjid Putra je yang aku dah pegi . Pemandangan di kedua Masjid ni sangat indah kalau waktu senja :) Indah sangat :) kan ..

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


majlis perkahwinan, faiz & zahirah, pasir puteh, kelantan + <b>kuala besut</b>

Posted: 11 Mar 2013 06:19 AM PDT

http://farm9.staticflickr.com/8385/8547721109_2d5a48cd1e_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8525/8548299202_21dbea3c23_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8105/8548268924_b74ee48fdc_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8096/8547182199_799b4e77fb.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8225/8548284782_93533c3427.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8384/8547109809_59f0c61723_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8373/8548213008_46854b3c99_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8228/8547112043_56ac178ac2_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8239/8547121551_17cbff9584_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8520/8548217426_d4e9aec0b8_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8370/8547123813_b8298ca975_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8089/8547131217_5a28b92b75.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8526/8547139931_4727a2a337.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8233/8548235574_5ea9077999_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8525/8547143205_0dc0038e09_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8235/8547146133_dd2352ba3a_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8226/8547151731_9336bf41d9_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8389/8548256724_386e521863_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8523/8548261406_c2286d1c08_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8507/8548293306_03718cb526_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8109/8547195331_2d2c4be47d_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8387/8548280118_7df0787c2f_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8099/8547172123_ac826ce512_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8248/8547209799_211d5369fa_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8104/8548310906_7ed1471077_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8231/8548313458_007b741b27_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8112/8548318174_b4cc1c0ff4_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8383/8547227967_840ce971d7.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8110/8547223047_53bbb4f4ef.jpg

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau di http://www.facebook.com/fazrien
.

Mac antara bulan yang tersibuk di dalam kalendar saya. Client pertama untuk bulan ini adalah pasangan Faiz & Zahirah. Lokasi majlis bertempat di Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Besut untuk lokasi majlis sambut menantu. Kiranya 3 hari kami (dengan 2 orang assistant) berkelana dan bermalam di Kuala Besut. Sambil-sambil makan angin… hehe. Banyak juga melantak makanan seafood sepanjang perjalanan. Maklumlah buang stress dengan tugasan bulan Februari yang agak banyak juga.

Apapun, saksikan serba sedikit gambar di majlis akad + resepsi + resepsi pihak lelaki. Gambar outdoor akan diupload di post seterusnya. Tunggu!!

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com Blog : http://www.fazrien.com/blog
Gallery / Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Facebook : www.facebook.com/fazrien

ads