Selasa, 11 Mac 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Hangit Blog: Penduduk dengar dentuman kuat <b>di Marang</b>

Posted: 11 Mar 2014 07:05 AM PDT

Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. 
  
"Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- Bernama

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Setiu</b>, Besut Terengganu

Posted: 04 Mar 2014 01:13 PM PST

Berita baik untuk warga Setiu, Besut Terengganu..

Hubungi Wakil Pengedar Sah kami hari untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee anda secara COD area: Setiu, Besut


Kini, anda boleh mendapatkan produk SHAKLEE melalui pengedar kami, secara COD dan boleh berjumpa terus dengan beliau untuk mendapatkan consultation mengenai produk Shaklee dan masalah yang anda hadapi. Insyaallah, beliau akan membantu. 


Beliau yang saya maksudkan ialah Encik Mohamad Fais Sekiranya anda mempunyai persoalan dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit, dan ingin mendapatkan produk Shaklee secara COD di kawasan yang dinyatakan, bolehlah hubungi beliau segera.


Encik Mohamad Fais (id number : 1102274)

Email: mohamadfaismustafa@yahoo.co.uk

COD area: Setiu,Besut Terengganu
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan ingin mendapat peluang untuk menjana pendapatan sampingan, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan berhubung terus dengan Encik Fais mahupun saya. 

Hubungi pengedar Shaklee kami di Setiu HARI INI! 

You'll need Skype CreditFree via Skype

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Cico Harahap Nafi Berparti & Minum <b>di Pulau Perhentian</b>, Kutip Tin

Posted: 28 Nov 2013 05:33 PM PST

Cico Harahap Nafi Berparti & Minum di Pulau Perhentian, Kutip Tin | Februari lalu, kecoh sekejap bila mana gambar Cico Harahap dikatakan sedang berpesta dan minum arak di Pulau Perhentian.
Cico yang juga putera kepada penyanyi lagenda Uji rashid ini dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.


Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.

Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

"Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam dan bila malam pula kami kerja di bar tersebut, kutip tin"

"Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah," ujarnya.

sumber
http://mynewshub.my/2013/11/28/cico-harahap-saya-tengah-kutip-tin/

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Sekitar BR1M <b>di Batu Rakit</b> hari ini.

Posted: 09 Mar 2014 10:57 PM PDT

Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 415 penduduk dari beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit, hari ini.

Dari jumlah itu seramai 359 menerima wang sebanyak RM300 manakala bakinya menerima RM450 setiap seorang.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, berkata pemberian wang BR1M yang berakhir kira-kira jam 1 tengahari itu berjalan lancar, hari ini. "Pemberian wang BR1M ini membuktikan bahawa kerajaaan di bawah Barisan Nasional menunaikan janjinya dan saya mengharapkan penduduk di Batu Rakit ini akan terus memberi sokongan kepada BN supaya BR1M ini serta beberapa agenda lain akan dapat diteruskan," katanya.

Seorang penerima, Mohd Alimi Arifin, 29, berkata dia mengucapkan terima kasih kapad Dato Seri Najib Tun Razak kerana memberi BR1M kepada rakyat Malaysia kerana ia boleh membantu rakyat untuk membeli keperluan harian.

Seorang lagi penerima, Nor Amira Ali, 23, berkata, dia gembira atas keperihatin kerajaan terhadap golongan muda sepertinya dengan menghulur bantuan berjumlah RM300 dan akan terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya nasib rakyat Malaysia akan terus terbela.

Pemberian wang tunai BR1M melalui tuntutan baucer itu diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), Pejabat Daerah Setiu (PDS) dan Dun Batu Rakit.





 

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Sukiman Ishak menulis: SMS dari <b>Ajil</b>, saya suami yang baik?

Posted: 24 Feb 2014 01:02 AM PST

Saya menerima sms daripada kawan baik saya di Ajil, Terengganu.
Dia memberitahu saya jika saya berkahwin, isteri saya sangat akan bahagia sebab saya baik...
Kalau kawan saya tersebut ada di hadapan saya tentu saya akan menitiskan air mata dan buat lakonan drama. Dalam lakonan itu saya akan fahamkan dia bahawa saya ini tidaklah sebaik mana dan tidak sesuai untuk sesiapa pun.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Remaja maut kemalangan <b>di Kemasik</b> | Terengganu Today

Posted: 29 Dec 2013 07:45 PM PST

Zainun kelihatan sugul di Bilik Forensik Hospital Kemaman, Chukai, pagi semalam. Gambar kecil: Nurul Hazwani

"Dia memang suka bergambar, tapi tak pernah berbuat demikian sebelum pergi kerja. Semalam (kelmarin), dia suruh saya ambil gambarnya atas motosikal, tak sangka dia pergi setelah kemalangan dengan motosikal itu juga," luah Zainun Bakar, 57.

Zainun merupakan ibu kepada Nurul Hazwani Abd Rahman, mangsa kemalangan maut di Kilometer 122.5 Kuala Terengganu-Kemaman, kira-kira jam 11 malam semalam.

Menurut Zainun yang merupakan ibu tunggal, kejadian menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu benar-benar mengejutkannya, apatah lagi sebelum anaknya keluar dari rumah ke tempat kerja sekitar jam 1.30 petang kelmarin keadaannya ceria seperti biasa.

"Saya tak terfikir apa-apa ketika dia minta saya ambil beberapa keping gambarnya bersama motosikal, biarpun selama ini arwah tak pernah berbuat demikian sepanjang hampir tiga tahun bekerja di Mesra Mall, Kemasek.

"Motosikal itu dibeli secara ansuran Julai lalu untuk kemudahannya berulang-alik ke tempat kerja yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan. Dia sudah hampir tiga tahun bekerja di sana dan baru dinaikkan pangkat sebagai penyelia juruwang sekitar Oktober lalu.

"Tiada sebarang perubahan dilihat pada arwah, cuma ketika makan nasi sekitar jam 9 pagi semalam (kelmarin) dia kurang selera dan agak diam. Bagaimanapun, dia kembali ceria seperti biasa sewaktu ingin ke tempat kerja. Malah, dia sempat melambai dan ucap 'bye bye' kepada saya," katanya.

Zainun berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Kemaman, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.-sh

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Ada guru enggan guna e-Book <b>di Terengganu</b> | <b>Terengganu</b> Today

Posted: 22 Feb 2014 05:26 PM PST

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kesal dengan segelintir guru di negeri ini yang enggan menggunakan e-Book setelah kerajaan negeri menyediakan kemudahan itu dengan peruntukan besar setiap tahun.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kesal dengan segelintir guru di negeri ini yang enggan menggunakan e-Book setelah kerajaan negeri menyediakan kemudahan itu dengan peruntukan besar setiap tahun.

Pengarah jabatan itu Zakaria Husin berkata pihaknya masih menerima aduan  ibu bapa mengenai guru yang tidak menggunakan kemudahan e-Book di sekolah.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana e-Book sudah mempunyai sukatan pembelajaran yang sama lengkap dengan buku teks. Jadi, ia lebih mudah dan tidak membosankan pelajar untuk sesi pembelajaran dalam kelas," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan buku kepada lima sekolah terlibat banjir di Kemaman oleh sebuah syarikat penerbitan di sini, hari ini.

Zakaria berkata golongan pendidik di negeri ini perlu kreatif dalam menggunakan alat bantuan mengajar itu bagi menjadikan suasana dalam kelas lebih menarik dan interaktif.

Beliau berkata e-Book didapati berkesan melonjakkan prestasi akademik pelajar di negeri itu, dan sehingga kini, tiga buah sekolah menggunakan kemudahan itu 100 peratus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga dan SK Seberang Takir di Kuala Terengganu serta SK Telok Kalong di sini.

"SK Paya Bunga kini muncul lima sekolah terbaik di seluruh negara dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) malah kehadiran pelajarnya juga 100 peratus," katanya.

Bagi merungkai permasalahan itu, Zakaria berkata JPNT akan menemui 351 GuruBesar di seluruh Terengganu.

Setiap tahun, kerajaan negeri Terengganu membelanjakan RM25 juta untuk membeli e-Book dan menyelenggaranya. - Bernama

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


PARLIMEN KEMAMAN: Kereta jatuh sungai <b>di Kerteh</b>

Posted: 26 Nov 2013 04:28 AM PST

26/11/2013 - Sebuah kereta kia forte putih jatuh ke dalam sungai di Paka. Difahamkan setakat ini, seorang lelaki melayu meninggal dunia.
Info lain dikemaskini kemudian.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


663 murid DUN <b>Kijal</b> terima e-Book - Hairan Teknologi

Posted: 17 Feb 2014 10:36 PM PST

Sudah lama Nur Hazwani Ain Alisham, 11, ingin memiliki e-Book dan semalam, murid istimewa yang sudah berada di tahun lima itu menerimanya daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, bersama 663 murid sekitar Dewan Undangan Negeri Kijal.

Mur Hazwani, murid Sekolah Kebangsaan Meraga Beris yang lumpuh sejak berusia dua tahun, menyedari buku elektronik itu cukup berguna baginya yang memuatkan bukan sahaja kandungan buku teks, tetapi juga bacaan al-Quran, panduan ibadat, tulisan jawi di samping doa dan kamus.

Dia yang bercita-cita menjadi guru, tahu alat itu akan lebih memudahkannya belajar dan dalam suasana lebih menyeronokkan, justeru semalam dia menerimanya dengan rasa cukup gembira di samping terharu dengan perhatian yang diberikan oleh Menteri Besar.

''Menteri Besar kata kecacatan tidak bermakna kita tak boleh berjaya dalam pelajaran dan minta saya belajar bersungguh-sungguh," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pembahagian e-Book Peringkat DUN Kijal 2014 yang diadakan di Kolej Universiti Tati (Tatiuc) dekat sini, semalam.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, seramai 118,688 murid di negeri ini telah dibekal dengan e-Book secara percuma oleh kerajaan negeri sebagai salah satu pelaburan bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan anak negeri.

Komputer mini itu yang dilengkapi perisian akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan bertujuan memudahkan proses pembelajaran dalam kelas, sekali gus mengurangkan beban murid untuk membawa buku ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kandungan e-Book terus dipertingkatkan seiring dengan langkah menambah baik proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri akan terus memantau penggunaan alat bantu itu bagi memastikan kemudahan itu dimanfaatkan di sekolah dan murid-murid dirangsang untuk sering menggunakannya.

Beliau mengakui masih terdapat aduan yang kononnya sesetengah pentadbir sekolah tidak menggalakkan penggunaan e-Book yang jika benar merupakan langkah kebelakang.

Ahmad berkata, untuk pengagihan e-Book pada lalu dan tahun ini, kerajaan Negeri memperuntukkan RM57 juta dan pelaburan besar itu untuk memastikan anak negeri tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT yang penting dalam kehidupan masa kini dan akan datang.

-Sumber berita diperoleh dari Utusan

ads