Sabtu, 27 Ogos 2011

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


SINGGAH SEBENTAR - <b>Rantau Abang</b>, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:41 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

OTW balik dari kuala trengganu singgah mai sat kat rantau abang minum petang...

Rantau Abang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Terengganu. Rantau Abang terletak 62 km dari Bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari Bandar Dungun. Rantau Abang terkenal kerana pernah menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.


Pada zaman kemuncaknya, setiap malam pada musim penyu bertelur antara Mac hingga Ogos, sekurang-kurangnya 80 ekor penyu akan mendarat di sepanjang pantai Rantau Abang. 


Penyu Belimbing antara spesies penyu yang paling banyak mendarat di Rantau Abang. Penyu Belimbing ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan seberat 600kg. Penyu Belimbing merupakan penyu yang terbesar antara tujuh spesies haiwan itu yang wujud di dunia. Namun kini mengalami ancaman kepupusan. 

Ia hanya mendarat untuk bertelur di pantai Rantau Abang apabila tiba musimnya. Namun jumlah pendaratan penyu spesies itu menurun secara mendadak sejak 16 tahun lepas. Gaya hidup masyarakat di sesetengah negara yang menjadikan daging penyu sebagai hidangan mereka menyumbang kepupusan penyu seluruh dunia.

Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. 

Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. 

Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu Belimbing ini ada mendarat di Rantau Abang sebanyak dua kali pada 12 & 23 Jun 2008 dan sekali pada tahun 2009. 


Selain dari pernah menjadi lokasi penyu bertelur, pelancong juga boleh melawat Pusat Santuari Penyu dan Batu Penyu di Bukit Cik Hawa apabila berkunjung ke sini. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.

Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara. 


Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu kini giat mempromosikan Rantau Abang sebagai tempat yang pernah menjadi kawasan pendaratan penyu.

Sila rujuk di sini untuk senarai tempat penginapan di Daerah Dungun, Terengganu.

Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Dari Kuala Terengganu

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62 km.

Dari Kuala Lumpur

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km. 

Dari Pulau Pinang 

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu
Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892 km.

Dari Johor 

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads