Khamis, 10 Mei 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Loji Gas Petronas <b>Di Paka</b> Meletup | Akid azami

Posted: 10 May 2012 04:56 AM PDT

Loji pemprosesan gas petronas di paka meletup - Ada yang tanya aku, berita ini betul atau palsu? Jawapan dia betul sebab berita harian pun update pasal loji meletup ni. Berdasarkan sumber, letupan berlaku sekitar jam 3 petang tadi.


Dikhabarkan seramai 10 mangsa cedera dalam insiden letupan loji pemprosesan gas 3 (gpp3) ni. 3 mangsa mati. 4 daripada 10 mangsa tadi dilaporkan terbakar peringkat 4 yang bermaksud terbakar teruk. Perghh.. Rasanya mungkin kemalangan ni disebabkan kecuaian pekerja. Insiden macam nilah buat aku takut nak kerja dalam sektor loji-loji ni. Berbalik pada topik, punca insiden ni masih disiasat. 
Semua mangsa dikejarkan ke hospital dungun untuk rawatan dan kebakaran berjaya dipadamkan bomba sekitar jam 3.20 petang. Anyway, harap-harapnya 10 mangsa tu selamatlah. Rasanya lepas ni agak molek kalau pihak petronas ketatkan lagi peraturan dan tingkatkan lagi pengawasan pekerja masa bekerja supaya kejadian macam ni tak berlaku lagi. 

488 : Program Beronok-Ronok <b>Di Paka</b> Terengganu Dan Kuantan <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 10:54 PM PDT

Lena tido di kawasan kampung. Sejuk dan nyaman walaupun tak menggunakan air-con atau kipas bagai. Pagi itu kami dijamu dengan laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih untuk bersarapan. Terima kasih kepada tuan rumah. Selepas sarapan kami bersiap2 dan meninggalkan Felda Kerteh 5 lebih kurang pukul 10 pagi menuju ke Kuantan.


Kami singgah sebentar di kawasan pantai Paka (tak tahu la plak nama pantai ni ape) untuk melihat2 permandangan kawasan pantai di situ. Pantainya bersih dan boleh mandi kalau nak, tetapi semasa kami berada di situ, takde sorang pon yang mandi, hehehe. Kami mampir di sebuah gerai untuk tujuan minum air kelapa membasahi tekak tetapi akhirnya kami termakan keropok lekor dan ketupat sotong. Huh.. first time makan ketupat sotong, sedap rupenye. Kene singgah Paka lagi lah nampaknye next time.. hehehe.


Perjalanan kami diteruskan ke Kemaman untuk berjumpa seorang rakan kepada sahabat kami yang tinggal di Kemaman. Tiba di Kemaman lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Belum sempat keluar kereta, rakan kepada sahabat tu pon tiba. Kami dibawa ke sebuah kedai bernama Hai Peng Kopitiam. Katenya popular, tapi aku tak pernah dengar pon, siap ade plak JJMC lagi tu. Kami hanya minum dan makan makanan ringan sahaja memandangkan perut masih kenyang melantak keropok lekor dan ketupat sotong tadi.

Borak punya borak, minum dan makan, akhirnya kami meminta diri lebih kurang pukul 2.30 petang. Perjalanan kami masih jauh rupenya. Kami tiba di hotel penginapan kami lebih kurang pukul 4.00 petang. Malangnya kami yang jejaka2 ni tak dapat check in lagi memandangkan bilik sedang dikemas. Terpaksalah kami lepak di lobby sementara menunggu. Setengah jam kemudian, barulah kami boleh check in. Biliknya bersih dan selesa. Siap dengan kemudahan asas laen seperti tv, cerek dan peralatan mandi. Tandas juga bersih. Kami berehat sebentar kemudian makan tengahari dengan nasi dagang yang dibekalkan oleh ibu sahabat kami, Siti. Selera betul makan, makin sedap plak nasi dagang tu, licin semuanya.

Kami keluar kembali lebih kurang pukul 5.30 petang menuju ke UIAM Kuantan untuk mengambil adik kepada salah seorang sahabat kami kerana dia nak ikut percutian kami ni. Destinasi kami seterusnya adalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan. Katanya ikan bakar di sini sedap, kurang periksa plak, tu yang kami nak try. Tanjung Lumpur tak jauh dari pusat bandar Kuantan, kurang 30 minit sudah sampai bergantung kepada keadaan trafik. Banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan makanan laut bakar, tom yam dan sebagainya. Tak tahu yang mana sedap, semuanya penuh. Kata seorang abang sahabat kami, Marina Tom Yam paling best. Tapi sekitar Tanjung Lumpur tu ade 2-3 restoran bernama Marina, tak pasti plak restoran mana yang dimaksudkan. Akhirnya kami memilih untuk makan sahaja di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kami telah memilih untuk makan hidangan2 seperti dalam gambar di bawah.
Ermm... ok ok aje lah makanan di restoran ni, takde la sedap sangat. Servis pon agak lambat dan dua kali salah hantar makanan yang kami tak order. Kalau berminat, boleh la cube sendiri.
Program kami malam itu diteruskan ke Telok Cempedak. Ramai sungguh orang di sini walaupon takde aper pon yang menarik, hehehe....

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Kapas</b> | The Thrifty Traveller

Posted: 30 Apr 2012 02:44 AM PDT

Pulau Kapas

Pulau Kapas is a lovely jungle clad island a few kilometres off the Terangganu coastline. It has 10 or so budget resorts along its western edge but is otherwise uninhabited.

Marang

To get there I hired a boat from the small town of Marang, about 15km south of Kuala Terengganu.

Speed boat to Kapas Island

The journey only took about 15 minutes. On arrival I walked along the beach and concrete paths which connect one bay to the next.

Pulau Kapas

The word 'Kapas' means cotton, perhaps reflecting the white colour and softness of the sand.

Monitor Lizard

Monitor lizards normally scamper away when they encounter humans so it was slightly concerning when this one kept on coming towards me.

About Face

Finally she 'monitored' my presence and ran back the way she came.

How does Pulau Kapas compare with the Perhentian Islands? Kapas is easier to get to being closer to the mainland, but this also means that it has less coral and it is not a protected marine park, unlike the Perhentians. The accommodation is pretty basic in both places. Qimi Chalet would be my preference if I were staying on Kapas. There is probably even less to do in the evenings on Kapas and fewer dining choices.

A nice place to go for a relaxing couple of days.

Rental Kiosk on Kapas

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Fact About <b>Ajil</b> | Seveners SOLO

Posted: 05 May 2012 12:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Fact About Ajil. Ini diaaaaaa si imut Ajil. Ini foto dapet dari kakaknya, kak Aya. Oh ya, ini fotonya saat Ajil ke Medan, tempat kelahirannya beberapa hari yang lalu. Imut dan ganteng ya! Ajil lahir di Medan. Sekarang Ajil tinggal ...

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


H.A.T.I: Makan Petang <b>Di</b> Kuala <b>Kemaman</b>

Posted: 16 Apr 2012 06:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Makan petang di Kuala Kemaman, ekceli ni kisah weekend 2 minggu lepas. Tapi x sempat nak publish n draft n3. Apa-apa pun, ttp nak share kat sini sebab nak tunjuk makanan-makan femes amos kat KUALA KEMAMAN ni.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Cerita Tentang Apa sahaja ? » Orang asli <b>di</b> Terengganu

Posted: 10 May 2012 08:10 AM PDT

Terengganu adalah antara negeri yang menjadi penempatan orang asli yang berasal daripada kumpulan Negrito, dan Senoi. Contohnya orang asli Semoq Beri merupakan kelompok Senoi dan Bateq pula daripada kelompok Negrito. Puak orang asli ini mmpunyai bentuk fizikal yang berbeza antara satu dengan puak yang lain. Berdasarkan sumber JHEOA, 2007 di negeri hitam putih ini terdapat lebih kurang 733 orang penduduk orang asli yang tinggal di tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Pergam di Ulu Jabor, Kemaman, Kampung Sungai Berua yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Kampung Sungai Sayap, Besut yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Bateq. Kumpulan orang asli ini rata-ratanya berpegang kepada budaya, adat resam dan kepercayaan masing-masing.

Seandainya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan orang asli di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://newpaces.com/forum/topic/670
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak sempat pulang ke kampung ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 05 May 2012 11:20 PM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun 

DUNGUN - Hasrat seorang guru pulang ke kampung menziarahi ahli keluarga berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dinaiki tiga sekeluarga itu terbabit dalam satu kemalangan dekat sini, lewat petang kelmarin.

Kejadian di Kilometer 87.2 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu Ahmad Bukhari Mohd Nordin, 30, dipercayai masuk ke laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya, sebelum berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Ahmad Bukhari berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan dan mengajar di Sekolah Menengah (SM) Agama Hasanah, Rompin Pahang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan AMBS akibat cedera parah pada bahagian dalaman serta patah paha.

Isterinya, Wan Asmahani Wan Ismail, 31, jururawat di Hospital Muadzam Shah, Pahang yang patah tangan kanan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. Manakala anaknya, Marisa Maisara yang baru berumur tujuh bulan cedera ringan.

Pemandu pacuan empat roda, Zainal Ibrahim, 45, dari Seri Bandi, Kemaman hanya cedera ringan.

Isteri Zainal, Haslina Md Yahya, 42, cedera dipinggang manakala anaknya, Syazanajihah, 20, penuntut sebuah Politeknik dan Mohd Syariz, 11, hanya cedera ringan.

Mayat arwah Ahmad Bukhari kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Rompin, Pahang.

Dalam tragedi berasingan, seorang pelajar menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Tokkah-Jerangau.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Amirul Aiman Shamsuddin, 14, terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun oleh penduduk kampung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kemalangan tersebut dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tragedi-hari-minggu-1.45791

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Gempar, Katak Merah <b>di</b> Laman Rumah

Posted: 30 Apr 2012 08:04 PM PDT

Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam.

Inilah Katak Merah Costa R.ica yang dipaparkan dalam laman web indonesia.mongabay.com yang menyerupai katak merah yang ditemui keluarga Kamsah.

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

"Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor katak berwarna merah di halaman rumah.

"Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas," katanya.

Menurut Kamsah, katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.

"Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya," katanya semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.

Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai katak merah yang dinamakan sebagai 'Katak Merah Kosta Rika' itu.

Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya 'Eleutherodactylus audanti'.

Namun, maklumat terperinci mengenai spesies katak merah itu juga tidak dinyatakan lebih lanjut.

Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies baru ditemui itu.
sumber

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 06:08 AM PDT

DUNGUN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Mahfuz Omar <b>di Kuala Berang</b>: jibby <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 06:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Mahfuz Omar di Kuala Berang: jibby Altantuya minta RM3bil dari syarikat kapal selam untuk razak baginda seorang, jibby bagi peneroka felda hanya RM15,000 seorang & RM500 seorang untuk ...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tahniah!! Pasukan Bola Sepak SK <b>Bukit Besi</b> ~ SEKOLAH <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 06:27 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada pengurus En Azri dan juga jurulatih Ustaz Fakhrurazi diatas kejayaan skuad bolasepak menjulang emas, seterusnya menjadi Johan peringkat PKG Bukit Besi. Teruskan kejayaan di peringkat Daerah pula.. Warga SK Bukit Besi mendoakan yang terbaik.. Tahniah..









13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Pelajar tingkatan empat dakwa dirogol Mat Sebu dua kali <b>di</b> dalam <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 06:46 AM PDT

|

BESUT - Akibat terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini menjadi mangsa rogol sebanyak dua kali dalam tempoh kira-kira 11 jam dalam sebuah kereta.

Sebelum kejadian pada jam 8.30 malam, Selasa lalu, ketika pelajar berumur 16 tahun itu berada di rumah dia diajak keluar oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Sebu.

Difahamkan, mangsa bersiar-siar di sekitar daerah ini dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam namun dia tidak mengingati nombor pendaftaran kereta tersebut.

Setiba di suatu kawasan di Kuala Besut, suspek memberhentikan kereta dan mereka berbual di dalam kereta tersebut.Peluang itu dikatakan diambil oleh suspek untuk merogol mangsa di dalam motokar dan selepas merogol mangsa, suspek membawa mangsa ke rumah kawannya di Rantau Panjang, Kelantan.

Keesokannya, pada jam 7 pagi (Rabu), suspek telah membawa pelajar berkenaan ke sebuah rumah yang didakwa suspek rumah kakaknya di Kuala Besut.

Namun, dia sekali lagi dirogol oleh suspek di dalam kereta yang sama di kawasan itu sebelum suspek bertindak menghantar pulang ke rumah kakaknya di sebuah taman di Kuala Besut.

Keluarga mangsa yang mendapati mangsa tidak pulang pada hari tersebut mendesak dia menceritakan apa yang berlaku dan kemudian mendesaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian rogol akibat pergaulan bebas di daerah ini meningkat di daerah ini dan perkara ini perlu diatasi dengan sikap kecaknaan semua pihak termasuk mangsa.

"Remaja pada hari ini dinasihatkan jangan terlalu percaya pujukan lelaki walau dalam apa bentuk sekali pun dan ibu bapa berperanan mencegah kejadian ini berlaku dengan kawa-lan ketat," katanya.

Related Posts : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:46 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

ads