Isnin, 16 April 2012

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


afasz.com: Apam Telur @ Pasar Tani Kuala <b>Besut</b>

Posted: 25 Mar 2012 06:00 PM PDT

First time kot aku makan. Tak tahu la kat negeri lain ada ke tak. 

Macam "Apam Balik" gak. Tapi ada lak bentuk bulat-bulat tu macam "Kaya Ball" pak.hehe~

"Apam Telur" tadi dimakan dengan kelapa, Rasa lemak-lemak telur. Sedap dimakan panas-panas sehingga tangan melecur.huhu~

~ketualanun~: Mendaki Gunung Tebu, <b>Jerteh</b> Trengganu.

Posted: 12 Apr 2012 01:51 AM PDT


Pada 8 April yang lalu, sempena perjalanan keluarga 4 malam 4 negeri, tok dan 2 orang anak lelaki tok sempat juga mendaki Gunung Tebu. Mungkin boleh tengok di wikipedia tentang Gunung ini. Memang kami dah merancang agak lama untuk mendaki Gunung ni. Cuma kami tidak bermalam di atas dan kami mendaki dan turun pada hari yang sama. Sebelum ini tok memang ada membaca banyak cerita mistik tentang Gunung ini, sebab itu lah tok makin bersemangat untuk mendaki.
Masih lagi di bawah ni. Sebelum pendakian bermula, sudah bagi tahu ketinggian gunung. Masa ni tok masalah sikit, apa yang tok baca ketinggian gunung ini adalah 1039 meter dari paras laut, tapi bila tengok signboard ni tok confius sikit. Dalam fikiran tok, lantaklah, jam tangan tok ada Altimeter, jadi tok ikut jam tangan ajalah.
Dalam awal perjalanan kami melalui sungai yang cantik cantik belaka. Airnya hijau bak air tebu. Rasanya daripada itu kot gunung ini mendapat nama. Jadi tok gagahkan jugak mengambil gambar untuk di kongsi.
Banyak jugaklah gambar sungai yang tok ambik. Kalau guna camera canggih mesti lagi cantik. Tok guna kamera handphone aja. Itu pun dok balut dalam plastik. Kerana cuaca pagi tu agak lembab. Kejap hujan lebat kejap hujan renyai renyai.
Sepanjang perjalanan ada jugak terjumpa ulat gonggok yang panjang sejengkal. Ada yang warna merah.
Dan ada juga yang warna hitam. Warna pelangi tok tak pernah jumpa lagi.
Brother guide yang sudi melayan kerenah kami anak beranak. Sepanjang jalan asyik senyum dan kuat bersembang. Dia ni macam tak tahu je tok ni tengah mencungap. Last last tok biarkan je anak anak melayan beliau. Makin banyak tok bercakap makin cepat le letih.
Ni rasanya lagi 20 minit nak sampai puncak. Tengok la bunga bunga putih tu. Memang cantik dan segar. Kalau perhatikan kawasan ini sedang berkabus. Dan suhu sangat sejuk di ketika ini. Mana gambar puncak dah, tak ada pulak. 

Perjalanan.

07.30 pagi - Mendaki
12.00 tghari - Sampai kepuncak
12.45 tghari - Mula turun
04.00 petang - Sampai di kaki gunung

Mendaki - 4 setengah jam
Turun - 3 suku jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads