Isnin, 16 April 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Titisan Hatiku Sejuta Rasa: Home Sweet Home again

Posted: 16 Apr 2012 10:53 AM PDT

Perjalanan kali ini seperti biasa. Kereta tidak banyak sangat, sangkut sekejap aja di Jabor-Jerangau dek susah nak memotong lori tanker. Kereta banyak beratur di belakangnya. Kalau nak potong, kena overtake banyak kereta. Akhirnya peluang tiba, seronok tak terkata. Boring juga mengekori lori atau kereta yang slow-melow ni. Walaupun aku juga membawa dengan perlahan. Lepas aja hentian Temerloh, aku mula memecut sedikit. Ingatkan dah dekat malam ni, polis dah tak ada. Lagipun, target by pukul 7 malam, aku dah berada di KL-Karak highway. Seriau juga kalau malam-malam bawa kereta sorang-sorang atas highway. Takut ada apa-apa yang pelik aku lihat, tak ke haru-biru. Alih-alih aku lihat ada juga 2/3 buah kereta polis atas highway KL-Karak menahan kereta-kereta yang laju agaknya. Phew!  Nasib baik jalan berliku masa tu, so speed aku kiranya tak melepasi limit.
Alhamdulillah. Selamat juga sampai ke rumah di DD, Petaling Jaya at 11.30 pm. Sebenarnya, sampai dalam pukul 8 malam di Setiawangsa. Cuma transit lama sikit di sana sebab tolong anak saudara mengangkat barangnya dari kereta aku naik ke rumahnya. Sembang-sembang, tengok rumah. Okaylah, cuma untuk aku ni, memanjat 3 flights of staircase dengan barang-barang, boleh tahanlah mengahnya.

Tunggu lori hantar daybed tak sampai, kami cabut balik dahululah. Anak buah aku nak suruh dorang hantar Rabu ni. Akupun tak boleh tunggu lama sebab dah rasa masam-masam seluruh badan. Dari tengahari lagi aku travel. Aku bertolak dari Kuala Terengganu dalam pukul 2 lebih, singgah pasar Kedai Buluh cari kuih-muih sedikit. Bolehlah bawa ke rumah datuk saudara aku nanti semasa hantarkan kad jemputan kahwin cousin aku. Tak sedaplah pergi tangan kosong aja, tambahan diapun kurang sihat sekarang ni. Sembang expresspun, pukul 2.45 petang baru beredar dari rumahnya. Rumah dia tak jauhpun dari rumah aku tetapi banyak sangat aktiviti sehinggakan tak terpergi semasa cuti tu.
Dari Setiawangsa, singgah pula di TTDI hantar keropok leko dan keropok keping. Kebetulan ada sikit kuih dan pulut lepa. Rezeki pak cik akulah. Duduk tak lama tetapi sebab sambung sembang kat pintu pagar pasal cerita Thorn Birds, jadilah lama pula di rumahnya. Sampai-sampai kat parking rumah aku, terperasan aku salah bagi bungkusan keropok leko. Nampak gayanya kena pergi semulalah ke rumah pak cik aku tu. Mungkin esok lusa. Nasib baik TTDI dengan DD tu kira sebelah menyebelah jugalah. Cuma nak sedekah tol ajakan.
Anyway, walaupun aku berseorangan memandu, taklah sunyi sangat sebab Usher tanpa jemu menemani aku. Dari satu album to another album. Sesekali aku berduet dengannya. Dan ada 3 ekor patung yang cute di kerusi penumpang menemani aku. Princess kata kakaknya dah belikan katil untuk dia di rumah  di KL. So, 3 ekor patung itu for 2 orang kakaknya dan dia untuk diletakkan di katil masing-masing di rumah sana. Ada-ada aja Princess ni kan.

Anwar persoal kos Lebuhraya <b>Jabor</b> RM5 bilion - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2011 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.

Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini  menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007  dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.

Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya, lapor Harakah Daily

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads