Sabtu, 16 Jun 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir | Hidup Biar Sedap

Posted: 09 Jun 2012 06:55 PM PDT

Aman , damai,  rukun, harmoni, tenteram, tenang, sejahtera, sentosa, bahagia, selamat, hening, karar … tiada lagi perkataan yang sesuai untuk digambarkan.  Semua perkataan dari kamus dewan saya dah petik!

Pemandangan indah dari anjung Danau Bay Cafe, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.  Di hujung sebelah kiri adalah chalet-chalet milik Lake Kenyir Resort & Spa .

Ruang restoran yang mengadap Tasik Kenyir.

Pintu masuk utama ke Danau Bay Cafe adalah melalui Pusat Penerangan Kenyir (PPK)

Berdiri di anjung bangunan Pusat Penerangan Kenyir (PPK) dan Danay Bay Cafe yang redup dengan kehijauan pokok.  Saya suka pokok….hihi

Asyik dan ralit menikmati makan tengahari dengan suasana dan pemandangan yang mendamaikan.

Ikan Baung Stim Lat – saya tak pasti Lat itu sejenis masakan atau nama glamer tukang masak yang menciptanya.

Entri lain tentang percutian ini:

Tasik Kenyir terletak kira-kira 75 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik. Terdapat Pusat Penerangan Kenyir (PPK), kawasan rehat, tandas, bilik solat dan ruang letak kereta juga kaunter pengusaha bot yang menawarkan pakej pelancongan.

Untuk maklumat hubungi
Pusat Penerangan Kenyir (PPK )Pengkalan Gawi
Tel : 09-626 7788 or 666 8498 or
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
Tel : 09-822 3100 ext 103.

Cara untuk ke Tasik Kenyir :

Jika dari Kuala Lumpur  – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )

Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka.

Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km.

Atau

Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 KM )
Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)

Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 malam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Kujie

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami
  2. Tiba Juga Akhirnya
  3. Hari Ke-10 – Selamat Tinggal
  4. Melayan Nafsu Di Kuala Berang
  5. Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads