Sabtu, 1 Disember 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Blog Chik Att: BOT PENAMBANG <b>SEBERANG TAKIR</b>

Posted: 28 Nov 2012 10:34 PM PST

Satu hari ketika di Kuala Terengganu ..

Lepas Abang Leman … balik kerja …

Kami diajak ronda2…. sila sebut nak ke mana .

Maka ….. isteri solehah ni request … Kopok Lekor Seberang Takir .

Tau dah …. dia memang tak tau punya kat mana …

Maka … menjelajah lah kami cari kopok lekor yang tersohorrr …tu ..

P1060341

Jumpa sign board … mana kopoknya …

Ronda lagi ….

Hehhehhh … jumpa ..

P1060265

Jeti Penambang ….

Buat soal siasat sekejab ..

Pegi Kuala Terengganu … Pasar payang .. 1 kepala  RM1

Pegi Taman Tamdun Islam 1 kepala RM1

Pusing2 ronda …. Pulau Duyung ..sejam …. 1 bot RM40 .

kautim kautim ….. lambung2 duit .. one tu som ….

Kami pilih pakej ronda2 …. RM40 sejam …

.

.

.

Sila layan gambo orang yang pheggak … tak pernah naik bot……

P1060268

P1060272

Abaikan rambut Aisyah ….. yang dah rupeee apa tah.. (getah rambut hilang)

P1060319

dengan Pok Ali …drebaaa bot ..

P1060332

20121113_172418

P1060281

P1060334

Bandar Kuala Terengganu ….

P1060299

Bukan bot kami ….

P1060305

masjid Kristal …. dan budak debab

P1060338

Ambik no tepon Pak Ali … nak ajak gi mancing …

Tak berjaya juga kami …. makan kopok lekor Seberang Takir hari tu…

turun bot pun dah pukul 7.00 petang ..

Mission akan di teruskan …

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Buletin Online: Rakan Khidmat <b>Rantau Abang</b> Ziarah Lebih 1000 <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 04:56 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang2.jpgDUNGUN – Lebih seribu buah rumah warga emas yang uzur dan kurang segar telah diziarahi oleh Rakan Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sejak pelancaran skuad Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu itu pada tahun lalu.

Pengerusinya Cikgu Ahmad Fauzi berkata program ziarah tersebut dibuat secara berterusan pada setiap hari.

"Kita ziarah setiap hari dalam tiga atau empat buah rumah warga emas yang uzur dan yang kurang sihat, dalam sebulan lebih kurang 20 hingga 25 hari,

"AlhamduliLlah, hingga kini lebih 1000 buah rumah telah kita ziarahi dan berikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tiga buah rumah di Kampung Baru Rantau Abang dekat sini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang1.jpgTurut sama dalam program ziarah tersebut ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Sehubungan itu, menurut Cikgu Alias, terdapat kira-kira sepuluh peratus dari jumlah penduduk yang miskin dan dhaif dalam DUN Rantau Abang. Katanya, walaupun kerajaan meluluskan bajet yang besar pada setiap tahun, namun tahap kemiskinan rakyat negeri Terengganu masih ditakuk lama.

Beliau yang juga bekas Pemangku Pengetua Sekolah Agama Rantau Abang berate ia adalah kerana bajet tersebut tidak sampai kepada sasaran sebenarnya.

"Bajet besar setiap tahun tapi peruntukan untuk membasmi kemiskinan tidak sampai kepada sasaran sebenarnya,

"selain diskriminasi, pilih kasih dan hanya mementingkan kelompok tertentu, jumlah sebenar rakyat yang miskin dan dhaif tidak dapat ditentukan,"jelasnya.

[Gambar Atas; Cikgu Alias melihat kaki seorang warga emas yang bengkak dan sakit ketika, bawah; Cikgu Alias (paling kiri) dan Cikgu Ahmad fauzi (berbaju kuning) berbual dengan seorang warga emas wanita di Kampung Baru rantau Abang]

Sebagai contoh katanya, bantuan zakat dan 'dana-dana' yang disalurkan hanya tertumpu kepada kelompok 'biru' sahaja, sedang kelompok yang 'nutral' tidak dimasukkan dalam senarai.

Apatah lagi, tambahnya, kelompok 'hijau' dan yang dilabel sebagai hijau, terus tidak dilihat oleh para petugas agensi dan jentera berkenaan.

Justeru itu, katanya, kemiskinan tidak akan berjaya dikurangkan, walau banyak mana sekali pun peruntukkan yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


UMNO Online - Konvensyen Pembangunan <b>Besut Di</b> Jertih, Esok

Posted: 16 Nov 2012 12:55 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Konvensyen Pembangunan Besut Di Jertih, Esok

BESUT, 16 Nov — Pembangunan di daerah Besut yang dikatakan masih ketinggalan berbanding daerah-daerah lain di Terengganu akan dibincangkan secara terperinci esok pada Konvesyen Pembangunan Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong di Jerteh.

Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh berkata enam tokoh pembangunan yang juga merupakan anak jati Besut akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen sehari itu.

Antara tokoh berkenaan ialah bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Yusof Nor, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Usniza) Datuk Dr Alias Daud dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah.

Katanya konvensyen anjuran Pejabat Daerah Besut dan Umno Bahagian Besut itu akan memfokuskan perbincangan kepada persoalan tentang tanggapan benarkah daerah Besut ketinggalan daripada segi pembangunan berbanding daerah lain di negeri ini.

Beliau berkata konvensyen itu dijangka dihadiri 1,000 jemputan dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh akan menyampaikan ucaptama.

Berita Bertarikh Pada 16 November 2012 4:55 PM

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Visit Terengganu - Pantai <b>kemasik</b> Kemaman Terengganu | Jijote <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 10:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sibuk sungguh sejak kebelakangan ni walaupun sempat juga luangkan masa shoot landscape dan buat editing tapi nak update blog memang tak sempat langsung ...tapi walau camnerpun setiap bulan seboleh2nya kenalah ...

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Perantau anjur Kembara 2012 pada 15 Dis ~ Berita Cerita Dunia <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2012 07:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau Anak Tranung, Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program Kembara Perantau 2012 pada 15 Disember ini untuk balik kampung bersama ahli-ahlinya yang tinggal di Lembah Klang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno.
"Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang hendak balik ke kampung halaman dapat berkonvoi bersama," kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Zulhilmi Abd Rahman Attakiri.
Menurut beliau lagi, program akan bermula sebelah pagi dan dijangka tiba di tapak program pada sebelah petang.
Beliau yang juga setiausaha penganjur konvoi memberitahu, mana-mana warga Perantau yang tinggal di luar Lembah Klang seperti dari Perak, Johor, Pahang dan sebagainya boleh menyertai konvoi Kembara Perantau 2012 dengan menunggu di plaza tol Jabor pada masa yang akan ditetapkan nanti.

Tambahnya, tarik tutup penyertaan adalah pada 7 Disember.
Maklumat lanjut berhubung dengan penyertaan program boleh menghubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Hospital <b>Dungun</b> – Sakit <b>di</b> bahagian dada tetapi diarah membuka <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 08:21 AM PDT

DUNGUN – Seorang petugas lelaki di sebuah syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan member rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.

Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun. – Bernama (SH)

ads