Sabtu, 27 Ogos 2011

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


SINGGAH SEBENTAR - <b>Rantau Abang</b>, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:41 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

OTW balik dari kuala trengganu singgah mai sat kat rantau abang minum petang...

Rantau Abang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Terengganu. Rantau Abang terletak 62 km dari Bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari Bandar Dungun. Rantau Abang terkenal kerana pernah menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.


Pada zaman kemuncaknya, setiap malam pada musim penyu bertelur antara Mac hingga Ogos, sekurang-kurangnya 80 ekor penyu akan mendarat di sepanjang pantai Rantau Abang. 


Penyu Belimbing antara spesies penyu yang paling banyak mendarat di Rantau Abang. Penyu Belimbing ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan seberat 600kg. Penyu Belimbing merupakan penyu yang terbesar antara tujuh spesies haiwan itu yang wujud di dunia. Namun kini mengalami ancaman kepupusan. 

Ia hanya mendarat untuk bertelur di pantai Rantau Abang apabila tiba musimnya. Namun jumlah pendaratan penyu spesies itu menurun secara mendadak sejak 16 tahun lepas. Gaya hidup masyarakat di sesetengah negara yang menjadikan daging penyu sebagai hidangan mereka menyumbang kepupusan penyu seluruh dunia.

Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. 

Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. 

Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu Belimbing ini ada mendarat di Rantau Abang sebanyak dua kali pada 12 & 23 Jun 2008 dan sekali pada tahun 2009. 


Selain dari pernah menjadi lokasi penyu bertelur, pelancong juga boleh melawat Pusat Santuari Penyu dan Batu Penyu di Bukit Cik Hawa apabila berkunjung ke sini. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.

Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara. 


Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu kini giat mempromosikan Rantau Abang sebagai tempat yang pernah menjadi kawasan pendaratan penyu.

Sila rujuk di sini untuk senarai tempat penginapan di Daerah Dungun, Terengganu.

Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Dari Kuala Terengganu

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62 km.

Dari Kuala Lumpur

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km. 

Dari Pulau Pinang 

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu
Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892 km.

Dari Johor 

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


HELANG RECREATION CLUB: IFTAR JALINAN KASIH <b>DI</b> BALAI <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 12:57 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Alhamdullilah, seperti mana yang telah dirancang, program iftar jalinan kasih telah berlangsung dengan jaya dan penuh keceriaan terpancar diraut wajah para hadirin, juadah hidangan yang cukup mantap dan pelbagai jenis.










Webmaster

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Mrs.AGS : Jom bercuti <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 20 Jun 2011 10:37 PM PDT

Salam.. dah ada plan nak bercuti kat redang tak? kalau ada meh tengok pakej yang AGS tawarkan kepada uolls.. tapi dengan syarat uolls kena pergi dalam bulan SEPT till OCT sahaja.. mean after raya lar kan.. duit rayakan tengah banyak.. hihih...

eh tapi betul taw.. bulan ni je yang murah pakejnya dari bulan2 yang lain.. just for my readers sahaja. tengok dulu ok...



 
  • Check in time 12.00noon, check out time 9.30am.
  • Starndard room with attached bathroom, toilet & aircond.
  • Child fare (4 – 11 years old) 60% from the adult fare.

                                                               Check In
                                                               Refreshment and briefing
12.30pm – 2.00pm                          Lunch
3.00pm                                                Snorkeling
After Snorkeling                                Tea Time
7.00pm – 8.30pm                             Dinner
Night                                                     Free at leisure
8.00am-9.30am                                Breakfast
10.00am                                              Snorkeling
12.30pm – 2.00pm                          Lunch
3.00pm                                                Snorkeling
After Snorkeling                                Tea Time
7.00pm – 8.30pm                             Dinner
Night                                                     Free at leisure
8.00am-9.30am                                Breakfast
9.00am                                                Check out from room
To BE Advised                                    Boarding to mainland
  • 1.       For 4 Day 3 nights package , Day 2 itinerary is repeated for Day 3
  • 2.       Please be punctual for snorkeling trip and boat transfer to mainland during check out
  •                   Late comers will not be entertained and are responsible for their own arrangement
  •                   Any Missed snorkeling trip will not replaced
  • 3.       Any request for late check out departure is subject to prior arrangement and room availability
  • 4.       Please report and be the reception not less than ½ hour before boat departure.

Kalau ada yang berminat, boleh buat booking 1 bulan sebelum tarikh pilihan anda.
Check in date dari 4 Sept till 13 Oct 2011. This time murah dari bulan2 yang lain.
Harga kat atas tu berdasarkan seorang ye..
contoh uols ada 4 orang, nak share bilik, harga per person kena bayar RM295.
Bukannya RM295 dibahagikan 4 orang. erk? faham kan..
ada apa2 lagi email at ainrozilah@live.com..

thanks

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Siti Sifir&#39;s Share-Out Space: Cencalok Meletup!

Posted: 21 Aug 2011 05:28 PM PDT

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Bulan-bulan puasa begini cerita pasal cencalok pulak. Kalau orang selain Melaka, mesti tidak terliur kan? Saya walaupun bukan orang Melaka tapi sesekali datang juga hangin nak makan cencalok ni. Satu hari tu, walaupun takdela teringin sangat nak makan, tiba2 ternampak botol cencalok ni di kedai runcit. Bila tengok diusahakan dek orang Melayu (mudah2an) saya pun beli.

Bersama dengan cencalok tu saya beli petis udang juga. Ini suami saya tengok dia geleng2 kepala sebab dia tau tak lama lepas tu berdesinglah dia dengar bunyi bersin macam bunyi pertunjukan jet di Gong Kedak :P

Memang pada botol ni dah warning cara membuka botol ni. Caranya ialah penutup tin tu ditebuk sedikit supaya angin dari dalam dapat keluar. OK, saya buat sebagaimana diarahkan. Sikit betul lubang cencalok tu saya buka tapi air cencalok mencurah keluar dari dalam sampai habis bumbung rumah kami jadi mangsa. Tu belum kira container rempah saya dengan tempat letak sudu yang berdekatan.

Malah hari tu, 4-5 kali saya salin baju dan mandi pun bau cencalok melekat. Menyembur sampai atas kepala tau... Alhamdulillah juga saya sentiasa memakai spek, kira ia menjadi protection jugalah. Kalau tidak kelabu pulaklah mata umi kan.

Cara makan cencalok :


  • cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.
Petis itu, bila saya tanya kawan2 di fesbuk, ramai yang kata makan dengan laksa...erk, saya bubuh rasa macam tak best je sbb dia jadi manis sedangkan saya suka laksa yang masam betul. 
Utk sos cili tu, saya beli kot2 nak goreng cucur. Abah diorang tak berapa minat kalau dibuat masakan. 
Mega-3 pula saja nak enter the frame :P

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Murtabak Maggi Makin Popular <b>Di Kuala Terengganu</b>

Posted: 24 Aug 2011 07:22 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Sekalipun baru diperkenalkan, "murtabak maggi" semakin popular dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Dek kerana kelainan rasa, ramai yang ingin mencuba juadah ini ciptaan Wan Ahmad Rodhi Wan Muhamad, 21, terutama pada bulan puasa ini.

"Biarpun ia sesuatu yang baru, sambutan amat menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat," kata Wan Ahmad Rodhi yang kini dapat menjual sehingga 200 keping sehari berbanding 60 keping pada minggu pertama bulan puasa di Bazar Ramadan Shahbandar di sini.

Beliau berkata murtabak maggi menggunakan bahan asas mee segera, isi ketam, telur, kubis, lobak merah dan bawang.

WanAhmad Rodhi berkata keistimewaan murtabak itu adalah pada sambal daging dan isi ketam, dan lebih lazat dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Sekeping murtabak maggi berharga antara RM3 dan RM3.50.

Seorang pelanggan yang ditemui, Mohamed Fairus Nizam Mohd Zaid, 30, berkata: "Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Ini kerana ia mengandungi isi ketam serta mee segera." – BERNAMA

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


PERJALANAN PERTAMA KE <b>AJIL</b>...

Posted: 21 Mar 2011 07:08 PM PDT

"Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung.. Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung... Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung.. KELOPAK!"
Haa.. pandai2 lah lagukan supaya bunyi kompang ye..
Sudah lama betul aku menantikan saat2 aku boleh menjejakkan kaki ke Ajil atas sebab2 yang sangat munasabah - Majlis perkahwinan Abe Gmie!
Abe Gmie ni adalah rakan sekerja aku dan sememang nya dah lama aku menantikan saat2 seorang gadis terpikat kepada Abe Gmie. Akhirnya, pada tanggal cuti sekolah yang lalu.. termeterai lah ikatan sah antara Abe Gmie dan Diyana.
Bila aku dengar berita yang Abe Gmie nak menikah, aku automatik jadi teruja! Pernah tahun lepas, aku dan cik puan kpp nak cuba kenen2 kan Abe Gmie dengan seorang kawan cik puan kpp.. namun, langkah Abe Gmie lebih pantas. Abe Gmie menggunakan kaedah FACEBOOK!
Ye.. Abe Gmie "mengorat" isterinya melalui FACEBOOK.. woooohooooo!

***

The day before majlis, aku dan cik puan kpp dah sediakan apa yang patut. Itenari dan Peta perjalanan pun aku dah sediakan berdasarkan panduan jangka masa sampai ke sesuatu tempat.  Sebab peta terlalu besar.. aku copy google maps dan save dalam laptop. Dengan laptop2 sekali aku angkut. Hotel pun aku dah booking. Dan, macam biasa, tugasan cik puan kpp adalah mengemas baju dan segala mak-nenek kelengkapan yang perlu
"OK Yang, plan nya macam gini", aku tulis atas kertas sambil explain sikit2. Lagipun, cik puan kpp bukan nya nak dengar sangat pun.
5:00 pagi : Bertolak daripada rumah
6:30 pagi : Berhenti di BHP selepas tol Gombak
8:30 pagi : Rehat di R&R Temerloh
10:00 pagi : Rehat dan tukar baju di R&R Gambang
10:30 pagi : Masuk jalan Jabor-Al Muktafi Billah (selepas tol Jabor)
1:00 tengahari : Sampai Ajil - Rumah Abe Gmie
2:30 petang : Bertolak ke BGRC (Bukit Gambang Resort City)
5:30 petang : Check-in Hotel dan rehat
Esok paginya selepas sarapan : Water Park
Macam gitu lah lebih kurang..
Amazingly, perjalanan kami was almost an identical one.. to the one yang aku tuliskan atas kertas. Cuma, ada adjustment here and there especially untuk tempat2 persinggahan tersebut. The timing almost perfect! Kagum pula aku. 
Problem aku cuma satu, hari nak bertolak tu lah aku kena cirit-birit! Aduh, memang terseksa jiwa raga den! 
Perjalanan yang sangat panjang tu memang memenatkan. Hendak2 pula kena ikut jalan "lama" dimana kiri kanan nya penuh dengan kepala sawit. Di tambah pula dengan isu jalan yang berlubang2. Sekejap gedegup sana, gedegup sini. Memang tak tenteram. Ditambah lagi, bila nak memotong... tiba2 depan ada lubang. Memang haru!
Skill memandu di jalan lama sangat penting. Skill yang paling diperlukan ialah kebolehan mengagak distance kereta daripada arah bertentangan dan judgment untuk memotong. Kena sentiasa alert sebab ada kala nya orang yang cuba memotong tu tak celus dan mereka akan mula menghimpit kenderaan disebelah untuk masuk semula ke dalam lane. So, kena sentiasa memandang cermin dan gunakan guts feeling dalam sebarang tindakan. Agak2 tak confident untuk memotong, jangan... diulangi JANGAN memotong! Silap2 haribulan.. na'uzubillah..
OK, sepanjang perjalanan alhamdulillah tidak ada saat2 yang mencemaskan dan akhirnya kami berjaya sampai ke Ajil dengan selamat. 
Dah sampai, aku terus parking. Terserempak dengan beberapa orang rakan2 ofis yang on the way balik dah. Aku pun menuju ke khemah orang kahwin. Abe Gmie sedang sibuk melayan tetamu2 yang hadir.. kebanyakkan nya datang daripada jauh - ada rakan sekerja, ada ex-U dan ramai lagi lah. Aku suspek, semua orang sama teruja nya dengan aku atas perkahwinan Abe Gmie ini! Memang telah lama dinantikan.
Makanan ala buffet. Memang simple sahaja. Semuanya berasaskan daging lembu. Sup tulang, Gulai kawah daging, Labu masak lemak air, Ikan masin, Sambal belacan, Air sirap (air wajib orang kahwin) dan Nasi Putih. Memang sangat simple. Tapi, rasanya sangat compliment each other. Provided that, kena ambil semua lauk dan mesti ambil ikan masin serta sambal belacan tu. Memang best!
Cuma, tak boleh la aku nak melantak banyak sangat disebabkan oleh problem perut yang aku sebutkan tadi. Sekejap2 cik puan kpp akan jeling2 manja.. suruh aku stop dan beringat2kan perut yang mengelodak itu.
Lepas berborak2 dengan kawan2 lain yang ada.. aku gi bergambar dengan pengantin dalam rumah. Pengantin perempuan memang dok dalam rumah aje. Aku tak tau lah samada adat di Ajil macam gitu ke, atau pengantin perempuan malu nak mingle2 dengan kawan2 Abe Gmie. Kata cik puan kpp.. "Mungkin adat kat sini macam itu agaknya. Pengantin perempuan dok dalam rumah je". Entahlah.. wallah hu'alam..
Orang nya lawa.. pandai Abe Gmie memilih di Facebook ye!! hehe..

Oleh itu, aku ucapkan..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABE GMIE & DIYANA

Jam 2:00 petang, aku pun mengorak langkah untuk ke BGRC...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal | Syafiq Salim

Posted: 26 May 2011 06:51 AM PDT

Hello people…

Pernah dengar Taman Tamadun Islam ? tak pernah, Sadis ! :)

Pernah dengar Masjid Kristal ?  tak pernah gak, Sadis ! :)

Pernah dengar apa itu DLSR ? kalau tak pernah jugak sila letak tangan di bahu, pandangan ke atas. Dan bermonologlah dalam diri korang, apa nak jadi dengan aku, semua benda tak pernah dengar.

Ok. Sudah² ! Btaw, aku just nak tempek gambar² jerk since mood untuk berblogging kembali menurun. Al-maklumlah malam esok aku dah nak balik UTM, Skudai untuk menjalani latihan PALAPES selama 6 minggu. Lama dowt ! grrr

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Source : wikipedia

Pintu gerbang Taman Tamdun Islam, Terengganu

Adik guwa sebagai model :)

Guwa pose gaya bajet style ! Cam haram jerk !

Nampak besar, tapi kecik jer pun masjid yang tak layak dipanggil Masjid Kristal ni. It should be Surau Kristal !

Snap sambil berjalan, gambar senget cam Si Capik… Weeehuuu  v(^_^)

Front view,ramai yang lepak kat tempat guwa berdiri snap picture ni. Segan pulak :)

Satu²nya monumen yang boleh di snap tanpa perlu masuk ke kawasan monumen. Nampak dari luar. Di sekeliling kawasan monumen ni, ianya dilitupi oleh pokok² yang padat daunnya supaya orang bayar tiket dulu baru boleh snap gambar. Sapa nak bagi free weh !!

Kedai² makan dan cenderamata buat yang tersayang :)

Last post dari adik guwa. Tak banyak sangat gambar² Masjid Kristal yang guwa snap. Mostly gambar posing guwa dengan adik guwa jerk dan sesetengahnya melompat cam beruk ! wakaka :) Btaw, I LOVE THIS PICTURE !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: JPJ Tumpu Tiga Lokasi Kerap Nahas <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 02:56 PM PDT


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memberi tumpuan terhadap tiga lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan jalan raya iaitu di Dungun, Marang dan Setiu.

Penguatkuasaan sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri 2011 itu meliputi laluan di Kilometer 58 Jerangau-Jabor (Dungun), Kilometer 61 Marang-Dungun (Marang) dan Kilometer 54 Sungai Tong-Setiu (Setiu).

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie menjelaskan, tumpuan di tiga lokasi itu berikutan kawasan tersebut mencatatkan kekerapan kemalangan maut.

Selain itu, beliau berkata, tumpuan juga dibuat setelah berlaku perubahan infrastruktur dan penyelenggaraan jalan-jalan tersebut serta masalah pemandu yang baru mendapat lesen.

"Selain baru dapat lesen memandu, ada juga pemandu yang tak biasa dengan laluan tersebut dan faktor ini mendorong JPJ menjalankan rondaan di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada para pengguna jalan raya sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri 2011 selama sebulan bermula 14 Ogos hingga 14 September ini, di Kuala Terengganu semalam.

Abdul Rahman berkata, pada operasi tahun ini, seramai 138 anggota JPJ dikerah bagi menjayakan operasi bersepadu yang turut disertai anggota polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Menurut beliau, operasi kali ini agak berbeza dengan tahun lalu termasuk dari segi tempoh masa penguatkuasaan serta rondaan selain perjumpaan dengan semua pemandu bas ekspres.

"Tahun lalu, anggota kita lakukan rondaan 24 jam di sepanjang jalan tapi kali ini kita hanya beri tumpuan pada kilometer tertentu saja dan begitu juga tumpuan anggota penguat kuasa di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu," jelasnya.

Di samping itu katanya, penguatkuasaan secara penyamaran sebagai pemandu bas juga dilakukan serta larangan kenderaan barangan di laluan utama pada dua hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Utusan Malaysia

Laluan Sakaratul Maut (Death Stretch) oleh JPJBlog Cari Makan <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 03:00 PM PDT

LALUAN SAKARATUL MAUT adalah laluan yang disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai laluan yang sering mendatangkan kemalangan maut setiap kali musim perayaan. Pastikan anda lebih berhati-hati ketika berada di laluan ini.

Berikut adalah laluan yang tersenarai dalam Laluan Sakaratul Maut ini :

KELANTAN
KOTA BHARU
Jalan Sultan Yahya Petra
Jalan Padang Tembak
Jalan KB-Machang

KUALA KRAI
Jalan Stong, Kemubu Kuala Krai
KM 64 Kuala Krai-Gua Musang
KM 69.3 Kuala Krai-Gua Musang
KM 72 Kuala Krai-Gua Musang
KM 75 Kuala Krai-Gua Musang
KM 80 Kuala Krai-Gua Musang

PASIR MAS
KM 11 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah
KM 3 Jalan Hospital Lati

PASIR PUTEH
KM 6 Jalan Gaal-Kg Bkt Yong-Pasir Puteh

TANAH MERAH
Jalan Tanah Merah-Jeli

TUMPAT
KM 24 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor
KM 6 Kg Berangan-Meranti

MACHANG
KM 25 Jalan Kota Bharu-Machang

BACHOK
Jalan Melawi-Tok Bali

JELI
Jalan Jeli-Kuala Balah

GUA MUSANG
KM 13 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 26 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 29 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 51 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 65 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
KM 69 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

TERENGGANU
KUALA TERENGGANU
KM 15-KM 24 Jalan K.Trg-Kota Bharu
KM 4-KM 12 Jalan K.Trg-K.Berang
KM 15-KM 35 Jalan K.Trg-Kg Raja
KM 6-KM 10 Jalan K.Trg – Kg Raja

BESUT
KM 6-KM 10 Jalan Kg Raja-Alor Lintang
KM 1-KM 10 Jalan Jerteh-Kg Raja
KM 1-KM 36 Jalan Jerteh-Keruak
KM 1-KM 28 Jalan Jerteh-Bukit Puteri

MARANG
KM 18-KM 60 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 15-KM 28 Jalan K.Trg-Kuala Berang

DUNGUN
KM 61-KM 69 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 74-KM 89 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 91-KM 102 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 58-KM 75 Jalan Jerangau-Jabor
KM 77-KM 89 Jalan Jerangau-Jabor
KM 95-KM 108 Jalan Jerangau-Jabor

KEMAMAN
KM 98-KM 115 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 120-KM 138 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 140-KM 141 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 149-KM 158 Jalan K.Trg-Kuantan
KM 122-KM 148 Jalan Jerangau-Jabor
KM 155-KM 179 Jalan Jerangau-Jabor
KM 14-KM-KM 16 Jalan Chukai-Air Puteh

SETIU
KM 46-KM 49 Jalan K.Trg-Kota Bharu
KM 51-KM 53 Jalan K.Trg-Kota Bharu
KM 65-KM 68 Jalan K.Trg-Kota Bharu
KM 82-KM 84 Jalan K.Trg-Kota Bharu
KM 41-KM 44 Jalan K.Trg-Kg Raja
KM 65-KM 68 Jalan K.Trg-Kg Raja
KM 73-KM 75 Jalan K.Trg-Kg Raja
KM 32-KM 35 Jalan Sg Tong-Kuala Berang

PAHANG
KUANTAN
KM 30-KM 36 Jalan Kuantan-Kemaman
KM 45-KM 47 Jalan Kuantan-Kemaman

MARAN
KM 6 Jalan Temerloh-Jerantut

TEMERLOH
KM 24 Jalan Temerloh-Jerantut
KM 35 Jalan Temerloh-Jerantut
KM 90 Lebuhraya Pantai Timur LPT
KM 96 Lebuhraya Pantai Timur LPT
KM 126 Lebuhraya Pantai Timur LPT
KM 137 Lebuhraya Pantai Timur LPT
KM 120 Jalan K Lumpur-Kuantan
KM 125-KM 126 Jalan K Lumpur-Kuantan
KM 145 Jalan K Lumpur-Kuantan
KM 165 Jalan K Lumpur-Kuantan

KUALA LIPIS
KM 71-KM 77 (Bkt Tujuh)Jalan K Lipis-Gua Musang

RAUB
KM 16 Jalan Lipis-Benta

BENTONG
KM 11 Jalan Raub-Bentong
KM 3 Jalan Bentong-Raub

PEKAN
KM 38 Jalan Segamat-Kuantan
KM 68 Jalan Segamat-Kuantan

PERLIS
KANGAR
Jalan Kangar-Alor Setar
Jalan Kangar-Kodiang
Jalan Raja Syed Alwi
Jalan Kuala Perlis-Changloon
KM 1-KM 5 Jalan Kangar-Padang Besar
Jalan Ulu Pauh

PADANG BESAR
KM 5.2-KM 34 Jalan Kangar/Padang Besar
Jalan Mata Ayer/Beseri
Jalan Bukit Keteri-Padang Besar
Jalan Bukit Kayaman-Ngulang

KEDAH
KOTA SETAR
KM 1-KM 9 Jalan A Setar-Pokok Sena
KM 8 Jalan A Setar-Kangar
KM 1-KM 3 Jalan A Setar-Butterworth (Tandop)

KUALA MUDA
KM 39-KM 69 Jalan A Setar-Butterworth
KM 8 Jalan Gurun-Jeniang
KM 5 Jalan Sg Petani-Kuala Ketil
Batu 5 Jalan Bedong-Tanjung Dawai

KULIM
KM 12 Jalan Kulim-Mahang (Kilang Baru)
KM 32 Jalan Kulim-Baling

KUBANG PASU
KM 19-KM 25 Jalan A Setar-Kangar
KM 16-KM 20 L/raya Utara Selatan
Jalan Changloon-Kodiang

BALING
KM 29.3 Jalan Sg Petani-Baling
Simpang 3 Landak (Jalan Kulim Gerik)

PADANG TERAP
KM 1 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena

LANGKAWI
KM 7 Jalan Bukit Tekoh

PENDANG
Jalan Tit Hj Idris-Pendang
KM 58-KM 60 L/raya Utara Selatan

BANDAR BAHARU
KM 26 Jalan Serdang-Kulim

YAN
KM 23 Jalan A Setar-Sg Petani
KM 31 Jalan A Setar-Sg Petani

SIK
KM 12 Jalan Jeniang-Sik

PULAU PINANG
SEBERANG PERAI U
Jalan Chain Ferry
Jalan Bagan Ajam
Jalan Permatang Tiga Ringgit
Jalan Bumbung Lima

SEBERANG PERAI S
Jalan Baru, Perai
Jalan Permatang Tinggi
Jalan Besar Sg Bakap
Jalan Besar Nibong Tebal
Jalan Permatang Keling

PULAU
Lebuhraya Jelutong

PERAK
TAIPING
KM 206-KM 208 L/raya Utara Selatan(Kamunting)
KM 229-KM 230 L/raya Utara Selatan(Bkt Berapit)
KM 74 Jalan Taiping-P Remis(Trong/Sg Kerang)
KM 66-KM 76 Jalan Ipoh- Butterworth (B Gantang)

IPOH
KM 262-KM 290 L/raya Utara Selatan
KM 4-KM 10 Jalan Ipoh-Lumut

BATU GAJAH
KM 22-KM 25 J Ipoh Lumut(B Gajah Perdana/Spg Parit)

KAMPAR
KM 34-KM 41 Jalan Ipoh-T Intan(Mambang Diawan)
KM 294-KM 306 L/raya Utara Selatan (Gua Tempurung)

SG SIPUT
KM 22-KM 29 J Ipoh-K Kangsar(Klng Simen/Rimba Pjng)
KM 37-KM 44 J Ipoh-K Kangsar(Salak Baru/Spg Sayong)

HILIR PERAK
KM 3-KM 8 Jalan Maharajalela(Kg Banjar/Spg Sitiawan)
KM 18-KM 29 Jalan Ferry(Estate Unitata/Kg Sri Kota)
KM 1-KM 14 J T Intan-Sitiawan(Pekan T Intan/Kg Bt 12)
KM 1-KM 14 Jalan Teluk Intan-Bidor

GERIK
KM 82-KM 115 J Ipoh-Gerik(Raban/Sumpitan/Air Kala)

MANJUNG
KM 7-KM 19 Jalan Sitiawan-T Intan (Kayan/Lekir)
KM 4-KM 12 J Sitiawan-Ipoh(Kg Ayer Tawar/Sg Wangi)

KERIAN
KM 180-KM 183 L/raya Utara Selatan(Alor Pongsu)
KM 198-KM 202 L/raya Utara Selatan(Kg Dew/Semanggol)
KM 95-KM 122 J Ipoh-Butterworth(B Serai/K Padir/S Bogak)

KUALA KANGSAR
KM 256-KM 258 L/raya Utara Selatan(menurun T Menora)

TAPAH
KM 311-KM 312 L/raya Utara Selatan (Kinjang)
KM 331-KM 342 L/raya Utara Selatan (Bidor)
KM 349-KM 356 L/raya Utara Selatan (Bikam)

TG MALIM
KM 359-KM 393 L/raya Utara Selatan

PERAK TENGAH
KM 30-KM 43 J Ipoh-Lumut(S Suak Sadang/K Panchor/UITM)

SELANGOR
Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam
Jalan Klang-Banting
Jalan Kalumpang-Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu-Rawang
L/Raya Utara Selatan (Tg Malim-Sg Buloh)

KUALA LUMPUR
Sentul
Jalan Cheras
Jalan Kuching
Lebuhraya Connought
Lebuhraya KL-Seremban

NEGERI SEMBILAN
Jalan Seremban-Tampin
Jalan Seremban-Kuala Pilah
Jalan Gemas-Bahau

MELAKA
MELAKA TENGAH
KM 50 Lebuh Maju (Alor Gajah-Melaka)
Jalan Umbai-Sg Udang
KM 40 Jalan Batang Tiga, Bukit Rambai
KM 1-KM 35 Jalan Mufti Hj Khalil-Batu Berendam
KM 4-KM 13 Jalan Bukit Baru-Bukit Beruang
J Tun Ab Razak(L/Isyarat Lrg Pandan/St Meridian/Bkt Palah)
KM 30 Jalan Tun Fatimah

JASIN
KM 13-KM 32 Jalan Melaka-Muar
KM 22-KM 44 Jalan Garingkesang-Chohong
KM 15-KM 40 Jalan Tehel-Bemban
KM 14-KM 17 Jalan Bukit Tembakau-Paya Dalam
KM 21-KM 40 Jalan Serakam-Kesang Tua
KM 24-KM 40 Batu Gajah Sungai Rambai

ALOR GAJAH
Jalan Sungai Udang-Lubok China
KM 15-KM 37 Jalan Rumbia-Kendong
Lubok China-Hutan Percha
KM 15 Jalan Gangsa-Kesang
KM 12.3 Jalan Jelatang-Durian Tunggal
KM 17-KM 18 Jalan Alor Gajah-Tampin

JOHOR
JOHOR BAHRU S
KM 9-KM 11 Jalan Johor Bahru-Air Hitam
KM 4-KM 17 Jalan Johor Bahru-Jalan Kota Tinggi
KM 6-KM 31 L/raya Pasir Gudang

JOHOR BAHRU U
KM 26-KM 36 Jalan Johor Bahru-Air Hitam

MUAR
KM 2 Jalan Bakri dari Muar-Yong Peng
KM 10 Rawang dari Muar-Segamat
KM 135 L/raya Utara Selatan arah Utara

BATU PAHAT
KM 5-KM 24 Jalan Kluang
KM 76-KM80 L/raya Utara Selatan arah Utara

SEGAMAT
KM 182-KM 189 Jalan Johor Bahru-Seremban-Segamat

KLUANG
KM 71-KM 75 Jalan Johor Bahru-Air Hitam
KM 41-KM 60 Jalan Batu Pahat-Mersing
KM 50-KM 73 L/raya Utara Selatan

PONTIAN
KM 56-KM 63 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat

KOTA TINGGI
KM 24-KM 60 Jalan Kota Tinggi-Mersing

MERSING
KM 37-KM 48 Jalan Kota Tinggi-Mersing
KM 6 Jalan Endau-Mersing

SARAWAK
KUCHING
Jalan Sultan Tengah
KM 7-KM 15 Jalan Matang
Batu 7-15 Jalan Kuching-Serian
Jalan Stephen Yong, Batu Kawa
KM 69 Jalan Lundu
Jalan Tabuan Jaya/Kota Samarahan

MIRI
KM 40 Jalan Miri/Bintulu (Jalan Pesisir Pantai)
Jalan Baram-Luak
KM 9 Jalan Pulut/Lutong Miri
KM 5 Miri By-Pass
KM 13 Jalan Lambir/Niah/Bintulu

SRI AMAN
KM 6 Jalan Sri Aman/Kuching
KM 20 Jalan Sri Aman/Sarikei
KM 16-KM 19 Jalan Simpang Bukit Punda
KM 106-KM 112 Jalan Sri Aman/Kuching

BINTULU
KM 23 Jalan Bintulu/Sibu
KM 15 Jalan Kidurong/Bintulu
KM 30 Jalan Similajau/Niah

SIBU
Batu 6-13 Jalan Oya, Sibu
Batu 32-37 Jalan Sibu/Bintulu

SARIKEI
KM 33-KM 38 Jalan Saratok/Sarikei
KM 25 Bukit Sebangkoi, Sarikei

SAMARAHAN
KM 38-KM 59 Jalan Kuching/Serian
KM 86-KM 87 Jalan Kuching, Serian
BAU    Jalan Tondong-Bau, Kuching

SABAH
KOTA KINABALU    KM 0-KM 15 Jalan Tuaran Bypass
SANDAKAN    KM 12-KM 52 Jalan Labuk
TAWAU    KM 1-KM 24 Jalan Apas Tawau
KENINGAU    KM 2-KM 12 Jalan Keningau-Tambunan
BEAUFORT    KM 1-KM 21 Jalan Beaufort-Papar
KUDAT    KM 1- KM 10 Jalan Kudat-Tamalang
LAHAD DATU    KM 28 Jalan Lahat Datu-Sandakan
SP KIMANIS    KM 1-KM 15 Jalan Papar-Beaufort
SP SILAM    KM 20-KM 40 Jalan Semporna-Kunak
SP TELIPOK    KM 1-KM 44 Jalan Tuaran-Kota Belud-Ranau
SP BATU 32    KM 40-KM 65 Jalan Beluran-Telupid
SP SEGAMA    KM 28 Jalan Lahad Datu-Sandakan

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Selamat Pulang Ke Kampung, Ingatlah Insan Tersayang, Selamat Hari Raya Idulfitri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Kereta Terputus Dua Dalam Kemalangan Maut <b>Di Dungun</b> - Rilekslah!

Posted: 26 Aug 2011 06:29 PM PDT


Tiada Yang Mantap Selain PLAYBOOK!!!
TuneTalk Buat Promosi Sehari 1 SEN SAHAJA!!!
Layan ASTRO secara PERCUMA!!!
Sentuh & Menang iPad 2 & RM30K

Setiap tahun bila menjelang Syawal mesti ada nyawa terkorban semasa dalam perjalanan balik ke kampung. Lain pula dengan mangsa kejadian kemalangan maut yang berlaku di Dungun apabila mangsa memandu kereta abangnya keluar dari rumah tanpa pengetahuan abangnya. Memang ternyata mangsa tidak pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini. Al-fatihah kepada arwah…

NGERI...kereta dipandu mangsa terputus dua selepas melanggar pokok. Gambar kecil, Ahmad Sobri.
NGERI…kereta dipandu mangsa terputus dua selepas melanggar pokok. Gambar kecil, Ahmad Sobri.

DUNGUN: "Saya tidak menyangka arwah pandu kereta keluar dari kawasan rumah kerana dia tidak pernah melakukan tindakan seumpama itu sebelum ini," kata Ahmad Sobri Badarudin, 35, abang kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 9, Jalan Teluk Lipat-Sura Hujung, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, Ahmad Sofri, 23, terbunuh apabila kereta Proton Iswara Aeroback milik abangnya itu yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 30 meter selepas kenderaan berkenaan terputus dua.

Kemalangan menyebabkan mangsa yang berasal dari Jalan Bunga Raya, di sini, cedera parah di kepala, remuk di dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ahmad Sobri, adiknya itu sebelum ini tidak pernah memandu keluar dari kawasan rumah.

Menceritakan kejadian, Ahmad Sobri yang bekerja sebagai kontraktor di Kemaman berkata, dia bersama anak dan isteri mengambil keputusan pulang ke kampung di Jalan Bunga Raya untuk menyambut Aidilfitri bersama adik beradik dan ibunya.

"Pada pagi kejadian, saya asyik teringatkan adik dan ibu menyebabkan saya serta isteri mengambil keputusan pulang ke Dungun dan mengarahkan semua pekerja bercuti," katanya.

Menurutnya, setiba di rumah keluarganya pada jam 6.15 petang, dia bertemu dengan ibunya tanpa menurunkan semua barang dan pakaian mereka sekeluarga dari kereta.

"Ketika bertemu arwah, dia memberitahu semua persiapan berbuka puasa sudah disediakan selepas membeli pelbagai juadah sebelum meninggalkan saya di rumah.

"Saya tidak tahu dia menggunakan kereta saya selepas itu kerana dia tidak meminta izin. Ketika mahu mengambil barang di kereta, saya diberitahu anak arwah memandu keluar kereta saya dari kawasan rumah.

"Saya terkejut kerana dia tidak pernah memandu keluar dari kawasan rumah," katanya.

Ahmad Sobri juga berkata, anak sulungnya, Ahmad Ikhbar, 7, memberitahunya yang dia mahu mengikut arwah, tetapi adiknya enggan membenarkan mengikutnya.

Menurutnya, kira-kira setengah jam kemudian, kakaknya, Maryani, 33, cuba menghubungi arwah menerusi telefon dan panggilan itu dijawab individu tidak dikenali memaklumkan arwah terbabit kemalangan.

"Maryani menghubungi saya dan meminta ke tempat kejadian. Sebaik tiba, saya terkejut mendapati kereta saya terputus dua dan arwah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, arwah adiknya anak keenam daripada tujuh beradik dan bekerja sebagai jurukimpal.

"Kami berdua sangat rapat dan saya memberikan bantuan kewangan serta pendidikan sejak kematian bapa pada 1995," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber

Tengok Nie Pulak :

  1. (Gambar) Mr Bean aka Rowan Atkinson Kemalangan Jalanraya Dengan Kereta McLaren F1 Milik Beliau
  2. Ibu Sarat Mengandung 8 Bulan Maut Dihempap Lori Pasir ( Update Gambar )
  3. Warga Emas Mangsa Rompak dan Bunuh (Gambar)
  4. Malang Tidak Berbau Empat Orang Mati Serentak
  5. Kereta Swarovski Studded Mercedes Benz SL600 disaluti Berlian


ads