Rabu, 29 Mei 2013

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2013 01:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Konvoi Samseng Mazlan Aliman gagal | The Unspinners

Posted: 06 Dec 2012 10:45 PM PST


Sepatutnya hari Jumaat, datanglah masjid awal-awal dan buat iktikaf. Puak-puak PAS di Terengganu  ni lain pula.

Hari ini jugalah mereka nak buat Kembara Oren konon nak selamatkan Felda di Terengganu. Entah apa yang nak diselamatkan apabila semua tempat dah reject si Mazlan Alimin.

Dia orang nak syok sendiri tiada siapa boleh tahan. Ini negara merdeka dan sesiapa bebas untuk bersuara asal tak bawa budaya samseng dan huru harakan keadaan keamanan awam.

Membantu puak-puak PAS bengong ini untuk syok sendiri adalah Satipul Bahri Mamat, Timbalan YDP PAS Dungun yang melepaskan kembara begong di Ketengah Jaya pada pukul 9 pagi.

Tujuan yang disebut adalah untuk memberi penerangan kepada warga Felda tapi sebenarnya membuat fitnah Felda telah menggadai nasib peneroka.


Tengoklah risalah yang dijaja. Ini bukan penerangan tapi penipuan dan budaya politik samseng. Sabar aje lah Tan Sri Isa. Lagi difitnah, lagi banyak pahala Tan Sri dapat.

Konvoi tersebut akan ke Felda Kertih 2, Kertih 3, Jerangau, Bukit Bading dan Tenang.

Mereka canangkan 110 kenderaan akan sertai konvoi tetapi yang ada hanya 25 orang saja. Di pelancaran Ketengah Jaya pun hanya dihadiri 50 org peserta konvoi yang BUKAN pun peneroka.


Dalam masa sama peneroka Felda Ketengah Jaya sendiri hadhir seramai 200 orang peneroka (bkan impot macam PAS) membantah Kembara Oren ini.

Belum start dah gagal. Balik kampung la Mazlan Alimin ... mana mamat ni ada kampung? Kampung sendiri  pun tolak dia!

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 11:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Independently Produced.: kemalangan <b>di</b> jalan <b>jabor</b> (air putih)

Posted: 19 Feb 2013 08:06 PM PST

jumaat 15/02/2013.....ak kemalangan di jalan jabor dekat air putih ,kawasan tu bnyak binatang berkeliaran terutama lembuuuuuu (celaka tuan lembu).dalam perjalanan dari sungai tong setiu menuju ke pekan pahang ak xcdt di air putih dekat jabor sana.ak dgn 2 lg member ak.nasib baik kami bertiga x de cedera yang teruk,alhamdullillah bersyukur sangat.pada awalnya ak dah x nak lalu kot jabor tu tp x tau kenapa ak g lalu jagak ingat nak lalu kot pantai jer,dah nak ecdt nak wat camana klu nak berlaku lalu kot mane2 pon tetap akan berlaku.

kejadian berlaku dalam pukul 7.30mlm ,time tu ak dengar radio thr permata pantai timur,lepas je azan berkumandang aku terus melanggar lembbuuuu tu,serius ak mmg x nampak,break pun tidak,kete dah jadi macam motor scross.lepas laggr tu kerete berundur ke belakang,time tu tgh mendaki jalan samar2 nampak x nampak.time kete berundur tu kawan ak nie suruh  angkat handbreak!!!!!!!! angkat hand break!!!!!...cepat2 ak angkat hand break...huhu lembu tu mampos kat tgh2 jalan,kiranya lembu tu dah ader yang laggar la sebelum nie.tetapi x de org pon nak alihkan ketepi,lembu tu besar sangat,klu tarik 4 org pon x lepas lagi.

dalam keadaan hujan time maghrib ak kuar tgk kereta.ak x bagi kawan 2 org lagi tu kuar sebab kawan aku tu pompuan,ramai yang benti tanya cmane,ok ke,ak takut ad yang nak ambil kesempatan je,mana la tahu org tu baik ke jahat..
alhamdullillah tiada perkara yang yang tidak diingini berlaku....nasib baik la ad org kg kat situ datang menolong,dia call tow truck..ak tunggu tow truck dalam pukul 9malam baru sampai, dan kete ak dibawa ke shell muflis sebelah kiri kalau ke kuantan,kat sebelah shell mapos tu ad kedai makan..ak suh kwn 2 org nie pergi kat kedai tu.

check punya check enjin tiada masalah,radiator x bocor cuma CAP DISTRIBUTION yang pecah,sebab tu la enjin x leh nak start, salah satu cable dari plug ke cap distribution pecah.dia dah cuba cari ngan membe2 dia tp x jumpa,dia pon x de idea nk wat cmane,kami x tau nk tdo mane kalau dia x baiki,dia suggest aku suh pakai electronic CDI tapi barang tu mahal,dia nak cash RM270 aiyooo  pening ak dgr,duit bawa sratus lebih jah,ckp baiki dulu t sy bank in,dia x percaya,dia ckp bnyak kali dah kene..ak g jumpa mmbe 2 org lgi tanya sal duit cmne weh ad duit x,membe ak pon x de..klu gabung 3 pon x cukup lagi...huhhhhhhhhhh  ponin den..da la sorg ja laki,nk mntak tlg sape kat air putih nie,sorang pon x kenal,,,cmane nie ,dah la ak bawa anak pompuan org,klu laki ak tdor je lam kete..esok je repair ..pastu membe ak ni cal spupu dia yang duk kat paka suh datang bawa duit ak sembang punya sembang ngan sepupu dia ckp rosak cap tu,pastu sepupu dia suh mnta murah lg, ak g jumpa pomen tu balik ckp nk murah lg dia ckp x boleh dah pomen tu ckp x yah la pasang mnde tu (cdi), pomen tu ckp dia nak gam, call balik sepupu membe ak tu x yah dtg la..pomen tu ad solution lain pastu ak g jumpa pomen tu (abe lie air putih)

suh anak buahnya pergi beli gam gajah,cuba lekat kan dgn gam gajah tp x lekat,x tau la knapa.pastu dia call membe2 tanya pasal cap tu semua x de,yang ade pon yang 850,yang guna skru..yang aknya nie 660 guna clip.lam pukul 10 mlm pomen tu ckp dia nk balik nak repair kat umah,dia nak gam dengan gam 2 tan..gam yang kaler putih satu hitam satu tu...pastu cmpur la 2 tu...gam tu lagi kuat..

semasa dia balik ak pon ke kedai kat membe2 ak ,time tu game selangor vs kelantan x de mood langsung nak tgk kelantan ktgalan time tu 2-0..dalam pukul 12 mlm dia datang balik,dia pasang cap tu..alhamdullillah..enjin dapat dihidupkan...leganya dalam hati,bersyukur sangat2.sebelum xcdt ak sorg je kat depan ak suh membe 2org lagi duk kat belakang,sebab seat depan basah..time nk balik  kwn ak request nak duk depan ok la dia boleh tgk jalan klu ad ape2.ak bawa dalam 60km/jam huhuhu...slow giler..time nie ak n membe ak x solat ag,nak cari masjid kat mane area kuantan nie yang bukak g petronas x de surau,g airport da tutup,shell pon x de surau.sampai kat kuantan dalam pukul 2 pagi ekpon..last ak singgah kat masjid taman inderapura alhamdullillah masjid tu bukak.lepas solat masing lapar x makan lagi..g makan..lepas makan terus balik nak highway jalan kosong ak pecut sket ,membe ak runsing suh perlahankan sket...yela trauma la tu..ak pon drive mcm org baru naik kete jer...tgk lembu trus tringat kejadian tu..alhamdullillah dalam pukul 3pagi ak sampai kat ump pekan....

jom layan pic kete ...

yang kaler hitam tu gam 2 tan yang digam..tu la cap distribution klu nak kenal..

bumper proses nak pasang no plate

bengkel angah 

bengkel angah

alhamdullillah..kereta siap dibaikpulih
2.signal kiri and kanan RM30
4.plate kete RM30
5.upah RM50
6.coolent RM22

kos di air putih
1.tow truck RM50
2.upah RM20

kesemuanya RM292....

#mujurla barang kancil low cost

Tiada mangsa korban tanah runtuh <b>di Jabor</b> | Dungun Online Cable <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 03:18 AM PST

KEMAMAN 26 Dis. – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Cendawan Global: Cendawan Global kini <b>di Jerteh</b>

Posted: 20 May 2013 06:09 AM PDT
















Lokasi yang lebih tepat lagi ialah di Kampung Seberang Jerteh iaitu kira-kira 1 km dari bandar Jerteh menghala ke Bukit Puteri.

Semoga projek cendawan ini terus sukses dan dapat menyumbang kepada ekonomi penduduk sekitar Jerteh dan Malaysia amnya. 

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


<b>Pulau Bidong</b> | DrPlaces

Posted: 21 Sep 2010 04:48 PM PDT

"kembali ke Pulau Bidong membuatkan aku terkenang sekali lagi kisah lampau dimana betapa bertuahnya kami yang berjaya mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan didalam sebuat bot yang bocor sepanjang 10.5 meter yang memuatkan 61 orang pelarian perang. Masih aku terbayang seorang lelaki melayu berkain sarung dan berkulit gelap yang kami temui di laut memberikan kami makanan dan minuman untuk kami meneruskan perjalanan. Mereka adalah pahlawan dan malaikat didalam hatiku. Aku tidak pernah akan melupakan wajahnya seumur hidupku. Didalam lawatan aku kali ini mengingatkan aku betapa baiknya layanan diberikan kepada kami ketika itu dipulau ini. Itu adalah perasaan yang sangat indah untuk dikenang seumur hidup di pulau yang menjadi rumah sementaraku" – Daniel Nguyen

Itulah antara luahan hati seorang pelarian perang Vietnam selepas kembali melawat pulau yang pernah menjadi rumah dan syurga baginya pada satu ketika dahulu. Sebuah pulau yang memberi begitu banyak harapan dan dugaan untuk masa depan mereka.

Nama Pulau Bidong tidak segah pulau-pulau yang lain di Terengganu, namun ia kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah pelarian perang  dari Vietnam ketika Vietnam diserang oleh Amerika Syarikat pada tahun 1975. Sewajarnya, tinggalan sejarah ini dikekalkan dan dipeliharan sebaiknya.  Ini kerana, kebanyakkan bekas pelarian perang tersebut kembali semula ke pulau ini untuk melihat dan mengenang kembali memori suka duka yang pernah mereka alami selama menduduki pulau ini. Tidak kurang juga yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melawat pusara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang menghembuskan nafas terakhir mereka di sini.

Sejarah kedatangan pelarian perang Vietnam ke pulau ini bermula sekitar tahun 1975 dimana bot pertama yang mendarat disini bersama 47 pelarian. Selepas daripada itu bot demi bot sampai di pulau  ini sehingga mencecah kepada angka 250,000 pelarian sepanjang tahun 1975 hingga 1991. Pulau ini dengan rasminya dibuka sebagai kem pelarian pada tanggal 8 ogos 1978. Pada asasnya Pulau Bidong boleh memuatkan sekitar 4,500 orang pelarian, tetapi pernah di catatkan pulau ini pernah memuatkan hampir 40,000 pelarian pada satu-satu masa. . Saya sendiri tidak dapat membayangkan suasana ketika itu. Sebab itu Pulau Bidong turut juga dikenali sebagai Mini Saigon.

Tinggalan-tinggalan seperti sekolah, rumah-rumah, gereja, tokong sudah kelihatan semakin uzur di makan waktu. Selepas pulau ini ditutup dengan rasmi sebagai kem pelarian perang Vietnam pada 30 Oktober 1991, pulau ini dibiarkan begitu sahaja dan menjadi tempat para nelayan tempatan untuk berteduh dari ombak atau ribut ketika di laut.

Saya menjejakkan kaki ke pulau ini untuk pertama kali pada tahun 2007 dengan tujuan untuk merakam gambar-gambar tinggalan pelarian Vietnam. Ketika itu, satu jeti kayu yang panjang masih wujud tetapi sayangnya sudah tidak digunakan lagi dan, kebanyakan bangunan juga sudah mulai roboh. Kawasan sekitarnya ditumbuhi pokok-pokok dan semak samun. Di sebelah dalamnya pula masih terdapat tinggalan tangki-tangki air yang bersaiz agak besar bagi menampung keperluan pelarian ketika itu. Beberapa monumen atau tugu peringatan telah didirikan oleh pelarian bagi mengenang jasa-jasa dan budi baik rakyat Malaysia yang bertugas di pulau itu. Kita juga akan dapat melihat ratusan plat simen yang ditulis nama-nama pelarian. Saya sendiri pun tidak pasti samaada nama-nama mereka yang telah mati atau nama– nama mereka yang pernah tinggal di pulau ini.

Kunjungan terakhir saya ke pulau ini adalah pada pertengahan tahun 2009. Ketika itu pembinaan jeti bagi memudahkan pengunjung ke pulau ini sedang giat dijalankan dan kini telah siap sepenuhnya. Kerajaan Negeri Terengganu telah memutuskan supaya tiada sebarang pembangunan chalet atau resort di pulau ini untuk tujuan pelancongan agar khazanah tinggalan pelarian perang ini terpelihara. Namun begitu saya merasakan usaha-usaha dari pihak yang berwajib adalah perlu bagi menyelia dan membangunkan pulau ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang melawat dan melihat sendiri suasananya. Kemudahan seperti tandas dan tempat berehat, laluan pejalan kaki yang lebih baik dan pelbagai lagi perlu disediakan. Mungkin juga boleh diwujudkan muzium mini bagi memaparkan gambar-gambar atau dokumen-dokumen memorial  yang boleh memberi informasi kepada para pengunjung mengenai sejarah pulau ini.

Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dimana ianya terletak kira-kira 39 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.Perkhidmatan bot untuk disewa ada disediakan di sini. Biasanya harga sewa bot ditawarkan sehingga RM500.00 untuk perjalanan pergi balik menggunakan bot laju yang boleh memuatkan sekitar 10 orang penumpang. Di satu sudut pulau ini juga terletaknya Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) bagi menjalankan kajian terhadap marin biologi dan sebagainya.

Sehingga kini, Pulau Bidong lebih terkenal dengan dunia bawah airnya di kalangan penyelam skuba berbanding dengan nilai-nilai sejarah yang wujud di pulau ini.

Informasi :

Untuk mendapatkan perkhidmatan bot ke  Pulau Bidong anda boleh menghubungi Abang Zul ( Norul Boat Services ) di talian 019 – 9852259

Attractions

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


SembangSaja: Black505 <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 23 May 2013 07:43 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.
Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.
Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.
Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.
Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.
"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.
"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.
"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Dr Azman Ibrahim: Benarkah kadar jenayah <b>di Besut</b> menurun?

Posted: 25 May 2013 09:38 PM PDT

|

Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013. Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013. Pembuat kerepok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013. Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013. Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013. Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013. Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013. Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013. Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013. Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013. Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013. Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013. Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013. Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013.

Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutaakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik.

Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih! "

Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah. Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!"

Kebetulan semalam (Jumaat) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang. Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih diawal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa!

Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini. "Doktor tolonglah fikir sesuatu, Pas kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana" Keluhnya dengan penuh kesedihan.

Orang kampung tak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampong. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza.

Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Semalaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka.

Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13? Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Dato' Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!'

*Penulis adalah AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu, Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi.

ads