Isnin, 2 Julai 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Langgar lari, warga emas maut <b>di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 25 May 2012 05:29 AM PDT

BESUT: Seorang warga emas maut dalam kejadian langgar lari di kilometer 16 Jalan Kuala Besut-Kampung Raja, awal hari ini.

Yusof Abdullah, 68, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata warga emas terbabit dilapor dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan ketika dia berjalan berseorangan di tepi jalan itu pada pukul 3.30 pagi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut melalui talian 09-6956222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Wawasan Kita: Karnival Kesihatan Felda Kerteh 5

Posted: 01 Jul 2012 07:10 PM PDT

Alhamdulillah siri Karnival Kesihatan IKRAM Kemaman diteruskan ke lokasi baru. Kali ini pada 23 Jun 2012 yang lalu, kami ke Felda Kerteh 5. Satu penempatan peneroka Felda di daerah Kemaman yang begitu tersusun. Terdapat 357 buah rumah peneroka di Felda ini yang bermula sejak pertengahan tahun 1980an. Dengan kerjasama pihak pengurusan Felda dan juga pertubuhan-pertubuhan tempatan, program ini telah berjaya mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran dan forum kekeluargaan. Senamrobik diketuai bekas jaguh lompat kijang negara Zaki Sadri dan isteri beliau. Manakala pemeriksaan kesihatan percuma diketuai para doktor IKRAMHealth Terengganu diketuai Dr Nurul Jannah yang betugas di Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama Klinik Kesihatan Ketengah Jaya. Forum kekeluargaan pula menampilkan YDP IKRAM Kemaman Ustaz Hj Mazlan Ahmad dan Ketua Wanita IKRAM Terengganu Ustazah Siti Khatijah Dibok yang juga seorang tenaga pengajar SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Forum ini diketuai moderator Hjh Noor Ashikeen Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua Wanita IKRAM Terengganu.

Kesempatan bersama program ini di felda ini mengingatkan saya tentang kehidupan awal saya yang dilahirkan dan dibesarkan di dua buah felda di daerah Bentong, Pahang  - yang pertama Felda Lurah Bilut yang merupakan tempat kelahiran dan juga Felda Kg Sertik yang merupakan tempat saya menyempurnakan persekolahan rendah saya selama enam tahun. Nostalgia kehidupan di felda masih segar terutama sekali bila membanding kehidupan yang serba susah ketika itu dengan kehidupan yang lebih baik yang dinikmati warga felda hari ini.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Semalaman <b>di</b> Dungun | defarhano.com

Posted: 02 Jul 2012 03:04 AM PDT

Share Kongsikan artikel ini dengan rakan anda dan Tinggalkan komen di bawah Entri ini. Jangan jadi Silent Readers... (",)Terima Kasih Sayang...



Sabtu bertolak dari Gombak, KL ke Dungun hampir jam 9 malam melalui Lebuhraya Pantai Timur, Caj Harga Tol Gombak RM5, Tol Bentong RM3 dan seterusnya Tol Jabor di Penghujung Highway LPT RM21. Kos keseluruhan Tol ke Dungun,Terengganu ialah RM29. Terengganu belum ada tol lagi sebab LPT 2 belum dibuka lagi, kalau dah buka nanti adalah cajnya... (",)

Dengan pemanduan mencecah 150km/j defarhano sampai di Exit Tol Jabor dalam masa 2 jam sahaja dari Gombak dan berhenti makan berdekatan Chendor di Restoran Ayah Man. Sebelum sambung semula perjalanan ke Dungun yang mengambil masa hanya 1 jam perjalanan. Time ni dah tukar driver, adik ipar yang bawa.(laju juga dia bawa..) Defarhano pula amek turn tidor je kat belakang... PeNaT (",)

Al-kisahnya, hari Ahad tidur sampai jam 10 pagi. (",) Tu nasib tidur, kalau tak tidur tak tahulah sebab petang tu balik ke Putrajaya defarhano drive sorang-sorang je.... Bertolak dari Dungun ke Kemaman dan seterusnya Kemaman ke Putrajaya dengan perjalanan yang lancar tapi sangkut jammed selepas Tol Bentong RM3, nak kata teruk tak jugak, tapi lembap gila cam siput sedut (belum musim raya lagi...) sejam lebih baru sampai Tol Gombak RM5. Dan terus redah jalan jammed di MRR2 sebelum sampai Putrajaya jam 12 malam. 6 Jam masa perjalanan dari Kemaman ke Putrajaya...ni sebab jalan jammed punya pasal... 

Dan akibatnya Defarhano terlepas Final UERO 2012 Spain vs Italy yang berkesudahan Spain menang 4-0. Tahniah Spain...!!! Tapi dapat pergi kerja dengan selesa walaupun badan letih perjalanan semalam... (",)

Komen Defarhano : Gambar tu waktu gi beli ikan dari nelayan/peraih yang baru sampai ke pantai... ikan segar dan murah...sedapnye...







Share Sudah Share Artikel Ini, Anda Bila Lagi??? Like,Share dan Jangan Lupa Komen di bawah Entri ini. Terima Kasih Sayang...

Atlet Sukma Terlibat Nahas | BERITA TERBARU!

Posted: 01 Jul 2012 07:45 PM PDT

Bahagian hadapan bas SUK terperosok masuk ke dalam parit kecil di tepi jalan.

KEMAMAN – Seramai 20 pemain hoki Terengganu yang dalam perjalanan ke Kuantan untuk mengadakan latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, berdepan detik cemas apabila bas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.

Kejadian berlaku di Kilometer 166 Jalan Jerangau–Jabor, berhadapan Pejabat Felcra Sungai Pergam, Air Putih, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, bas yang dinaiki kesemua atlet lelaki itu berlanggar dengan sebuah kereta Proton Perdana, mengakibatkan pemandu kereta berumur 34 tahun yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu mengalami kecederaan dan patah kaki kanan.

Bagaimanapun, kesemua atlet dan pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat keluar dari bas. Isteri pemandu kereta terbabit yang berusia 25 tahun dan duduk di kerusi penumpang hadapan juga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta yang dinaiki mereka remuk teruk di bahagian hadapan.

Sinar Harian difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit cuba mengelak dua kenderaan dari arah bertentangan yang memotong dua bas di hadapan. Ia menyebabkan bas itu terbabas masuk ke dalam parit hingga cermin hadapannya tercabut.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa atlet hoki lelaki itu sedang berkonvoi bersama sebuah lagi bas SUK yang membawa atlet hoki wanita yang berada di belakang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu kereta yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut.

About The Author

Pemberita Blog merupakan penulis blog 2dayblogger.com. Berkerja 24/7 untuk mencari berita-berita terbaru dan menarik untuk dikongsikan bersama-sama para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca berita-berita yang di post di blog 2dayblogger.com ini.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


keluargaku: TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR <b>DI CHUKAI</b>

Posted: 04 May 2012 09:35 PM PDT

 Selepas solat Jumaat Tan Sri mengambil masa 10 minit untuk menyatakan keperluan Bersih dalam pilihanraya di Malaysia dan ketirisan dalam pemerintahan BN.  Perlunya rakyat menolak BN dalam PRU13 nanti.
 4 Mei 2012 Jumaat jam 5 petang diperkarangan Pejabat PAS kawasan Kemaman. Hi Tea bersama Tan Sri Abdul kadir 
 Dari kiri Ustaz Alias, Tuan Haji Ismail pengerusi Hi Tea, Tan Sri dan Tuan Haji Hanafiah. 
 Ucapan ringkas daripada Ustaz Azman Sapawi yang memberi maklumat terkini tentang perkembangan hijrah artis dan ahli sukan kepada PAS. Terima kasih juga ucapan Ustaz Azman yang memberi arah tujuan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan ikrar setia PAS dalam memperjuangan Islam di Malaysia melalui Pilihanraya secara demokrasi. Sekiranya DAP tidak ingin HUDUD, DAP boleh keluar dalam Pakatan Rakyat.
 Dalam ucapan ini, Tan Sri memberi pujian kepada Tokoh UMNO lama yang katanya betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Dan juga kepada ahli bawahan UMNO yang tidak tahu menahu tentang politik atasan. Bagi Tan Sri, ahli UMNO bawahan tidak berdosa. Oleh itu perlulah Pakatan Rakyat mengajak dan membawa mereka-mereka ini kepada kumpulan PR untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.  Kepada yang belum lagi mendengar ucapannya silalah hadir untuk lebih jelas lagi apa yang hendak disampaikan. Selepas itu fikir-fikirkanlah apa yang patut anda lakukan. Jangan cepat melatah....
Sekitar Hi Tea bersama Tan Sri Abdul Kadir.

ads