Selasa, 22 Januari 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Gambar Honeymoon Fasha Sandha Dan Jejai <b>Di Pulau Redang</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 10:52 PM PDT

Posted: 10 May 2012 at 1:52 pm  

Gambar Honeymoon Fasha Sandha Dan Jejai Di Pulau Redang
Fasha Sandha dan suaminya Jejai yang baru berkahwin pada 27 April 2012 yang lepas nampaknya memilih Pulau Redang di Terengganu sebagai lokasi berbulan madu diaorang.. Ternyata pilihan mereka berdua tidak silap kerana di Malaysia sendiri juga banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.. Fasha Sanda dan Jejai yang baru pertama kali berkunjung Ke Pulau Redang nampak begitu bahagia dan gembira sekali dengan honeymoon mereka…

Fasha Sandha dan Jejai yang dikatakan menetap di 'The Taaras Beach & Spa Resort' nyata gembira dengan pilihan mereka untuk berhoneymoon di dalam Negara dengan menganggap dirinya sebagai wanita paling gembira didunia ini..

Subhanallah, cantiknya tempat ni. First time for both of us. Omg, cantik sgt….
Honeymoon di Malaysia adalah pilihan yg terbaik. Seriously, i am the happiest woman alive :)

Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok gambar berbulan madu Fasha Sandha dan Jejai di Pulau Redang kat bawah ni.. MyGosip harap kebahagiaan diaorang akan berkekalan sehingga ke anak cucu hendaknya…

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Glamorous Blogger MrJocko: Teringat-ingat : Aktiviti Snorkling <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 09:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Glamorous Blogger MrJocko: Teringat-ingat : Aktiviti Snorkling Di Pulau Perhentian. 2 minggu lepas oleh MrJocko di mrjocko.com. Its a lifestyle personal blog for MrJocko, travel, foods and daily lifes with his jobs and friends. Baca Selanjutnya ...

Teringat-ingat : Aktiviti Snorkling <b>Di Pulau Perhentian</b> - MrJocko

Posted: 05 Jan 2013 08:30 PM PST

Untuk mereka yang sukakan pantai dan laut, Pulau Perhentian sememangnya akan menjadi salah satu tarikan percutian yang terbaik. Banyak tarikan yang ada di Pulau Perhentian ini termasuk keindahan pantai, kawasan snorkling dan batu karang yang cantik serta pelbagai pilihan makana laut yang segar ada di sini.
Kali pertama MrJocko berpeluang ke Pulau Perhentian pada tahun 2007 sewaktu percutian bersama kawan-kawan sepejabat ketika masih bersama Bank Negara. Sudah lebih 5 tahun cerita snorkling ini, tetapi saja MrJocko nak up balik kenangan lama. Teringin nak snorkling lagi.
InsyaAllah, kalau ada masa, akan plan ke Pulau Perhentian lagi tahun 2013. Lama dah tak ke sana, walaupun jarak Kuala Besut dengan Kampung Kandis, rumah arwah Datuk MrJocko cuma lebih kurang 10 km sahaja.



13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Terkini: 4 Rentung Kemalangan Bas-Kereta <b>Di Kemaman</b>

Posted: 22 Dec 2012 04:52 PM PST

Empat mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di depan IKBN Kemasik di Kemaman kira-kira jam 1 pagi tadi.

(3 GAMBAR) Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kemalangan Di Kemaman

Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya.

Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.

Mohd Sabiren merupakan seorang guru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.

Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun.

"Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mungkin jalan licin menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

"Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu di musim hujan ini berikutan jalan licin dan jalan berlopak. Ini kerana dalam tempoh dua minggu ini, dua hingga tiga kes maut dicatatkan disebabkan faktor itu," katanya.

Mayat Mohd Sabiren yang pertama dibawa keluar disusuli Siti Aisyah yang rentung keseluruhan badan, diikuti Halina yang rentung sehingga ke paras pinggang dan yang terakhir Siti Khatijah yang rentung keseluruhan badannya.

Sementara itu, pemandu serta lapan penumpang bas ekspres itu mengalami cedera ringan termasuk seorang yang patah kaki ketika cuba menyelamatkan diri sebelum bas tersebut terbakar.

Seorang penumpang Wan Mohd Al-hakim Wan Yusoff, 27, berkata semasa kejadian dia baru sahaja hendak tidur selepas berbalas khidmat pesanan ringkas bersama rakannya.

Namun tiba-tiba dia terasa bas terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat serta jeritan meminta tolong dari luar bas.

"Saya terjaga dan nampak kereta telah melanggar bas yang saya naiki selain itu saya turut mendengar jeritan dari luar bas namun saya tidak berani nak tengok dan lihat api dari depan bas.

"Masa itu hanya fikir nak selamatkan anak saya Wan Mohd Adam Al-Haqq dan saya mencari anak yang jatuh dari tempat duduk dan terlihat kepulan asap di dalam bas," katanya.

Wan Mohd Al-hakim berkata kesemua penumpang cuba menyelamatkan diri namun gagal kerana pintu berkunci sebelum seorang daripada penumpang memecahkan pintu utama untuk membolehkan mereka keluar.

Akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan punggung manakala seorang lagi penumpang Mohd Faiz Sulihan, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Homestay Kuala Berang, Ajil, <b>Wakaf Tapai</b>, Marang

Posted: 22 Jan 2013 05:13 AM PST

HOMESTAY   WAKAF TAPAI / AJIL / MARANG /KUALA BERANG
(TAMAN TAPAI INDAH).

Hubungi  013-9953389 / 01119983281 ( mohd Azwan) atau  013-9255701  (Cik Som)

Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil dan Wakaf Tapai
RM 110.00 untuk 2 hingga 5 malam

RM 90.00 melebihi 6 malam

- 2 buah bilik kelamin (double bed) dan  1   bilik single.
- ada air-cond, televisyen, cerek elektrik, rice cooker, peti ais dll


1. 1KM - IKBN,  AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT (WAKAF TAPAI)

2. 8KM - KUALA BERANG
3. 16 KM - AIR TERJUN SEKAYU, PULAU KAPAS
4. 23 KM - KUALA TERENGGANU, TASIK KENYIR
5. 4KM ke Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) 

6. 8KM ke Politeknik Hulu Terengganu 
7. 16KM ke MRSM Kuala Berang
8. 16KM Ke Sek. Men. Sains Hulu Terengganu
9.  Taman ini terletak di pekan Wakaf Tapai- ada pasar malam, pasar raya xiri, kedai runcit, kedai makan, sekolah rendah dan menengah


                       Plastik tilam tak sempat bukak lagi dah snap gambar. Plastik akan dibuka kemudian ye....









                                         












di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Part Liar <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 19 Jan 2013 08:39 PM PST

Terengganu Darul Iman mungkin hanya sekadar pada nama sekarang. Dulu Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima Islam di Tanah Melayu, dan juga tempat ulamak-ulamak mengembangkan agama Islam. Tapi sekarang makin rosak. Ya, bukan semua yang terikut-ikut dengan benda ni. Tapi bak kata orang-orang tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Masa aku tengok gambar-gambar ini di share oleh seorang kawan di facebook, persepsi pertama aku adalah ini mungkin berlaku di Pantai Barat. Namun aku silap. Rupa-rupanya berlaku di negeri sendiri, Terengganu Darul Iman. Secara spesifik, di Kuala Ibai.

Parti ini diberi nama "Bring It To The Max Party". Memang celaka lah orang yang anjur parti ni, dan juga yang pergi.

Memang aku geram. Sampai hilang sikit demam aku hari ni. Nah, tengok lah sendiri.

Aku print screen gambar ni lepas dapat tahu owner dah remove album ni.

p/s: Jom ubah, sebelum parah. If u know what i mean.
p/s: aku terpaksa hide komen. bahaya.

Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Jan 2013

Posted: 10 Jan 2013 11:45 PM PST

JAWATAN:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/Iklan/viewer.php

Tarikh Tutup : 14 Jan 2013

ads