Ahad, 7 Oktober 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Tenang <b>di</b> Pantai <b>Paka</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 05:53 PM PDT


RASAI keenakan pelbagai hidangan yang ditawarkan di Gelombang Kafe.


TERLETAK kira-kira 100 kilometer ke selatan Kuala Terengganu, Pantai Paka merupakan antara pusat peranginan negeri itu yang sesuai bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi.
Pantainya berpasir halus dan membias warna kuning keemasan. Deretan pokok kelapa dan rhu yang tinggi seumpama melambai kejernihan air Laut China Selatan yang berkilauan. Suasana itu menggamit perhatian pengunjung yang mahu menikmati hembusan udara laut yang menyegarkan.
Berlatarbelakangkan kawasan perkampungan nelayan, terdapat pelbagai resort boleh dikunjungi dan menawarkan kemudahan dan penginapan selesa, khususnya bagi mereka yang mahu membebaskan diri daripada kesibukan kota.
Salah satu daripadanya ialah Residence Resort Paka yang menawarkan kemudahan bertaraf empat bintang sesuai bagi aktiviti berbulan madu atau sekadar menghabiskan percutian bersama keluarga.
Sebaik melangkah masuk ke pekarangannya, pengunjung akan disambut oleh petugas-petugas hotel yang ramah dan murah dengan senyuman.
Ruang lobi tampak ringkas, namun ia sudah cukup memberi keselesaan sementara menunggu urusan daftar masuk dan ditunjukkan jalan ke unit penginapan.
Satu keistimewaan hotel ini ialah keindahan landskapnya yang terhias rapi. Dari kawasan luar hotel sehingga di luar pintu bilik, semuanya nampak hijau dengan rias taman yang meredupkan pandangan.

JIKA berkesempatan, jangan lupa manjakan diri di Paka Ledang Spa.


Klasik kontemporari
Mengetengahkan konsep ala Mediterranean, pengunjung boleh memilih penginapan jenis bilik, calet dan banglo yang ditawarkan.
Menggabungkan rekaan klasik kontemporari, setiap bilik dan calet tampil elegan dengan susur atur perabot dan hiasan dalaman yang menterjemah mood percutian santai.
Bagi keselesaan, kesemua bilik dan calet dilengkapi kemudahan seperti televisyen satelit, pendingin hawa, telefon IDD, dan peti sejuk mini.
Kunjungan ke Residence Resort Paka tidak lengkap sekiranya tidak merasai keenakan gastronomi yang ditawarkan di Gelombang Kafe.
Terletak berhampiran lobi utama, pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di ruang berhawa dingin atau ruang terbuka yang tersedia.
Menawarkan pelbagai hidangan tradisional tempatan dan antarabangsa dalam bentuk bufet aatu ala carte, kafe yang dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam itu pastinya tidak mengecewakan.
Sepanjang menginap di situ, pengunjung bebas melakukan pelbagai aktiviti pantai yang terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki.
Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di resort itu seperti bola sepak pantai, ping pong, bola tampar pantai, kolam renang dan gimnasium.

ELEMEN klasik kontemporari mendasari ruang bilik di resort ini.


Bagi yang mahu merasai pengalaman dimanjakan sambil merehatkan badan, jiwa dan minda boleh berkunjung ke Paka Ledang Spa yang menawarkan suasana rehat di dalam persekitaran yang tenang dan mendamaikan.
Dengan haruman bunga segar dan persekitaran yang menenangkan, terapi urutan Bali yang disediakan me redakan kelesuan badan selepas seharian beraktiviti.
Bagi kaki karaoke, mereka boleh berkunjung ke Paka Karaoke yang menawarkan ratusan lagu tempatan dan antarabangsa. Pelbagai permainan dalaman seperti catur, scrabble dan karom juga disediakan.
Residence Resort Paka juga pilihan ideal untuk penganjuran mesyuarat, seminar dan persidangan. Dalam aura kontemporari, penyediaan kelengkapan audio visual turut melancarkan tujuan tersebut.
Antaranya ialah Bayu I, Bayu II, Ombak, Samudera I, Samudera II yang mampu memuatkan kira-kira 40 hingga 130 tetamu.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Pengawal keselamatan maut kemalangan ngeri <b>di Setiu</b> | boyzonne <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 03:05 AM PDT

SETIU - Seorang pengawal keselamatan maut setelah digilis empat kereta dalam kemalangan ngeri di Kilometer 69 Kampung Raja-Kuala Terengganu berdekatan Kampung Saujana di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Rohaizat Abd Ani, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata hanya seorang pemandu kereta berusia 33 tahun dari Besut tampil membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira 9.46 malam itu, mangsa, Mohd Rafizuddin Razali, 21, cedera parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal, dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya, kira-50 meter dari tempat kejadian, menuju ke sebuah
kedai runcit di Kampung Beris Tok Ku.

Seorang saksi, Fathul Ammar Amsyar Hasbullah, 17, berkata ketika itu, beliau yang menaiki kereta bersama dua rakan berada di belakang motosikal Mohd Rafizuddin dan melihat mangsa melanggar sebuah motosikal yang diletak di tepi jalan.
   
"Saya nampak mangsa terjatuh ke atas jalan. Saya segera berhenti di tepi jalan untuk membantu sebab nampak mangsa mengerang kesakitan dan memegang kepalanya.

"Belum sempat berbuat demikian, tiba-tiba dua buah kereta dari arah Besut merempuh mangsa dan menyeretnya sejauh kira-kira 10 meter.

Kemudian datang dua buah kereta lagi dari arah depan yang turut melanggar mangsa," katanya.

Fathul Ammar Amsyar dan rakannya kemudian bergegas untuk membantu Mohd Rafizuddin namun ketika itu, mangsa dilihat sudah tidak bergerak dan keadaannya amat mengerikan.

Beliau turut melahirkan perasaan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa.

Mayat Mohd Rafizuddin dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.- Bernama

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


israel mengganas <b>di besut</b> - FreeZoneTerengganu

Posted: 06 Oct 2012 07:06 AM PDT

kerajaan pimpinan mat said dengan rakus meroboh rumah penduduk di besut. mat said meneruskan agenda kerja kerja jahatnya diakhir zaman pemerintahannya. samada menang atau kalah mat said bukan lagi mb terengganu.

mat said memang terkenal dengan gedebe dan mampu  menjadi samseng lebih dari along mengutip hutang. mat said dalam usaha mngekalkan kuasanya di terengganu mula mengikut telunjuk deris natang untuk merobohkan rumah penduduk yang memperolehi tanah dizaman pemerintahan PAS.

kerja kerja deris natang semasa menjadi mb adalah menghapuskan jejak jejak kebaikan pemerintahan pas untuk diingat oleh rakyat negeri terengganu. dan akhirnya mat said meneruskan kerja kerja jahat deris natang selepas merasa selesa dengan kedudukan nya sebagai mb terengganu.

rumah rumah rakyat terengganu dibesut dirobohkan semasa ketiadaan penghuni rumah. habis barangan rumah rakyat miskin. sepatutnya kerajaan yang baik memberi sedikit pampasan atau bertindak mengikut kemanusiaan bukannya mengikut perangai yahudi.

sepatutnya mat said lebih berperi kemanusiaan bukannya mengarah pejabat tanah merobohkan rumah penduduk miskin. penduduk yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menyelesakan hidup mereka akhirnya tumbang menyembah bumi kerana kejahatan umno haramjadah.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Hari Terakhir <b>di Pulau Redang</b> l Malaysian Tourism Hunt 2012 | Pen <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 01:28 AM PDT

Salam..

548625 293160767452301 1456677591 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Hari terakhir untuk cabaran Malaysia Tourism Hunt ni habis kat Pasar Payang dan terus aku bertolak ke Pulau Redang. Penat toksah cakaplah boleh kembang hidung dengan bau harum dari kiri kanan. Kitaorang semua bertolak dengan feri untuk terus check In di TARASS Hotel. First time aku dengar nama hotel 5 star ni wooo!

598701 293160817452296 1327079567 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Setiap kali sampai memana, dorang ni memang havoc sampaikan Kak Ita pun boleh terpengaruh sekali. Hikhik

 527536 293161437452234 1378733898 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 ^_^

247212 293160880785623 351391011 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Semua dah ready bertolak ke Pulau Redang. Cer tengok agaknya siapa paling teruja sekali nak snorkelling? Hikhik

644052 293160960785615 2062345307 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 dengan incik Hisyam dari gaya travel.

548556 293161010785610 1431263975 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Pemandangan di Pulau Redang. Cantik kan.

554480 293161044118940 47236453 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Picture taken by Sony Nex-5n

546213 293161104118934 233584333 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Apa yang best kat Pulau Redang selain snorkelling semestinya air yang jernih dan pemandangan yang sangat menarik. Tapi time aku datang dah tengahari sangat so aku tak join aktiviti snorkelling. Bukan taknak menggelapkan kulit cuma malas nak salin baju. Hikhik

480370 293161130785598 364750484 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Dah habis meronda sambil bersantai, masa untuk lepaskan anak penyu pulak. Datang terengganu kalau tak tengok penyu tu rugilah kan? Aktiviti melepaskan penyu ni antara aktiviti kemestian terutama untuk pelancong yang datang ke Terengganu.

189281 293161167452261 764201048 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Seronok nampak anak penyu gigih bergerak ke gigi air.

581617 293161200785591 536601399 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Comel pulak nampak anak penyu nihh berenang.

199835 293161340785577 625418178 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012Malam tu selepas balik dari Redang, terus kitaorang bersiap untuk dinner bagi pengumuman keputusan Tourism Malaysia Treasure Hunt 2012. Alhamdulillah, team aku dapat 1st Prize Winner. Rezeki dapat team mates yang senang nak bekerjasama tapi rasanya mesti lepas ni susah dah nak dapat group best macam dorang. Sobs. Sobs..

P/s: Thank Tourism Malaysia yang sudi invite aku untuk aktiviti best kali ni. Harap lepas ni dapat lagik. Dengan program Tourism, banyak pengalaman baru terutama pergi tempat yang aku tak pernah tahu dan paling best dapat merasa tidur kat hotel 5 star. Hikhik

I&#39;M YOURSS...: Bercuti <b>di Pulau Redang</b> Buat Kali ke-3!

Posted: 02 Oct 2012 11:50 PM PDT


Ayahanda aku tak follow coz dia memang tak selesa dah nak turun naik ferry bagai skg nie!  So dia lepak kat tempat favorite dia bile tiap kali balik kampung.. mana lagi kalau tak kat Angullia Beach Resort!  Sana dia dah biasa.. so makan minum dia semua terjaga coz owner Angullia nie pun dah  macam sedara kiteorg gak kekdahnya! So, aku pun tak risau sgt tinggalkan dia coz kebetulan ade pakcik & makcik aku yg tak balik lagi ke KL.. diaorg semua pun stay  kat Angullia for few days sampai hari aku balik dari pulau!
Hari tu.. seawal pagi dah check out dari Merang Suria Resort coz aku nak catch boat pukul 9 pagi.. so, ayah drop kiteorg kat Jetty Syahbandar.. pastu diaorg proceed ke Angullia.. while us to Redang Island! Redang trip nie aku plan dah lama.. actually this is our 3rd trip to Redang Island.. walhal Pulau Perhentian kiteorg tak pernah jejaki pun lagi.. tapi hati tak berminat nak ke Perhentian.. tak tahu kenapa!  aku rasa Redang adelah sebuah pulau yg paling cantik di Malaysia nie.. so no wonder dia listed as one of the most beautiful island in the world!
First time aku jejakkan kaki ke Pulau Redang dalam tahun 2006... Then in 2007 pegi lagi sekali! dua kali trip tu aku pegi sekeluarga ngan arwah mak aku.. memang arwah mak aku pun suke sgt² ngan Pulau Redang nie.. pasal tuh lah kiteorg pegi dua tahun berturut-turut! :D
Trip ke pulau redang nie aku saja gedik plan nak gie during cuti hari raya hari tu dah kebetulan bercuti panjang.. so saja lah nak merehatkan diri dgn menikmati keindahan serta kejernihan air di pulau yg mendapat tempat di mata dunia ni!


Sampai² perot lapar giler sbb tak breakfast! haha.. so menunggu ngan penuh semangat utk having good lunch lahh konon nya!  Before lunch kami terus check in dulu ke dlm bilik... Hal bilik dan resort nie aku nak buat special entry.. sbb macam² kejadian dan story yg aku nak share ngan korang.. so utk entry pembukaan nie.. kite layan gambar je lah dulu ye! :p



Lepas makan.. kiteorg balik bilik.. tido dan berehattt!  actually kalau cuaca cerah.. memang aku tak rasa aku balik bilik tido... sbb aku lebih suke lepak ditepian pantai utk melihat kebiruan lautan yg terbentang luas didepan mata aku.. tapi malangnya cuaca sedih plak hari tuh! haishh! takdak rezeki on first day nak tengok langit cerah dan laut biru.. so pujuk hati.. masuk bilik.. lantas ZZZzzzzZZZzzzZZzz! haha.. lagi pun memang kiteorg kurang rehat dan tido since first day sampai kat Terengganu coz incident ayah & jugak majlis perkahwinan cousin aku hari tu.. so dah langit pun mendungg je.. memang sesuai sgt lah utk kami golek² dlm bilik je!
Set jam nak bangun around Asar.. sib baik sedar... tinjau melalui tingkap.. nampak ehh.. cam langit dah cerah lahh.. so apa lagi.. lepas Asar terus keluar bilik..























13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di KETENGAH</b> September 2012

Posted: 13 Aug 2012 06:52 PM PDT


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.


1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. PEMBANTU AM PEJABAT
3. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 September 2012

Maklumat lanjut jawatan klik sini
Borang permohonan sila klik sini

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: IKBN <b>Kemasik</b> turut beri manfaat kepada <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 11:27 PM PDT

Oleh: Suriati Ali


Kewujudan Institut Kemarihan Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bukan saja menawarkan kursus berkaitan kepada pelajar malah turut memberi faedah kepada masyarakat setempat berikutan menawarkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek dan berpeluang menggunakan kemudahan di institut itu.

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Shabery Cheek, berkata apa yang ditawarkan kepada penduduk, terutama suri rumah dan ibu tunggal seperti kursus memasak, menjahit, membuat kek dan pastri itu mampu mengubahkan graf kemiskinan keluarga kepada kehidupan lebih selesa.

"Selain itu, kemudahan peralatan sukan, dewan asrama turut boleh diguna pakai oleh masyarakat luar sebagai inisiatif melahirkan individu sihat dan gemar bersukan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian IKBN Kemasik, Kemaman, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan IKBN itu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda.

Penubuhan IKBN tersebut merupakan satu bukti kecaknaan kerajaan terhadap golongan belia di negara dalam usaha menyediakan pelbagai latihan dalam memberi nilai tambah kepada golongan itu.

Dato' Seri Shabery turut memberitahu melalui IKBN Kemasik golongan belia mampu mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan mampu menempatkan diri dalam sektor perindustrian yang berkembang pesat di negara pada masa ini.

"Kita berharap dengan kemudahan seperti ini dapat dimanfaat golongan muda untuk menempatkan diri mereka di dalam bidang perindustrian dan kerjaya-kerjaya lain apatah lagi di IKBN Kemasik turut menawarkan fokus kerjaya yang jarang dikenali sebelum ini iaitu kedi.

" Ia dikendalikan di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf yang kini telah pun melahirkan kira-kira 50 kedi dan telah mendapat pekerjaan di seluruh kelab golf di negara.

 "Selain itu, bidang-bidang seperti perhotelan juga merupakan satu bidang yang semakin mendapat tempat di dalam industri dan saya berharap pada masa akan datang IKBN dapat membina sebuah hotel latihannya sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik serta menjadi tanda aras kepada sekolah-sekolah perhotelan lain," katanya.

 

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Ke Kolam Renang Presint 6, Putrajaya Swimming Pool | defarhano <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 08:01 PM PDT

Kolam Renang Presint 6 di Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya
Setelah plan dan rancang akhirnya, Defarhano dan kawan-kawan ofis jadi juga meneruskan aktiviti belajar berenang di Kolam Renang Presint 6, Putrajaya... errr... belajar ke??? (",) so sweet...
Takdelah, kitorang pergi bertiga di kala seorang lagi tewas sebelum perjuangan bermula.Jadual penggunaan kolam renang ni kalau tak silap ada 4 sesi, kitorang guna sesi ke 4 dari jam 8.00 malam hingga 10 malam. Ini adalah kali kedua kitorang pergi ke sini. Kira setahun sekali lah... (",)
Tapi selepas ni perancangan nak pergi swimming pool ni lebih kerap lagi... harap-harap menjadi lah kan...

Maklumat mengenai Kolam Renang di Putrajaya
Harga Tiket

Tiket Masuk Dewasa RM2 / 2 Jam @ 1 Sesi

Tiket masuk Kanak RM 1 / 2 Jam @ 1 Sesi

Waktu Operasi
Sesi 1 : 9.00 pagi - 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang - 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang 7.00 malam
Sesi 4 : 8.00 malam - 10.00 malam

Selain di Kolam Renang di Presint 6, terdapat juga
Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16, Kolam Renang Presint 9, Kolam Renang Presint 11.

Panduan Lokasi Jalan ke Kolam Renang Presint 6 Click Here

Komen Defarhano: Walaupun dah terlambat nak jadi atlet seperti Pandalela Rinong, tapi dapat jadi macam Malik Maidin pun jadi lah kan... HeHeHe... Next ada sesiapa nak join???

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Ribut Rosakkan Kedai Di R & R <b>Bukit Besi</b> | MyNewsHub

Posted: 28 Aug 2012 11:13 PM PDT

DUNGUN – Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang Selasa.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini Rabu.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

"Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

10 Rumah Di Alor Setar Rosak Dilanda Ribut

27 Rumah Di Yan Rosak Akibat Ribut

Amaran Ribut - Lokasi Konsert Search Ditukar

Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Dalam Ribut

Lebih 30 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Baling

Ribut Pasir Landa Negara Teluk

40 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut

Bumbung 30 Rumah Rosak Dipukul Ribut

Ribut Ernesto Ragut 5 Nyawa Di Mexico

22 Rumah Rosak Dipukul Hujan Ribut

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads