Isnin, 3 Jun 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Cendawan Global: Pengusaha cendawan baru <b>di Besut</b>

Posted: 27 May 2013 09:35 AM PDT

Jalan-jalan cari cendawan...aksi Cikgu Rahim yang sempat dirakam semasa beliau sedang menuai hasil di dalam rumah cendawannya.
Cendawan Tiram Kelabu yang sedang bergaya di depan kamera..
Sedang packing cendawan segar untuk dipasarkan...
Rumah cendawan yang boleh memuatkan sehingga 20,000 bongkah..
Setia memberikan hasil yang terbaik..purata pengeluaran sekitar 20kg sehari..

Lokasi projek adalah di Kg Pak Wong, Besut.

Banyak ilmu dan tips yang diperolehi, hasil kunjungan dan kerjasama stategik dengan pengusaha cendawan yang sedang meningkat di Besut ini. Beliau tak lokek berkongsi pengalaman yang menyeronokkan dalam melibatkan diri dalam tanaman cendawan secara komersil.

Semoga Cikgu Rahim terus maju dan sukses dalam usaha niaga ini.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST

Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga.

Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah.

Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat.

"Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak.

"Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing.

"Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Semangat pilihanraya <b>di kuala terengganu</b> 3/5/13Malaysia | Malaysia

Posted: 29 May 2013 06:12 AM PDT

Video Rating: 0 / 5

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


4D3N <b>di Pulau Perhentian</b> | Dari KacaMata IYRIN

Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT

Based on the previous entry, dah dapat teka tak? Yes..I went to Perhentian last week. Baru pertama kali sampai ke sana. Pantai nya ..MasyaAllah, cantik sangat. Airnya jernih dan biru. Coral pun banyak yang cantik-cantik. Tak payah nak pergi jauh-jauh pun. Padahal dekat sini lagi cantik dari tempat lain. 
Kebetulan I outstation last week di Kuala Terengganu. Alang-alang dah sampai sana, tu yang terus sambung perhentian. Untuk ke Pulau Perhentian ni, kena ambil jeti di Kuala Besut. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Besut kira-kira 2 jam. Btw, kitorang tak book apa-apa pun dari sini. Kira main gamble je. Semuanya kami handle sendiri. Nasib baik pergi hari bekerja iaitu hari Rabu. Jadi memang tak ramai orang. Kalau yang planning nak pergi weekend better book awal-awal. Takut tak ada tempat tinggal pula nanti. 
Tambang boat dari Jeti ke Pulau Perhentian RM70 seorang untuk pergi-balik. Tapi sebab ada rakan di sana, I dapat diskaun sikit. Dapat jimat lagi di situ. Jangan lupa kena bayar lagi RM5 seorang untuk caj pemuliharaan.
eh..choki-choki sape plak tu

Sementara tunggu bot ke Perhentian, sempat lunch dekat kedai tepi jeti. Boleh tahan sedap dan murah pula tu. Pukul 2 lebih bot dah mula bergerak ke Perhentian. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Laut masa tu lebih tenang. Jadi laut kurang bergelora dan duduk dalam bot lebih selesa tanpa hendakan dari ombak. 

Selepas beberapa minit, sampai sudah ke Long Beach. Dekat Perhentian ni ada 2 pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kami memilih untuk bercanda di Perhentian kecil sebab orang cakap view lagi lawa dan sesuai untuk orang muda. Apa yang sesuai sangat tu, later I cerita. 



Sampai di Long Beach, kene amik teksi bot pula sebab bot besar tak boleh masuk. Hanya bot-bot kecil saja boleh hantar sampai ke tepi pantai. Yang ni seorang kena RM2. Disebabkan tak book mana-mana chalet, jadi bermula la expidisi mencari tempat tinggal. Chalet dekat long beach banyak yang murah-murah dan memang sesuai untuk backpackers. Mostly below RM100. Our first target D' Rock Garden sebab nampak chalet ni menarik dan atas bukit lagi. We were lucky sebab masih ada bilik kosong untuk satu malam saja. Esok kena cari bilik lain pula. Kalau weekdays orang kita memang kurang yang ramai foreigner je. Rate untuk bilik Rock garden ni agak murah. RM70 untuk bilik kipas dengan seaview. Nama pun duduk dekat pulau, amik bilik kipas pun dah ok sebab nak rasa angin pantai and malam-malam boleh tahan sejuk juga.



make sure bawak ubat nyamuk dan mosquito repellent sebab nyamuk-nyamuk kat sana semua kelaparan darah. I dah pakai repellent banyak-banyak pun tetap menjadi mangsa juga -_-'



View from our room. Bukak-bukak sliding door je nampak laut. Selak-selak langsir nampak laut. Sangat berbaloi rasanya duduk dekat sini. Kebetulan malam tu fullmoon, view bertambah cantik lagi. Nampak laut bersinar-sinar di sinari dengan cahaya bulan..cewah

Next time datang kene tinggal chalet ni lagi. Cantik sangat-sangat tengok laut yang jernih dan biru terbentang depan mata. Macam dalam postcard my friend cakap. 



Lepas dah check-in dan merehat kan diri, masa untuk explore pulau pula. Sunblock kena pakai wei sebab panas terik. Memang boleh burn nanti kulit. Bila dah burn, adoiiii....pedih nya hanya diri sendiri yang tahu. Ada baca dekat blog orang cakap view lawa dekat kincir angin. So kami pun terus menuju ke sana. Nak sampai sana kena la hiking sikit. Lebih kurang setengah jam baru sampai atas. Lencun satu badan sebab naik bukit tu sangat curam. Tapi bila dah nampak permandangan ni, terus hilang rasa penat. #siapakatapulaumalaysiatakcantik



 view from the top. Breathtaking
 Kalau rajin turun la bawah tu. Tengok semput tak semput nak naik balik.. I semput nokssss
 Sini warna laut bukan biru lagi..tapi turquoise ok..turquoise ...mana nak dapat

Nasihat I, klau boleh datang la masa siang-siang lagi. Kalau nak tunggu sunset memang bergelap la nak turun balik sebab tak ada lampu pun dan jalan agak bahaya dan curam.
 Tuuuuu dia kincir angin. Tapi tak berfungsi dah pun.
 Duduk atas ni memang best sambil layan view kita layan angin sekali. Sepoi-sepoi bahasa

It was indeed the most amazing view. Tu la..sebelum ni sibuk sangat nak ke luar negara sampai tempat sendiri pun tak pandang. Kali ni nak banyak kan bercuti dalam negara pula la. Banyak lagi tempat tak explore. 
Selepas penat hiking, sampai-sampai bawah terus terjun ke laut. Panas pun panas la. Sapa boleh tahan tengok laut yang jernih cenggitu. Rugi la kalau tengok je. Mesti rasa nak mandi bekorbar-kobarnya.
Dari segi makan pula, kat sana ada banyak juga kedai. Tapi kitorang tak pernah makan kat kedai long beach pun. Selalu makan kat kedai Ewan's sebab sedap dan paling penting ade Wifi. Harga agak mahal sikit tapi portion nya agak banyak. Kedai Ewan's ni terletak dekat CoralBay. Jadi kena jalan sikit untuk kesana. Tak jauh pun. Lebih kurang dalam 10 minit cam tu je. Sambal udang kat sini memang terbaik. Walaupun I alergic, tapi bedal jugak beb sebab sedap sangat. Untuk ke sana dari Long beach, kena ikut laluan di Blacktip. Follow je road tu and first kedai yang nampak tu la Ewan's.



Sayur campur comel je letak dalam mangkuk kecik ni. Masa 1st day makan tu rasa sayur campur ni sedap sangat. Tapi second day rasa kurang sikit dari 1st day tu.
Sekarang tiba la masa I nak reveal sebab apa Perhentian Kecil ni lebih happening dan sesuai untuk orang muda sebab bila malam Long Beach bertukar menjadi ......

One big dance floor...






Ini kat Blacktip. Memang seronok chill tepi pantai sambil layan lagu dan tengok orang main api ni..perghhh

For the second day, terpaksa pindah chalet dan duduk di Moonlight. Bilik kipas dapat RM60 dan bilik terlalu simple. Tapi tak kisah la..nama pun backpackers kan. Moonlight ni elektrik hanya available dari 7pm-7am sahaja dan hanya terima walk-in. Booking memang tak layan der. Waktu siang tu tak payah la duduk dalam bilik. Lebih baik jalan-jalan atau lepak kat beranda je sebab panas. 



Sementara tunggu bilik sedang dikemaskan.


Motif gamba ni?

Activiti untuk hari ke-2 ni lebih santai dan lepak di tepi pantai saja. Rasa masa cepat sangat berjalan. Tengok-tengok dah nak malam dah. Apa lagi..chasing sunset laaa..





Hari ketiga pun tukar chalet lagi. Kali ni decide untuk tinggal di CoralBay sebab malam view lebih tenang dan rileks di sana. Walk-in ke ShariLa siang tu dan nasib baik ada bilik yang available dekat sana sebab malam sebelum tu tanya bilik dah fully book. Bilik di sini lebih selesa dan harga pun memang la lebih mahal dari chalet yang duduk sebelum ni. Standard room RM140 dengan aircond dan kipas siap ada water heater dan HBO. Kalau duduk sini, baik amik pakej snorkling dengan resort ni saja sebab jauh lebih murah dari yang ada kat luar sana. Untuk snorkling short trip, harga di ShariLa hanya RM25 saja. Kalau kat Long Beach sampai RM40 seorang. Fuhhh... 



Cantik kan bilik dekat shariLa ni. Tenang gitu.







Third day ni pun hanya chill di pantai saja. Hanya hari terakhir tu je pergi snorkling. Snorkling memang terbaik la sana. Coral sangat cantik dan lively. Bermacam-macam jenis dan bentuk ada. First time dapat tengok coral secantik itu tambah pula kena sinaran cahaya matahari..memang awesome. Dapat tengok nemo dan banyak lagi ikan yang berwarna-warni. Part yang paling seronok sekali, first time dapat tengok dan bermain dengan penyu dalam laut. It was the most memorable experience so far. 


Opss..ini bukan penyu..ini dugong hampir-hampir lemas 


Misi mencari penyu dan shark. Nasib baik tak jumpe shark. Kalau tak kejung dah I tengah-tengah laut tu.
Happy sangat dapat jumpa penyu. Balik tu satu badan burn sebab snorkling di tengah hari.

Tepat pukul 4 terus ke jeti untuk pulang dengan perasaan yang sangat berat. No wander la orang banyak kali datang sana sebab bila dah pergi sana, mesti rindu nak datang balik. Macam ada saka memanggil-manggil suruh datang balik..ok..tak kelakar pun.




Perbelanjaan di pulau tak mahal sangat. Dalam 4H3M tu habis dalam RM250 seorang termasuk tempat tinggal dan bot.


ok..kita jumpa lagi Perhentian.


Btw, jom follow instagram I 'iyrinlatip' will upload banyak lagi gambar dalam instagram. 

www.tips-fb.com

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan hari guru dan majlis perpisahan sk. <b>ajil di</b> hotel primula <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 07:40 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Hanieliza&#39;s Cooking: Demo Masak <b>di Dungun</b>

Posted: 07 Mar 2013 03:09 AM PST

Salam..
lama tak updates demo masak.
Perpustakaan Awam Dungun, Terengganu

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


YDP MPK DiCabar Letak Jawatan, Bertanding <b>di Chukai</b>

Posted: 08 Apr 2013 12:37 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20benderab.jpgKEMAMAN - Sudah lebih daripada dua kali pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengarahkan para penguatkuasaya membuang bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dipasang diatas jambatan Geliga, dekat sini.

Dalam kejadian semalam, Ahad 7 April, Ketua Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Ustaz Ali Mohammad [Gambar berkopiah] sendiri telah turun, merayu bagi pihak PAS supaya bendera-bendera tersebut tidak diapa-apakan.

Namun, pihak pegatkuasa MPK tidak mempedulikan rayuan tersebut, bahkan terus mengambil tindakan.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, pihaknya dimaklumkan 'kerja kotor' mencabut dan membuang bendera PAS tersebut telah diarahkan sendiri oleh Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Mustafar Khalid.

"pihak (penguatkuasa) MPK maklum, kata mereka YDP Kemaman Mustafar Khalid suruh (cabut bendera) dan makluman dari para pegawai MPK, YDP suruh buang sebab YDP dah 'gila' nak jadi calon 'Dulu, Kini dan Selamanya' (Umno),"ujarnya ketika dihubungi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20bendera1.jpgHaji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, tidak berada di dalam kawasan ketika kejadian berlaku semalam kerana beliau menghadiri program Dailog Manifesto PAS Terengganu yang di adakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada halangan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memasang lambang masing-masing diluar waktu kempen, namun menasihati pihak berkuasa tempatan supaya menggunakan budi bicara secara adil dan saksama.

"Pengarah SPR Terengganu dah kata, tak larang nak pasang bendera luar kempen tapi pihak PBT mesti adil, kalau bendera dacing boleh dipasang mengapa bendera PAS tidak boleh, kalau di tempat lain yang lebih hebat macam jamabatan Sultan Mahmud penuh dengan bendera dacing mengapa bendera PAS di Jambatan geliga nak di kacau,

"sepatutnya Mustafar (YDP MPK) arah cabut bendera Umno kerana bendera 'keris telanjang' tu tak bertanding dalam PRU, nampak sangat Mustafar berat sebelah!,"jelas Hanafiah.

Justeru beliau mencabar supaya Mustafar meletakkan jawatan dan menjelaskan kedudukannya dengan masuk menyertai parti politik serta mencabar YDP MPK itu bertanding di DUN Chukai.

"kalau dah nak ke Umno sangat, letak jawatan.......... isi borang Umno.........masuk Umno dan saya cabar Mustafar bertanding di DUN Chukai,"tegas Hanafiah.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


puluhan ribu rakyat berkumpul <b>di</b> himpunan black out <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 23 May 2013 11:37 AM PDT


Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu,  dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu.

Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail, ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah turut hadir.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, sekiranya tangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan sebagai 'petanda' amaran untuk membuatkannya takut, beliau tidak gusar bahkan akan terus berjuang.

"Kalau nak buat penangkapan bagi 'signal' (petanda) untuk saya takut? Saya akan tetap akan berjuang," kata Anwar di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di ceramah 'Black 505 di perkarangan Markaz Pas, Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam tadi.

Semalam, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar ditahan secara berasingan dipercayai berhubung himpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.

Anwar menyifatkan kehadiran puluhan ribu di pelbagai ceramah dengan jumlah yang meningkat sebagai bukti keberanian rakyat menentang penipuan sistem pilihan raya yang dijalankan.

Tegas Anwar, tujuh himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan Terengganu berlangsung secara aman dan tertib.Ganu_505

Sebaliknya, kenderaan milik penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke himpunan dirosakkan termasuk disimbah asid.

Justeru katanya, siri himpunan Black 505 di seluruh negara yang menyambut kemuncaknya pada program Suara Rakyat 505 di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu ini akan tetap diteruskan.

"Kerana ini sahaja mesej yang jelas, terutama di kalangan anak-anak muda. Ini pertarungan saudara. Kami hanya pemangkin kecil dalam proses ini.

"Kalau saudara biarkan penipuan berlaku, tidak ada jaminan sama sekali pilihan raya akan datang peraturan dan undang-undang akan berubah. Anak muda harus bangkit. Pertarungan ini menentukan masa depan anak muda," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"25 haribulan ini kita hadir. Kita tak boleh terima penipuan SPR dan keputusan yang diumumkan. Jangan anggap ini perhimpunan terakhir.

"Kalau kita mula beri 'signal' berundur sekiranya berlaku penangkapan, maka berakhir perjuangan dan kita kalah dalam pertarungan ini," kata Anwar disambut teriakan 'Reformasi' ribuan rakyat Terengganu.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Pas Terengganu letak calon muslimah <b>di</b> Dun <b>Kuala Besut</b> | Berita <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 03:34 AM PDT

- Pas Terengganu meletakkan seorang calon wanita yang merupakan muka baharu untuk bertanding kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berita Penuh: Politik Sinar Harian

ads