Ahad, 28 Ogos 2011

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


LEMANG, SATA DAN JERUK <b>KIJAL</b> - <b>Kijal</b>, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:44 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

Dalam perjalanan balik nampak gerai panjang tepi jalan dok jual lemang. Singgah mai sat tgk apa lagi ada..Jeruk dan sata pun ada..beli secukup rasa..selepas itu meneruskan perjalanan ke Kemaman..

Pantai Penunjuk
Pantai Penunjuk di Kijal ini sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Kijal merupakan sebuah pekan kecil yang terletak 32km dari Bandar Chukai, Kemaman. 


Selain dari perkampungan nelayan, Pantai Penunjuk di Kijal juga merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Daerah Kemaman. Suasana yang tenang dan pemandangan indah menjadikan Pantai Penunjuk destinasi percutian dan persinggahan popular di Kijal. Pelbagai kemudahan disediakan di Pantai Penunjuk seperti Wakaf dan juga Taman Permainan Kanak-kanak.


Sekiranya anda berkunjung ke sini, nikmatilah makanan tradisi Lemang yang amat terkenal di Terengganu. Lemang dihasilkan dari beras pulut dan santan yang dimasukkan dalam ruas buluh. Kemudian dilapik dengan daun pisang sebelum dimasak. Selain Lemang, anda juga berpeluang merasai keenakan durian jika datang berkunjung pada musim durian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads