13 di gong kedak - Google Blog Search |
Looking For Historical Sites.. - Kubu British <b>Di</b> Pesisir Pantai Bachok <b>...</b> Posted: 31 Jul 2011 11:59 PM PDT Peperangan Dunia Ke-II yang berlaku pada tahun 1941 - 1945 dahulu telah banyak meninggalkan kesan yang negatif di kalangan masyarakat Melayu pada zaman ini. Golongan veteran pada hari masih belum dapat melupakan kisah pada zaman penjajahan ini. Kubu-kubu yang terdapat di daerah Bachok itu telah dibina oleh tentera British yang bertujuan untuk menentang kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Ke-II. Semasa pendaratan Jepun yang pertama, telah menyebabkan berlakunya pertempuran yang amat sengit di kalangan tentera British dan tentera Jepun dalam sejarah Tanah Melayu. Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu iaitu Kelantan semasa penduduk kampung sedang nyenyak tidur dan dikatakan ada juga penduduk kampung yang sedang berhibur dengan berdikir bersama tentera British pada tengah malam itu, 8 Disember 1941. Tentera British yang berbangsa India (Punjab) telah ditugaskan untuk berkawal di pesisir pantai Kelantan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin akan dihadapi dengan kental. Mereka berusaha untuk mempertahankan Kelantan dan menjaga lapangan di Pengkalan Chepa, Machang dan di Gong Kedak, Pasir Puteh daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Pembinaan kubu yang rapi sesuai dengan kedudukan pertahanan yang strategik sedikit sebanyak telah dapat memperlahankan pergerakan musuh untuk terus memasuki Kelantan dengan cepat. Menurut sejarah, penggunaan kubu-kubu sebagai alat untuk mempertahankan diri dari pihak musuh sedikit sebanyak dapat memperlambatkan pergerakan pihak musuh dari menawan Tanah Melayu pada waktu itu. Pantai Kuala Pak Amat merupakan salah satu lokasi yang penting dalam sejarah perang, ini kerana pantai itu telah menjadi tempat pendaratan yang pertama Tentera Jepun di Tanah Melayu. Namun sebelum berlakunya perang dunia yang ke-II yang lalu, Pihak Tentera British telah membina kubu-kubu kebal (Pillbox) ini bagi tujuan untuk mempertahankan pantai serta Tanah Melayu ketika itu daripada serangan dari pihak musuh. Kubu Kebal British di Kelantan; (Salleh Mohd Akib, 1995: 24) Pada awal tahun 1940 pembinaan kubu-kubu kebal (Pillbox) ini semakin banyak dibina di pesisir pantai dan pesisir sungai serta di beberapa kawasan strategik yang lain seperti di Lapangan Terbang Kota Bharu, Machang serta di Gong Kedak, Pasir Puteh. Pasukan tentera Jepun yang telah menyerang Tanah Melayu khususnya di Kota Bharu telah mengalami kesusahan yang teruk bagi mendarat di Kelantan ini kerana ianya adalah disebabkan oleh pertahanan di darat yang kuat terutama dari kubu-kubu kebal (Pillboxes) tentera British. Dalam 'CITATION FORCE' ada menyatakan; "....Kota Bharu Airfield was 4 km behind this coast position upon passing through the coconut grove, the huge airfield greeted our eyes. The surroundings were heavily protected with barbed wire entanglements and pillboxes were constructed in the first line (coast line) position and a strong defence zone". (....Landasan Terbang Kota Bharu terletak 4 km di pendalaman dari arah pantai setelah melintasi dusun kelapa, maka terbentanglah landasan terbang yang besar itu di hadapan mata kita. Kawasan sekitarnya dipertahankan dengan rapi sekali oleh pagar-pagar kawat berduri dan kubu-kubu kebal yang dibina di barisan hadapan (sepanjang pantai) dan juga oleh satu zon pertahanan yang kuat). Malay Campaign (Ryuichi Yokoyana; 1941 – 1942; Japanese Secret Account of the Bloody Landing Against the British Force at Kota Bharu) Kubu Kebal British di Kelantan; (Salleh Mohd Akib, 1995: 24) Kubu-kubu kebal ini telah diperbuat daripada simen yang konkrit bagi mempertahankan struktur binaannya daripada cepat rosak. Ianya boleh memuatkan lebih kurang seramai 9 hingga 12 orang tentera di dalam setiap kubu. Kubu-kubu kebal yang dibina ini mempunyai lubang-lubang khas pada setiap penjuru bagi tujuan untuk memerhatikan dan menembak musuh yang menghampiri setiap kawasan yang mempunyai kubu-kubu kebal ini. Terdapat lebih kurang 25 buah kubu-kubu kebal (Pillbox) telah dibina namun sebahagian besarnya telah banyak ditenggelami air kerana disebabkan oleh hakisan pantai yang berlaku pada setiap tahun. |
You are subscribed to email updates from di gong kedak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |