Jumaat, 27 Julai 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa

Posted: 31 Mar 2012 04:12 PM PDT

Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.


Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Komen:

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


PaRiPaRiSaKirAStory: <b>pulau wan man</b> pun jadi :)

Posted: 04 May 2012 03:04 AM PDT

Assalamualaikum.

Berdirinya saya di sini adalah untuk,,,,, eh eh eh silap. ini bukan sesi berpidato lah. kihkihkih. terasa lama betol tak update ini belog. biasalah. kemalasan melanda diri. heeeeeeeee :). oke. actually ini sebenarnya entry bergambar. gambar dah separa layu dah. dah di taken 30hb April 2012 hari tu dah. actually itu sebenarnya tarikh genap sebulan last aku & dia dating. opppssssss DIA ? heeeeeeeeeeeee :')

Oke. Actually, plan sebenar aku pergi kuala Terengganu sebab nak pergi kenduri kahwin abang angkat aku. Pastu bila kawan aku tahu aku pergi terengganu, dia pulak sibuk ajak aku berjimba jimba dekat sana. lepas je kenduri aku terus mari sini. siap bawak pakaian bagai. oke, maka dengan ini, silalah tatap mata saya. opssss salah lagi. silalah tatap gambar gambar kami ini.. enjoy the show. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Nahhhhhh. ini posing posing dari aku sendiri. dekat MASJID KRISTAL. actually ni baru kali ketiga aku datang sini. padahal aku orang terengganu je pun ..... ecececece baju pink tu. nampak semacam gugirl tak. kihkihkih. semua gambar kat bawah ni di taken by note aku. entah camne lah tetibe hari tu nikon aku buat perangai. menci betol aku ! nasib ler ada note tuh. penyelamat keadaan. kalo tak sesia je aku nak bergambar. thanks note ku. ilebiusomuch :D


13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Jefridin buat laporan palsu kena lima bulan – Perak Today

Posted: 04 Jul 2012 02:50 AM PDT

Jefridin Manan

Kuala Terengganu: Seorang tukang masak dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kecurian motosikalnya.

Sebaliknya, motosikal berkenaan digunakannya untuk melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang, pada November tahun lalu.

Tertuduh, Jefridin Manan , 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, yang juga pemilik motosikal berkenaan adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, pada 28 November 2011.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Mengikut pertuduhan, Jefridin didakwa dengan sengaja membuat laporan palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 1.15 tengahari pada 10 Disember 2011.

Bagi kesalahan itu, Jefridin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Jefridin yang berbaju-T warna merah jambu tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat bertugas mendapati tertuduh membuat laporan polis palsu kerana berdasarkan siasatan dijalankan, motosikal jenis Honda Icon tidak dilaporkan hilang, sebaliknya digunakan Jefridin sendiri dalam kejadian rompakan yang menggunakan senjata api.

-Berita Harian Online

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Karnival Kesihatan IKRAM Kemaman <b>di Kerteh</b> |

Posted: 13 May 2012 09:49 PM PDT

Penjagaan kesihatan yang menyeluruh daripada aspek mental dan fizikal
serta emosi dan rohani adalah amat penting untuk melahirkan generasi
yang cemerlang. Pengabaian salah satu daripada aspek kesihatan ini
akan menimbulkan kepincangan dalam struktur sosial masyarakat. Ini
selaras dengan objektif Karnival Kesihatan Pekan Kerteh bertemakan
"Sihat Tubuh, Sihat Minda, Sihat Rohani, Cemerlang Peribadi" anjuran
Pertubuhan IKRAM Kemaman di Dewan Sivik Pekan Kerteh pada 11 Mei 2012
yang lalu.

Timbalan Yang DiPertua IKRAM Terengganu merangkap Penasihat Program,
Hj Zameran Jusoh dalam ucapan aluannya sempena Karnival Kesihatan
Pekan Kerteh menekankan peri pentingnya ibubapa khususnya untuk
memastikan anak-anak dibesarkan dalam persekitaran yang sihat bermula
dari rumah. Ini kerana, pelbagai masalah sosial yang timbul dalam
masyarakat hari ini adalah bermula daripada pengabaian kepada
penjagaan kesihatan yang menyeluruh baik dari segi mental dan fizikal,
emosi dan rohani.

"Pertubuhan IKRAM Kemaman amat sensitif tentang kebajikan dan
pembangunan masyarakat, dan giat menjalankan pelbagai inisiatif
penerangan serta khidmat kepada masyarakat sebagai usaha pencegahan
kepada pelbagai permasalahan sosial yang semakin meruncing. Justeru
Karnival Kesihatan ini dianjurkan untuk menyampaikan mesej kesedaran
ini dan menggalakkan masyarakat untuk membina persekitaran yang sihat
bermula dengan institusi keluarga itu sendiri", katanya.

Beliau yang juga Pengurus Bank Islam Kemaman menekankan peri
pentingnya kerjasama erat semua pihak termasuk agensi kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan diteruskan bagi memastikan pembangunan
masyarakat yang sihat dan sejahtera di bawah panduan nilai-nilai agama
yang luhur.

Beliau juga menyaran agar semua anggota masyarakat meningkatkan
kepedulian terhadap isu-isu kesihatan ini agar masyarakat dapat hidup
dengan selesa dan produktif. Ini termasuk isu-isu kebersihan kawasan
tempat tinggal dan memastikan ianya sentiasa bersih daripada sampah
sarap dan meningkatkan keceriaan hidup berjiran.

Karnival Kesihatan Pekan Kerteh yang telah diadakan di Dewan Sivik
Pekan Kerteh ini adalah program yang julung-julung kalinya diadakan
oleh Pertubuhan IKRAM Kemaman dengan kerjasama Jawatankuasa
Keselamatan & Keceriaan (JKKK) Kampung Telaga Papan, Kampung Gelugor
dan Kampung Tengah, serta Masjid Jamek Kerteh dan Klinik Kesihatan
Kerteh. Karnival ini menyediakan aktiviti senamrobik, forum kesihatan
dan kekeluargaan, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma
serta pameran-pameran penerangan kesihatan.

Program senamrobik membuka tirai karnival sebagai pemanas badan dengan
penglibatan bekas atlet kebangsaan Zaki Sadri dan isteri yang
mengendalikan program ini.  Ianya disusuli pula dengan forum kesihatan
dan kekeluargaan dimana seramai tiga tokoh panelis yang berwibawa
telah dijemput. Mereka yang dijemput sebagai panelis ialah Pakar
Psikiatri Hospital Hulu Terenganu, Dr Khairi Che Mat , TYDP IKRAM
Terengganu, Zameran Jusoh yang juga Pengurus Bank Islam Cawangan
Kemaman, Yusnani Abdul Hamid iaitu Pengerusi Raudhatus Sakinah Negeri
Selangor. Forum ini telah dipengerusi oleh AJK Wanita IKRAM Kemaman,
Ustazah Rosmawati Ahmad.

Di dalam forum ini, Dr Khairi menyentuh akan peri pentingnya memiliki
tubuh badan yang sihat kerana ianya mempengaruhi tindak tanduk
seseorang di dalam kegiatan hariannya. Menurut kajian yang dilakukan,
mereka yang memiliki kesihatan mental yang kurang sihat cenderung
melakukan kesalahan jalanraya. Ini juga member kesan kepada
meningkatnya jumlah kemalangan jalanraya di negara ini. Selaku
perunding sebuah pusat bimbingan remaja puteri pula, Yusnani Abdul
Hamid menyentuh tentang peningkatan gejala sosial di kalangan remaja
berpunca daripada pengabaian kesihatan emosi dan rohani remaja. Ianya
juga menular di kalangan remaja di pusat-pusat pengajian tinggi
terkemuka di negara ini. Beliau menasihati agar para ibubapa mengambil
berat tentang pendidikan anak-anak mereka dan tidak menyerahkan
hanyasanya kepada pihak sekolah semata-mata. Sementara itu, Zameran
Jusoh menyarankan agar warga masyarakat kembali kepada penghayatan
agama secara menyeluruh dengan memastikan pembangunan generasi yang
sihat dan cemerlang bukan sahaja di dunia malah sehingga ke hari
akhirat.

Masyarakat setempat juga mendapat maklumat tentang kepentingan menjaga
kesihatan menerusi pameran yang telah diadakan oleh IKRAM Health,
Fight Cancer Group (FCG) Kemaman dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
Kemaman. Selain daripada itu, gerai-gerai jualan juga diadakan bagi
menambah keceriaan program kali ini.

Program yang berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 1 tengahari ini
telah menarik lebih 500 orang warga masyarakat Pekan Kerteh
menyertainya. Disamping perkhidmatan kesihatan yang diberikan, program
ini juga turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman iaitu salah sebuah rangkaian
institusi pendidikan Islam swasta yang diusahakan oleh IKRAM Kemaman
di daerah ini.

Seorang warga emas, Hussin bin Abdullah dari Kampung Gelugor berkata
program ini sangat bermanfaat kepada masyarakat dan seharusnya
dilakukan dengan lebih kerap lagi agar masyarakat kampung khususnya
mudah untuk mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan. Beliau amat
berterima kasih di atas inisiatif IKRAM dan berharap agar program
seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Seorang lagi pengunjung, Noraini Anuar dari Kg Baru Kerteh pula
berharap lebih banyak penyertaan daripada golongan muda seperti beliau
ke program seumpama ini. Ini kerana bagi beliau golongan muda perlu
memastikan penjagaan kesihatan yang seimbang dapat dimulakan sejak
awal lagi menerusi budaya gaya hidup sihat seperti yang ditekankan
menerusi karnival ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar
Mohamad dan ditutup perasmiannya oleh TYDP IKRAM Kemaman, Muzahar
Hitam.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Jengka 19: Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 18 Jul 2012 03:11 PM PDT


Program Mesra Kasih dekati pelajar dengan masyarakat

Posted:

Program Mesra Kasih dekati pelajar dengan masyarakat

PARA pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Eksekutif), UKM bergambar bersama penduduk dan pelajar pada program Mesra Kasih Kijal di Kijal, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


MESRA. Seramai 30 pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Eksekutif), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai program Mesra Kasih Kijal 2012 di Kijal, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Program yang berlangsung dua hari itu dianjurkan bersama dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman.

Antara program yang diadakan, bengkel perakaunan untuk peniaga-peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana di Kampung Che Wan, Kijal dan majlis Malam bersama Adik serta program BrainXtrainer di SMK Kijal.

Menurut penyelaras program tersebut, Dr. Roslee Rajikan, program tersebut bertujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti kebajikan serta mendekati masyarakat kampung.

McDonald's Tawau raikan 50 anak yatim Ar-Raudhoh

Posted:

McDonald's Tawau raikan 50 anak yatim Ar-Raudhoh

PAULINE LEE (barisan belakang, tengah) bersama sebahagian anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau yang diraikan oleh McDonald's di Tawau baru-baru ini.


KHIDMAT SOSIAL. Seramai 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau diraikan bersempena pembukaan Kaunter Pandu-Lalu McDonald's cawangan Jalan Apas, Tawau baru-baru ini.

Pada majlis itu, pihak McDonald's diwakili pengurus cawangan Tawau, Pauline Lee turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 dan peralatan sekolah kepada Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat yang merasmikan majilis itu memuji pendekatan yang dilakukan McDonald's untuk kemudahan pelanggan.

"Kehadiran anak-anak yatim ini juga sebagai satu sokongan khidmat sosial McDonald's kepada masyarakat," katanya.

Ahli keluarga MPIC bersantai di Taman Air Desa

Posted:

Ahli keluarga MPIC bersantai di Taman Air Desa

SEBAHAGIAN daripada kakitangan MPIC yang menyertai pertandingan sukaneka pada Hari Keluarga MPIC di Taman Air Desa, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SANTAI. Hari keluarga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dengan tema 'MPIC Santai' anjuran Kelab MPIC berlangsung dalam suasana meriah di Taman Air Desa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datin Paduka Nurmala Abd. Rahim merangkap Yang Dipertua Kelab MPIC turut hadir memeriahkan sambutan hari keluarga tersebut yang diadakan dua tahun sekali.

Menurut Nurmala, program tersebut dianjurkan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu empat permainan sukaneka kanak-kanak dan empat permainan sukaneka dewasa.

Selain itu, terdapat selingan cabutan nombor bertuah dengan hadiah 'Grand Bonanza' sebuah basikal fixie, kuiz dan 'magic show ' yang sangat menarik.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


MA PUTERI, KU RAHMAN, HAMID JUSUH DAN YUSOF SELERA.....

Posted: 16 Jul 2012 05:34 PM PDT

Kampung Cherang Ruku, Semerak, bersempadan dengan Terangganu. Kuala Besut ada bersebelahan sahaja dengan Kampung Dalam Rhu, Semerak. Selepas Cherang Ruku kita berjumpa Kampung Dalam Rhu. Selepas Kampung Dalam Rhu baharulah kita berjumpa Kuala Besut. Semasa duduk di Cherang Ruku selalulah saya pergi ke Kuala Besut. Di Kuala Besut ada beberapa orang penulis yang terkenal waktu itu. Antaranya ialah M.A. Puteri (Mohammad Abdullah, M.A. Puteri banyak menulis artikel-artikel dalam akhbar-akhbar dan majalah. Ku Rahman seorang penyair. Hamid Jusuh, penulis berita. Dan Yusof Selera seorang peniaga tetapi berminat menulis sajak. Restoran Yusof Selera di Kuala Besut adalah miliknya. M. A.Puteri telah meninggal dunia 4 atau 5 tahun yang lalu - ada keluar surat khabar. Yang lain-lain tidak dengar khabar berita mereka. Seronok juga bila teringatkan kisah lama ini. Saya dan rakan2 penulis dari Kuala Besut dan Pasir Puteh selalulah berjumpa dan selalu berbincang fasal sastera. Kadang2 kami berjumpa di Kampung Dalam Rhu, di tepi pantai. GAMBAR KENANG-KENANGAN: M.A.PUTERI AKU DAN WAN MOHAMMAD ADAM DARI KIRI. GAMBAR DIRAKAMKAN PADA TAHUN 1970 (LEBIH KURANG).

ads