13 di ajil - Google Blog Search |
Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir | Hidup Biar Sedap Posted: 09 Jun 2012 06:55 PM PDT Aman , damai, rukun, harmoni, tenteram, tenang, sejahtera, sentosa, bahagia, selamat, hening, karar … tiada lagi perkataan yang sesuai untuk digambarkan. Semua perkataan dari kamus dewan saya dah petik! Pemandangan indah dari anjung Danau Bay Cafe, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Di hujung sebelah kiri adalah chalet-chalet milik Lake Kenyir Resort & Spa . Ruang restoran yang mengadap Tasik Kenyir. Pintu masuk utama ke Danau Bay Cafe adalah melalui Pusat Penerangan Kenyir (PPK) Berdiri di anjung bangunan Pusat Penerangan Kenyir (PPK) dan Danay Bay Cafe yang redup dengan kehijauan pokok. Saya suka pokok….hihi Asyik dan ralit menikmati makan tengahari dengan suasana dan pemandangan yang mendamaikan. Ikan Baung Stim Lat – saya tak pasti Lat itu sejenis masakan atau nama glamer tukang masak yang menciptanya. Entri lain tentang percutian ini: Tasik Kenyir terletak kira-kira 75 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik. Terdapat Pusat Penerangan Kenyir (PPK), kawasan rehat, tandas, bilik solat dan ruang letak kereta juga kaunter pengusaha bot yang menawarkan pakej pelancongan. Untuk maklumat hubungi Cara untuk ke Tasik Kenyir : Jika dari Kuala Lumpur – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km ) Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka. Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km. Atau Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 KM ) Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 malam. Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Kujie Post Lain Yang Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di ajil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |