13 di jabor - Google Blog Search |
Pasangan edar dadah sembunyi dalam pondok | Darul Iman Posted: 12 Jul 2012 04:15 PM PDT KEMAMAN – Metro: Bagi mengelak kegiatan mengedar dadah dikesan polis, sepasang kekasih nekad menjadikan pondok yang didirikan sementara dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini sebagai tempat tinggal sejak hampir setahun lalu. Malah untuk mengaburi mata polis, pasangan terbabit dikatakan bijak menyembunyikan pondok berkenaan apabila menutup bahagian atas pondok yang dibina menggunakan kotak kertas itu dengan pelepah sawit. Bagaimanapun, taktik digunakan pasangan terbabit masing-masing berusia 20 dan 36 tahun terbongkar selepas kawasan persembunyian mereka di ladang sawit Felda Neram, di sini, dikesan dalam satu operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dolah, Selasa lalu. Menurut sumber, operasi dilakukan hasil risikan bahagian berkenaan selepas menerima aduan penduduk setempat itu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang. Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 517 gram heroin bernilai hampir RM40,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah di empat kawasan Felda berhampiran iaitu Neram 1 dan 2, Jabor serta Cheneh. "Serbuan di pondok berkenaan dilakukan pada jam 7.30 pagi dan ketika diserbu, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah untuk diserahkan kepada pengedar dadah di empat kawasan felda terbabit. "Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,640, sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000, alat penimbang dan penyukat serta plastik kecil yang digunakan untuk mengisi dadah," katanya. Susulan tangkapan itu, polis yang menjadikan pasangan terbabit sebagai umpan turut berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun di kawasan itu. "Semua lelaki terbabit adalah pengedar dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan felda di daerah ini," katanya. Pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan