Khamis, 19 Julai 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Najib kata kalau nak jadi PM mesti bersih <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 05:30 PM PDT


Korang nampak tak apa yang Najib kata kat atas tu? kalau korang tak nampak apa  kat atas tu baca apa yang aku paste kat bawah ni..

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral dan bukan dihambat dengan pelbagai skandal yang belum terjawab.

Kata Perdana Menteri, pemimpin yang tiada kekuatan moral tidak layak memimpin Malaysia kerana individu seperti itu hanya pandai menuduh orang lain sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal..


Contoh masaalah moral dan skandal yang belum terjawab ialah:

1 – Scandal Scorpene yang melibatkan wang rakyat berjumlah sebanyak RM500Juta..

2- Terbunuhnya gadis dari Monggolia yang bernama Altantuya di Malaysia sedangkan rekod imigresen menunjukkan beliau tidak memasuki Malaysia.. (dia terjun dari langit kot?)

3-Terjualnya dokumen sulit pertahanan negara..

4-Scandal Balak di Sabah yang melibatkan RM400 Juta baca di ( SINI )

5-Kemana menghilang lebih dari 40 buah Skyhawk di Nevada?

6-Apa dah jadi dengan dua buah enjin jet Sukhoi ketika pendaratan sulong di Gong Kedak (Enjin Sukhoi bukannya Enjin jet F5E)

7-Kenapa landasan terbang TUDM di Gong Kedak yang baru siap dibina terpaksa diturap semula?

Tulis banyak-banyak pasal aset tentera ni.. nanti pencacai UMNO kata aku tak patriotik pulak..

8-Apa dah jadi dengan scandal yang melibatkan RM 8.25 billion antara MBB dan PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) ?

9-Paling baru .. kenapa Syarikat George Kent diberikan secara terus projek yang bernilai LRT RM1Biilion?..

10-Apa pula kaitan Syarikat George Kent ini dengan Syarikat dari Perancis yang menjual Kapal Selam itu (yang ni.. sikit hari lagi Rafizi akan jelaskan…)

11-Paling menarik aku kira ialah persoalan ini.. Siapakah VVIP UMNO yang ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang artis disebuah hotel di Port Dickson?

12- Kenapa Isa Samad yang telah dibuktikan oleh UMNO sebagai pesalah rasuah dilantik menjadi Pengerusi Felda?

Kalau nak tahu banyak lagi.. korang copy ayat ni.. 'Scandal Najib' dan paste dalam Google…

Betul-betul macam ayam bapak si Najib ni.. berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis!!!

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) <b>di</b> ILIM, <b>Besut</b>.

Posted: 05 Jul 2012 08:21 AM PDT



Alang alang masih panas lepas tulis satu entri, baik aku teruskan saja dengan entri yang seterusnya.hehe. kemungkinan hujung minggu ni aku ada hal sedikit.kang nanti tertangguh-tangguh lagi. Ada pula nanti yang menghantar mesej menanyakan kapan mahu update blog :p sungguh aku tak lupa, internet kat rumah ni lambat macam siput. siput jalan pun laju lagi.
Minggu lepas buat sekian kalinya, aku menjejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman setelah kira-kira 13 tahun kami pindah keluar dari Terengganu. Tak ingat dah duduk kat area mana tapi yang pasti tadika aku kat depan rumah aje ehehe :) Tujuan ke tranung kali ni bukan untuk melancong atau mengimbas nostalgia lalu, tapi sebenarnya untuk hadiri Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) yang diadakan di besut.  Waktu nok kelik tu adola jalang-jalang sikit, beli ole-ole. ß jangan tiru bahasa ni.bahasa hentam ajelah namenya.
Kolokium ni istimewanya dihadiri oleh kaum hawa saja, dengan seorang ustaz daripada jakim sebagai pengiring dan juga pengarah program. Sangat bebas dan den sangat sangat suko hehe.Kolokium ni jugak sambungan kepada aktiviti pkpim yang dulu penah buat di morib, iaitu kem res-q. Kalu dulu aku, fatin, firas dengan tiqah antara yang senior kat kem res-q, tapi kali ni mintak maafla, barangkali kalu kalian semua ikut serta, kita antara yang paling junior sekali dalam program. Ahaa.. silap besar dulu aku berangan nak jadi fasi.
Tapi tak apa, soal umur tak menjadi masalah. Asalkan kita hormat orang lain, dan yakin pada diri sendiri, kita mungkin bahkan bisa menjadi ketua. Sebabkan aku dah kenal beberapa orang kakak fasi, aku tak dela jadi malu-malu kucing sangat. Lebih-lebih lagi semuanya kaum hawa, ni la masanya untuk ku bina keyakinan diri supaya mantep! ;)
Kami bertolak pada malam khamis, berkumpul semua di kl sentral. Dan sampai di ILIM, besut kira-kira jam tujuh setengah pagi gitu.Subhanallah, tempat nya sungguh nyaman dan indah sekali! Dahla dekat dengan pantai. Allah maha mengetahui bahawa hambaNya seorang ini sangat cinta pada pantai!
A'la kulli hal, aku sangat berpuas hati sepanjang kolokium ini dijalankan, iaitu selama 3 hari dua malam. Aku timba pelbagai ilmu baru daripada penceramah-penceramah jemputan yang bukan calang-calang orangnya. Antaranya, Ustazah Zawiah Hasan-Mursyidah Rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis, Ustazah Normadiha Daud-Pensyarah UNISZA dan penulis buku, dan seorang lagi Ir En Khairunnizam (kalau tak silap)-Engineer IT.
Ada satu perkara lagi yang aku tak kan lupa selamanya. Pada hari yang kedua, selepas BBQ, biasalah, malam tu adalah malam kemuncak. Malam yang dipanggil sebagai culture night.Seakan tahu kemampuan kami, kumpulan aku (kump 5) diberi tugasan bertajuk: Sajak berirama- Wanita dan Bunga. Sajak??! aku mana pernah bersajak, inikan pula nak mengarangnya. Suruh menyanyi boleh tahan lagi :p Aduh sakit perut dibuatnya.Tempoh persediaan sudah lah singkat. Terus dalam pikiran aku terlintas seorang sahabat baik semasa di smap kajang dulu. Yaa… naimah! Seorang yang sangat hebat dalam bidang sastera begini!
Terus aku hantar mesej meminta pertolongan, dan siapa sangka, selang beberapa jam, satu mesej panjang masuk ke dalam inbox.Terkebil-kebil mataku membaca..
Tatkala alis mataku merenung
Pada sebuah citra nan indah
Jiwaku bagai dinaungi awan cinta
Terpaku..pada keindahan sang debunga
Duhan sebaik hiasan dunia
Dirimu persis kuntuman mawar
Indah dipandang, namun sukar disentuh
Dilingkari duri-duri keimanan
Dilitupi kelopak ketaqwaan
Dan disemai baja keredhaan
Bukan mudah untuk dihampiri
Apatah lagi untuk dimiliki
Kerana..tidak mudah meraih cintamu
Sesukar mencantas dahan ketaatan
Hanya, hanya pemuda yang cintakan Tuhannya
Bisa memiliki sekuntum mawar berduri
Subhanallah.subhanallah, ana sangat kagum dengan anti naimah! Dengan sajak yang anti nukilkan ini, dengan bangga ana bentangkan hasilnya pada kumpulan. Ada sedikit rangkap lagi yang ana tambah kerana bukan ana sorang saja yang baca, tapi setiap seorang dalam kumpulan ana turut mengambil bahagian. Alhamdulillah, terima kasih sahabatku cinta! ;)
Haa..terasa panjang pulak celoteh kali ni. Melepaskan gian agaknye.
Untuk setiap perkara yang Kau telah aturkan padaku, terima kasih yaAllah, aku sangat sangat menghargainya dan juga sangat sangat bersyukur terhadapnya. I luv u soo much :)
p/s: Fatin, ana bukan nak buat anti rase jeles, tapi serius ana rase program kali ni memang lagi bes daripada yang dulu kita pergi. Nama pun untuk mahasiswi makanya memang cocoklah aktivitinya dengan kita.hehe. Tapi jangan risau, memang betul ada hikmahnya. Hari ahad tu kami sampai malam dalam pukul 10 macam tu. Ana pun terpaksa tumpang bilik kakak uia dulu sebelum balik rumah keesokannya. Bayangkan kalu anti ikut, terkejar-kerjarla nak gi daftar 2 julai tu :D Ada apa-apa maklumat lagi, pasti ana akan informkan k! :)
surau yang tersergam indah.dikelilingi bukit dan pantai..tempat yang pasti akan dirindui!


semasa sesi tadabbur alam :)


di mana bisa ku cari ketenangan seperti yang ku rasakan saat ini.




 kak dyll yang menghandle aktiviti yang dinamakan semut gila
inilah ustazah zawiah, kalau sebelum ini hanya jumpa di kaca tv untuk forum perdana, kali ini siap berpeluang bertentang mata pula dengannya :)


kumpulan 5-semasa persediaan untuk latihan sajak :p


ini pula ustazah normadiah.subhanallah teknik penyampaian ceramahnya sungguh hebat.walaupun slotnya pada waktu tengahari, tiada seorang pun yang mengantuk.mana taknya, bahasa t'ganu nya sungguh pekat! tak kering gusi kami ketawa :D


penceramah dan bakal penceramah.ameen...


taklimat untuk praktikal komuniksi dakwah
berdoa sebelum memulakan perjalanan-menemu bual masyarakat luar


semasa proses interview-berrmacam ragam, berrrmacam pendapat




berpeluang untuk solat dan membaca mathurat di tepi pantai.subhanallah, pengalaman yang cukup berharga, cukup menginsafkan.




antara persembahan bidan terjun he he


rupanya hari ini hari lahir kak tikun.fasi kami yang tersayang ;D




bersama orang atasan kolokium


Kak rosita dari usim. kak ita punya ilmu agama yang sangat mantap! Sepanjang kolokium,dialah penghuluwati.Ditakdirkan pula aku sebagai roomatenya. yaAllah,,aku sangat-sangat bersyukur!.kak ita orang sabah, dan aku byk belajar benda baru darinya.trima qasih bah!


KKPN anjuran JAKIM & PKPIM berakhir dengan penuh nostalgia yang indah :) :)
Aku sentiasa berdoa supaya Allah menjadikan aku baik. Aku sentiasa berdoa agar Allah menempatkan aku bersama orang yang baik-baik. Dan yang pasti dan selamanya, aku sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa lamaku yang hina. Ameen. Ameen ya rabb..
"Setiap urusan ada masanya. Aku ikhlaskan tangan Tuhan membimbingku meraih seluruh impian ini."

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PENGHUNI GUA: SCUBA <b>DI PULAU PERHENTIAN</b> 6 JUN 2012 !!!!!

Posted: 06 Jun 2012 02:48 PM PDT






















JAM 12 TENGAHARI SAMPAI DI PULAU PERHENTIAN DAN MENGINAP DI SHARI - LA RESORT . AMAT BAIK RESORT INI DAN NHARGANYA BERPATUTAN. PETANG JAM 3 MULA MENYELAM DI D' LAGOON DALAM KE DALAMAN 13.9 METER. JUMPA PARI 5 KAKI LEBAR DAN 6 KAKI PANJANG. AMAT BAIK PEMANDANGAN CORALNYA DAN HIDUPAN LAUTNYA. JOM BERKUNJUNG KE PERHENTIAN. ANDA TIDAK AKAN RUGI. 
ESOK JAM 830 PAGI MULA MENYELAM LAGI . MUNGKIN DAPAT 3 KALI SELAMAN HINGGA KE PETANG DAN MALAM AKAN BUAT SELAMAN JUGA.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Terengganu</b> - Julai 2012

Posted: 16 Jul 2012 12:14 PM PDT

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. PELUKIS PELAN J17
4. TUKANG K3
5. PEMANDU R3
6. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

BORANG PERMOHONAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke:

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu.

TARIKH TUTUP : 19 Ogos 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis | Bicara hati <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 03:49 AM PDT

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

PM Lancar Prospektus Penyenaraian FGVH Khamis depan

MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

DUNGUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Kuala Lumpur Khamis depan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pelancaran itu bagi membolehkan FGVH disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk Datuk Seri Najib melancarkan kempen penyenaraian FGVH serta proses penerimaan tempahan di mana 20 peratus sahamnya menjadi milik peneroka yang berjumlah 112,635 orang.

"Manakala 17 peratus lagi sahamnya dipegang oleh badan amanah jemaah menteri yang menjaga Felda," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Felda Wilayah Terengganu dan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Terengganu di Ketengah Jaya dekat sini, Sabtu.

Mohd Isa berkata, daripada 20 peratus saham milik peneroka itu yang mendapat untung, ia akan diagihkan kepada semua 112,635 peneroka berkenaan.

Katanya selain itu Felda juga mengagihkan saham kepada kerajaan-kerajaan negeri dan yang menjadi amalan Felda, saham-saham juga akan diagihkan kepada institusi-institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain.


Sementara itu mengenai Hari Tibi Sedunia beliau berkata, terdapat peningkatan kes penyakit Tibi di kawasan gugusan Felda Kerteh yang mempunyai hampir 20,000 peneroka.

Katanya, pada tahun 2010 terdapat 17 warga Felda mengidap penyakit Tibi di negeri Terengganu, manakala pada tahun lepas meningkat kepada 32 orang.

Katanya yang membimbangkan sehingga bulan April tahun ini terdapat 18 kes warga Felda yang mengidap penyakit berkenaan di negeri itu.

"Oleh itu saya menyeru orang ramai bersama-sama memainkan peranan untuk menghentikan penularan penyakit Tibi di negara kita agar sasaran jangka panjang iaitu eliminasi Tibi daripada menjadi masalah kesihatan awam di dunia menjelang tahun 2050 akan dapat dicapai," katanya. - BERNAMA

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Pasangan edar dadah sembunyi dalam pondok | Darul Iman

Posted: 12 Jul 2012 04:15 PM PDT

KEMAMAN – Metro: Bagi mengelak kegiatan mengedar dadah dikesan polis, sepasang kekasih nekad menjadikan pondok yang didirikan sementara dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini sebagai tempat tinggal sejak hampir setahun lalu.

Malah untuk mengaburi mata polis, pasangan terbabit dikatakan bijak menyembunyikan pondok berkenaan apabila menutup bahagian atas pondok yang dibina menggunakan kotak kertas itu dengan pelepah sawit.

Bagaimanapun, taktik digunakan pasangan terbabit masing-masing berusia 20 dan 36 tahun terbongkar selepas kawasan persembunyian mereka di ladang sawit Felda Neram, di sini, dikesan dalam satu operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dolah, Selasa lalu.

Menurut sumber, operasi dilakukan hasil risikan bahagian berkenaan selepas menerima aduan penduduk setempat itu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 517 gram heroin bernilai hampir RM40,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah di empat kawasan Felda berhampiran iaitu Neram 1 dan 2, Jabor serta Cheneh.

"Serbuan di pondok berkenaan dilakukan pada jam 7.30 pagi dan ketika diserbu, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah untuk diserahkan kepada pengedar dadah di empat kawasan felda terbabit.

"Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,640, sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000, alat penimbang dan penyukat serta plastik kecil yang digunakan untuk mengisi dadah," katanya.

Susulan tangkapan itu, polis yang menjadikan pasangan terbabit sebagai umpan turut berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun di kawasan itu.

"Semua lelaki terbabit adalah pengedar dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan felda di daerah ini," katanya.

Pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Dua SMK baru akan beroperasi <b>di Kemaman</b> dalam masa terdekat <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 01:17 AM PDT

Dua SMK baru akan beroperasi di Kemaman dalam masa terdekat

KEMAMAN - SMK Banggol  dan SMK Bukit Kuang dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat. SMK Banggol berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara di kawasan Paya Berenjut akan memberi peluang kepada penduduk sekitar yang selama ini anak-anak mereka bersekolah di SMK Geliga atau SMK Bukit Mentok. Ianya juga memberi peluang kepada penduduk sempadan di Cendor untuk menghantar anak ke SMK Banggol ini melalui jalan pintas yang baru siap dibina.

Sementara bagi penduduk Bukit Kuang khususnya anak-anak mereka yang belajar di SMK Sultan Ismail dan SMK Sultan Ismail II dan mungkin jika ada di SMK Kijal dengan  beroperasinya SMK Bukit Kuang banyak menjimatkan masa,tenaga dan risiko kepada ibubapa dan anak-anak mereka.

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan dua sekolah ini telah diadakan pagi tadi di SMK Banggol yang dipengerusi sendiri oleh En. Zakaria Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Pembangunan JPNT, Timbalan PPD Kemaman, Pegawai dari JPNT dan PPD. Pasukan Pengurusan Sekolah SMK Banggol dan SMK Bukit Kuang serta guru-guru yang akan bertugas di SMK Banggol yang akan memulakan operasi pada 16 Julai ini. Sementara SMK Bukit Kuang dijangka pada 1 Ogos depan.

Kita berharap dengan beroperasinya dua sekolah ini ibubapa dan masyarakat setempat dapat memberi sokongan, kerjasama dan dokongan padu kepada sekolah untuk membangunkan pendidikan anak-anak supaya hasrat melahirkan isan terbilang melalui pendidikan berkualiti dapat direalisasikan .

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


MAJLIS PERKAHWINAN, AIN IZZATY & ZULKHAIRI, <b>KUALA BERANG</b>

Posted: 11 Jul 2012 06:25 AM PDT

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau di http://www.facebook.com/fazrien
.

Salam. Pasangan Zulkhairi & Ain Izzaty merupakan antara clients Fazrien Pictures untuk bulan Julai… dalam minggu-minggu terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan. Bila masuk bulan puasa ini, juga bermaksud saya akan mempunyai begitu banyak sekali masa terluang kerana takde orang akan kahwin pon pada bulan Ramadhan.. hehe.

Jadi ia peluang terbaik untuk saya selesaikan segala kerja-kerja yang masih belum settle. Hajat di hati nak selesaikan 100% semua album & kerja editing dalam bulan puasa. At least dapat la berehat sket memandangkan ianya satu-satunya bulan yang takde orang kawen.

Okeylah, berbalik pada pasangan Zulkhairi & Ain ini, majlis mereka selamat dilangsungkan di Kuala Berang. Rumah Ain dah memang dekat benar dengan lokasi Air Terjun Sekayu. Tapi memandangkan hujan lebat pada hari majlis, tak dapat la kami melakukan sesi outdoor di situ. Bagaimanapun, saya tetap ajak diorang lakukan sesi outdoor di Kuala Terengganu pada keesokkan paginya. :)

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien | Promote Your Page Too

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Terengganu</b> 1433H <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 05:00 PM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Terengganu untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI TERENGGANU

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Terengganu:

Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang

Zon 2 – Besut dan Setiu

Zon 3 – Hulu Terengganu

Zon 4 – Kemaman dan Dungun

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Terengganu melalui paparan Sribd di atas. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di Terengganu khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sumber: Portal JAKIM

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


keluargaku: TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR <b>DI CHUKAI</b>

Posted: 04 May 2012 09:35 PM PDT

 Selepas solat Jumaat Tan Sri mengambil masa 10 minit untuk menyatakan keperluan Bersih dalam pilihanraya di Malaysia dan ketirisan dalam pemerintahan BN.  Perlunya rakyat menolak BN dalam PRU13 nanti.
 4 Mei 2012 Jumaat jam 5 petang diperkarangan Pejabat PAS kawasan Kemaman. Hi Tea bersama Tan Sri Abdul kadir 
 Dari kiri Ustaz Alias, Tuan Haji Ismail pengerusi Hi Tea, Tan Sri dan Tuan Haji Hanafiah. 
 Ucapan ringkas daripada Ustaz Azman Sapawi yang memberi maklumat terkini tentang perkembangan hijrah artis dan ahli sukan kepada PAS. Terima kasih juga ucapan Ustaz Azman yang memberi arah tujuan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan ikrar setia PAS dalam memperjuangan Islam di Malaysia melalui Pilihanraya secara demokrasi. Sekiranya DAP tidak ingin HUDUD, DAP boleh keluar dalam Pakatan Rakyat.
 Dalam ucapan ini, Tan Sri memberi pujian kepada Tokoh UMNO lama yang katanya betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Dan juga kepada ahli bawahan UMNO yang tidak tahu menahu tentang politik atasan. Bagi Tan Sri, ahli UMNO bawahan tidak berdosa. Oleh itu perlulah Pakatan Rakyat mengajak dan membawa mereka-mereka ini kepada kumpulan PR untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.  Kepada yang belum lagi mendengar ucapannya silalah hadir untuk lebih jelas lagi apa yang hendak disampaikan. Selepas itu fikir-fikirkanlah apa yang patut anda lakukan. Jangan cepat melatah....
Sekitar Hi Tea bersama Tan Sri Abdul Kadir.

ads