Ahad, 14 Oktober 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Penyu Terus Menangis, Kali Ini <b>di</b> Perhentian Pula

Posted: 10 Jul 2012 12:00 AM PDT

PASTINYA ada yang akan marah dengan saya sebaik sahaja saya membuka bicara mengenai penyu. Saya banyak menghentam mereka yang tidak menghiraukan mengenai keadaan penyu di negara ini.
Pembasmian penjualan telur penyu juga menjadi antara agenda saya dalam memastikan pemuliharan spesies purba itu berterusan.
Matematiknya mudah. jika tidak dijaga, penyu akan pupus. Bila penyu pupus, pelancong akan berkurangan atau mungkin akan terus menyepi.
Lihat apa yang terjadi di Rantau Abang, juga di Terengganu. Jika tahun 70-an dahulu, ia merupakan lokasi tumpuan daripada pelancong seluruh dunia.
Malah ada pelancong yang sanggup mengembara dan menaiki kapal terbang sehingga 20 jam hanya untuk berada di Rantau Abang melihat penyu bertelur.
Namun keadaan tidak menyebelahi haiwan marin tersebut di mana habitat mereka musnah dek kerana kerakusan manusia mengaut untung. Malah, mereka menjadi haiwan yang sering diganggu sehingga pada satu peringkat, penyu yang naik bertelur seolah-olah menjadi kuda tunggangan kepada pengujung yang hadir melihat.
Atas beberapa perkara yang kurang molek itu, tahun lepas menyaksikan tiada penyu belimbing naik bertelur dan sehingga kini, usaha untuk membiakkan penyu belimbing melalui pembelian telur juga dilihat kurang memberi kesan.
Tutup kisah sejarah Rantau Abang. Kali ini perkara yang sama berlaku di Pulau Perhentian. Juga mengenai kisah penyu.
Berani saya katakan di sini pengusaha pelancongan itu tidak ada hak untuk beroperasi di situ disebabkan mereka tidak mempunyai sensitiviti terhadap alam marin.


Lihat video rakaman mereka yang sempat saya muat turun di pautan ini di sini (kilk sini) dan anda nilaikan sendiri.
Sebelum ini mereka bangga dengan rakaman video tersebut yang dimuat naik ke laman Facebook mereka di sini (kilk sini), tetapi sudah dipadamkan. Nasi sudah menjadi bubur.
Komuniti yang cinta kepada pemuliharaan alam marin sudah mula bersuara.
Mereka marah dengan keadaan ini. Mereka menunding jari kepada pemandu pelancong yang membawa pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling berkenaan.
Ingin saya mengulas sedikit mengenai perkara ini. Mungkin ada yang akan mencaci dan mencarut kepada pemandu pelancong muda itu dek disebabkan perbuatannya memegang dan mengambil penyu agar berkenaan dan dengan sengaja membiarkan para pelancong itu memegang penyu itu pula.
Bagi saya pemandu pelancong muda itu tidak bersalah sepenuhnya. Kemungkinan dia orang pulau, orang Pulau Perhentian, di mana, penyu adalah mainan mereka. Bagi mereka, mengambil dan memegang penyu itu tidak salah. Tidak ada sesiapa yang beritahu kepada mereka. Malah sejak mereka kecil, memegang dan bermain-main dengan penyu itu betul.
Dan ketika mereka sudah besar dan berkerja pula dengan syarikat pelancongan, inilah masanya mereka hendak menunjukkan khazanah mereka kepada pelancong.
Tanpa ada teguran daripada sesiapa, mereka merasakan perbuatan mereka betul.
Bagi saya sepatutnya kerajaan negeri dan juga bos syarikat pelancongan itu sendiri yang perlu memberikan penerangan mendalam mengenai apa yang boleh dan tidak dilakukan ketika berhadapan dengan penyu.
Kerajaan negeri dan bos pengusaha pelancongan itu yang salah. Mereka yang sepatutnya mendidik pemandu pelancong agar menjaga habitat marin dan tidak memegang apa-apa haiwan marin yang ada di negara ini.
Jika ingin dikenakan tindakan, kenakan kepada kerajaan negeri dan juga bos pengusaha syarikat pelancongan tersebut. Pemandu pelancong itu perlu diberikan kursus yang sesuai agar tindakan bodohnya itu tidak lagi diulangi. Malah dia boleh menjadi ikon dalam aspek pemuliharaan disebabkan laut perairan itu adalah 'playground' beliau.
Motto 'We'll Make Your Day' dengan mengambil penyu dan membiarkan pelancong memegang spesies itu tidak lagi boleh dipakai. Dan saya ingin ingatkan kepada pihak berkuasa, sila ambil tindakan dengan tegas!

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


light|shadow: Cuti-Cuti <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 May 2012 06:34 AM PDT

It's a 3 days trip. Dari 26-28 Mei. Sebenarnya percutian ke Pulau Redang ni hanya dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Mencanak kau nak cari pakej yang still available, tambah pulak kami semuanya 12 orang. Last² dapat la jugak dengan satu travel agent ni, itu pun sebab ada orang cancel last minute. Jadi tercapailah hasrat kami nak bercuti di Pulau Redang...
Nampak tak ke-eksaited-an-nya kat situ?

Okay, 1st day lepas dah setel check in semua, brader² kat situ terus panggil kitorang pergi snorkeling. Memang sepanjang kat sana, kebanyakan masa dihabiskan dengan ber-snorkeling tapi sebenarnya kita boleh pilih nak pergi ke tak cuma rasa rugi la pulak kalau tak pergi kan... Lagi pun setiap trip tu lokasi dia berbeza. Untuk trip yang pertama ni kami dibawa ke Tanjung Tengah.

Pemandangan kat Pulau Redang ni memang superb dengan airnya yang kristal jelas. Tambah teruja bila dapat tengok coral kat depan mata cuma sedih sikit sebab dah banyak yang mati. 

First time snorkeling...nasib baiklah penulis ni 'pandai' berenang, dapatlah telan air laut 2 3 teguk buat tambah zat mineral dalam badan. Hehu.

Sesi tempek bedak sejuk. 

Tiap kali nak pergi snorkeling dah kira wajib apply sunblock, kalau tak konpem terbakor lah muka. Walaupun kulit muka I ni tak halus mulus macam Rozita Che Wan, tapi tetap kena jaga tau... Jadi penulis nasihatkan sesiapa yang nak bercuti kat pulau or pantai tu, pastikan sunblock ada dalam list yang korang nak bawak.
Malamnya just jalan² sekitar Pasir Panjang. Yang paling penulis suka ialah bila dapat landing atas kerusi santai kat tepi pantai tu dengan angin sepoi² bahasa. Memang masyuk der... Tapi baru je mata ni nak terlelap, datang pulak segerombolan mamat ngan minah mabuk datang terkinja-kinja macam monyet sarkis. Terpaksalah sambung tidur kat bilik jer. 

2nd day kami dibawa ke Marine Park. Tempat ni paling banyak ikan warna-warni. So I've come prepared. Awal² lagi dah songlap seberapa banyak roti time breakfast. Bukan roti je, cekodok pun gua masuk poket. Muahaha..


Perasaan pabila tangan digigit manja tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Cewah, puitis ko Syam! Oh, nampak tak ikan besar kat belah kiri tu? Nama ikan tu Titan triggerfish. Kalau sayang tangan, sila jauhkan diri anda dari beliau sebab gigi beliau amat tajam. Kalau tak sayang, silakan lempang beliau dan kita lihat siapa yang kena~
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan 'Nabil'. 

Lupa pulak nak bagitau kat korang yang brader ni adalah salah sorang lifeguard yang bawak kitorang masa snorkeling trip itu hari tapi tak tahu pulak apa nama betul dia. Orangnya sangat peramah & suka buat lawak. Maybe sebab tu la budak² kecik yang satu trip dengan kitorang tu semuanya panggil dia Abang Nabil walaupun penulis nampak muka dia sebijik macam Khir Rahman. Kan?
Sebelah petang, another snorkeling trip. Kali ni cuma 5 of us je yang pergi, yang lain nak bersantai kat depan chalet je. Lokasi terakhir adalah di Tanjung Mak Cantik. Mula² turun dari bot tu terus jenguk kat bawah. Pergh...dalam siot! Cepat² berenang katak comel ke tepian pantai. Kat sini kitorang diberi masa lebih kurang 1 jam setengah so ber-snorkeling lah sampai puas.
Adam & Adib's epic sandcastle.

Kalau korang nak tahu, ada 3 area yang utama kat Pulau Redang ni antaranya Pasir Panjang, Teluk Kalong dan Teluk Dalam. Chalet yang kitorang duduk ni namanya Redang Lagoon & terletak di area Pasir Panjang. Penulis rasa kat Redang Lagoon ni je yang ramai orang Melayu, kat lain kebanyakannya Chinese. So, kalau next time datang sini, penulis akan pilih chalet ni lagi. Lagipun pemilik dia orang Melayu jadi tak perlu bimbang pasal makanan halal ke tak & dewan makan dia tak jual arak. Tu yang penting.

For ur info, pakej yang kitorang ambil ni rate dia RM355 untuk dewasa & RM180 untuk kanak-kanak termasuk 3 trip snokeling dengan BBQ. Tapi kalau korang nak snorkeling, korang kena tambah lagi dalam RM20 sorang untuk sewa mask, snorkel & life jacket.


Malam last before balik tu ada BBQ. Makan cara buffet & korang kena berBBQ sendiri. Maksudnya sebelum dapat makan udang, ayam or ikan, korang kena la makan asap dulu. Hehe...

3rd day tak banyak aktiviti pun. Cuma bersiap-siap untuk pulang ke Jeti Syahbandar.

Good-bye Redang, I know you'll be missing me...

P/S: Sepanjang bercuti kat Pulau Redang ni, penulis sangat bengang dengan pihak resort sebelah sebab belum masuk waktu maghrib lagi dah start pasang lagu disco kuat². Sampaikan time solat tu, lantai rancak bergegar. Hmm...

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Besut</b>

Posted: 03 Oct 2012 04:25 PM PDT

jawatan-kosong-2012-majlis-daerah-besut

Jawatan Kosong 2012: Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada 7 daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar, terdiri daripada 5 buah pekan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut sempadan pilihanraya. Jumlah penduduknya ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. Pembantu Penguatkuasa N22

2. Pembantu Tadbir N17

3. Penghantar Notis N3

4. Pemandu Kenderaan R3

CARA MEMOHON

1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDB –PS-JKP-04-R1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Besut atau menghantar sampul surat berukuran 22 x 35 cm yang bersetem, beralamat sendiri dan wang pos bernilai RM1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut ataupun boleh juga melayari laman sesawang Majlis Daerah Besut di http://www.mdbesut.gov.my.
2. Permohonan dari Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan (termasuk Kenyataan Cuti) dan Laporan Nilaian Prestasi bagi 3 tahun terakhir selaras dengan Arahan Perintah AM Bab 'A' 21.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
a) Gambar warna berukuran passport
(lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) 1 salinan Sijil kelahiran dan kad pengenalan;
c) 1 salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di Luar Negeri Terengganu.
d) 1 salinan Sijil-sijil persekolahan yang disahkan;
e) 1 salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan.
4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Besut
Kampung Raja , 22200 Besut
Terengganu
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

5. Tarikh Tutup: 15 Oktober 2012

* Jawatan Kosong 2012 *

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Wakaf Chagak: Sambutan <b>Di</b> Luar Dugaan…

Posted: 18 Sep 2012 05:54 AM PDT

2012-09-16 11.44.21
WAKAF CHAGAK, BATU RAKIT – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Dr Mohamad @ Abdul Wahab Ngah mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran para tetamu ke majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia di Dewan Bestari Wakaf Chagak pada 16 September 2012 baru-baru ini. Beliau yang telah diberi kesempatan oleh parti selama dua penggal (1990 – 1999) merasa bangga dengan kehadiran tetamu lebih kurang 1,500 orang, termasuk berbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, apabila diberitahu oleh beberapa jawatankuasa sambutan. Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri (EXCO) merasa kagum terhadap sokongan padu masyarakat yang memungkinkan satu tanda kearah kemenangan Barisan Nasional di DUN Batu Rakit pada pilihanraya akan datang, bisiknya kepada beberapa tetamu yang hadir bersama pada majlis tersebut.
          Tetamu awal hadir sebaik majlis bermula jam 10.00 pagi ialah Haji Md Ali Abdullah, Ketua Penyelia, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Mat Yasin. Majlis anjuran bersama JKKK, Komuniti 1Malaysia dan KRT Wakaf Chagak sebagai aktiviti setiap tahun berakhir tepat 2.00 petang.
2012-09-16 12.33.34         Tetamu datang bukan saja penduduk tempatan bahkan wakil-wakil JKKK berdekatan seperti JKKK Tanjong, JKKK Pantai Batu Rakit, JKKK Padang Polis, JKKK Pengkalan Atap, JKKK Kubur Timah, JKKK RAKR Mengabang Lekor, JKKK Pagar Besi, JKKK Darat Batu Rakit, JKKK Terap Pechah Rotan, JKKK Pechah Rotan, JKKK Hilir Maras, JKKK Panchur Kuin, JKKK Mengabang Panjang, JKKK Tanjong Kedepan dan JKKK Hilir Darat Batu Rakit, jelas pengerusi penganjur, Encik Mohamad Abdullah. 
2012-09-16 11.12.11          Kataya lagi,"Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit dan anggota balai berkesempatan hadir bersama Pengerusi KRT Batu Rakit Utara, Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau melahirkan syukur kepada Allah dan berterima kasih di atas kerjasama padu ahli jawatankuasa dan tetamu undangan. Makanan yang dapat disediakan kali ini, ialah nasi minyak, ketupat pulut, rendang daging, tapai, makanan ringan, aiskrim batang dan aiskrim bocong, jelas beliau seterusnya.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


JALAN - Otak-otak & Satar Enak <b>di Kemaman</b> - Gua.com.my

Posted: 13 Oct 2012 05:55 PM PDT

Kemaman, Terengganu bukanlah destinasi percutian yang sangat popular di kalangan pelancong. Bandar yang terletak kira-kira satu jam setengah dari Kuantan, Pahang ini bolehlah dikatakan bandar persinggahan kepada mereka yang mahu ke Kuala Terengganu atau Kelantan. Itupun, kalau mereka mahu mengikut jalan pantai, bukan jalan 'dalam' yang lebih jimat masa perjalanannya.

Secara peribadi, GUA lebih suka menggunakan jalan pantai jika mahu ke Kuala Terengganu. Selain boleh menikmati keindahan pantai, boleh juga menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa yang banyak dijual di tepian jalan seperti keropok lekor, akok, otak-otak, sata dan juga air kelapa muda.

Satu kemestian kalau sampai di Kemaman ialah menjamu selera di Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di Jalan Sulaimani. Di sini kita boleh menikmati pelbagai hidangan kopi menyelerakan. Tidak ketinggalan Roti Bakar, Telur Separuh Masak serta menu istimewa penduduk Terengganu, Nasi Dagang Ikan Tongkol (dibungkus dengan daun pisang) dan Nasi Lemak Ikan Tongkol serta Sambal Tumis. Rasanya memang tidak perlu dipertikaikan, sungguh lazat. Kalau tidak masakan kedai kopi ini menjadi sebutan ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini GUA diperkenalkan dengan satu lokasi selera yang lain. Di sini pengunjung  boleh menikmati hidangan Keropok Lekor, Satar, Otak-otak, Pulut Panggang dan minuman air kelapa yang menyegarkan. Lokasi selera yang dimaksudkan ialah Warung Otak-otak Che Wan yang terletak di Kuala Kemaman. Untuk ke sini anda perlu mengikut jalan menuju ke Pantai Teluk Mak Nik, dan warung ini terletak di tepian jalan yang menempatkan deretan kedai yang menjual menu sama.

Jadi, apa istimewanya warung ini? Untuk makluman anda, warung ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan kerana ia menyediakan hidangan Otak-otak dan Satar yang lazat rasanya. Selain menggunakan rempah-ratus yang dibuat sendiri, mereka menggunakan isi ikan Tenggiri yang segar dan terpilih untuk menghasilkan Otak-otak istimewa ini.

Resipi turun-temurun dua generasi inilah yang membuatkan Otak-otak Warung Che Wan berbeza dengan yang lain-lain. Sudahlah enak, ia juga dijual pada harga murah pula. Hanya RM0.35 sekeping. Sebab itulah meja-meja makan di sini sentiasa penuh. Malah, kalau tersilap langkah mungkin hidangan Otak-otak dan Satar yang diidamkan kehabisan. Dalam sehari GUA difahamkan hanya 5000 keping Otak-otak yang mampu disediakan.

Ketika persinggahan GUA baru-baru ini GUA sempat merasa kedua-dua hidangan ini. Tidak dinafikan rasanya jauh lebih enak daripada Otak-otak dan Satar yang boleh dibeli di sekitar Lembah Klang. Lebih membangkitkan selera, apabila boleh menikmatinya dengan sebiji air kelapa muda segar. Memang terbaik. Sebelum meneruskan perjalanan, GUA sempat membungkus Keropok Lekor goreng untuk dimakan bersama teman di dalam kereta.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Blog Video Sekolah - SM Imtiaz Kuala Terengganu

Posted: 06 Oct 2012 12:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU : 6 Okt : Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung laman web sekolah .

Bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung blog, kami telah menyediakan satu laman web baru himpunan koleksi video aktiviti sekolah dari dahulu hingga kini.

Pengunjung bolehlah melayari laman web tersebut dengan menekan koleksi video aktiviti sekolah yang tertera di atas atau menaip www.videoimtiazkt.blogspot.com

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG VIDEO KAMI

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Buletin Online: Pakatan Ambil Alih Markaz Barisan Di DUN <b>Bukit Besi</b>

Posted: 21 Sep 2012 05:14 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/markaz%20BN%20tukar.jpgDUNGUN - Sebuah 'tadika' yang juga menjadi markaz pergerakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini telah diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Bendahari PAS Dungun Ustaz  Roslan Ismail mengesahkan, 'tadika' (Gambar atas) itu yang didirikan di atas tanah persendirian sebelum ini, menjadi pusat mesyuarat dan bilik gerakan Umno-BN setempat.

"Apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada orang lain, kebetulan aktivis PAS dan Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita telah menukarkan markaz Umno-BN itu kepada markaz Pakatan Rakyat,

"ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan pada minggu lalu adalah 'kira-kira' acara rasmi pembukaan markaz PAS dan Pakatan Rayat bagi menghadapi pilihanraya akan datang,"ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/Roslan%20qiam.jpgBeliau yang juga bekas ADUN Bukit Besi semasa pemerintahan kerajaan PAS 1999 - 2004 berkata demikian, ketika ditemui skuad buletinonline (skuad BO) sewaktu program Tamrin dan Qiamulail di masjid Kampung Pulau Serai dekat sini pada Khamis malam 20 September (Gambar bawah).

Beliau menyifatkan pengambilalihan markaz tersebut merupakan satu 'lonjakan politik' bagi PAS dan Pakatan Rakyat mengatasi Umno-BN di kawasan Parlimen Dungun, khususnya dalam DUN Bukit Besi.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Peneranga PAS Terengganu Ustaz Shapawi Abdul Rani memaklumkan perkara 'gembira' itu dalam ceramahnya di Chukai, Kemaman pada 18 September lalu.

Skuad BO telah mengambil inisiatif, menyiasat dan merakamkan gambar markaz tersebut apabila membuat tinjauan di Kampung berkenaan.

ads