Sabtu, 4 Mei 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


LKIM Terengganu Bina Rumah Nelayan <b>Di Setiu</b> | Terengganu Today

Posted: 22 Jan 2013 12:02 AM PST

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Setiu untuk membina 300 rumah bagi projek penempatan semula nelayan miskin di negeri ini.

Pengarahnya Mohd Saffe Mohd berkata proses rundingan dengan kerajaan negeri dan beberapa jabatan kerajaan berkaitan sedang dijalankan bagi menyediakan rumah yang lebih selesa kepada nelayan.

"LKIM akan sediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan manakala penyediaan kemudahan infrastruktur lain akan disediakan kerajaan negeri. Projek ini bertujuan memberi peluang nelayan miskin untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas penyerahan elaun sara hidup bulanan kepada 450 nelayan di sini pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sehingga kini, katanya projek penempatan semula nelayan telah dilaksanakan di Kelantan melibatkan seramai 300 nelayan miskin tegar di Pasir Puteh yang dipindahkan ke kawasan penempatan baharu di Tok Bali, tahun lalu.

Beliau berkata di bawah skim penempatan semula itu, keutamaan akan diberikan kepada nelayan miskin yang belum memiliki rumah sendiri, mendiami rumah yang uzur atau menumpang bersama keluarga.

Katanya kawasan perumahan itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan nelayan yang ditempatkan di situ juga berpeluang menambah pendapatan dengan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan ikan.

LKIM juga katanya memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk projek khas perumahan nelayan di Terengganu bagi membaiki dan membina 1,068 buah rumah nelayan sepanjang tahun lalu.

"LKIM telah membaiki bahagian rumah yang uzur dengan kos maksimum RM10,000 manakala kos pembinaan rumah baharu di atas tapak sedia ada ialah sebanyak RM40,000 yang diharap dapat membantu nelayan miskin tinggal di rumah lebih selesa," katanya.

– BERNAMA

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Agent Shaklee <b>di Paka</b>, Dungun dan Kuala Terengganu - Healthy to <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 05:50 PM PDT

Assalamualaikum berita baik kepada pengguna Shaklee di Paka, Dungun dan Kuala Terengganu... Branch Shaklee di Terengganu buat masa sekarang ni tak ada lagi. Jadi branch yang terdekat dengan orang terengganu adalah di Kota Bharu, Kelantan nun... Berita baik nya adalah...Agent dibawah rangkaian Healthy First bersedia untuk menawarkan perkihdmatan pick up atau COD dikawasan yang berdekatan dengannya.. Bagi mendapatkan supplement kegemaran anda secara pick up / COD di kawasan Paka, Dungun dan Kuala Terengganu ini...anda boleh lah menghubungi Puan Maisarah ( No tel, sms / whatsapp : 013-9389478, facebook Maisarah Jusoh )
Bagi membantu anda untuk mendapatkan supplement no 1 ini. Boleh la menghubungi beliau untuk mendapatkan supplement anda ye...In Shaa Allah beliau akan bantu sebaik mungkin.
Saya hanya membuat perkhidmatan pick up / COD di kawasan Putra Height, Puchong, Bandar Kinrara dan Seri Kembangan sahaja. Selain daripada itu penghantaran akan dibuat melalui pos.
untuk info lanjut atau pesanan
sms/ whatsapp : 012-6102263
cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Bekas Ahli Umno Bertanding Dun <b>Ajil</b> Kerana Ingin Menjadi Kapten <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 03:30 AM PDT

Mohd Nuhairi (tengah) bersama pencadang yang juga ibunya, Rokiah (kiri) dan Zainab di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU - Kerusi Dun Ajil menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas apabila seorang kapten kapal, Mohd Nuhairi Muhammad, 42, dari Kampung Bukit Perah tampil umumkan diri sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kehadiran Mohd Nuhairi yang juga ahli Umno seumur hidup itu ternyata mencipta kejutan dalam sejarah PRU bagi kerusi Dun Ajil, selain dikatakan mampu membuatkan kerusi disandang Datuk Rosol Wahid selama tiga penggal itu menjadi panas.

Bahang mula dirasakan susulan calon muka baru diperkenalkan BN, Ghazali Taib, 51, mendapat bantahan dan mengundang kekecewaan sebahagian penyokong BN dalam kawasan Ajil, manakala Pas mempertaruhkan Mohd Razki Alias, 41.

Menurut Mohd Nuhairi, kemunculannya sebagai calon Bebas untuk kerusi yang sebelum ini antara kubu kuat BN itu disifatkannya sebagai penyelamat, selain melihat ia sebagai persaingan sihat bagi negara demokrasi.

"Saya mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas pada petang Khamis lalu kerana melihat kerusi ini perlu diselamatkan. Kehadiran ini tepat pada waktunya dan saya yakin mampu menjadi penyelamat.

"Konteks penyelamat ini akan dapat dilihat nanti, buat masa ini hanya perlu tunggu dan lihat. Zaman sudah berubah, begitu juga dengan dunia politik yang telah mengalami perbezaan kerana sekarang adalah politik dinamik," katanya.

Menurutnya, pemikiran rakyat juga berubah dan dia tidak melihat sebarang masalah berikutan keputusan bertanding atas tiket Bebas.

Terdahulu, Mohd Nuhairi tiba di pusat penamaan calon iaitu di pekarangan Pejabat Daerah Hulu Terengganu kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.25 pagi.

Beliau yang menggunakan lambang kapal terbang mengakui, pencalonannya sebagai calon Bebas bagi kerusi Dun Ajil itu dicadangkan ibunya sendiri, Rokiah Abd Rahman, 67.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:57 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Independently Produced.: kemalangan <b>di</b> jalan <b>jabor</b> (air putih)

Posted: 19 Feb 2013 08:06 PM PST

jumaat 15/02/2013.....ak kemalangan di jalan jabor dekat air putih ,kawasan tu bnyak binatang berkeliaran terutama lembuuuuuu (celaka tuan lembu).dalam perjalanan dari sungai tong setiu menuju ke pekan pahang ak xcdt di air putih dekat jabor sana.ak dgn 2 lg member ak.nasib baik kami bertiga x de cedera yang teruk,alhamdullillah bersyukur sangat.pada awalnya ak dah x nak lalu kot jabor tu tp x tau kenapa ak g lalu jagak ingat nak lalu kot pantai jer,dah nak ecdt nak wat camana klu nak berlaku lalu kot mane2 pon tetap akan berlaku.

kejadian berlaku dalam pukul 7.30mlm ,time tu ak dengar radio thr permata pantai timur,lepas je azan berkumandang aku terus melanggar lembbuuuu tu,serius ak mmg x nampak,break pun tidak,kete dah jadi macam motor scross.lepas laggr tu kerete berundur ke belakang,time tu tgh mendaki jalan samar2 nampak x nampak.time kete berundur tu kawan ak nie suruh  angkat handbreak!!!!!!!! angkat hand break!!!!!...cepat2 ak angkat hand break...huhu lembu tu mampos kat tgh2 jalan,kiranya lembu tu dah ader yang laggar la sebelum nie.tetapi x de org pon nak alihkan ketepi,lembu tu besar sangat,klu tarik 4 org pon x lepas lagi.

dalam keadaan hujan time maghrib ak kuar tgk kereta.ak x bagi kawan 2 org lagi tu kuar sebab kawan aku tu pompuan,ramai yang benti tanya cmane,ok ke,ak takut ad yang nak ambil kesempatan je,mana la tahu org tu baik ke jahat..
alhamdullillah tiada perkara yang yang tidak diingini berlaku....nasib baik la ad org kg kat situ datang menolong,dia call tow truck..ak tunggu tow truck dalam pukul 9malam baru sampai, dan kete ak dibawa ke shell muflis sebelah kiri kalau ke kuantan,kat sebelah shell mapos tu ad kedai makan..ak suh kwn 2 org nie pergi kat kedai tu.

check punya check enjin tiada masalah,radiator x bocor cuma CAP DISTRIBUTION yang pecah,sebab tu la enjin x leh nak start, salah satu cable dari plug ke cap distribution pecah.dia dah cuba cari ngan membe2 dia tp x jumpa,dia pon x de idea nk wat cmane,kami x tau nk tdo mane kalau dia x baiki,dia suggest aku suh pakai electronic CDI tapi barang tu mahal,dia nak cash RM270 aiyooo  pening ak dgr,duit bawa sratus lebih jah,ckp baiki dulu t sy bank in,dia x percaya,dia ckp bnyak kali dah kene..ak g jumpa mmbe 2 org lgi tanya sal duit cmne weh ad duit x,membe ak pon x de..klu gabung 3 pon x cukup lagi...huhhhhhhhhhh  ponin den..da la sorg ja laki,nk mntak tlg sape kat air putih nie,sorang pon x kenal,,,cmane nie ,dah la ak bawa anak pompuan org,klu laki ak tdor je lam kete..esok je repair ..pastu membe ak ni cal spupu dia yang duk kat paka suh datang bawa duit ak sembang punya sembang ngan sepupu dia ckp rosak cap tu,pastu sepupu dia suh mnta murah lg, ak g jumpa pomen tu balik ckp nk murah lg dia ckp x boleh dah pomen tu ckp x yah la pasang mnde tu (cdi), pomen tu ckp dia nak gam, call balik sepupu membe ak tu x yah dtg la..pomen tu ad solution lain pastu ak g jumpa pomen tu (abe lie air putih)

suh anak buahnya pergi beli gam gajah,cuba lekat kan dgn gam gajah tp x lekat,x tau la knapa.pastu dia call membe2 tanya pasal cap tu semua x de,yang ade pon yang 850,yang guna skru..yang aknya nie 660 guna clip.lam pukul 10 mlm pomen tu ckp dia nk balik nak repair kat umah,dia nak gam dengan gam 2 tan..gam yang kaler putih satu hitam satu tu...pastu cmpur la 2 tu...gam tu lagi kuat..

semasa dia balik ak pon ke kedai kat membe2 ak ,time tu game selangor vs kelantan x de mood langsung nak tgk kelantan ktgalan time tu 2-0..dalam pukul 12 mlm dia datang balik,dia pasang cap tu..alhamdullillah..enjin dapat dihidupkan...leganya dalam hati,bersyukur sangat2.sebelum xcdt ak sorg je kat depan ak suh membe 2org lagi duk kat belakang,sebab seat depan basah..time nk balik  kwn ak request nak duk depan ok la dia boleh tgk jalan klu ad ape2.ak bawa dalam 60km/jam huhuhu...slow giler..time nie ak n membe ak x solat ag,nak cari masjid kat mane area kuantan nie yang bukak g petronas x de surau,g airport da tutup,shell pon x de surau.sampai kat kuantan dalam pukul 2 pagi ekpon..last ak singgah kat masjid taman inderapura alhamdullillah masjid tu bukak.lepas solat masing lapar x makan lagi..g makan..lepas makan terus balik nak highway jalan kosong ak pecut sket ,membe ak runsing suh perlahankan sket...yela trauma la tu..ak pon drive mcm org baru naik kete jer...tgk lembu trus tringat kejadian tu..alhamdullillah dalam pukul 3pagi ak sampai kat ump pekan....

jom layan pic kete ...







yang kaler hitam tu gam 2 tan yang digam..tu la cap distribution klu nak kenal..

bumper proses nak pasang no plate


bengkel angah 

bengkel angah
alhamdullillah..kereta siap dibaikpulih


2.signal kiri and kanan RM30
4.plate kete RM30
5.upah RM50
6.coolent RM22

kos di air putih
1.tow truck RM50
2.upah RM20

kesemuanya RM292....

#mujurla barang kancil low cost

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan <b>Di Wakaf Tapai</b>, Terengganu

Posted: 30 Apr 2013 08:25 AM PDT

Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di kilometer 27 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang di Wakaf Tapai kira-kira pukul 3.45 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pelbagai guna dipandu Superintendan Ghazali Daud, 49 yang bertugas di unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman terbabas.

Akibat insiden itu, isteri Ghazali yang dikenali sebagai Haniza, 40 tahun serta dua anak pasangan itu Ahmad Firdaus Izzudin, 11 dan Nur Aliah Adibah, 10 maut.

Manakala Ghazali serta lima anak iaitu Ahmad Fahmi Izzudin, 12; Nur Aliah Afifah, 7; Nur Aliah Atikah, 6; Aina Yusro,3 dan Akilah Husna, tujuh bulan cedera.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa memberitahu, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Feb 2013 09:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Smk <b>Wakaf Tapai</b>: PROGRAM MAULIDUR RASUL

Posted: 06 Feb 2013 07:15 PM PST

Pada 22 Januari 2013 (Selasa) SMK Wakaf Tapai telah mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul 1434H bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar. Tema maulidur rasul tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggok Kesatuan Ummah". Sempena program tersebut, beberapa aktiviti telah dirangka oleh jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan iaitu Panitia Pendidikan Islam.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan nasyid, guru-guru dan para pelajar berselawat, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz maulidur rasul, tokoh maulidur rasul dan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Manakala bagi pelajar bukan Islam, mereka telah mengadakan aktiviti di Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai yang diketuai oleh Cikgu Lua Pek Ching.

ads