Sabtu, 8 Mac 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kanak-kanak 4 tahun maut kemalangan <b>di Marang</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 06:46 PM PST

Baju Muhamad Aizat yang berlumuran darah masih berada di lokasi kemalangan.

"Adik nak gi dekat Acik," demikian kata-kata terakhir, Muhamad Aizat Iskandar Sulaiman, 4, kepada ibunya, Roslaini Ismail, 40, sebelum maut dilanggar sebuah motosikal tidak jauh dari rumahnya, di Jalan Gong Merawang, di sini, petang kelmarin.

Semasa kejadian, Muhamad Aizat dipercayai hendak melintas jalan menemui kakak dan dua abangnya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda.

Menurut Roslaini, tidak sampai 10 minit selepas anak bongsunya keluar dari rumah, hatinya tersentap apabila terdengar bunyi bising orang ramai mendakwa seorang kanak-kanak dilanggar motosikal di persimpangan jalan berdekatan rumahnya.

"Saya terus ke simpang jalan selepas dimaklumkan kanak-kanak yang dilanggar itu adalah anak bongsu saya.

"Menggeletar tubuh saya apabila diberitahu mengenainya, namun saya tetap beranikan diri untuk melihat keadaan sebenar sama ada dia Aizat atau bukan," katanya.

Roslaini yang tiba di tempat kejadian hampir rebah apabila melihat mangsa berlumuran darah didukung seorang lagi anaknya, Muhamad Faizal, 11, dan dalam masa sama melihat dua lagi anaknya, Norfaizah, 14 (Acik), dan Awang, 7, menangis.

Dia bagaikan hilang punca, tambahan suaminya, Sulaiman Awang, 40, tiada di rumah kerana keluar bekerja di kebun getah di Kelulut.

"Anak saya (Muhamad Faizal) juga tak beri budak yang langgar itu bawa adiknya ke hospital, dia sanggup dukung adiknya ke rumah. Saya dapati Aizat luka di dahi, betis, tangan dan kakinya patah serta kepalanya berdarah.

"Faizal kata jantung adik juga tiada denyutan, jadi kami terus bawa Aizat dengan kereta saya ke Klinik Kesihatan Marang untuk diperiksa," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Selepas pemeriksaan, pembantu perubatan klinik berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah sebelum perkara itu dimaklumkan kepada bapa mangsa dan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Sulaiman Awang, 40, tidak sanggup melihat anaknya dari dekat kerana pernah melalui pengalaman sama apabila anak sulungnya, Nurul Fazira juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Arwah kakaknya ketika itu berumur 16 tahun dan meninggal dunia selepas dilanggar kereta ketika menunggang motosikal hampir empat tahun lalu, semalam (kelmarin) saya dikejutkan lagi dengan kejadian sama tetapi menimpa anak bongsu pula," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira  jam 6 petang dan siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa ketika hendak melintas jalan," katanya.

Difahamkan, penunggang motosikal berumur 17 tahun bagaimanapun tidak cedera, manakala jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seberang Marang di sini, pagi semalam.-sh

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Feb 2014 07:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 07:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2013 07:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fyra punye belog: <b>Di</b> Mess Perwira, PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 18 Jul 2013 11:09 PM PDT

I suka berada di bilik bujang hubby di Mess Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Walaupun tak seselesa seperti rumah sewa kami di Kuantan, tapi i seronok berada di sini sebab berada di sisi suami. Beradalah di mana-mana pun asalkan di sisi dia. Bilik kecil yang dilengkapi perabot dan tandas menjadikan kami menjalani kehidupan yang sederhana berdua. Tapi tulah, i tak boleh nak masak sebab takda dapur. Kat sini pun takda masalah makanan sebab dalam Mess sendiri ada sediakan juadah tengahari dan malam (cuma antara rajin tak rajin nak ambil je). Sedap juga makanannya, i dah rasa. Kalau hubby tak posting ke sini, tak merasalah i berjalan ke negeri negeri belah sini.
 Kecik comel je biliknya

Sangat berinspirasi untuk mengupdate blog di sini 
 Waktu sahur selalunya grab je apa yang ada atas meja
Permandangan dari pintu belakang. Hubby parking kereta kat situ, selalu hubby lompat je penghadang tu (i pun sama lompat juga)
Since i ada sini, bilik hubby bersih kemas je sentiasa. Cuba kalau i tak ada? Ayam pun teringin tumpang bertelur agaknya. I tak suka sepah sepah (tapi kereta hubby, i suka sepahkan).
Kat sini makan best, jauh dari kesesakan, banyak pantai, jauh dari annoying people juga. Cuma part tak best i tak boleh nak masak je. 
Nanti balik Kuantan, kite masak sedap sedap untuk sayang, ya? 

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fyra punye belog: Cerita <b>di</b> PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:46 AM PDT

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.


Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 



I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.
Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.
Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)
Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.
Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak

I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.

<b>GONG KEDAK</b> AFB - My Airforce Life - Blogger

Posted: 09 Sep 2013 03:49 PM PDT


Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (Kod IATA/ICAO: WMGK) adalah sebuah merupakan salah satu pangkalan udara yang termuda dalam TUDM dan merupakan lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. 70% dari keseluruhan kawasan pangkalan terletak dalam daerah Pasir Putih dalam negeri Kelantan tetapi alamat rasminya di Jerteh dalam Daerah Besut, negeri Terengganu.  PU Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM dan menempatkan No. 11 Skuadron (pesawat Su30MKM.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. 


Sejarah Pangkalan Udara Gong Kedak bermula dengan kewujudan sebuah landasan kapal terbang sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi di sini yang dibina pihak Tentera Udara British. Landasan ini (menurut satu sumber) juga digunakan oleh tentera udara Jepun untuk mendaratkan pesawatnya masuk ke Tanah Melayu dalam Kempen Malaya dari arah udara. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula awal tahun 1970-an sehingga tahun 1989, landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja. 
Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Peteri. Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Keseluruhan kawasan kem TUDM Bukit Peteri ini terletak dalam negeri Terengganu. Pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998. 
Di peringkat awal penubuhannya, pangkalan ini menempatkan sementara Pusat Latihan Terbang III dengan pesawat PC7 yang dipindahkan dari Pangkalan Udara Kuantan.  Dengan ketibaan pesawat Su30MKM, kesemua pesawat PC7 di PULTIBANG III digabungkan dengan PULATIBANG I di Pangkalan Udara Alor Setar.


Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah (sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu) untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000



Keunikan PUGK adalah dapat 'enjoy' cuti hari kelepasan untuk dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (dan sudah tentu cuti am Persekutuan). 


Masjid PUGK bersebelahan dengan MQ (Bukit Petri)
Senarai Komander Pangkalan
  1. Lt Kol Mohd Salleh bin Ahmad TUDM(1998 - 2000)
  2. Lt Kol Abdul Malek bin Zakaria TUDM (2000 - 2002)
  3. Lt Kol Ahmad Zainuddin bin Ahmad Zakaria TUDM (2002 - 2005)
  4. Lt Kol Abdul Razak bin Ahmad TUDM (2005 - 2007)
  5. Lt Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2007 - 2008)
  6. Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2008 - 2009)
  7. Kol Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM (2009 - 2011)
  8. Brig Jen Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM 92011 - kini)



PUGK merupakan pangkalan pertama dalam TUDM yang mendapat perjawatan rasmi yang meng'upgrade'kan jawatan Ketua Cawang Materiel ke pangkat Lt Kol TUDM.

PELUANG KE PUGK

Kali pertama aku sampai ke pangkalan ini ialah di awal tahun 90an ketika itu hanya ada TUDM Bukit Peteri.  Aku (masa itu berpangkat Mejar)  bercuti bersama keluarga ke pantai timur melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Grik, Perak.
Perancangan awal, dari KL aku menginap satu malam di sebuah chalet di Teluk Muruh (Lumut, Perak) kemudian menuju ke utara dengan niat untuk ke Langkawi.  Tapi tiba di Kuala Kangsar, aku mengubah fikiran serta-merta, batalkan Langkawi menuju ke Kota Bharu. Aku mengubah haluan ke arah Grik dan memasuki Lebuhraya Timur-Barat (LTB).  Pengalaman pertama (sekali itu sahaja setakat ini) melalui lebuhraya yang menggerunkan itu.  Hutan sepanjang jalan, melalui cerun perbukitan, senyap (tidak banyak kenderaan).  Sentiasa risau jika bertemu kawanan gajah atau Pak Belang.  Kereta aku pun bukanlah elok sangat. Akhirnya dengan izin Allah dapat keluar di Jeli sebelum ke Kota Bharu.  Memandu kereta Proton Saga 1.3, WBK 1718.
merentasi jambatan Tasik Temenggor
papan tanda yang menggerunkan pengguna LTB

Setelah bermalam di sebuah hotel kelas rendah (masa tu mana ada duit) di KB, aku meneruskan perjalanan ke arah Terengganu melalui Pasir Putih dan singgah di Bukit Peteri. Aku menumpang tidur di Mes Pegawai 321 Skn.  Untuk dijadkan cerita, aku terkandas di sana selama 2 malam.  Hujan lebat selama dua hari tanpa berhenti-henti. Dan malam tersebut, isteriku dikejutkan dengan gangguan misteri di tengah malam.  Aku yang kepenatan memandu jarak jauh memang tidur mati.  Katanya, tengah malam, ada orang ketuk pintu di luar bilik.  Bila dibuka, tiada siapa.  Beberapa kali macam itu.  Alhamdulillah, abis macam itu sahaja.

Malam pertama di sana, KCM Mej Rusli Ibrahim (coursemate basic course) sekeluarga belanja kami makan di sebuah resoran di pekan Jertih.

Sambung tadi mengenai hujan lebat.  Masuk hari ke3 di sana, aku pun dah tak larat nak tunggu, maklumlah keadaan di sana bukan macam sekarang, nak cari makan jauh, kena keluar ke pekan Jertih. Dah lah tu, siang malam hujan. Tak boleh bergerak.  Aku buat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Dalam hujan lebat, membulatkan fikiran memandu menuju ke arah Terengganu.  Jalan ke arah jambatan di pekan Kuala Besut sudah dinaiki air hampir satu kaki.  Aku memberanikan hati mengikuti belakang lori menyeberangi jambatan itu. Meneruskan perjalanan melalui Setiu ke arah Kuala Terengganu.  Tidak bermalam di KT tetapi aku singgah bermalam di Awang Motel, di pantai Rantau Abang. AKu tak pasti, motel ini ada lagi atau tidak.




Ada dua peristiwa ngeri semasa aku bermalam di motel ini. Pertama.  Masa itu ujung tahun- musim tengkujuh, ombak tinggi.  Aku memang tak berani mandi laut dan tak membenarkan anak-anak aku mandi.  Petang-petang kami hanya berjalan-jalan di gigi air pantai.  Tiba-tiba satu ombang yang agak besar menghempas pantai, lampiasan ombak tersebut melepasi kami dan semasa air serpihan itu mengalir semula ke laut, ia menarik sekali pasir yang kami pijak.  Nasib baik aku pegang anak aku Atikah. Kalau tidak pasti ia ditarik oleh air ke arah lautan.  Pucat lesi aku dan isteriku. Kami bergegas pulang ke chalet.
Peristiwa kedua ialah malam semasa kami menginap.  Dalam jam 1 atau 2 pagi, kami terdengar lain macam sahaja di luar chalet kami.  Anak aku Hafeez tidur dibilik sebelah mengetuk bilik aku dan menunjuk ke arah tingkap. Dari cermin sebelah atas tingkap, kami ternampak tangan manusia memanjat melalui tingkap. Isteri aku menjerit.  Penceroboh itu melompat dan lari.
Keesokan paginya aku meneruskan perjalan meninggal pelbagai kenangan bercuti ke Pantai Timur menuju ke Kuantan (melalui jalan pantai- Marang-Kemaman-Cherating).  Aku tidak menginap di Kuantan tetapi terus pulang ke KL.
SELEPAS ITU........

Itulah tadi kali pertama aku menjejakkan kaki ke tanah Gong Kedak/Bukit Peteri.  Sejak PUGK dibuka secara rasmi pada tahun 1998, aku berpeluang ke sana antara 4 atau lima kali. Pertama mengikuti lawatan staf SISMAT (2004), lawatan kerja Panglima Logistik Udara (2009), perbarisan perpisahan Tan Sri Azizan (2011), lawatan sempena LSM/TCG Sukhoi/MiG (Mac 2012) dan yang terbaru ialah lawatan kerja bersama staf MOF (budget screening) pada 16 Mei 2012.

Mes Perwira PUGK dari hadapan

.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Persatuan Belia MBFM FELDA <b>Jerangau</b> Kekal Diterajui Azani <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 04:10 AM PST

Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau Kekal Diterajui Azani

IMG-20140228-WA0030

SEPERTIMANA di kawasan tanah-tanah rancangan FELDA yang lain, belia-belia di FELDA Jerangau juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Belia Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM).

Mesyuarat Agung Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi penggal 2014-2016, telah diadakan pada 28hb Februari 2014 yang lalu pada jam 9.30 malam, bertempat di Dewan Sivik FELDA Jerangau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kepenggunaan Koperasi, YB Roslee Daud telah merasmikan persidangan tersebut.

Nadia Shakila Majid telah dijemput sebagai pemerhati persidangan.

Nadia adalah Exco Kebudayaan MBFM Wilayah Terengganu dan juga Penyelaras Puteri UMNO DUN Ajil.

Hasil persidangan tersebut, mesyuarat telah memberikan kepercayaan kepada Mohd Azani Noor untuk terus meneraju Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi sesi 2014-2016.

Naib Pengerusi 1, Aziz Jaafar dan Naib Pengerusi 2, Raidah Abd Razet, turut dikekalkan.

Turut hadir didalam persidangan adalah Exco MBFM Wilayah Terengganu, Rashid Rida Mohammad dan Mohd Laisani Dollah.

IMG-20140228-WA0027

IMG-20140228-WA0028

IMG-20140228-WA0029

IMG-20140228-WA0030

IMG-20140228-WA0031

IMG-20140228-WA0032

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 2, 2014 - 8:10 pm oleh Shazuein Azmaini

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Baja percuma untuk penanam tembikai <b>di Batu Rakit</b>. - teganuki ta

Posted: 27 Feb 2014 02:55 PM PST

TERIMA...Bazlan menyampaikan beberapa bungkusan beg baja kepada seorang wakil penduduk sebagai sumbangan untuk mempastikan pengeluaran tanaman tembikai yang diusahakan beberapa petani di kawasan Dun Batu Rakit dapat dapat dipertingkatkan selain meringan bebanan petani, di Batu Rakit, baru-baru ini.

Bazlan berkata, pada hari pertama pembahagian baja dilakukan di Kampung Gong Darat Batu Rakit sebanyak sembilan beg di Kampung Pecah Rotan sebanyak 11 beg.

"Pada hari kedua kita memberi baja ini di tempat penanaman di Kampung Padang Kemunting sebanyak 20 beg dan dipecah rotan 35 beg dan jumlah kesemuanya ialah 75 guni baja," katanya.

Bazlan berkata, ia adalah sebagai tanda sokongan wakil rakyat terhadap penanaman tembikai itu dan juga diharap petani dapat memanfaatkan sebaik mungkin baja yang diberi itu.

"Kita memberi kepada mereka yang benar-benar mahu mengusahakan tanaman termbikai ini dan ia diharapkan dapat meringan bebanan petani terbabit. Selepas ini, Insya Allah kita akan beri lagi," katanya.- Aminudin Ismail.

 

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


bengkel penulis muda program nilam smk <b>kijal</b> - Blogger

Posted: 21 Feb 2014 09:43 PM PST

TARIKH: 5 Februari (Rabu)
MASA: 2.00 petang
TEMPAT: Bilik APD SMK Kijal
PENCERAMAH: En. Ahmad Muziru Idham b. Adnan
Pada 5 Februari yang lalu telah diadakan satu bengkel penulisan kreatif di SMK Kijal. Bengkel yang dinamakan "Bengkel Penulis Muda" ini adalah anjuran unit Program NILAM sekolah yang bertujuan untuk mengasah bakat seni penulisan kreatif di kalangan pelajar.
Bertempat di Bilik Tayangan, seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang pingat NILAM, pengawas perpustakaan sekolah serta beberapa orang pelajar yang berminat dengan seni penulisan telah berkumpul dan mendengar perkongsian ilmu daripada seorang penulis muda yang berbakat besar. Beliau ialah saudara Ahmad Muziru Idham bin Adnan, pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 bagi sajaknya yang bertajuk "Suluk Rohaniah II". Beliau merupakan seorang penulis muda yang sedang mencipta nama di peringkat nasional.
Aktiviti yang berlangsung selama dua jam itu sarat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman. Para peserta mendengar dengan penuh minat serta bertanya banyak soalan kepada penceramah. Bengkel tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang berakhir pada pukul 4.30 petang. Hasil maklum balas daripada peserta menunjukkan kesediaan untuk turut menghadiri sebarang bengkel susulan sekiranya diadakan pada masa akan datang.

ads