Sabtu, 6 Julai 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


<b>Marang</b> Bakal Jadi Kawasan Lembah Madu <b>Di</b> Terengganu | BLOG <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 01:49 AM PDT

KUALA TERENGGANU,  10 Jun (Bernama) — Satu kawasan di Marang akan dijadikan pusat ternakan lebah madu dalam masa terdekat oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahan Perladangan & Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata kerajaan negeri akan menjadikan kawasan hutan di belakang Pejabat Penjara di Pulau Kerengga di Marang sebagai Lembah Madu.

"Ini adalah antara beberapa cadangan di bawah jawatankuasa pertanian yang baru selepas PRU-13 yang kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pengerusi anggota jemaah pengarah dan pengurus besar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Shamsuddin Mat Rani di sini Isnin.

Dalam perkembangan lain, Nawi berkata kerajaan negeri mungkin menswastakan padang ragut kepada mana-mana agensi ataupun syarikat individu yang mempunyai kawasan ternakan terhad untuk khidmat menjaga lembu jika perlu.

"Kita mahu pastikan tanah-tanah di bawah jagaan Jabatan Veterinar negeri digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran daging lembu pada masa akan datang memandangkan permintaannya sudah tidak mencukupi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pertanian juga akan memastikan pengeluaran daging lembu mencukupi di negeri ini terutamanya menjelang musim perayaan.
– BERNAMA

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Khalilah distributor Shaklee <b>di Paka</b>~Shaklee buka pintu hatinya <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2013 01:00 AM PDT

Kalau anda perasan...dalam Shaklee ramai ibu2 yang buat bisnes tau...bukan orang bujang...masa NC hari tu..yang terima award memang pasangan2 yang dah berkahwin...jarang snagat yang bujang naik stage..sebab ibu2 ni nampak lebih jauh...kesihatan diri, anak2 dan suami...kalau saya bujang dulu pon saya tak heran sangat pasal suplimen2 ni sampaila saya pregnant...

tapi, ni kawan saya masih bujang...die utamakan kesihatan mak dan dirinya juga...seorang lagi kawan saya di sekolah dulu..hihi..pendiam orangnya..tapi ramah..Khalilah adalah distributor Shaklee di Paka...so sape2 yang berdekatan paka..boleh hubungi Khalilah untuk order..Ni hp no dia..0148157713

Nak dijadikan cerita..khalilah ni dulu start cuba omegaguard untuk maknya...pastu cuba set kulit untuk diri dia termasuk kolagen dan ESP...asyik repeat order ESP je..hehe...so saya ajak join jadi member..:)Sekarang minat buat bisnes dah...

So, anda yang berminat..boleh hubungi khalilah ye...0148157713

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


<b>Hulu Terengganu</b> lebih maju selepas LPT 2 siap | Terengganu Today

Posted: 15 Jun 2013 08:46 PM PDT

Lebuh Raya Pantai Timur

Lebuh Raya Pantai Timur

Kerajaan sedang merancang beberapa program pembangunan bagi daerah Hulu Terengganu sebaik siapnya Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, tahun depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata jika lebuh raya itu siap mengikut jadual, projek-projek tertangguh seperti pusat penjaja buah-buahan di Kampung Gaung akan dibangunkan dengan segera.

"Kita yakin dengan siapnya lebuh raya itu, orang ramai terutamanya pelancong ke Tasik Kenyir akan tertumpu kepada Hulu Terengganu kerana ia berada di laluan lebuh raya berkenaan.

"Kita juga akan lihat balik pusat pendidikan yang tertangguh seperti politeknik di sini yang terbengkalai. Begitu juga Pekan Ajil di mana kita akan susun semula rangkaian perniagaan di situ dengan lebih sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada anak-anak yatim tahun tiga hingga enam sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Terengganu anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 99 orang anak yatim dari 42 buah sekolah rendah di daerah itu telah menerima sumbangan tersebut. – Bernama

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Mayat wanita ditemui dalam keadaan bogel <b>di</b> LPT <b>Ajil</b> - Siemens <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 10:00 AM PDT

Seorang mayat wanita berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun berbangsa melayu telah di temui mati di LPT KM 41.1 Bukit Besi ke Kuala Terengganu dalam keadaan yang mengerikan di mana kesan pecah di kepala dan posisi mayat berada di kaki lima higway.

Keadaan mayat tidak memakai kain & seluar dalam mangsa dalam keadaan terlondeh ke paras lutut, Dipercayai meninggal dunia antara jam 6:00 pg-7:00 pagi kerana pengawal keselamatan R&R Ajil melalui tempat kejadian sebelum pergi solat subuh masih tiada mayat di kawasan tersebut, didapati mangsa bukanlah dari penduduk setempat.

Siasatan keatas mangsa masih lagi dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia.
Sumber: terengganu today

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


chinta hati: malam <b>di</b> lautan

Posted: 01 Jul 2013 09:27 AM PDT

Memandangkan kami ada program lain yang menanti, permintaan Izza nak pekena ikan celup tepung tak dapat ditunaikan. Actually, aku pun teringin jugak. Tapi tak sempat tak mengapalah, lagi pun program malam ni memang ditunggu2. Highlight untuk trip sempoi ni pun memang untuk program malam nanti. 
Sampai je kat rumah Nani, kami semua kelam kabut prepare apa yang patut untuk malam karang. Masing2 makan pil tahan mabuk, prepare untuk sebarang kemungkinan malam karang. Aku bawak je, siap pass kat kengkawan. Kata aku nak makan memang taklah. Selain takut air, aku pun takut ubat jugak sebenarnya. Kalau keadaan tak memaksa, tak adalah aku nak telan. 
Hampir 6 petang kitorang bergerak ke Jeti Losong. Lepas parking kereta, kitorang follow Nani ke jeti as she lead the team. Sementara tunggu sorang kawan lain sampai, sempatlah aku dengan a few yang lain cari bekal makanan. Sempat aku berkongsi maggi dengan Izza kat gerai tepi jeti, kelaparan sebenarnya. Lama jugak kitorang menunggu atas sebab masalah yang tak dapat dielakkan. 
Masjid Kristal di Pulau Wan Man ni cantik, jelas kelihatan dari bot yang kitorang naik. Kalau cuaca cantik, aku pasti lagi mengancam viewnya. 
Bot kami dah meninggalkan jeti. Aku melepak kat bahagian belakang bot dengan few others. Sebahagian besarnya melepak kat bahagian depan bot. 
Sini pun ada I-city jugak tau. 
Melewati bot nelayan yang lain. 
Orait! The cafe is open for business! Untungnya kitorang melepak kat belakang ni sebab boleh nampak apa yang dorang buat. Kalau dorang masak, kitoranglah yang sok-sek kat belakang. Mata tetaplah pandang ke depan, mulut duk sok-sek2 harap2 dorang bagi kitorang makan dulu dan tangan tetaplah slow2 layan tali tangsi, mencandat. 
Bulan mengambang penuh. Mula tu kitorang tersilap, ingatkan matahari nak terbenam. Sekali bulan mengambang daaa... Masa ni still on the way ke tempat untuk mencandat. 
Time ni dah almost sampai ke tempat mencandat yang pertama. Bila tak dapat apa2, bot bergerak ke tempat lain pulak. Banyak kali jugak kitorang pindah tempat malam tu. Patutnya kena datang awal, sebelum matahari terbenam kena siap2 pasang lampu untuk tarik perhatian sotong. Barulah tangkapan lumayan. 
Pertama kali makan sotong fresh memang marvelous. Masih terasa manisnya isi sotong, cair di mulutlah. Masa brader bot masak sotong goreng tepung kitorang punyalah excited kat belakang, masa tu dah tak excited mencandat tapi excited nak makan, hahaha... buruk perangai. Lepas tu sotong digoreng gitu je, sedap sungguh ini betul punya, tak tipu. Kitorang siap makan nasi, letak kicap dan sotong goreng yang memang manis rasanya. Masa brader bot offer mula2 tu tak nak, malu lah konon. Lepas tu tak tahan godaan tengok sotong goreng, terus hilang malu. Last2 kitorang kat belakang yang conquer periuk nasi.
Lepas dah kenyang tu, aku sambung mencandat. Tapi bila lama menunggu, takde tanda2 sotong dah makan umpan, aku jadi boring. Tapi tak lama lepas tu aku mengantuk giler. Apa lagi, syok aku tidur kat belakang, berlantaikan papan bot berbumbungkan langit. Langsung tak sedar apa. 
Nasib tak menyebelahi kami bila hasil tak seberapa, tapi aku tetap puas sebab dah melalui satu lagi pengalaman best dalam hidup. Balik ke rumah Nani pagi tu, Mak Nani dah siapkan nasi lemak dan sambal bilis yang meletup. Sotong yang kitorang bawak balik turut jadi lauk nasi lemak. Lepas dah kenyang makan dan bergelak ketawa dengan dorang, aku mintak diri. Dorang akan bertolak balik ke KL tengah hari tu dan aku terus bertolak balik jumpa family kat kampung. Sedih jugaklah nak berpisah dengan dorang. Walaupun baru kenal tapi dah ngam. 
Dan lepas ni aku bolehlah dengan bangganya mengaku anak Terengganu, tak malu dah sebab takde modal dorang nak perli aku. Aku dah tengok penyu bertelur, anak penyu menetas dan mencandat sotong. Many thanks to Nani sebab dah tunaikan impian kitorang. Harap2 kalau ada rezeki tahun depan kita mencandat lagi, erk! Tak lupa jugak buat Cik Mie walaupun Cik Mie tak baca yang bukak peluang untuk kitorang bermesra dengan penyu di Pantai Mak Kepit dan menjimatkan kos kitorang.  

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


ISMA sedia sambut Ramadhan <b>di Kemaman</b> | ISMAWeb

Posted: 30 Jun 2013 09:42 PM PDT

raudhah-ramadhan-Copy
CHUKAI, 29 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman telah mengadakan program gotong-royong bersama ahli ISMA Kemaman sebagai persediaan menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, di sini hari ini.

Gotong royong ini diadakan di premis rasmi ISMA Kemaman telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir 3 jam kemudian.

Menurut aktiviti ISMA Kemaman, Zaizul Irsyadi Zaman, "Gotong royong ini diadakan untuk memastikan premis ini bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai apabila ISMA Kemaman menganjurkan program-program Raudhah Ramadhan kelak."

Ujar beliau lagi, "Seperti tahun-tahun lepas, ISMA telah merancang beberapa program menarik sempena Ramadhan seperti Majlis berbuka Puasa, 'Itikaf Bersama, Program Tadarus Al-Quran, Rehlah Ibrah Badar, Kempen Sumbangan Amal dan pelbagai lagi program menarik."

"Oleh itu, kesediaan premis ini sebagai lokasi rasmi Program Raudhah Ramadhan adalah amat penting bagi menjayakan program tahunan ISMA ini", jelas beliau.

Gotong-royong ini telah disertai lebih daripada 10 orang ahli aktif ISMA Kemaman yang menyumbang tenaga membersihkan premis ISMA Kemaman tersebut.

Pada masa yang sama mesyuarat ISMA Kemaman telah memberikan kata putus untuk menamakan premis berkenaan sebagai Balai Komuniti ISMA (BAKTI) dan langkah susulan akan dilakukan menyelesaikan urusan rasmi penamaan BAKTI Kemaman.

Individu yang berminat dengan program-program anjuran ISMA di Kemaman bolehlah menghubungi talian hotline ISMA Kemaman 013 977 0045.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


TranungKite Online (TKO) - Jika PAS menang <b>di Kuala Besut</b>?

Posted: 28 Jun 2013 10:45 PM PDT

Assalamaulaikum,,  Andaian dan perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang di PRK Kuala Besut nampaknya menarik banyak respon dari kalangan ahli akedemik dan ahli politik serta ramai rakyat jelata yang rata rata bercakap di kedai kedai kopi.

Kedudukan kerusi di DUN Terengganu menyebabkan andaian kemenangan PAS menarik, kedudukan akan menjadi seri kalau PAS menang dan inilah yang menjadi faktor penarik untuk kemungkinan ini menjadi topik perbincangan sehingga BERNAMA, agensi berita UMNO turut tidak mahu ketinggalan untuk melaporkannya.

Kenapa tidak disentuh kemungkinan UMNO menang? Sebab tiada yang berubah kalau UMNO menang dan inilah yang diharapkan oleh UMNO.UMNO mungkin telah mengerakkan unit perang sarafnya dan pendedahan awal kepada bilik perang saraf UMNO ini menunjukkan kemungkinan UMNO membuat bajet untuk menang majoriti sebanyak 4,500 undi (berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ulitmayang(UM), seorang forumer TKO dalam beberapa responnya kepada artikal berkaitan PRK Kuala Besut).

UMNO juga mungkin memainkan peranan agar berlaku pergeseran antara PKR, DAP dan PAS (bilamana UM  mendakwa jentera PKR dan DAP akan dihalang memasuki Kuala Besut oleh PAS). Tetapi di sebalik semua itu, tetap kedengaran analisa mengenai  kemungkinan PAS menang di Kuala Besut.Analisa yang menyeluruh dan meluas di seluruh negara mungkin menggusarkan bilik perang saraf UMNO kerana perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang merupakan satu bentuk doa orang ramai malah dalam kes kes yang boleh dikesan, ramai yang mengharapkan PAS menang agar kedudukan politik di Terengganu menjadi lebih menarik.

Perbincangan yang meluas ini turut menjadi sentimen di Kuala Besut, sentimen pengundi yang mungkin turut teruja untuk memberi kemenangan kepada PAS.Perkara ini sudah tentu menjadi igauan bilik perang saraf UMNO dan kemungkinan lebih banyak aliran wang masuk ke Kuala Besut.Penduduk Kuala Besut terutamanya para penagih dadah akan mendapat untung besar kerana PRK ini, durian runtuh untuk Kuala Besut.

Kerja bilik perang saraf UMNO awal awal lagi sudah menjadi rumit, apatah lagi pengumuman PJ PAS negeri, YB Wahid Endut bahawa PAS akan menyerang habis habisan dan berkata PAS akan menggerakkan gerakkerja lebih awal di Kuala Besut.Pengumuman ini dilihat menyemarakkan semangat dan keinginan petugas PAS yang sudah lali dengan sindiran dan tindakan menganjing geng PAK TEPAK yang hanya menanti keputusan PRK untuk menangguk di air keruh.

Sehingga hari mengundi yang masih belum diumumkan SPR, perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut akan berterusan dan bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula PAS di Besut, insyaaallah!

ads