Ahad, 14 Oktober 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


JALAN - Otak-otak & Satar Enak <b>di Kemaman</b> - Gua.com.my

Posted: 13 Oct 2012 05:55 PM PDT

Kemaman, Terengganu bukanlah destinasi percutian yang sangat popular di kalangan pelancong. Bandar yang terletak kira-kira satu jam setengah dari Kuantan, Pahang ini bolehlah dikatakan bandar persinggahan kepada mereka yang mahu ke Kuala Terengganu atau Kelantan. Itupun, kalau mereka mahu mengikut jalan pantai, bukan jalan 'dalam' yang lebih jimat masa perjalanannya.

Secara peribadi, GUA lebih suka menggunakan jalan pantai jika mahu ke Kuala Terengganu. Selain boleh menikmati keindahan pantai, boleh juga menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa yang banyak dijual di tepian jalan seperti keropok lekor, akok, otak-otak, sata dan juga air kelapa muda.

Satu kemestian kalau sampai di Kemaman ialah menjamu selera di Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di Jalan Sulaimani. Di sini kita boleh menikmati pelbagai hidangan kopi menyelerakan. Tidak ketinggalan Roti Bakar, Telur Separuh Masak serta menu istimewa penduduk Terengganu, Nasi Dagang Ikan Tongkol (dibungkus dengan daun pisang) dan Nasi Lemak Ikan Tongkol serta Sambal Tumis. Rasanya memang tidak perlu dipertikaikan, sungguh lazat. Kalau tidak masakan kedai kopi ini menjadi sebutan ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini GUA diperkenalkan dengan satu lokasi selera yang lain. Di sini pengunjung  boleh menikmati hidangan Keropok Lekor, Satar, Otak-otak, Pulut Panggang dan minuman air kelapa yang menyegarkan. Lokasi selera yang dimaksudkan ialah Warung Otak-otak Che Wan yang terletak di Kuala Kemaman. Untuk ke sini anda perlu mengikut jalan menuju ke Pantai Teluk Mak Nik, dan warung ini terletak di tepian jalan yang menempatkan deretan kedai yang menjual menu sama.

Jadi, apa istimewanya warung ini? Untuk makluman anda, warung ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan kerana ia menyediakan hidangan Otak-otak dan Satar yang lazat rasanya. Selain menggunakan rempah-ratus yang dibuat sendiri, mereka menggunakan isi ikan Tenggiri yang segar dan terpilih untuk menghasilkan Otak-otak istimewa ini.

Resipi turun-temurun dua generasi inilah yang membuatkan Otak-otak Warung Che Wan berbeza dengan yang lain-lain. Sudahlah enak, ia juga dijual pada harga murah pula. Hanya RM0.35 sekeping. Sebab itulah meja-meja makan di sini sentiasa penuh. Malah, kalau tersilap langkah mungkin hidangan Otak-otak dan Satar yang diidamkan kehabisan. Dalam sehari GUA difahamkan hanya 5000 keping Otak-otak yang mampu disediakan.

Ketika persinggahan GUA baru-baru ini GUA sempat merasa kedua-dua hidangan ini. Tidak dinafikan rasanya jauh lebih enak daripada Otak-otak dan Satar yang boleh dibeli di sekitar Lembah Klang. Lebih membangkitkan selera, apabila boleh menikmatinya dengan sebiji air kelapa muda segar. Memang terbaik. Sebelum meneruskan perjalanan, GUA sempat membungkus Keropok Lekor goreng untuk dimakan bersama teman di dalam kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads