Jumaat, 12 Julai 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2013 07:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

2 Mei 13 : Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 07:15 PM PDT

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak
Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK, 2 Mei 13 – Taklimat ringkas mengenai perkembangan terkini Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di bilik taklimat muzium. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Muzium, Lt Kol Azhar bin Mohamad TUDM kepada Komander Pangkalan, Kol Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM selaku Penaung Muzium. Turut hadir ialah Eksekutif Pangkalan dan Ahli Jawatan Kuasa Muzium. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai konsep, objektif, sasaran, serta keperluan semasa muzium. Di samping itu, Komander Pangkalan turut dibawa melawat ke setiap sudut galeri di dalam muzium. Muzium TUDM PU Gong Kedak akan dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Rodzali Bin Daud TUDM pada 23 Jun 13.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2013 03:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN <b>DI</b> BATU <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 10 Jun 2013 10:48 AM PDT

KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN DI BATU RAKIT
 Para pelajar KUIN bergambar kenangan bersama Adun Batu Rakit
PANTAI- 10/6/2013 Seramai 70 orang pelajar dari Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah telah hadir di Kampung Pantai Batu Rakit untuk menjayakan program khidmat sosial. Program yang dinamakan Gotong Royong JKKK Pantai dan Tanjung Batu Rakit bersama Kolej Universiti Insaniah Kedah telah dirasmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman.
 Menadah doa memohon diberkati Allah program yang dijalankan
 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah KUIN Nur Fadlina Mat Dali menyampaikan cenderahati kepada Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman.
Program gotong royong ini meliputi kawasan Masjid As-Salam,sekitar persisiran pantai dan juga di Tanah Perkuburan Kampung Kubur. Selain dari penduduk kampung yang hadir bersama,anggota-anggota APMT turut juga menjayakan program ini.
 Penduduk kampung Pantai dan Tanjung turut bersama gotong royong di Tanah Perkuburan Kampung Kubur
Siswazah Kuin sedang mengecat nisan
 Semasa menyampaikan ucapan alu-aluan,Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada pihak KUIN keran sudi mengadakan program khidmat sosial di Dun Batu Rakit.Beliau berharap agar program seumpama ini akan terus dijalankan selepas program yang pertama ini.Beliau turut memaklumkan akan sentiasa memberikan kerjasama demi melihat program seumpama ini berjalan lancar.
Membersihkan persisiran pantai dan sekitar taman rekreasi
 Membersihkan kawasan Masjid As-Salam.
Anggota APMT turut bersama menjayakan program gotong royong
Program yang bermula jam 10.00 pagi ini selepas kelewatan hampir dua jam,dimulakan dengan sesi ramah mesra para siswazah bersama Adun Batu Rakit sebelum dibawa ke tempat-tempat yang telah ditentukan untuk gotong royong.
Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai



pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View


Pantai yang cantik untuk mandi manda




Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat


Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe



13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


pas menang bergaya <b>di terengganu</b>, lebih 10 ribu majoriti <b>di kuala</b> <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 02:47 PM PDT

Ramai yang tidak memberi harapan kepada PAS di Terengganu. Politik Terengganu dianggap sebagai terkeluar daripada tsunami politik yang melanda Malaysia. Malah, dalam PRU kali ini, jentera PAS Terengganu lebih bergerak di peringkat tempatan, tanpa ada usaha untuk ditembusi secara berskala besar seperti di Johor mahupun Negeri Sembilan. Atas sentimen bahawa pengundi Terengganu yang bermajoriti Melayu, maka peluang untuk Terengganu menyumbang sesuatu kepada Pakatan Rakyat dilihat agak samar.

Perkara tersebut memang ada asasnya. Namun, pengundi Terengganu telah membuktikan bahawa pengundi Melayu masih bersama Pakatan Rakyat. Dalam PRU kali ini, PAS telah berjaya menyumbang empat kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat iaitu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Manakala PAS berjaya menafikan kerusi dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN), malah kedudukan BN sangat tipis di mana mereka hanya mempunyai kelebihan dua kerusi apabila BN menguasai 17 kerusi DUN manakala PAS menguasai 15 kerusi.

Berikut diperturunkan kembali keputusan PRU di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Terengganu:

Di Parlimen Kuala Nerus, PAS yang menurunkan seorang tokoh agama yang merupakan seorang ustaz selebriti di TV sebelumnya berjaya membenam Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus:

PARLIMEN P035 KUALA NERUS

Ustaz Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri (PAS): 33 861 undi

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri (BN): 33 251 undi

MAJORITI: 610 undi (PAS)

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, PAS melakukan kejutan dengan memperoleh kemenangan besar melalui calon dari golongan istana iaitu YM Raja Kamarul Baharin yang menjadi antara calon PAS yang memperoleh kemenangan besar dalam PRU 13:

PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU

Raja Kamarul Bahrin Syah (PAS): 45 828 undi

Mohd Zubir bin Embong (BN): 35 043 undi

Maimun binti Yusof (Bebas): 182 undi

MAJORITI: 10 785 undi (PAS)

Di Marang, Berita Harian bertindak jahat melaporkan kekalahan Tuan Guru Haji Abdul Hadi seawal jam 8.00 malam. Walaubagaimanapun, keputusan yang dikeluarkan nyata memihak kepada PAS:

Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (PAS): 42 984 undi

Datuk Yahya bin Khatib Mohamad (BN): 37 860 undi

MAJORITI: 5124 undi (PAS)

Selain itu, PAS turut membuat kemunculan semula di Parlimen Dungun setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1999.  Kemenangan itu lebih manis apabila PAS menang 4-1 ke atas BN di Parlimen yang terletak di kawasan Selatan Terengganu itu. Berikut adalah keputusannya:

Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli  (PAS): 35 348 undi

Datuk Rosli bin Mat Hassan (BN): 31 406 undi

MAJORITI : 3942 undi (PAS)

Untuk rekod, negeri Terengganu mempunyai lapan Parlimen di mana PAS dan BN masing-masing menguasai empat Parlimen. Hal ini juga bermakna, penguasaan seimbang berlaku dalam kawasan Parlimen di Terengganu. Di pihak BN pula, mereka memenangi kerusi Parlimen Besut (8342 majoriti undi ), Setiu (7943  majoriti undi ), Hulu Terengganu (8213 majoriti undi) dan Kemaman (12 306 majoriti undi).

Beberapa hari sebelum pengundian juga, blog ini telah mengeluarkan analisis di mana PAS dijangka menang di empat Parlimen iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dan ternyata ramalan tersebut adalah tepat! Bagi kerusi DUN pula, penulis telahpun meramalkan bahawa PAS mendahului di 15 buah kerusi DUN dan ramalan tersebut juga adalah tepat, cuma terdapat sedikit kesilapan dalam dua analisis di mana penulis menjangkakan DUN Jabi dan Batu Rakit dalam Parlimen Setiu mampu dimenangi PAS, namun gagal. Akan tetapi, mujurlah PAS dan PKR masing-masing berjaya memenangi kerusi DUN Rantau Abang dan Bandar yang penulis klasifikasikan sebagai DUN 50-50 di mana terdapat sebanyak tujuh DUN di Terengganu yang agak seimbang dari segi persaingannya semasa kempen.

Daripada keputusan yang telah dikeluarkan, berikut keputusan 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS di Terengganu iaitu:

1. N09 Tepuh

Seperti dijangka, calon muda PAS, Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim berjaya merampas kerusi DUN Tepuh daripada tangan Bekas Exco Agama Terengganu, Datuk Haji Ramli bin Nuh. Ustaz Hishamuddin memperoleh 11 128 undi, menewaskan Ustaz Ramli (BN) yang memperoleh 10 899 undi dengan majoriti 229 undi.

2. N10 Teluk Pasu

Di DUN Teluk Pasu dalam Parlimen Kuala Nerus, calon PAS iaitu Ustaz Ridzuan bin Hashim menang dengan majoriti 109 undi kepada Exco Pelancongan Negeri Terengganu yang juga penyandang DUN Teluk Pasu selama dua penggal, Datuk Rahin Mohd Said. Ustaz Ridzuan memperoleh 9098 undi manakala Rahin memperoleh 8989 undi. Untuk rekod, DUN Teluk Pasu pernah mencatatkan kontroversi Amanat Hadi di Banggol Peradong serta isu tanah penduduk yang diambil untuk pembinaan lebuhraya di Banggol Donas.

3. N12 Bukit Tunggal

Di DUN Bukit Tunggal, penyandangnya iaitu Dr.Alias Abdul Razak (PAS) berjaya mempertahankan kerusi ini untuk penggal kedua. Hal ini juga bermakna, PAS menang 4-1 di Parlimen Kuala Nerus dengan hanya tewas di DUN Seberang Takir. Di DUN Bukit Tunggal, Dr.Alias menang dengan majoriti 652 undi setelah memperoleh 6801 undi manakala calon BN, Ismail Nik memperoleh 6149 undi.

4. N13 Wakaf Mempelam

Dalam Parlimen Kuala Terengganu, PAS dan PKR memberi pukulan maut kepada BN apabila menang 5-0 di Parlimen dan empat kerusi DUN. Di DUN Wakaf Mempelam, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berjaya memenangi DUN tersebut dengan majoriti 2810 undi setelah memperoleh 12 427 undi manakala calon BN, Wan Mahyudin Wan Ngah hanya mendapat 9617 undi.

Untuk rekod, ini adalah penggal keenam Haji Abdul Wahid berada dalam DUN Terengganu.

5. N14 Bandar

Pengerusi PKR Terengganu, YB Azan Ismail melakukan satu tindakan berani apabila beralih dari kerusi Parlimen Indera Mahkota di Pahang dan bertanding di kerusi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu, sebuah kerusi yang memiliki pengundi Cina yang ramai.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Bukit Besar, Kuala Terengganu itu berjaya menewaskan wakil MCA yang juga merupakan Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw. Hal ini menunjukkan bagaimana gelombang penolakan masyarakat Cina ke atas BN turut berlaku di Terengganu.

Di DUN Bandar, Azan menang dengan majoriti selesa 2159 undi setelah memperoleh 9413 undi berbanding Toh Chin Yaw (BN) yang mendapat undi sebanyak 7254 undi.

Kehadiran Azan dalam DUN Terengganu pasti akan memberikan satu mimpi ngeri kepada kepimpinan BN kerana kelantangan beliau yang kritis dan vokal dalam pelbagai isu.

6. N15 Ladang

Di DUN Ladang, Bekas Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu yang juga penyandang kerusi DUN Ladang, YM Datuk Tengku Hassan bin Tengku Omar berjaya membenam Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tengku Hassan yang memperoleh 9066 undi menewaskan Wan Ahmad Farid yang memperoleh 8142 undi dengan majoriti 924 undi. Antara isu besar dalam DUN Ladang sebelum ini termasuklah isu pengambilan tanah di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang dibuat atas nama pembangunan oleh kerajaan negeri.

7. N16 Batu Buruk

Kerusi DUN Batu Buruk yang merupakan antara kubu kuat PAS Terengganu sejak zaman Datuk Wan Abdul Mutallib Embong terus dipertahankan oleh penyandangnya, Dr.Syed Azman untuk penggal kedua. Memperoleh 13 679 undi, Dr.Syed Azman menewaskan calon BN, Datuk Che Mat Jusoh yang memperoleh 11 406 undi dengan majoriti 2273 undi.

Nampaknya, pemilihan Che Mat Jusoh sebagai calon oleh UMNO Terengganu adalah tindakan yang silap setelah gelombang anak muda menolak kepimpinannya dalam bola sepak Terengganu di bawah gelombang Asal Bukan CheMat (ABC).

8. N17 Alur Limbat

Di Parlimen Marang, PAS menang 4-1 ke atas BN apabila menang Parlimen Marang dan tiga daripada empat DUN kecuali DUN Pengkalan Berangan.

Di DUN Alur Limbat, masalah dalaman UMNO di Alur Limbat setelah nama Ketua Pemuda UMNO Terengganu diketepikan daripada menjadi calon di DUN berkenaan memudahkan lagi usaha PAS merampas semula DUN berkenaan.

Calon PAS, Ustaz Ariffin bin Deraman berjaya memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 645 undi setelah memperoleh 10 844 undi berbanding pencabarnya dari BN, Alias Abdullah yang hanya memperoleh 10 199 dan calon Bebas, Jaafar Jambol yang hanya memperoleh 74 undi.

9. N18 Bukit Payung

Di DUN Bukit Payung, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor bin Hamzah yang juga merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan berjaya mengekang calon BN, Zaidi Muda di kerusi berkenaan.

Beliau yang memperoleh 9342 undi berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 613 undi setelah calon BN hanya mendapat 8729 undi.

Untuk rekod, DUN Bukit Payong memang dikenali sebagai sebuah kerusi yang sengit dan panas kerana kekuatan kedua-dua parti agak seimbang.

10. N19 Rhu Rendang

Seperti yang telah dijangka, kerusi DUN Rhu Rendang yang menjadi kubu kuat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang berjaya dipertahankan dalam PRU kali ini.

Beliau yang memperoleh 11 468 undi menewaskan calon BN, Nik Dir Nik Wan Ku dengan majoriti selesa 2819 undi setelah lawannya itu hanya memperoleh 8649 undi.

Untuk rekod, penggal ini merupakan penggal kelapan bagi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam DUN Terengganu setelah menyandang kerusi DUN Rhu Rendang sejak tahun 1982.

11. N22 Manir

DUN Manir dalam Parlimen Hulu Terengganu merupakan satu-satunya kerusi DUN dalam kawasan Hulu Terengganu yang berjaya dimenangi oleh calon PAS. Walaupun PAS Terengganu menyasarkan untuk turut menang di kerusi DUN Kuala Berang, kehadiran tokoh UMNO iaitu Datuk Tengku Putera Tengku Awang menyukarkan usaha PAS itu.

DUN Manir, walaupun terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu, pada hakikatnya merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Terengganu dan terletak di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Kerusi tersebut merupakan kubu kuat PAS di bawah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib. Walaubagaimanapun, atas faktor kesihatan, Ustaz Harun melepaskan kerusi ini daripada ditandingi dan PAS Terengganu bersetuju meletakkan anak beliau, Ustaz Hilmi Harun di kawasan tersebut.

Walaupun BN dilihat bersungguh-sungguh untuk menembusi DUN Manir melalui gerak kerja calonnya iaitu Yusof Awang Hitam, PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan. Disebabkan kejayaan PAS mempertahankan semua kerusi yang dimenangi dan menambah kerusi dalam PRU kali inilah maka penulis melihat PAS menang dengan penuh bergaya dalam PRU kali ini.

Calon PAS bagi DUN Manir, Ustaz Hilmi berjaya memperoleh majoriti sebanyak 588 undi setelah mendapat 6873 undi berbanding pencabarnya, Yusof Awang Hitam yang memperoleh 6285 undi.


12. N26 Rantau Abang

PAS Dungun dilihat antara kawasan PAS yang paling berjaya dalam PRU kali ini. Ditambah dengan kehadiran jumlah pengundi kawasan tanah rancangan dan kawasan pedalaman yang agak ramai, PAS Dungun tetap dapat memenangi kerusi Parlimen dan tiga daripada empat DUN dalam Parlimen Dungun.

Kesemua itu dibuat berdasarkan strategi. Antaranya di Rantau Abang, PAS meletakkan calon muka baru, Cikgu Alias Harun, seorang tokoh guru yang sangat dikenali penduduk di kawasan Dungun. Walaupun beliau hanya menang dengan majoriti kecil, kejayaan menembusi sebahagian DUN Rantau Abang yang terletak dalam kawasan Hulu Dungun itu agak membanggakan, apatah lagi beliau berjaya membenam Exco Infrastruktur Negeri Terengganu.

Calon PAS itu menang dengan majoriti 108 undi setelah memperoleh undi sebanyak 8964 undi berbanding dua lagi pencabarnya iaitu Datuk Zaabar Mohd Adib (BN) yang mendapat 8823 undi manakala calon Bebas, Mazlan Harun hanya memperoleh 90 undi.

13. N27 Sura

Di DUN Sura, PAS berjaya mengekalkan penguasaannya di kawasan Bandar Dungun itu dengan majoriti yang lebih besar. PAS kali ini juga meletakkan calon muka baru setelah penyandangnya, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dibawa ke Parlimen dan menang. Pengganti beliau untuk DUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik,seorang bekas guru berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti hampir 200 %.

Dalam PRU 2008, PAS menang dengan majoriti 1000 undi manakala dalam PRU kali ini, PAS menang dengan majoriti 2957 undi. Calon PAS memperoleh 8952 undi manakala calon BN, Zakariah Ali mendapat 5995 undi.

14. N28 Paka

Di sebalik undi kawasan Felda di dua kawasan Daerah Mengundi di DUN Paka iaitu di UPU Kertih II dan UPU Ketengah Jaya, PAS melakukan satu kebangkitan besar di DUN Paka, sebuah DUN yang terletak dalam kawasan perindustrian petroleum. Dengan kehadiran lebih 50 peratus pengundi bawah usia 40-an, keputusan DUN Paka banyak dipengaruhi undi anak muda.

Oleh itu, maka tidak hairanlah apabila Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri bin Mamat berjaya merampas kerusi DUN Paka yang dimenangi UMNO dengan majoriti tipis dalam PRU 2008.

Memperoleh 12 138 undi, Ustaz Satiful menang dengan majoriti selesa 1287 undi berbanding pencabarnya dari BN, Matulidi Jusoh yang memperoleh 10 851 undi. Matulidi yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Dungun akhirnya tewas di DUN Paka.

15. N31 Chukai

Di Parlimen Kemaman, walaupun UMNO berpesta undi dengan kemenangan besar lebih 12 000 undi majoriti di Parlimen, PAS tetap menunjukkan persaingan di Bandar Chukai, bandar utama bagi Daerah Kemaman.

Kebangkitan anak muda yang membentuk lebih separuh daripada pengundi di DUN Chukai turut membantu kemenangan calon PAS, Haji Hanafiah Mat dengan majoriti besar sekitar 2446 undi.

Beliau yang memperoleh undi sebanyak 12 457 undi telah menewaskan calon BN, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, bekas Adun Air Putih yang hanya memperoleh 10 011 undi. Dengan kemenangan ini, PAS dan PKR menang di hampir kesemua bandar-bandar utama di negeri Terengganu kecuali Bandar Jerteh di Besut, Bandar Permaisuri di Setiu dan Bandar Kuala Berang di Hulu Terengganu. Di lima lagi bandar utama
di Terengganu seperti Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Chukai, PAS berjaya menguasai kerusi-kerusi di kawasan bandar tersebut.

Walaupun PAS hanya kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, hakikatnya UMNO hanya menang dengan majoriti mudah di Terengganu di sebalik dakwaan kononnya pengundi Terengganu menolak PAS dan serik di bawah pemerintahan PAS. Apa yang pasti, kemenangan PAS dengan 15 orang wakil dalam DUN Terengganu pastinya akan memberi tekanan kepada Menteri Besar baru yang akan dilantik.

Persoalannya siapa? Adakah Datuk Seri Ahmad Said akan mempertahankan kerusi Menteri Besarnya itu ataupun terpaksa memberi laluan kepada Datuk Tengku Putera Tengku Awang, yang dilihat lebih berkaliber berbanding beliau? Biarlah istana Terengganu yang menentukan dan mungkinkah akan ada pula ADUN UMNO yang akan menyeberang ke sebelah PAS sekiranya krisis Menteri Besar Terengganu berulang?

Itulah politik Terengganu yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Nota Penulis: Walaupun kecewa dengan kekalahan Pakatan Rakyat, penulis gembira dengan kebangkitan orang-orang Melayu di Terengganu. Adakah UMNO hendak menyatakan kemenangan PAS di Terengganu dibantu oleh orang Cina? Tentunya tidak. Kemenangan ini merupakan satu signal bahawa tsunami politik Terengganu akan muncul pada PRU14. Nantikan.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


jmc kota bharu: Temuduga Terbuka <b>Di</b> Farmasi Ehsan <b>Jerteh</b> Sdn Bhd

Posted: 08 Jul 2013 01:24 AM PDT

Temuduga Terbuka Di Farmasi Ehsan Jerteh Sdn Bhd
Temuduga Terbuka Akan Diadakan Pada :
Farmasi Ehsan Jerteh Sdn Bhd
Majikan :          Farmasi Ehsan Jerteh Sdn Bhd
Alamat :           No 235, Jalan Hj Jusoh, 22000 Jerteh
Telefon :          09-7855772 (Cik Aira Yusniza)
Jawatan :         Pembantu Farmasi (Jurujual)
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/ STPM
•      Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan
•      Berpengetahuan dalam bidang komputer
•      Mahir berkomunikasi dengan pelbagai peringkat
#       Calon yang berminat sila hadir ke Temuduga Terbuka pada 13 Julai 2013 (Sabtu), Masa : 11:00 pagi
#       Tarikh Tutup : 13 Julai 2013
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


ujang kutik: <b>KUALA BERANG</b> :LEBUH RAYA BAHARU ADA CERITA <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2013 09:18 AM PDT



Bandar Kuala Berang, Terengganu terletak lebih kurang 42 kilometer ke utara Kuala Terengganu. Pengunjung dari Kuala Lumpur yang hendak ke Kuala Berang tidak perlu ke Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang yang jaraknya lebih kurang 400 kilometer  cuma mengambil masa lima jam dengan melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuantan. Dari Kuantan melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor dan akhirnya melalui lebuhraya baharu menuju ke Kuala Berang.
Bandar Kuala Berang yang 2-3 tahun sebelum ini adalah sebuah bandar mati kini adalah sebaliknya, ' hidup'. Suatu masa dahulu, pengunjung yang ada urusan di Kuala Berang akan mencari tempat penginapan di Kuala Terengganu kerana kesukaran mendapat tempat penginapan yang selesa dan juga suasana di Kuala Berang yang membosankan. Namun, kini tempat penginapan seperti 'homestay' dan hotel kecil membiak bagai cendawan tumbuh di sekitar Kuala Berang. Suasana malam terutamanya di medan selera yang banyak begitu meriah kerana ramai pengunjung.

Orang Melayu mengusahakan 'homestay' dan hotel kecil adalah satu fenomena di Negeri Terengganu - Kuala Terengganu, Marang dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini merebak ke Daerah Kuala Berang.Semoga anjakan ini akan melanda juga kepada Orang Melayu di negeri-negeri lain dalam skala yang lebih besar dan berdaya saing.
 

Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Berang akan melewati Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah, Bukit Besi, beberapa buah kawasan perkampungan, kawasan hutan dan ladang-ladang kelapa sawit yang maha luas.

Secara peribadi saya kurang teruja dengan pemandangan di kiri-kanan lebuhraya kerana suasana 'kehutanan' yang asli telah diambil-alih oleh kehijauan 'man made' hutan kelapa sawit.
Ketika di Kuala Berang, saya berpeluang berbual dengan penduduk tempatan. Di antara tajuk  yang agak menarik diperkatakan ialah mengenai ' hantu ' di lebuh raya baharu.
Kononnya, telah berlaku beberapa kejadian di mana pengguna lebuhraya baharu pada waktu dinihari telah diganggu oleh 'hantu lebuhraya'. Dikatakan mereka telah 'ditipu' oleh 'peniaga' R & R untuk singgah makan di Perhentian R & R lebuhraya baharu sedangkan tempat itu sebenarnya masih belum beroperasi lagi. Kononnya pekerja lebuhraya kerap kali mendapat 'wang terpijak' yang diletakkan di atas kaunter Perhentian R & R.
Cerita-cerita hantu adalah cerita-cerita yang tidak diketahui periwayat sebenarnya. Namun demikian, ada yang percaya dan juga yang tidak percaya . Samada percaya atau tidak, pengkisahannya terutama di waktu malam yang sunyi boleh meremangkan bulu roma tetapi tetap diberi perhatian kepada babak demi babak penceritaannya. Ianya umpama 'masak lomak lado api', pedas tetapi sedap!

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Journey Of Life..: Bercuti sambil bekerja <b>di Pulau Bidong</b>!

Posted: 06 Apr 2013 11:02 PM PDT


Pulau Bidong ni merupakan stesen penyelidikan UMT. Jangan main-main ye, UMT ada pulau tau..hehe. Setiap pelajar yang bergraduat dari UMT mesti pernah berkayak, snorkeling dan ke pulau. Sebabnya setiap pelajar tahun satu yang masuk UMT diwajibkan join program Survival Laut. Dalam program ni, setiap pelajar akan merasai pengalaman berkayak, terjun dari bot, snorkeling, jungle trekking, memancing dan kalau bernasib baik, boleh mencandat juga.

Ni kali keempat datang Pulau Bidong. Fisrt time dulu masa 2007 masa first year untu Survival Laut. Kedua masa 2008 time scuba diving. Masa ni baru dapat lesen. kemudian 2010 masa awal-awal buat Master sebab ikut team scuba diving ambil sample (aku pernah cerita dalam entri ni)


kali ni, setelah agak beberapa lama aku tak menjejakkan kaki ke Pulau Bidong, akhirnya aku diajak oleh Dr Azna untuk jadi fasi Sekolah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang ada Kem Ilmu dan Alam. Kerja aku cuma fasi yang membantu time water confident dan aktiviti snorkelling je. Pendek kata, semua aktiviti yang melibatkan dalam air.hehe. Tapi sebenarnya ramai je divers dan team Bidong yang ada, aku ni cuma assistant kecil je..... Jadi masa budak-budak ada slot belajar subjek, aku pergi berenang-renang dengan Dr Faridah and Kak Mel. memang syokkkkkk sangat. sebab dah lama tak snorkeling. Plus, ada camera underwater K ni, lagilah masyuk berposing bagai..heheh

yang lebih syok kali ni, sebab snorkeling dengan Dr Azna, Dr Faridah dan Kak Malinna. Dr Faridah tu lecturer subjek Bio Organisma dan merupakan seorang zoologist. masa snorkeling dengan Dr, memang syok sebab bila jumpa hidupan laut kat bawah tu, kitorang akan discuss binatang-binatang tu. ala-ala informal class la kat dalam laut tu..hehe. macam-macam species kitorang jumpa. Yang paling menarik ialah 'chyma'. Macam Giant Clam...boleh google ye pembaca sekalian. :p




Dr Azna pulak expert of sponges. maca-macam cerita pasal sponges Dr bagi. Kak Malinna pula of courselah duk perhatikan segala macam alga-alga yang ada. sebab itulah dia punya experties. aku? aku pulak experties belangkas. tapi since belangkas tak ada, aku secara tak rasminya menjadi bodyguard Dr dan diver Kak Mel.haha. Dr Faridah and Dr Azna kena 'tunda' kalau hanyut kat laut tu. kak Malinna pulak, aku kena skin dive dua kali dalam air sebab nak ambil goggle and snorkel dia yang jatuh di dasar tu... tapi memang syok ahhh....seronokkkkkkkkk...sebab dapat main air. :p



Apapun, 'percutian' selama dua hari satu alam ni sangat best! Dahlah 'private' island pulak tu.heheeee...Terima kasih Dr Azna, Terima kasih Dr Faridah dan Terima Kasih kak Malinna yang sangat-sangat awesome sebagai Fasi.... :))

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Hikayat perut buncit: Saya Budak UiTM <b>Bukit Besi</b>

Posted: 24 Jun 2013 09:06 PM PDT

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 3 minggu bertapak di UiTM Kampus Baru.
Sebelum : Sebelum menetap di kampus baru ni, dah pernah pergi beberapa kali. Pergi 2 kali dengan family, dan 2 kali lagi bersama ahli ChESS dan JPK. Persepsi saya bila lihat je kampus ni, subhanallah, cantik, memang cantik, tapi saya dah menjangkakan yang kehidupan makan menjadi sedikit bosan sebab tempatnya agak terceruk, terpisah daripada segala kemudahan dan kemewahan.Tapi cuba ditenangkan hati yang resah ini dengan kata-kata 'tak apa, datang sini nak belajar.' Bila resah makin meningkat, 'tak apa, dah ada universiti nanti maju lah berperingkat tempat ni'. 
Minggu Pertama : Sampai je Bukit Besi, tempah bilik baru sebab bilik yang tempah haritu, bloknya diserahkan kepada pelajar lelaki kerana kebanjiran pelajar lelaki daripada kos kejuruteraan mekanikal. Bilik D210, ceh rasa bangga je bila selesai kemas bilik, dahlah bilik besar, susun bukan main comel lagi. 
Haha ya, memang banyak wara purple, sebab saya peminat purple! Hehehe... tapi bilik ni kejap je, esoknya pindah 'bilik bacaan' sebab pelajar perempuan pun banjir, maka kami yang memegang portfolio sebagai ChESS dan JPK perlulah berkorban duduk di bilik aras bawah, di bilik bacaan, bilik komputer, kedai dan pejabat. Yang ada pun cuma katil sahaja, tapi ada aircond lah! :) Sebab kan tak ada locker dan meja study, keadaan bilik, ala-ala rupa rumah sewa gitu. Mula2 macam tak suka jugak, tapi lama2 dah selesa dan biasa dah. 
Pengalaman pertama menguruskan pendaftaran kolej, Subhanallah, macam2 karenah yang saya jumpa, yang tak pernah jangka pun sesusah ini nak melayan para pelajar dan ibu bapa. 
Kes 1 : Pelajar selesai mendaftar dan dah diberikan kunci bilik. Dia dah pergi, tiba-tiba datang semula bersama bapanya. Bapanya pun tanya... "Emmm, saya nak bilik yang bawah sikit untuk anak saya boleh?" , "Kenapa ya cik, anak encik sakit?" , "Bukan, saya yang lenguh nak angkat barang dia." Hahaha macam-macam ...
Kes 2 : Pada hari pertama pelajar turun semula ke kaunter pendaftaran setelah mendaftar mengatakan, "Emmm saya tak boleh kena cahaya matahari la, saya nak tukar bilik" tapi pihak JPK rasa alasan tu tak relevan maka mereka pindahkan kedudukan katilnya. Pada keesokan hari, dia datang semula ke pejabat kolej bersama bapanya, meminta tukar lagi bilik atas alasan2 yang entah apa-apa. Haihh... ada juga type manusia yang suka menyusahkan orang lain macam ni.Maaf lah kalau apa yang saya cakapkan ini kasar, tapi selama ni saya lihat tak ada masalah pun apabila insan ini kena matahari, lawak jugak bila bagi alasan ala-ala Michael Jackson sebab nak tukar bilik.
Kes 3 : Pelajar ini telah pun mendaftar tetapi tak dapat sebilik atau dekat dengan 'geng' dia. Maka dia pun ke pejabat kolej mengharapkan ada bilik kosong berdekatan gengnya itu, malangnya tak ada. Habis dia mengamuk tak tentu pasal di pejabat kolej hari itu. Ya Allah, pening kepala layan... sabar jela
Hari ini : Alhamdulillah, dah 3 minggu berada di sini, dah terbiasa dengan keadaan di sini. Warga Bukit Besi pun Alhamdulillah, dah ramai yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk kemudahan para pelajar, bas UiTM pun disediakan pada setiap selasa dan rabu pagi untuk ke bandar Dungun. Pendaftaran Wifi pelajar sedang diuruskan. Pembaharuan demi pembaharuan sedang dilakukan. InsyaAllah, bakal lengkap segala keperluan kita nanti di kampus Bukit Besi ini.
Di sini, saya kongsikan beberapa gambar sekitar kawasan kampus dan berdekatan kampus.

Koleksi Bunga Orkid <b>Di Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 25 Apr 2013 08:54 AM PDT

Salam satu Malaysia. Kepada pengemar bunga orkid, anda tentunya mengenali kesemua jenis-jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini. Tetapi tidak pada saya, saya hanya baru mengenali dan meminati orkid tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menjaga dan menanam orkid dengan baik.

Sejak kecil saya hanya melihat orkid-orkid yang ibu saya tanam secara suka-suka di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah mengambil tahu apa itu orkid dan jenis-jenisnya. Tetapi pada hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang meminati bunga yang sangat cantik ini melalui sebahagian gambar-gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang warga Bukit Besi yang amat meminati dan menggemari bunga ini.

Berbagai-bagai jenis bunga orkid boleh didapati di rumah beliau. Sama ada orkid hutan atau orkid luar negara, boleh dilihat disekitar rumah warga Bukit Besi ini. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar-gambar beliau untuk paparan anda semua yang membaca. Jom kita lihat gambar-gambar bunga orkid yang terdapat di Bukit Besi.

Jenis - Jenis Bunga Orkid









Untuk penjelasan terperinci berkenaan dengan kesemua jenis-jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah iaitu tuan empunya taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan tentang bunga orkid di dunia melalui forum Orchirds and Plants Malaysia.

Nota: Ada beberapa jenis bunga orkid yang sangat wangi baunya.

ads