13 di rantau abang - Google Blog Search |
Buletin Online: Rakan Khidmat <b>Rantau Abang</b> Ziarah Lebih 1000 <b>...</b> Posted: 08 Sep 2012 04:56 AM PDT DUNGUN – Lebih seribu buah rumah warga emas yang uzur dan kurang segar telah diziarahi oleh Rakan Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sejak pelancaran skuad Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu itu pada tahun lalu. Pengerusinya Cikgu Ahmad Fauzi berkata program ziarah tersebut dibuat secara berterusan pada setiap hari. "AlhamduliLlah, hingga kini lebih 1000 buah rumah telah kita ziarahi dan berikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tiga buah rumah di Kampung Baru Rantau Abang dekat sini. Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang Cikgu Alias Harun. Sehubungan itu, menurut Cikgu Alias, terdapat kira-kira sepuluh peratus dari jumlah penduduk yang miskin dan dhaif dalam DUN Rantau Abang. Katanya, walaupun kerajaan meluluskan bajet yang besar pada setiap tahun, namun tahap kemiskinan rakyat negeri Terengganu masih ditakuk lama. Beliau yang juga bekas Pemangku Pengetua Sekolah Agama Rantau Abang berate ia adalah kerana bajet tersebut tidak sampai kepada sasaran sebenarnya. "Bajet besar setiap tahun tapi peruntukan untuk membasmi kemiskinan tidak sampai kepada sasaran sebenarnya, "selain diskriminasi, pilih kasih dan hanya mementingkan kelompok tertentu, jumlah sebenar rakyat yang miskin dan dhaif tidak dapat ditentukan,"jelasnya. [Gambar Atas; Cikgu Alias melihat kaki seorang warga emas yang bengkak dan sakit ketika, bawah; Cikgu Alias (paling kiri) dan Cikgu Ahmad fauzi (berbaju kuning) berbual dengan seorang warga emas wanita di Kampung Baru rantau Abang] Sebagai contoh katanya, bantuan zakat dan 'dana-dana' yang disalurkan hanya tertumpu kepada kelompok 'biru' sahaja, sedang kelompok yang 'nutral' tidak dimasukkan dalam senarai. Apatah lagi, tambahnya, kelompok 'hijau' dan yang dilabel sebagai hijau, terus tidak dilihat oleh para petugas agensi dan jentera berkenaan. Justeru itu, katanya, kemiskinan tidak akan berjaya dikurangkan, walau banyak mana sekali pun peruntukkan yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |