13 di pulau bidong - Google Blog Search |
Journey Of Life..: Bercuti sambil bekerja <b>di Pulau Bidong</b>! Posted: 06 Apr 2013 11:02 PM PDT Pulau Bidong ni merupakan stesen penyelidikan UMT. Jangan main-main ye, UMT ada pulau tau..hehe. Setiap pelajar yang bergraduat dari UMT mesti pernah berkayak, snorkeling dan ke pulau. Sebabnya setiap pelajar tahun satu yang masuk UMT diwajibkan join program Survival Laut. Dalam program ni, setiap pelajar akan merasai pengalaman berkayak, terjun dari bot, snorkeling, jungle trekking, memancing dan kalau bernasib baik, boleh mencandat juga. Ni kali keempat datang Pulau Bidong. Fisrt time dulu masa 2007 masa first year untu Survival Laut. Kedua masa 2008 time scuba diving. Masa ni baru dapat lesen. kemudian 2010 masa awal-awal buat Master sebab ikut team scuba diving ambil sample (aku pernah cerita dalam entri ni) kali ni, setelah agak beberapa lama aku tak menjejakkan kaki ke Pulau Bidong, akhirnya aku diajak oleh Dr Azna untuk jadi fasi Sekolah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang ada Kem Ilmu dan Alam. Kerja aku cuma fasi yang membantu time water confident dan aktiviti snorkelling je. Pendek kata, semua aktiviti yang melibatkan dalam air.hehe. Tapi sebenarnya ramai je divers dan team Bidong yang ada, aku ni cuma assistant kecil je..... Jadi masa budak-budak ada slot belajar subjek, aku pergi berenang-renang dengan Dr Faridah and Kak Mel. memang syokkkkkk sangat. sebab dah lama tak snorkeling. Plus, ada camera underwater K ni, lagilah masyuk berposing bagai..heheh yang lebih syok kali ni, sebab snorkeling dengan Dr Azna, Dr Faridah dan Kak Malinna. Dr Faridah tu lecturer subjek Bio Organisma dan merupakan seorang zoologist. masa snorkeling dengan Dr, memang syok sebab bila jumpa hidupan laut kat bawah tu, kitorang akan discuss binatang-binatang tu. ala-ala informal class la kat dalam laut tu..hehe. macam-macam species kitorang jumpa. Yang paling menarik ialah 'chyma'. Macam Giant Clam...boleh google ye pembaca sekalian. :p Dr Azna pulak expert of sponges. maca-macam cerita pasal sponges Dr bagi. Kak Malinna pula of courselah duk perhatikan segala macam alga-alga yang ada. sebab itulah dia punya experties. aku? aku pulak experties belangkas. tapi since belangkas tak ada, aku secara tak rasminya menjadi bodyguard Dr dan diver Kak Mel.haha. Dr Faridah and Dr Azna kena 'tunda' kalau hanyut kat laut tu. kak Malinna pulak, aku kena skin dive dua kali dalam air sebab nak ambil goggle and snorkel dia yang jatuh di dasar tu... tapi memang syok ahhh....seronokkkkkkkkk...sebab dapat main air. :p Apapun, 'percutian' selama dua hari satu alam ni sangat best! Dahlah 'private' island pulak tu.heheeee...Terima kasih Dr Azna, Terima kasih Dr Faridah dan Terima Kasih kak Malinna yang sangat-sangat awesome sebagai Fasi.... :)) |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan