Khamis, 10 Mei 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Loji Gas Petronas <b>Di Paka</b> Meletup | Akid azami

Posted: 10 May 2012 04:56 AM PDT

Loji pemprosesan gas petronas di paka meletup - Ada yang tanya aku, berita ini betul atau palsu? Jawapan dia betul sebab berita harian pun update pasal loji meletup ni. Berdasarkan sumber, letupan berlaku sekitar jam 3 petang tadi.


Dikhabarkan seramai 10 mangsa cedera dalam insiden letupan loji pemprosesan gas 3 (gpp3) ni. 3 mangsa mati. 4 daripada 10 mangsa tadi dilaporkan terbakar peringkat 4 yang bermaksud terbakar teruk. Perghh.. Rasanya mungkin kemalangan ni disebabkan kecuaian pekerja. Insiden macam nilah buat aku takut nak kerja dalam sektor loji-loji ni. Berbalik pada topik, punca insiden ni masih disiasat. 
Semua mangsa dikejarkan ke hospital dungun untuk rawatan dan kebakaran berjaya dipadamkan bomba sekitar jam 3.20 petang. Anyway, harap-harapnya 10 mangsa tu selamatlah. Rasanya lepas ni agak molek kalau pihak petronas ketatkan lagi peraturan dan tingkatkan lagi pengawasan pekerja masa bekerja supaya kejadian macam ni tak berlaku lagi. 

488 : Program Beronok-Ronok <b>Di Paka</b> Terengganu Dan Kuantan <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 10:54 PM PDT

Lena tido di kawasan kampung. Sejuk dan nyaman walaupun tak menggunakan air-con atau kipas bagai. Pagi itu kami dijamu dengan laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih untuk bersarapan. Terima kasih kepada tuan rumah. Selepas sarapan kami bersiap2 dan meninggalkan Felda Kerteh 5 lebih kurang pukul 10 pagi menuju ke Kuantan.


Kami singgah sebentar di kawasan pantai Paka (tak tahu la plak nama pantai ni ape) untuk melihat2 permandangan kawasan pantai di situ. Pantainya bersih dan boleh mandi kalau nak, tetapi semasa kami berada di situ, takde sorang pon yang mandi, hehehe. Kami mampir di sebuah gerai untuk tujuan minum air kelapa membasahi tekak tetapi akhirnya kami termakan keropok lekor dan ketupat sotong. Huh.. first time makan ketupat sotong, sedap rupenye. Kene singgah Paka lagi lah nampaknye next time.. hehehe.


Perjalanan kami diteruskan ke Kemaman untuk berjumpa seorang rakan kepada sahabat kami yang tinggal di Kemaman. Tiba di Kemaman lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Belum sempat keluar kereta, rakan kepada sahabat tu pon tiba. Kami dibawa ke sebuah kedai bernama Hai Peng Kopitiam. Katenya popular, tapi aku tak pernah dengar pon, siap ade plak JJMC lagi tu. Kami hanya minum dan makan makanan ringan sahaja memandangkan perut masih kenyang melantak keropok lekor dan ketupat sotong tadi.

Borak punya borak, minum dan makan, akhirnya kami meminta diri lebih kurang pukul 2.30 petang. Perjalanan kami masih jauh rupenya. Kami tiba di hotel penginapan kami lebih kurang pukul 4.00 petang. Malangnya kami yang jejaka2 ni tak dapat check in lagi memandangkan bilik sedang dikemas. Terpaksalah kami lepak di lobby sementara menunggu. Setengah jam kemudian, barulah kami boleh check in. Biliknya bersih dan selesa. Siap dengan kemudahan asas laen seperti tv, cerek dan peralatan mandi. Tandas juga bersih. Kami berehat sebentar kemudian makan tengahari dengan nasi dagang yang dibekalkan oleh ibu sahabat kami, Siti. Selera betul makan, makin sedap plak nasi dagang tu, licin semuanya.

Kami keluar kembali lebih kurang pukul 5.30 petang menuju ke UIAM Kuantan untuk mengambil adik kepada salah seorang sahabat kami kerana dia nak ikut percutian kami ni. Destinasi kami seterusnya adalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan. Katanya ikan bakar di sini sedap, kurang periksa plak, tu yang kami nak try. Tanjung Lumpur tak jauh dari pusat bandar Kuantan, kurang 30 minit sudah sampai bergantung kepada keadaan trafik. Banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan makanan laut bakar, tom yam dan sebagainya. Tak tahu yang mana sedap, semuanya penuh. Kata seorang abang sahabat kami, Marina Tom Yam paling best. Tapi sekitar Tanjung Lumpur tu ade 2-3 restoran bernama Marina, tak pasti plak restoran mana yang dimaksudkan. Akhirnya kami memilih untuk makan sahaja di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kami telah memilih untuk makan hidangan2 seperti dalam gambar di bawah.
Ermm... ok ok aje lah makanan di restoran ni, takde la sedap sangat. Servis pon agak lambat dan dua kali salah hantar makanan yang kami tak order. Kalau berminat, boleh la cube sendiri.
Program kami malam itu diteruskan ke Telok Cempedak. Ramai sungguh orang di sini walaupon takde aper pon yang menarik, hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads