Sabtu, 4 Jun 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


De&#39; Nurul: Memori Indah 2009 - <b>Paka</b>

Posted: 02 Jun 2011 10:26 PM PDT

Momen indah masa bulan puasa 2009 di Paka. Rumah Along. Memang fun tak payah cakap banyak. Tercengang cengan aku beli sata murah gila secucuk ada 4 bijik cuma RM1. Tak dapat der kat tempat lain. Manis dah frust lepak tepi pantai tak boleh makan kepok lekor, sotong goreng tepung. bulan puasa kot oih!

Pffttt..Along kata kalau dia kawin aku kena cuti seminggu teman dia buat preparation. Kalau kau kawin sebelum aku boleh la beb. Kalau aku kawen dulu, ada harapan ke laki aku nak bagi? Kehkehkeh.

Ah, rindu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 Jam <b>Di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 03 Jun 2011 11:59 PM PDT

BESUT, 2 Jun (Bernama) – Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: Hanya 5 Hotel <b>di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2011 09:44 AM PDT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Unit Pengurusan Halal Bahagian Penyelidikan hanya mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal (SPH) kepada lima buah hotel di daerah Kuala Terengganu dan tiada permohonan yang diterima dari daerah lain.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, SPH juga turut dikeluarkan kepada tujuh buah resort di seluruh negeri.

Katanya, antara resort berkenaan tiga dari Kuala Terengganu dan masing-masing satu di daerah Kemaman, Besut, Dungun dan Setiu manakala Hulu Terengganu dan Marang tidak ada permohonan yang diterima.

"Bagi restoran pula hanya dua sahaja yang memilik SPH iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman," katanya kepada Teganukita.

Katanya, umat Islam diingat supaya berhati-hati memilih kedai makan dan tidak mengunjungi restoran yang tidak memiliki SPH kerana kebersihannya adalah diragui.

"Dalam keadaan hari ini banyak restoran dan kedai makan yang menyediakan pelbagai menu pilihan keluarga, namun sebagai orang Islam kita perlu berhati-hati membuat pilihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 Jam <b>Di</b> Besut | Darul Iman

Posted: 03 Jun 2011 11:59 PM PDT

BESUT, 2 Jun (Bernama) – Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


princess caramadaries: Kenduri Kahwin <b>di Kemaman</b>

Posted: 24 May 2011 05:21 PM PDT


Salam All dah breakfast kah?
Saya belum....jap2 lagi breakfast
tunggu meehun order sama mr HuB

hurm.........
ramai betul org kahwin minggu nih
 ada 2-3 jemputan juga saya terima
tapi saya tak dpt menghadirkan diri
maaf sgt2...
coz, sabtu ini perkahwinan Adik Mr HuB di Kemaman
(rumah pengantin perempuan....) pada 28hb Mei

dan minggu berikutnya 4 Jun 2011 adalah rumah mr HuB
kat Gomeh, jemput datang yea, kalau ada freetime tu
jemput la makan nasi minyak....

*Semoga Adnan dan Nurul bahagia ke akhir hayat!

*Pn Sue n Mr Green Selamat menempuh alam baru!

*Pn Su (kawan opis) dan pasangannya...terima kasih kerana ingat menjemput saya...maaflah....tak dpt nak jumpe Su n ambil berkat ibu mengandung (betul2 bunting pelamin...tahniah dear!)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: Sambutan Hari Guru Tahun 2011

Posted: 01 Jun 2011 07:42 PM PDT

Pada tanggal 16 Mei 2011, hari Isnin merupakan hari yang istimewa buat para guru di seluruh Malaysia kerana telah diraikan dalam sambutan Hari Guru. SMK Wakaf Tapai juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan hari guru meskipun peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelma.

Sambutan Hari Guru dimulai dengan perarakan semua warga guru dengan diiringi kumpulan kompang sekolah dari pagar sekolah ke dewan sekolah.




Pelbagai aktiviti seperti nyanyian, persembahan guru dan pelajar, permainan, dan juga jamuan untuk meraikan guru-guru turut diadakan. Setiap guru menerima hadiah dan ucapan daripada pelajar-pelajar sebagai tanda ingatan dan terima kasih.




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


E-ONE Entertainment: SEJARAH <b>PULAU BIDONG</b>

Posted: 06 Jan 2006 12:00 AM PST

aku dapat info ni bila tengok rancangan dokumentari di TV1 semalam....

Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan.
Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam

Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.
Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.
Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidung diistihar sebagai pulau larangan.
Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.
Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.
Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan kenegara ketiga pada akhir tahun yang sama.
Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.
Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.
Pulau Bidong kembali bergolak apabila kerajaan Vietnam menggesa kerajaan Terengganu bagi merombakkan tugu peringatan kedua, yang didirikan diperkuburan pulau tersebut kerana mengandungi kenyataan yang dianggap memalukan kerajaan Vietnam.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Gotong Royong PAS <b>Cukai Di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2011 03:05 AM PDT

Cukai, 03/04/2011 - Program Ops Al- Falah di UPU Kubang Kurus yang bermula pada 31 mac 2011 hingga 02 april 2011. Dalam program ini PAS Cukai telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada 45 orang fakir miskin di dua cawangan yaitu cawangan Kubang Kurus & cawangan Pengkalan Pandan. PAs Cukai juga memberi sedikit wang saku kepada 31 orang anak yatim di sekitar cawangan tersebut. Sempena program tersebut kita telah buat gotong royong baiki rumah dapur & membuat tandas, di rumah seorang penduduk Pengkalan Pandan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads