13 di jabor - Google Blog Search |
Semalaman <b>di</b> Dungun | defarhano.com Posted: 02 Jul 2012 03:04 AM PDT Share Kongsikan artikel ini dengan rakan anda dan Tinggalkan komen di bawah Entri ini. Jangan jadi Silent Readers... (",)Terima Kasih Sayang... Sabtu bertolak dari Gombak, KL ke Dungun hampir jam 9 malam melalui Lebuhraya Pantai Timur, Caj Harga Tol Gombak RM5, Tol Bentong RM3 dan seterusnya Tol Jabor di Penghujung Highway LPT RM21. Kos keseluruhan Tol ke Dungun,Terengganu ialah RM29. Terengganu belum ada tol lagi sebab LPT 2 belum dibuka lagi, kalau dah buka nanti adalah cajnya... (",) Dengan pemanduan mencecah 150km/j defarhano sampai di Exit Tol Jabor dalam masa 2 jam sahaja dari Gombak dan berhenti makan berdekatan Chendor di Restoran Ayah Man. Sebelum sambung semula perjalanan ke Dungun yang mengambil masa hanya 1 jam perjalanan. Time ni dah tukar driver, adik ipar yang bawa.(laju juga dia bawa..) Defarhano pula amek turn tidor je kat belakang... PeNaT (",) Al-kisahnya, hari Ahad tidur sampai jam 10 pagi. (",) Tu nasib tidur, kalau tak tidur tak tahulah sebab petang tu balik ke Putrajaya defarhano drive sorang-sorang je.... Bertolak dari Dungun ke Kemaman dan seterusnya Kemaman ke Putrajaya dengan perjalanan yang lancar tapi sangkut jammed selepas Tol Bentong RM3, nak kata teruk tak jugak, tapi lembap gila cam siput sedut (belum musim raya lagi...) sejam lebih baru sampai Tol Gombak RM5. Dan terus redah jalan jammed di MRR2 sebelum sampai Putrajaya jam 12 malam. 6 Jam masa perjalanan dari Kemaman ke Putrajaya...ni sebab jalan jammed punya pasal... Dan akibatnya Defarhano terlepas Final UERO 2012 Spain vs Italy yang berkesudahan Spain menang 4-0. Tahniah Spain...!!! Tapi dapat pergi kerja dengan selesa walaupun badan letih perjalanan semalam... (",)
Share Sudah Share Artikel Ini, Anda Bila Lagi??? Like,Share dan Jangan Lupa Komen di bawah Entri ini. Terima Kasih Sayang... | ||
Atlet Sukma Terlibat Nahas | BERITA TERBARU! Posted: 01 Jul 2012 07:45 PM PDT Bahagian hadapan bas SUK terperosok masuk ke dalam parit kecil di tepi jalan. KEMAMAN – Seramai 20 pemain hoki Terengganu yang dalam perjalanan ke Kuantan untuk mengadakan latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, berdepan detik cemas apabila bas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. Kejadian berlaku di Kilometer 166 Jalan Jerangau–Jabor, berhadapan Pejabat Felcra Sungai Pergam, Air Putih, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, bas yang dinaiki kesemua atlet lelaki itu berlanggar dengan sebuah kereta Proton Perdana, mengakibatkan pemandu kereta berumur 34 tahun yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu mengalami kecederaan dan patah kaki kanan. Bagaimanapun, kesemua atlet dan pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat keluar dari bas. Isteri pemandu kereta terbabit yang berusia 25 tahun dan duduk di kerusi penumpang hadapan juga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta yang dinaiki mereka remuk teruk di bahagian hadapan. Sinar Harian difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit cuba mengelak dua kenderaan dari arah bertentangan yang memotong dua bas di hadapan. Ia menyebabkan bas itu terbabas masuk ke dalam parit hingga cermin hadapannya tercabut. Dalam kejadian itu, bas yang membawa atlet hoki lelaki itu sedang berkonvoi bersama sebuah lagi bas SUK yang membawa atlet hoki wanita yang berada di belakang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu kereta yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut. About The AuthorRelated posts |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan