Isnin, 21 April 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Jumlah Mangsa Banjir <b>Di Kemaman</b> Meningkat, Dungun <b>...</b> - KLXpress

Posted: 08 Dec 2013 01:43 AM PST

koochai

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang Ahad meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 di sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman.Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.

Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).

Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.

Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.

Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


INFO!! Sekitar Gambar Menarik Lawatan @IsmailSabri60 ke <b>Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:22 AM PDT

Dibawah gambar-gambar menarik sempena lawatan kerja, Dato Seri Ismail Sabri ke Pulau Bidong, Terengganu.



Ketika menaiki bot dalam perjalanan dari Jeti Pulau Kambing ke Pulau Bidong yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
Singgah berjumpa dengan pengusaha dan peternak penyu,


Sesi melepaskan anak penyu agar (Green Turtle) yg usianya lebih kurang 6 bulan di Pulau Bidong, lewat petang semalam.
Sesi sebelah malam pula melepaskan anak penyu agar (Green Turtle) yang usianya baru sahaja 2 hari di Pulau Bidong.

Kemudian Dato Sabri bertemu dengan para persatuan nelayan untuk mendengar luahan dan rasa hati mereka.



Sesi dialog bersama pemimpin 10 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negeri Terengganu di Pulau Bidong. Setiap persatuan nelayan diwakili oleh 5 orang pemimpin PNK.
Sesi keesokan paginya, Dato Ismail Sabri mengunjungi tempat penjagaan coral.



Demo tentang cara-cara penanaman semula coral

Hari terakhir Dato Ismail Sabri sekali lagi bersama nelayan




Di Majlis Penutup Hari Bumi, Sehari Bersama Nelayan di Pulau Bidong, Terengganu. Memberi sedikit sumbangan dan hamper kepada persatuan nelayan yang turut sama memeriahkan majlis.
Ternyata, lawatan kerja ke Pulau Bidong dengan meluangkan masa bersama nelayan tempatan adalah satu aktiviti yang bermakna bagi penduduk tempatan dan nelayan di negeri Terengganu.
Dato Ismail Sabri ni, memang lain macam orangnya. Penduduk tempatan pun rasa teruja dengan pemimpin yang boleh bersama rakyat dan tak hiraukan langsung protokol.
Susah nak jumpa menteri macam ni. Tabik la kat Ismail Sabri. Teruskan usaha..

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Jumlah Mangsa Banjir <b>Di</b> Kemaman Meningkat, <b>Dungun</b> <b>...</b> - KLXpress

Posted: 08 Dec 2013 01:43 AM PST

koochai

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang Ahad meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 di sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman.Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.

Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).

Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.

Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.

Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Kemalangan Maut <b>Di Kuala Berang</b> Seorang Lelaki Maut | Hati Batu <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2014 10:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kuala Berang dan disahkan meninggal dunia jam 2 pagi semalam di HSNZ. KUALA BERANG 27 Mac Seorang lelaki maut selepas kira kira 14 jam terbabit ...

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di chukai</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2014 07:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerana BN Kalah <b>Di</b> Dun <b>Chukai</b> Kepada Pembangkang, Kemaman <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 08:51 PM PST

Robin Hood apa macam neh? Main sebarangan aje keluarkan kenyataan. Tak fikir ka kenyataan ini menguris perasaan rakyat yang menetap di Kemaman? Dan tak fikir ke bahawa sekarang neh bukan setakat tempat yang BN kalah aje banjir, tempat yang bn menang pun ada yang banjir juga.

Apa citer?

Aduh.

Ahmad Said. Aku setuju dengan kenyataan dari YB PAS, Adun Chukai, Hanafiah. Ucapan MB Terengganu terlalu angkuh dan ego. Meninggi diri. Banjir neh musibah. Tak dapat dinafikan punca kepada musibah neh ada berbagai2 sebab. 

Samada sistem perparitan yang tidak tersusun ke, tidak kemas ke, ataupun ban sungai yang tidak tinggi ke, apa ke. Namun dalam masa yang sama juga kadang2 kita tak boleh melawan ujian Allah. Mungkin selama neh kedalaman longkang2 yang kita bina mampu menampung air tetapi sejak air2 neh ia tak mampu nak tampung lagi disebabkan air hujan yang turun adalah lebih banyak dari luar biasa. So ini hukum Allah yang kita tak boleh predict. Kita bukan tuhan. Bila kita dah tahu kelemahan kita, kita repair la. Lagipun, selama neh, banjir memang berlaku tiap2 tahun di negara neh. 

Pengalaman sudah ada. Pengajaran sudah jelas terbentang. Kenapa tidak kaji bagaimana nak mengurangkan kesan kerugian akibat dari  banjir tersebut? Baik fikir bab tue. Dari sibuk menyalahkan pembangkang dalam hal neh. Lagipun. Apa kaitan nya pula samada PEMBANGKANG menang atau KALAH, samada BN menang atau kalah, dengan BANJIR? Takde kaitan kot. 

Ia soal bagaimana kita mampu tanggani musibah banjir dengan lebih effisen je. Kalau cekap, cekap la. Kalau tak cekap, tak cekap la. Kalau nak aniaya orang sebab kawasan tue PR, aniaya la, kalau sengaja lambat bagi bantuan sebab tue kawasan PR, lambat bagi bantuan la.. atau kalau sebab itu kawasan PR sengaja taknak naik taraf kemudahan2 tertentu untuk mengurangkan risiko banjir teruk, ia maksudknya sengaja taknak naikkan tarafkan la. Untuk balas dendam. Tak gitu ke Ahmad Said?

Tarik balik la Robin Hood. Kenyataan angkuh tue tak sesuai la dengan ciri2 Robin Hood. Ke Robin Hood Malaysia memang jenis angkuh?

HAHAHA..

Baca ;


BTW, kepada sesiapa yang ada rakaman asal ucapan MB Terengganu itu, mohon disalurkan kepada aku. Best gak dapat dengar sendiri. 

Oke bai.
IKLAN TEXT DISINI

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Kenangan Yuchuilang: Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 13 Apr 2014 04:30 PM PDT


Kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu setelah bersarapan di Hotel Sri Malaysia.
Muzium Negeri Terengganu terletak 3 km atau 10 minit memandu dari Kuala Terengganu.
Tiket masuk dibahagikan kepada dua jenis iaitu tiket warganegara dan tiket bukan warganegara.
Dibina di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Muzium Negeri Terengganu Ditubuhkan pada tahun 1976.
Oleh kerana kawasan Muzium Negeri Terengganu terlalus luas, tram disediakan untuk pelawat yang tidak ingin berjalan kaki.
Didapati dwibahasa di papan tanda perkhidmatan tram di Muzium Negeri Terengganu. Papan tanda ini menunjukkan waktu operasi dan harga tiket tram.
Rumah replika Bujang Berpeleh yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu. Pemilik asal Rumah Bujang Berpeleh ialah Hajah Hasanah Bt. Kassim di Jalan Hilir Kuala Terengganu.
Perahu besar ini bernama Sabar dan didaftar dengan nombor pendaftaran T82. Pemilik Perahu Sabar T82 ialah Haji Awang yang tinggal di Kampung Losong. Perahu tersebut dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada tahu 1982.
Alam sekitar Muzium Negeri Terengganu sungguh indah. Bangunan unik dan landskap pesona berjaya menarik para pengunjung. Gabungan kedua keadaan ini amat sesuai untuk mengambil gambar di persekitaran Muzium Negeri Terengganu.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di bukit besi</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 01:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

projek kilauan mutiara sk <b>bukit besi</b>, terengganu - kelab in-smartive

Posted: 20 Feb 2014 08:00 AM PST

     Pada 20 Februari 2014 yang lalu, seramai 36 orang fasiliatator dari Universiti Malaysia Pahang telah berkampung di Bukit Besi, Dungun Terengganu bagi menjayakan sebuah lagi Projek Kilauan Mutiara di sini iaitu Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Projek kali ini adalah kesinambungan daripada Projek Kilauan Mutiara yang telah dilangsungkan pada tahun yang lalu iaitu pada 24 April 2013. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di samping menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka.

     Tepat jam 3:30 petang majlis penyerahan peserta telah berlangsung dengan jayanya dan diikuti pula dengan majlis penyerahan para mahasiswa kepada keluarga angkat mereka di Bukit Besi. Pada jam 4:15 petang, sesi taklimat kursus yang dikelolakan oleh saudari Pengurus Projek, Siti Syafeera kepada peserta program. Seusai solat asar dan kudapan petang, sesi "Ice Breaking" pula telah dijalankan dimana peserta dapat berkenal-kenalan sesama fasilitator kumpulan mereka. Selepas solat maghrib dan isyak, slot ''Radio Buruk'' dan ''Jendela Jauhari'' telah dijalankan. Didalam slot tersebut, peserta dapat mempelajari  cara berkomunikasi dengan betul dan peka terhadap sesuatu perkara serta mampu menyusun jadual harian dengan berkesan dan sistematik.  Tepat jam 10:30 malam, peserta dan fasilitator dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Penyerahan fasilitator kepada keluarga angkat




     Slot "Story Behind the Paper" menjadi pembuka tirai aktiviti pada hari yang kedua dimana peserta dapat berfikir secara lebih kreatif dalam membentuk satu jalan cerita dengan menggunakan surat khabar. Diteruskan lagi dengan aktiviti yang mampu merancang hala tuju masa hadapan dengan baik dalam slot "Timeline". Selesai kudapan pagi, peserta dapat merehatkan minda dan bergembira bersama fasilitator dalam slot yang sangat ceria iaitu "Happy Hour". Program diteruskan lagi dengan slot "Chopp" dalam Bahasa Melayu. Slot ini mampu menguji kecekapan minda peserta dalam menyusun abjad yang dipilih oleh mereka dan menjadikannya sebuah perkataan dengan pantas.


Slot "Story Behind the Paper"




     Selesai solat Jumaat dan makan tengah hari, program ini diteruskan lagi dengan slot "Dice" dimana peserta dilatih untuk membuat keputusan dengan pantas dan tepat. Seterusnya, slot "Chopp" dalam Bahasa Inggeris pula dilaksanakan dan peserta diminta untuk menyusun abjad yang diberikan supaya menjadi sebuah perkataan yang disebutkan oleh para fasilitator kepada mereka. Pada petang harinya, peserta telah diberikan tugasan berkumpulan dimana mereka perlu mengikut setiap arahan ketua dalam menyelesaikan masalah tersebut dalam slot "The Burj".





     Disebelah malamnya pula, program diteruskan lagi dengan slot "Inovasi" dimana peserta perlu berfikir dan melontarkan idea yang bernas untuk menghasilkan satu rekacipta teknologi dari barangan terbuang secara kreatif dan menarik. Sesi seterusnya adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta iaitu "Happy Hour" dimana peserta dapat merehatkan minda dan bergembira bersama-sama fasilitator mereka. Selesai kudapan malam, peserta telah dibimbing supaya memperbaiki kelemahan diri masing-masing dalam slot "Muhasabah diri". Selain dari itu juga, peserta ditanam rasa cinta dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa mereka.
     Hari terakhir program dimulakan dengan sesi "Kau boleh" dimana peserta telah disuntik semangat dan inspirasi untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi oleh mereka nanti. Aktiviti terakhir dalam program ini ialah sesi "Menggilap mutiara" dimana fasilitator telah memberikan sentuhan akhir dan suntikan semangat kepada para peserta supaya menjadi pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna dimasa hadapan.






ads